Sunday, July 31, 2011

Antara Celaru dan Kata Puru ?

Pembangkang bercelaru adalah lebih baik, daripada menjadi kata puru, di akhir celaru akan terlerai jalan menyatunya. Kerana dalam celaru akhirnya akan ada jalan penghujung dan penamatnya.

Dengan penamatnya Umno dan politik Umno bakal tumbang ditangan kumpulan celaru ini. Kebiasaan celaru berlaku peringkat awal selepas masing-masing ada jalan dan formula menyelesaikannya dan usaha menyelesaikannya.

Berbanding dengan katak puru yang akhirnya akan mati beragan, selepas kekenyangan atau mencapai tahap usia tua dan sudah tidak berguna lagi.


Pembangkang semakin celaru

KUALA LUMPUR 30 Julai - Tindakan mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah memegang jawatan Ketua Pembangkang membuktikan gabungan pakatan yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas semakin bercelaru.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, ia juga memperlihatkan bahawa pembangkang tidak percaya kepada keupayaan satu sama lain, khususnya DAP yang tidak akan memberi kepercayaan kepada pemimpin Pas untuk menerajui pakatan itu.

"Ini bukti Pas dan DAP sudah tidak lagi percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) mampu memimpin mereka ekoran skandal liwat dan video seks di samping PKR yang semakin lemah dan celaru.

"Ia juga sebagai bukti Pas dan DAP tidak lagi boleh bekerjasama dan perjuangan mereka juga berlainan kerana sememangnya seperti diketahui ramai, mereka mempunyai dasar dan ideologi politik yang berbeza," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bahawa Tengku Razaleigh dipelawa pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Mohamad Ezam yakin Tengku Razaleigh tidak akan menerima pelawaan pembangkang itu kerana percaya Ahli Parlimen Gua Musang itu akan tetap setia bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula berkata, pemilihan Tengku Razaleigh adalah cerminan sikap pembangkang yang hipokrit dan menangguk di air keruh.

Hakikatnya, dalam keghairahan mempertahankan Anwar, katanya, mereka terpaksa mengakui Ketua Pembangkang itu mempunyai masalah moral yang akan menjejaskan peluang mereka pada pilihan raya umum akan datang.

"Nyata semangat setia kawan dalam pakatan itu amat longgar sehingga mereka sanggup meletakkan kepentingan peribadi mengatasi segala-galanya," kata beliau.

No comments: