Sunday, July 31, 2011

Politik dan Mainan Politik Begini Rakyat Sudah Bosan ?

Pemimpin negara nampak keletihan, semacam tidak ada stamina dan modal lagi. Akhar arus perdana juga mengitar dan mengulang ulangi benda yang sama. Rakyat mulai maul dan muak.

Rakyat meloya dan bosan dan letih dengan permainan politik sebegini. Apa yang rakyat mahukan adalah pemimpin negara dapat mengurus hidup dan kehidupan rakyat dengan lebih baik.

Mereka mahu hari ini mereka lebih baik daripada hari semalamnya. Sebagai contoh sudah ada trend terkini, seluruh negara keadaan keselamatan rumah misalnya sudah tidak selamat lagi. Para penduduk kini, sudah menubuhkan Rondaan Keselamatan Malam di kawasan-kawasan taman perumahan. dan lebih advance ada yang mengajikan pasukan rondaan swasta yang mengawal kawasan perumahan mereka 24 jam.

Di mana pasukan keselamatan kita khususnya PDRM ? Kini rakyat berperanan menjadi pengawal diri kepada keselamatan rumah, taman dan lain-lain.

Justru, kita kena merubah sebelum keadaan bertamabah gawat. Kini sudah pun berada dalam keadaan kegawatan ?








"Jangan Terpedaya Dengan Tohmahan Pembangkang," Kata Tengku Adnan

KUALA LUMPUR: Rakyat dinasihati agar tidak terpedaya dengan pelbagai dakwaan yang dilontarkan pembangkang kononnya kerajaan tidak menjalankan pilihan raya secara bersih dan adil.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pembangkang gemar memutarbelitkan fakta dan cuba mempengaruhi fikiran rakyat dengan mewujudkan pelbagai isu dengan tujuan menjatuhkan kerajaan di bawahpentadbiran Barisan Nasional (BN).

"Contohnya seperti isu-isu yang dibangkitkan sebuah kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram di bandar raya baru-baru ini," katanya ketika berucap merasmikan ibu pejabat Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) di Segambut di sini Ahad.

Sehubungan itu, beliau menggesa MIUP supaya tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang dengan mengadakan perhimpunan haram sehingga menimbulkan huru-hara kepada negara.

Mengenai MIUP, Tengku Adnan yakin presiden parti Datuk S.Nalakaruppan dan semua anggota parti itu akan bekerja keras dalam membantu BN memperoleh kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Pada sidang akhbar selepas majlis perasmian, Tengku Adnan berkata MIUP mempunyai lebih 20,000 anggota di seluruh negara dan dengan jumlah tersebut, parti itu diharap dapat membantu mengembalikan sokongan kaum India terhadap BN.

Sementara itu, Nalakaruppan berkata MIUP akan menggerakkan semua anggotanya bertemu dengan kaum India dari semasa ke semasa dalam misinya untuk mengembalikan sokongan terhadap BN. - BERNAMA



No comments: