Sunday, August 23, 2009

Pengkhianat Islam pula ?




Warna-warni politik Malaysia atau citra politik Malaysia memasuki fasa baru. Lenggang lenguk tarian UMNO dalam mendominasi persada politik negara kini adalah meniup lagu lama yang diberi nafas baru. Sebelumnya bekas Timbalan PM Anwar Ibrahim dilabelkan dengan gelaran pengkhianat Melayu terulung di abad ini. Terkini Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Mursyidul AM PAS cuba dilabelkan pula sebagai pengkhianat Islam.


Media milik UMNO mula tiupan label ini , namun gred label tidak dibuat sepenuhnya secara langsung mungkin sedikit cermat dan berhati-hati dalam melabelkan pertuduhan tersebut. Ini mungkin taraf Nik Aziz sebagai agamawan yang disegani pihak kawan dan lawannya. Namun dalam tulisan tersebut media mempersoalkan kenapa dan mengapa Nik Aziz banyak mengeluarkan kenyataan yang menyeleweng dari agama, hujahnya. Itulah maksud secara kiasannya.


Lontaran idea dalam tulisan media tersebut seolah-olah memberi gambaran sedemikian, katanya Nik Aziz semakin banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar ? Penulis tersebut beranggapan beliau tidak boleh mendiam diri salah mesti disanggah apatah lagi melibatkan soal kepentingan Islam. (catatan: Majlis fatwa ada kenapa mereka diam dan tidak menyanggah dakwaan penyelewengan serius Nik Aziz, sebabnya mudah pemilik /penguasa belum beri signal untuk majlis fatwa masuk ke gelanggang tersebut, itu sebab majlis fatwa senyap sahaja)


Justeru bagi memperkuatkan pengkhianat Nik Aziz terhadap Islam, digambarkan sudut latar cerita kerana dakwa penulis berkenaan tercatat dalam sejarah Islam tentang beberapa kisah tok guru dan ulama yang sama ada sedar atau tidak sedar, telah mengkhianati agamanya sendiri. Dari semasa ke semasa, Islam bukan sahaja menghadapi serangan dan ujian daripada kalangan musuh Islam malah daripada segelintir ulama yang mempergunakan agama untuk kepentingan tertentu sehingga mengakibatkan kekeliruan dan perpecahan ummah. Golongan inilah yang memudaratkan Islam. Jadi mengapa kita harus gusar untuk menyanggah golongan begini?

Penulis kembali sedar dirinya dengan pemahaman dan penghayatan keislamannya dengan melunakkan serangan ke atas Nik Aziz, tambahnya beliau percaya dia Nik Aziz tidak berniat untuk menghina dan memudaratkan Islam tetapi tindak-tanduknya sudah dilihat begitu. Pada pengamatan penulis, masaalah dengan Nik Aziz adalah ego dan riaknya sebagai seorang ulama. Itulah juga masalah dengan segelintir ulama, kerana ego mereka sanggup memperjudikan Islam. Untuk berlaku adil, buatlah kajian tentang Nik Aziz sejak beliau menjadi Menteri Besar. Berapa banyak kenyataannya yang meragukan dan tidak berasaskan ajaran Islam sebenar?

Inilah bentuk tulisan yang cuba menyinggung golongan agamawan yang terlibat lagsung dalam politik. Maknanya keanehan diri penulis berkenaan ulama berpolitik tiada, ulama hanya mengikut orang politik dan mengikut golongan politik, politik mesti diasingkan daripada ulama. Politik adalah bukan hak golongan agamawan, mereka sekadar menjadi penonton.


Jelas-jelaslah pandangan penulis ini cuba menjajah kembali fikiran rakyat, maka sewajar kita sudah merdeka fikiran rakyat. Beliau mahu kembali ke era primitif, agama untuk paderi dan pemerintah untuk bangsawan seperti ajaran kristian. Adakah dengan cuba membawa pemahaman ini tidak dikira penulis tersebut bukan sebagai golongan anti Islam. Beliau cuba memundurkan fikiran rakyat, walhal semua sudah mula memerdekakan fikrah bahawa Islam dan kehidupan tidak dijuzukkan. Ia sebahagian daripada hidup dan kehidupan. Inilah satu bentuk penyelewengan dan pengkhianatan yang besar kerana terus menyokong dan membantu.


Saturday, August 22, 2009

Bila UMNO buat apa saja boleh ?

UMNO selalu dan bila-bilapun akan menuduh PAS dulu dalam apa jua hal. Wal hal yang memulakan sesuatu isu, perkara, hal itu dan ini adalah UMNO. Sejarahnya bermula dalam masyarakat Malaysia PAS dituduh pecah belahkan masyarakat antaranya melahirkan dalam satu kampung dua iman, dua masjid atau tempat ibadat, juga sembelihan UMNO dan sembelihan orang PAS saja halal dan berbagai-bagai lagi. Dan bermacam-macam serta pelbagai hal lagi. Oleh itu, PAS secara tradisi demi mempertahan diri kena jawab dan membalas jawabnya bagi mempertahankan duduk perkara sesuatu hal tersebut.


Terkini adalah isu sasterawan Negara antara kurniaan anugerah kepada Dato Anwar Riduan (orang baru dalam dunia kesusuteraan) berbanding dengan Azizi Abdullah (orang lama). Kata orang jika Azizi Abdullah mahukan atau dikurniakan gelaran kena keluar PAS dan masuk UMNO gerenti dapat. Dan yang paling pelik lagi terkini dalam isu terbaru adalah antara speakar DUN Kedah dengan speakar DUN di mana negeri UMNO kuasai boleh belaka dan jadi belaka. Amat kontadikik tindakan, speaker DUN UMNO kuasai boleh buat apa sahaja walaupun tiada dalam peruntukan undang-undang tubuh negeri, tetapi speaker DUN negeri milik Pakatan Pembangkang nanti dulu, salah dan tidak memgikut perlembagaan negara.

Isu nya speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Dr. Abdul Isa Ismail mempertahankan tindakannya menghantar laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif hadir persidangan sebanyak dua kali berturut-turut tanpa kebenarannya. Katanya, Artikel 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan mana-mana ADUN yang tidak hadir pada sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker maka tempatnya hendaklah dikosongkan. Sehubungan itu, katanya, beliau tidak boleh bertolak ansur mengenai perkara tersebut.


Maka demi tanggungjawab amanah kepada rakyat speaker DUN Kedah telah menghantar surat kepada SPR selaku badan yang bertanggungjawab dalam negara bagi mengendalikan urusan hal ehwal perlantikan kuasa eksekutif ini. Adalah tidak salah dan menjadi tanggungjawab SPR untuk menjawab menerima atau menolak atas pemohonan tersebut. Dan rakyat mahukan penjelasan sebab-sebab ia ditolak dan kenapa di tolak.


Bacaan politik kita adalah mudah, tindakan luar jangka ADUN Sipeteh Kedah ini amat memalukan, kerana dalam sibuk Najib melaksanakan KPI , wakli rakyat UMNO BN sendiri gagal memahami apa itu KPI. dan menjadi tanggungjawab kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah kenapa dan mengapa gagal mengawal dan memaklumkan kepada Dewan tentang duduk perkara ADUN Seputeh ini.


Moralnya wakil rakyat UMNO masing-masing bukan mahu menjaga rakyat, tetapi mahu menjaga kedudukan masing-masing. Maknanya masing-masing perahu masing-masing ada pengayuh, maka mudik la sendiri samada ke hulu atau ke hilir.





Strategik UMNO yang menjadi dan mengena ?

Sememangnya UMNO adalah licik. UMNO memiliki pakar strategik. UMNO bersedia menghakis dan memberi imej tercalar kepada musuhnya. Selepas MB Kelantan Nik Aziz diserang dengan 'senjata agama'nya sendiri. Kini giliran MB Selangor pula digunakan kaedahnya sama, bukan soal agama tetapi seni keahlian Tan Sri Khalid juga iaitu wang. Ini kerana senjata agama tidak makan dan sesuai dengan Khalid tetapi senjata 'wang' pinjaman Khalid semasa menjadi CEO dan pemilikan saham Guthrie digunakan.


Kali ini jumlahnya adalah cukup besar RM66.6 juta adalah bukan satu angka yang kecil. Apa pun rakyat tidaklah mahu dijelaskan latar belakang cerita. Rakyat dihidangkan terus cerita 'hadapan'nnya . Maka kesan dan hasilnya imej Khalid kini tercalar. manifesto negara berkebajikan bersama kerajaan Pakatan berjaya dilemahkan oleh seterunya. Rakyat kini mula mempersoalkan kita (PR). Cakap-cakap kita tidak seperti yang mahu dibikinkan.


Sebelum itu pula, perlakuan ganas Gobala semasa penamaan calon Permatang Pasir. UMNo dan media berjaya membawa imej pimpinan berketurunan India dalam PKR dengan imej samseng dan kasar. Rakyat mula terima dan kesannya sebagaimana yang dimaklumi, rakyat Malaysia menolak semua benda-benda seumpama itu. Inilah kejayaan UMNO. Mereka kini bekerja keras mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada mereka.


PAS disimpulkan sebagai mangsa dan diperalatakan oleh rakan. Sesama ahli PAS diragukan. PAS dipecah duakan iaitu satu kumpulan 'dibenarkan' pendirian mereka UMNO mahukan kerjaaan Perpaduan semula. UMNO pula menunjukkan ia amat berminat. Satu kumpulan dalam PAS menolak kerajaan Perpaduan dengan ingin memperteguhkan kerjasama bersama Pakatan Rakyat. Tetapi rakan kongsi digambarkan membelakangi PAS dan PAS tidak dipelikkan atau diendahkan. Maka ramailah pemimpin PAS yang dipermangsakan.

Sementelahan Anwar diangkat sebagai Pengkhianat Melayu yang sukar dinyahkan dari persepsi rakyat. Media UMNO terus menerus menyerang dan menyumbat telinga rakyat.




SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1430H

Doa malaikai Jibrail mnejelang ramdhan Ya Allah abaikan puasa Umat Nabi Muhammad jika sebelum memasauki bulan Ramadhan dioa tidak melakukan 3 pekara:

1.TIDAK MEMOHON MAAF TERLEBIH DAHULU KEPADA KE2 ORANG TUANNYA

2.TIDAK BERMAAF-MAAFAN TERLEBIH DAHULU ANTARA SUAMI ISTERI

3.TIDAK BERMAAF-MAAFAN DENGAN ORANG SEKITARNYA.

MAKA RASULLAHLAH PUN UCAPKAN AMIN 3 KALI

Thursday, August 20, 2009

PPSMI: sampai bila mahu bohong ?

Dalam memberi alasan dan dalih Kemnterian Pelajaran boleh sahaja 'berbohong' dengan 1001 alasan pembohongan. Buktinya kenapa bila mahu laksanakan PPSMI dulu tiada diberikan alasan persiapan menggubal buku teks, memperlengkapkan peralatan, memantapkan latihan guru. Dan paling kuat adalah kakitangan Kementerian Pelajaran (Pendidikan) mas aitu tergopoh gapah. Adakah mereka yang diberi jawatan itu 'sudah pencen' atau hilang ditelan bumi.

Orang samalah yang sanggup buat dan terima PPSMI dan orang yang sama jugalah yang minta tangguhkan dari 2010 ke 2012 dan mungkin dipohon lagi tangguhnya.

Penulis tertark dengan pendirian sasaterwan Negara Dato A Samad Said yang gigig dan tidak jemu-jemu bercakap minta supaya bahasa BM dimartabatkan. Walapun desakannya bersikap kecil dan kuarng didengari tetapi gabungan dengan NGO lain memberi kesan tekanan kepada kerajaan juga.

Memalukan: Topeng barang kawalan ?

Kerajaan UMNO adalah kerajaan topeng ? Ini kerana dalam atas alasan menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat 'takut mati' kena serangan selsema Babi. Kerajaan UMNO BN telah mengisytiharkan topeng muka sebagai barang kawalan iaitu dari nilai 6 sen ke RM6 sahaja.

Mari sama-sama kita fahamkan, atas nasihat kelakar siapa yang berintegriti kerajaan kena kawal topeng muka semata-mata tidak mahu harga dinaikkan. Maknanya semua orang daripada orang kampung sehingga Tan sri di bandar besar mampu milik.

Moralnya kerajaan amat berkira dengan rakyat untuk memberikan edaran percuma. Sekarang siapa yang didahulukan, pencapaian siapa yang diutamakan. Lihat fikirkan slogan UMNO. Kerajaan UMNO Bn boleh habiskan duit menaja angkasawan negara naik bulan, formula F1, Monsun CUP. Setidak-tidak ke mana wang ehsan royalti kerajaan Terengganu , sepatutnya dibelikan sahaja dan diberika kepada rakyat.

Lihatlah pemaham konsep barang kawalan tafsiran UMNO. Nanti satu ketika kerajaan akan bertindak meletakkan harga siling kepada belacan. Bilaman abelacan penawar penyakit berjangkit.

Fikirkan juga ke mana pergi tanggungjawab sosial masyarakat, dalam sama-sama bertolong bantu. Itulah sebabnya di Malasyia pelanggaran undang-undang , orang yang suka ambil kesempatan, orang yang mementingkan diri dan keuntungan diri ramai dalam masyarakat kita. Maka jelas pendidikan dan sistem pelajaran kita GAGAL mendidik manusia ada nilai kemanusiaan mereka. Jangan berlagak sombong mendabik dada cakap kosong, kita adalah genrasi glokal, generasi memiliki minda taraf dunia, jika soal topeng pun kena kerajaan kendali dan membuat peraturan tegas dan beria-ria.

Sungguh memalukan kita dengan negara Bangladesah atau Mnyamar yang jauh terkedepan pemikiran dan sikap mereka, walaupun negara mereka miskin.

UMNO semakin pelik dan aneh ?

Isu Perak yang disepikan, kita mahu tanya Dr M apa hukum orang UMNO buat macam tu. Mungkin Dr M dan TPM Muhyiddin jawap susah dan payahlah kalau campur adukkan hal-hal politik dan agama.

Maknanya dalam politik dia boleh buat apa sahaja tiada kesalahan. Hal agama bagi UMNO ialah masjid, doa mati, sembaahyang, anjur tilawah, ada sedikit forum islam, Itulah penafsiran agama bagi UMNO kot.

Kita minta majlis fatwa keluarlah fatwa apakah salah, haram, harus, makruh, sunat atau wajib rampas kuasa. Buktikan kerajaan PR salah di mata UMNO bilamana banyak Tadika Kemas yang dikunci oleh JKK baru.

Apa hukum JKKK ambil barang-barang milik kerajaan, bilamana mereka tahu kerajaan Perak sudah jatuh ke tangan PR. Tanya JKKK UMNO yang dilantik zaman UMNO di Perak. Penulis dapat maklumat first hand bila kembali ke kampung halaman.

UMNO apa takutkah Nik Aziz, apa UMNO pelik. Lagikan Himpunan ISA dapat ditangkis dan ditandingi mereka, adakah serangan Nik Aziz kata ahli UMNO tidak masuk syurga marah sangat. Kalau mahu buktikan matilah sahaja, kemudian barulah kita tahu ?

Justeru hari ini Harusssani memaklumkan beliau sekadar menjalankan tanggungjawab sahaja. Iaitu membela UMNO dan menyalahkan Nik Aziz kerana fatwanya menyeleweng.


Oleh itu kita minta Harussani tunaikan tanggungjawab fatwakan dan nasihatkan UMNO lah pula kerana menyeleweng ambil alih kerajaan Perak secara tidak sah. Kita tunggu Harusssani kata saya sekadar tunaikan tanggungjawab kepada Najib. Katakan tidak pada kerajaan Perak yang sedia ada.




Wednesday, August 19, 2009

UMNO berpolitik: Taktik dalam kocek

Kemarahan UMNO kepada Nik Aziz belum berakhir dan kerja majlis Fatwa Kebangsan jelas berjalan sesudah mendengar dan mula mengikut 'nasihat' UMNO. Buktinya bila UMNo majlis fatwa bersidang maka bergegaslah majlis fatwa bersidang dan cepat sahaja keluarkan fatwa. Semalam UMNO minta fatwanya hari ini dah keluar keputusannya. Fatwa instant ?

Lebih menlucukan , sebelum Majlis fatwa menfatwakan kenyataan Nik Aziz , orang UMNO tiada can masuk syurga'. Dr M telah memberi fatwanya malahan pandangannya mendahului Majlis Fatwa. Maka di mana wibawa majlis fatwa, kalah dengan fatwa Dr M sahaja. Sia-sia mereka digajikan oleh pemerintah.

Tambah Dr M lagi, jika siapa-siapa yang ingin masuk syurga pergilah jumpa Nik Aziz tanya bahawa beliau layak atau tidak. Maka kita bersetuju sangatlah semua orang UMNO berbaris di pejabat atau dekat rumah Nik Aziz tanya status mereka masuk syurga atau tidak. justeru majulah sektor pelancongan negeri Kelantan. Orang-orang UMNO yang pergi berbas-bas jika dari Johor tentu bawa belakan beras, bimbang mati kelaparan kerana di kelantan tiada beras, negeri miskin maklumlah..

Persoalanya, sejak bila kita ingin tahu yang UMNO berkira-kira, atau ambil kira serta ambil tahu, bahawa mengira soal syurga pula. Kenyataan Nik Aziz tu adalah sebagai reverse minda, jika tidak masuk syurga maka masuk nerakalah kot. Maka lagilah panas dan ganas.

Hari ini KM Melaka dan YDP Melaka yang pegang MAIM mahukan Nik Aziz dikenakan tindakan. Muka ISA lah kot rasanya. Kerana kenyataan Nik Aziz telah mengugat kententeraman kehidupan ahli-ahli UMNO dan orang UMNO.

Berita Nik Aziz dijadikam modal bagi pilihanraya kecil Permatang Pasir. Tujuannya memberi gambaran kebencian kepada PAS. Gambaran kejelikan Nik Aziz. Tujuan lain bagi menarik sokongan pengundi Melayu yang mudah lupa itu.

Jika UMNO mahu menjaga Islam, jika UMNO mahu mengambilkira syurga tentulah mereka membuat kerja-kerja yang membolehkan mereka pergi ke syurga. Janganlah hal dunia tida sangkut paut dengan hal mati.

Melentingnya UMNO, marahnya UMNo, kecewa nya UMNO terhadap Nik Aziz adalah bermusim sahaja. musimnya kerana ada pilihanraya kecil. Jika DAP bertanding diada-adakan cerita tentang DAP. Begitulah juga jika PKR yang bertanding, maka UMNO akan menyerang dan mengada-adakan cerita tentang PKR pula. Semua taktik UMNO dah ada dalm kocek kita.

SPRM, UMNO dan Pakatan Pembangkang

Sejak bila SPRM hilang arah dan taring, kini SPRM terpaksa dipujuk-pujuk dan disemangati termasuk TPM bahawa SPRM berada pada landasan yang betul dan patut teruskan tugas-tugas mereka.

Nah sekarang hasil permainan UMNO yang berkuasa, kini terpanggil dengan arahan sah MB Selangor yang meminta kakitangan kerajaan negeri boleh memberi kerjsama kepada SPRM pada waktu bekerja sahaja dan tidak lebih soalsiat atau temuduga kakitangan melebihi jam 6,30 petang.

Arahan MB Selangor adalah benar, pekeliling arahan kerajaan negeri adalah benar. SPRM menjalankan tugas juga benar. Pematuhan oleh kakitangan kerajaan Selangor juga adalah benar.

Maka tidak berbangkit langsung saperti lapor media, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaksanakan tugas siasatan kes rasuah membabitkan pemimpin politik pada bila-bila masa tanpa rasa takut. Timbalan Perdana Menteri berkata, SPRM seharusnya berbuat demikian jika mempunyai asas bahawa seseorang itu disyaki mengamalkan rasuah.

Justeru sejak bila ada sekatan halangan dalam menyiasat kes rasuah membabitkan pemimpin parti politik. Dan yang menjadi keterlaluan SPRM selama amalan hari ini, siasatan menyoal ke atas saksi tanpa melalui waran yang sebetulnya. Dan siasatan berdasarkan 'rasa syak' oleh pihak SPRM. maka sejauh mana rasa syak tersebut ada keesahan. Hanya SPRM sahaja yang menafsirkan kes tersebut.

"SPRM perlu melaksanakan tugas membanteras rasuah terhadap semua orang tanpa mengira dari parti politik mana. "Mereka sepatutnya tidak takut mengambil tindakan jika mempunyai asas," katanya

Justeru sejak bila peguam (kuasa perundangan) boleh mencampuri kuasa eksekutif. Khusus dalam hal ini, lihat kegelojohan peguam negara yang mengulas semalam bahawa pekeliling Kerajaan Selangor yang hanya membenarkan SPRM menjalankan tugas ke atas pegawainya pada waktu pejabat adalah tidak sah.

Pekeliling yang dikeluarkan pada 28 Julai lalu itu menyebut, semua pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tidak dibenarkan untuk ditemu duga (atau menjadi saksi) kepada SPRM di luar pejabat masing-masing.

Pekeliling itu turut menyatakan semua perjumpaan atau proses temu duga bagi tujuan itu hanya boleh dilakukan dari pukul 8 pagi hingga 6.30 petang.

Sementara itu dalam isu berbangkit yang sama, Parti Keadilan Rakyat (PKR)telah membuat laporan kepada SPRM mendakwa TPM menyalahgunakan harta kerajaan (helikopter tentera) untuk tujuan peribadi. Sebaliknya dengan angkuh , Muhyiddin menegaskan dirinya tidak sedikitpun gentar dengan tindakan pembangkang itu. Ulasnya "Saya fikir ia menunjukkan PKR sudah ketandusan idea. "Sepatutnya mereka melihat diri mereka sendiri, apa yang telah mereka lakukan terhadap negara selama ini," katanya.


Lihat betapa berlengah-lengahnya mereka (SPRM) bertindak terhadap bukti laporan atas salahguna kuasa TPM dengan menggunakan 'harta awam' bagi kepentingan partinya. Sepatutnya TPM yang terpelajar dapat membedakan antara kepentingan awam dan kegunaan parti. Jelas bekas PM terdahulu Tunku Abdul Rahman harus dipuji, dengan bersikap terbuka tidak mengambil kesempatan atas kedudukan dan keistimewaan jawatannya.

Lagi PRK di Kedah ?

NEGARA

Pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh?


ABU HASAN


ALOR SETAR - Kedah mungkin menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil selepas Bukit Selambau di sini April lalu.

Kemungkinan pilihan raya itu berikutan kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif hadir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak dua kali berturut-turut.

Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail memberitahu, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, kerusi yang disandang Abu Hasan akan menjadi kosong apabila beliau tidak menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.

"Kami telah memaklumkan hal itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai perkara itu semalam (kelmarin). Terserah kepada SPR untuk membuat sebarang keputusan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Pada pilihan raya umum lalu, Abu Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon Pas, Ismail Wan Teh dengan majoriti 1,573 undi.

Antara kuil dan mahligai Bani Khir Toyo

Bagi mempertingkatkan keimanan rumah-rumah ibadat diperbanyakkan ? Dua 3 hari ini media berbahasa Melayu memainkan isu pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam. Nampaknya dari segi pemberitaan seolah-olah macam salah sangat dan berbuat besar kesalahannya. Maka para juak UMNO dan pembela rumah-rumah ibadat bangun termasuk orang UMNO dan UMNO Selangor minta rumah ibadat bagi orang Hinddu dihentikan. Apa kah tujuan dan apakah motif bantahan tersebut.


Dalam Perlembagaan Malaysia kebebasan beragama dan mengamalkan agama masing-masing terjamin dan dijamin. Mengapa nampak sangat UMNO ambil berat , pasal pembinaan kuil. Sejak bila UMNO hendakkan orang Hindu jahil tidak beribadat macam dia juga. Adalah tidak salah rumah ibadat yang tiada dalam pelan diadakan. memandangkan tuntutan itu memenuhi syarat diperlukan, demi kepentingan awam dan amat mendesak. Kerajaan negeri Selangor layak luluskan.


Sementelahan alasannya kuil Hinddu digunapakai oleh orang awam (orang Hindu & penganut agama Hindu) dan demi kepentingan awam. Sebaliknya rumah agam bekas MB Selangor dari UMNO cuma digunapakai oleh hanya beberapa orang sahaja. Justeru mana satu kepentingan awam dan mana satu kepentingan peribadi. UMNO nampak kuman di seberang laut, walhal gajah di depan mata tidaklah pulak dia nampak. Oleh itu, kita minta supaya UMNO membuat injuksi terhadap rumah agam Khir Toyo disita kerana tatacara perolehan yang meragukan. Minta SPRM jalankan siasatan.


Memang penyakit UMNO dia mahu 'menyesatkan' orang Hinddu dari mendirikan ibadat mereka. Dia (UMNO) mahu orang Hinddu jahil macam dia. Adalah janggal dalam kerancakan beragama dan kebebasan beragama, pertimbangan untuk memenuhi keperluan rakyat terutama rumah-rumah ibadat dipolitikkan.


Jika UMNO mahu menampakkan ia lebih Islam dan alim daripada PAS tidak boleh. Kata Prof Mohammad Agus Yusoff UMNO cuba menyaingi Islam pada PAS. UMNO akan gagal kerana UMNO sememnag dilabelkan sebagai parti pembangunan bukan parti Islam dan Keislaman.


Agenda politik UMNO adalah menganggu kerajaan Selangor. UMNO mahukan kerajaan Selangor membuat kerja-kerja yang Melayu UMNO tidak suka. UMNO Selangor bahawa mahukan tanggapan UMNO adalah penjaga kebajikan rakyat termasuk hal kebajikan beragama.


Media dan UMNo mahu memberi gambaran bahawa Pakatan khasnya kerajaaan Selangor mudah dibeli, mudah tunduk dan dikuasai oleh bukan Melayu dalam membuat keputusan.

Oleh itu, dua tiga hari ini isu kuil dibangkitkan dalam media berbahasa Melayu. Jika orang India melihata gelagat UMNO tentulah mereka muak. Kerana secara sah orang Indai dan penganut agama Hinddu wajar mendapat hak dan keisitimewaan dalam beragama dan mengamalkan agamanya. bagi PAS hal ini tiak jadi masalah, bilamana tatacara prosedur mendirikan kuil dipenuhi dan menepati syarat-syaratnya.


Pesan Najib: Jaga hati dan perasaan orang UMNO ?


Semasa pertemuan Najib dan Tuan Guru Nik Aziz di lapangan terbang Pengkalan Chepa. Najib selaku PM amat teruja dan suka bilamana Nik Aziz adalah antara ratusan manusia yang menyambut ketibaannya ke Kelantan.

Nik Aziz terpaksa mencemar majlis kerana Najib ke Kelantan atas tiket sebagai Presiden UMNO bukan selaku PM. Namun Nik Aziz menunjukkan muka sebagai tanda hormatnya kepada Najib selaku PM yang berkunjung ke Kelantan.

Semasa pertemuan penuh mesra itu, Najib sesudah itu mengeluarkan kenyataan kepada media minta Tuan Guru menjaga hati dan perasaan orang-orang UMNO. Tambah Najib lagi Tuan Guru nampak faham. Itulah nada penegasan Najib meminta Tuan Guru menghentikan politiking Tuan Guru menyerang UMNO secara bertalu-talu sebagai seteru dan musuh politik.

Tiba-tiba di DUN Pematang Pasir Tuan Guru diserang oleh media milik UMNO. Dengan menyatakan orang-orang UMNO tidak dapat masuk syurga kerana mereka mengamalkan ajaran Islam dari Palestine. Media massa milik UMNO semalam merayakan serangan mereka dengan bergaya mengalunkan psaikologi. TPM dan Menteri-menteri kanan UMNO juga turut tertipu dan seronok dibuai dengan bola tangung yang dihidangkan untuk mudah melibas Nik Aziz dan PAS.

Benar atau tidak kenyataan Tuan Guru itu sudah tidak penting sekarang. Yang penting kini rata-rata ahli UMNO dan para pendokong UMNO serta pencinta UMNO marahkan Nik Aziz. Apa jua penjelasan Nik Aziz selepas ini sudah tidak penting. Saraf ahli UMNO tidak masuk syurga sudah mula masuk, sokongan dan simpati terhadap PAS mula dihakis. Bagi kumpulan tidak berparti yang berprinsip ala lalang akan turut bersimpati kepada ahli-ahli UMNO.

Oleh itu, pesanan Najib bahawa Tuan Guru kena jaga hati dan perasaan ahli UMNO telah dilanggari oleh Tuan Guru sendiri. Minda rakyat sekarang menyalahkan Tuan Guru kerana gopoh dalam berpolitik. Apa yang penting pusingan kemenangan adalah sebelah Najib. Permintaannya tempoh hari 'gagal' dipenuhi Tuan Guru, walaupun benda yang mudah. Justeru itu, bagi Najib dan UMNO semua permohonan Tuan Guru juga gagal dipertimbangkan atau dipenuhi kerana Tuan Guru lah yang terlebih dahulu melanggar perjanjian atau waadat antara Tuan Guru dan najib tempoh hari. Inilah alasan dan stategik politik UMNO. Semua benda dibuat dengan terancang dan kena dengan rancangan.

Akhirnya rakyat akan membuat keputusan UMNO adalah yang betul.

Nyahkan UMNO BN daripada Permatang Pasir


Antara patut dan tidak patut. SPR sepatutnya menjadi satu entiti berkecuali dan tidak cenderung atau terikat dengan mana-mana kepartian dalam melaksana dan menjalankan tanggungjawab sebagai sebuan institusi awam yang berintegriti. Sementelahan dalam menentukan calon itu dan ini layak.

SPR sepatutnya menjadi 'badan kehakiman' dan penentuan samada boleh atau tiak boleh diadili melalui proses biasa dan tatacara biasa. Ini bagi memberi gambaran bahawa SPR tetap adil telus dan berkecuali, barulah kita punya pilihanraya ada keesahannya di mata rakyat dan dunia.

Persoalan ini timbul bilamana Majlis Peguam (Bar Council) telah menarik balik lesen guaman bagi calon BN Rohaizat Othman yang mengaudit wang Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang didakwa telah melakukan 'penyelewengan' iaitu tidak telus dan menimbulkan syak sehinggakan Mahkamah Rayuan telah menolak rayuannya.

Sah dari segi prinsip apa yang dibuat oleh Majlis Peguam adalah tepat selaras dengan keputusan mahkamah dengan menarik balik lesen firma guaman Rohaizat Othman. Jelas lah calon BN Pematang Pasir adalah jenis mahkluk yang tidak bermoral dan rakyat Pematang Pasir harus menolak , walaupun SPR secara terang-terang membelakangi keputusan mahkamah. Inilah integriti ala Malaysia. Macam filem P Ramlee. Undang-undang kita bikin untuk orang atas sahaja bagi menghukum dan kenakan orang bawah serta orang kampung.

Oleh itu selagi mana UMNO BN memerintah negara kita akan ditertawakan orang. Undang-undang dibelakangi, institusi dalam kerajaan takut menyokong apa sahaja kerajaan kata dan arah. Amalan doktrin pengasingan kuasa bawah sisitem kerajaan Persekutuan dilacurkan. Malah Badan Kehakiman dicerobohi oleh Badan Eksekutif. Dan Badan Eksekutif juga menodai Badan Perundangan. Kesannya negara dihancurkan prinsip - prisnsip keadilan dilanyak. Negara bakal menuju kehancuran. Bertindaklah rakyat sebelum negara hancur. Masa masih ada. PRU 13 menantikan jawapan daripada rakyat semua. Hantar signal kata tidak bagi DUN Permatang Pasir.