Saturday, June 30, 2012

Utusan mengiakan perjuangan islam Umno mantap

Penulis prolifik Utusan teruja mahu menampak daripada kacamata beliau bahawa Umno adalah sudah pun lebih islam sebelumnya adanya PAS (parti berakarkan perjuangan Islam).


Beliau enggan menerima dan akur dengan apa yang PAS perjuangkan. Baginya PAS tidaklah perlu berjuang Islam lagi kerana Islamnya Umno telah melaksanakan kesemua program dan ajaran Islam yang sebenarnya.


Ianya tidak mahu mengakui bahawa Islam umno itu cacat dan masih belum sempurna. Dan pembawaan Umno jauh sama sekali mengajar islam bagi diteladani oleh orang bukan islam. bagi beliau cukuplah pengenalan islam sebegini kepada orang islam sendiri dan bukan islam tiada hak ke atasnya secara bersama sebagai rakyat.


Lebih membanggakan penulis kerana bediri di sekeliling PM Najib para ulama-ulama yang memimpin kepimpinan beliau yang langsung tiada cacat cela. Dan paling memalukan juga selain ulama dalam parti Umno sendiri yang menyokongnya dengan membuta tuli. Bertambah yakin Umno dengan persengkokolan majlis fatwa yang bersifat rubber stamp dengan tindakan beliau.


Majlis fatwa sendiri tidak akan masuk campurtangan atau menegur langsung tentang apa yang najib mahu tranformasikan. semuanya ikut mu belaka.


Ketidakupaayaan dan kehilangupaya Majlis fatwa yang dibarisi 14 mufti gagal memperkasakan islam Umno. Serangan bahawa majlis dan ulama umno sekadar terompak kayu ada benar dengan sikap mereka sedemikian rupa.






Najib Tun Razak memegang buku yang ditulisnya bertajuk Agenda Islam Dalam Tranformasi Negara dan buku tulisan Dr. Mashitah Ibrahim yang bertajuk Moderat Antidot Barisan Nasional Menentang Politik Menghalalkan Cara selepas melancarkan Majlis Sekretariat Ulama-Umara (UMUM) di Pusat Dagangan Dunia Putra, baru-baru ini.

SALAH satu modal pembangkang terutamanya Pas bagi meraih sokongan politik umat Islam di negara ini ialah 'menjaja' ke seluruh negara kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang UMNO menjadi tonggaknya menolak Islam.

Malahan ada mereka menuduh UMNO anti Islam, biar pun sejarah politik negara telah membuktikan sebaliknya.
Bagi Pas, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan dalam soal Islam sentiasa sahaja dipandang serong dan akan diputar belitkan termasuklah pelbagai usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malahan ada pemimpin mereka tergamak mendakwa "Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur..."

Begitulah angkuhnya pandangan pemimpin Pas tertentu seolah-olah ingin menunjukkan hanya mereka sahaja layak memperjuangkan Islam, biar pun kini parti itu sudah pun mengorbankan perjuangan negara Islamnya.
Tetapi semua orang tahu bagaimana perjuangan parti itu dalam soal Islam hanyalah retorik semata-mata dan lebih banyak bersandarkan kepada slogan daripada pelaksanaan.

Namun begitu kita tidak perlu menghabiskan masa untuk berbalas hujah dengan Pas, ini kerana sama ada usaha memartabatkan Islam di negara ini oleh Najib dan kerajaan dilakukan secara ikhlas atau tidak, umat Islam boleh mendapatkan jawapannya dalam buku bertajuk Agenda Islam Dalam Transformasi Negara.

Buku tersebut yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada Isnin lalu akan memberi pemahaman kepada keikhlasan Najib dalam meningkatkan martabat Islam di negara ini.

Dalam halaman setebal 233 muka surat itu, ia memaparkan himpunan ucapan dan perutusan Najib dalam pelbagai majlis sepanjang tiga tahun lalu.

Ia dihasilkan oleh Sekretariat Ulama-Umara (UMUM) dan Yayasan 1Ummah yang berada di bawah kepimpinan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah.

Ketika mengulas buku berkenaan, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, buku tersebut jelas menunjukkan betapa agenda Islam yang diperjuangkan turut memayungi rahmatnya terutama kepada institusi masjid dan surau, ulama dan umara, malah merangkumi sama di dalam bidang perundangan, syariah, sosial, ekonomi serta golongan belia.


''Buku ini juga menjadi bukti nyata betapa pihak kerajaan sama sekali tidak pernah meminggirkan agenda Islam dalam membangunkan negara. Ini juga menjadi jawapan kepada pihak pembangkang yang menuduh bahawa kerajaan yang ada pada hari ini bersikap anti-Islam,'' kata Harussani.


Seperti biasa sudah pasti puak-puak yang menyokong Pas tidak akan menerima hujah Harussani biarpun beliau mengakui sebagai mufti, beliau melihat dan merasai sendiri penerapan agama Islam di dalam sistem pentadbiran negara.
Apa pun hujah sedemikian perlu dijadikan pegangan kepada umat Islam di negara ini untuk memahami bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam soal memartabatkan Islam bukanlah satu retorik atau berdasarkan slogan semata-mata.

Sebab itulah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, membaca buku Agenda Islam Dalam transformasi Negara, kita perlu sedar, agenda Islam yang diperkatakan bukanlah hanya susunan kata-kata retorik seorang pemimpin dan ungkapan kontang seorang politikus.

''Malah semua yang tertinta di sini ialah himpunan agenda yang telah diterjemahkan secara nyata dan menyentuh secara langsung denyut nadi dan hidup rakyat oleh seorang pemimpin yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agama,'' kata beliau.

Bagi Jailani pula, buku ini merupakan satu fikrah murni Najib dalam membumikan agenda Islam yang terasnya disumberkan daripada Fasal 1 Perkara Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan: "Islam adalah agama Persekutuan".

''Segala agenda yang tersirat dan tersurat dalam setiap ucapan dan perutusan beliau ini menjadi salah satu pemangkin kejayaan Program-program Transformasi Negara,'' katanya.
Oleh itu adalah wajar, jika mana-mana pihak yang masih mahu mempertikai atau mempersoalkan keikhlasan Najib dalam memartabatkan agama dan institusi Islam di negara ini, cubalah mendalami buku 

Agenda Islam Dalam transformasi Negara ini.

Jika mereka membaca dengan ikhlas dan niat kerana Allah SWT bagi mencari kebenaran tanpa dilumuri oleh sebarang fahaman politik yang sempit mereka pasti akan memahami betapa ikhlasnya Najib dan kerajaan dalam memastikan Islam terus berdaulat di bumi Malaysia ini.

Apatah lagi sebagai ulama yang dihormati, Harussani sendiri mengakui bahawa banyak usaha dilakukan oleh kerajaan dalam menjulang agama Islam.

Malahan Harussani juga dalam nada sebak pada majlis pelancaran buku berkenaan berterima kasih kepada Najib kerana banyak membantu mengangkat kedudukan para ulama.
Justeru tidak perlulah ada lagi umat Islam yang meragui keikhlasan kerajaan dalam soal berkenaan.
Janganlah terpedaya dengan golongan yang mengaku diri mereka ulama tetapi begitu mudah memandang serong kepada perjuangan Islam yang dilakukan oleh kerajaan dan pentadbiran Najib.
Sikap prejudis, buruk sangka dan sentiasa sahaja merasakan hanya puak tertentu sahaja yang memperjuangkan Islam tidak akan menguntungkan umat Islam di negara ini.
Sebaliknya ia hanya akan mencetuskan perpecahan sesama Islam yang akhirnya akan merugikan mereka sendiri.

Adalah lebih baik jika, kita menyucikan hati dan membersihkan minda kita untuk bersama-sama memartabatkan Islam tanpa dipesongkan dengan sebarang fahaman politik yang pastinya akan membantutkan usaha mengembangkan syiar Islam di negara ini.
Ingatlah peringatan Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah Asy-Syura ayat 13 yang bermaksud:
"Dia telah mensyariatkan kamu tentang agama, apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya…".
Semoga apa yang dipaparkan dalam buku 'Agenda Islam Dalam Transformasi Negara'' akan membolehkan kita menjernihkan pemikiran sesetengah pihak untuk memahami siapa sebenarnya ikhlas memartabatkan Islam dan siapa pula yang menjadi Islam sebagai modal meraih sokongan politik.

Thursday, June 28, 2012

Cubaan Utusan Untuk Mengacau PAS Kelantan

Utusan cuba memberi nafas dengan cubaan terakhir adalah menyerang sambil menunjukkan calon MB Kelantan terbaru selepas PRU13. Walaupun artikel ini nampak sangat cubaan kelakar Utusan mahu menjolok. Pertama, apa yang tersirat daripada artikel ini, Umno sudah kalah dan mereka sudah tidak yakin dapat merampas Kelantan daripada tangan PAS.

Kedua, UTUSAN adalah perkakas yang mahu lagakan kepimpinan PAS Kelantan, dengan usikan ini bermakna mereka mahu pecahkan sikap antara pimpinan PAS negeri berkenaan. Tetapi mereka tidak fahaman tentang kaedah pemilihan pimpinan PAS. Kepimpinan Ulama adalah segala-galanya.

Ketiga, mahu timbulkan kemarahan dan naikkan faktor 'campurtangan Anwar' dalam kepimpinan PAS. Dengan cara ini hala serangan sesetengah pihak yang 'tidak suka Anwar' dalam PAS akan disemarakkan. Dan dengan ini mengiakan bahawa faktor Anwar menyerap agen dalam parti PAS dapat diperbesar-besarkan.

Inilah strategi licik Umno, mereka cuba memancing





Kelantan?

Adakah Anwar Ibrahim berbisik ke telinga Nik Aziz Nik Mat supaya membuat percaturan memberi laluan kepada pakar strategisnya, Kamaruddin Jaafar (gambar kanan) menjadi Menteri Besar Kelantan selepas PRU Ke-13 ini?

PILIHAN RAYA Umum Ke-13 negara akan diadakan tidak lama lagi. Mungkin tiga bulan lagi, jika bukan tahun depanlah. Tapi jika dilihat kepada kehangatannya, ia sudah terlalu hampir. Apa pun kita serahkan kepada PM untuk menentukan tarikhnya, kerana kata putus berada di dalam tangannya.

Namun begitu secara kasarnya, kempen telah pun berlangsung. Di Selangor di mana saya tinggal, pihak pembangkang telah pun rancak berceramah. Jika pilihan raya berlangsung selepas raya ini, maka Ramadan akan digunakan sepenuhnya untuk bertazkirah, yang sudah tentunya akan condong kepada kempen pilihan raya
.
Kita semua amat arif, itulah kelebihan yang ada kepada pembangkang khususnya Pas. Mereka akan menggunakan surau dan masjid secara maksimum. Itu pasallah di beberapa masjid di sekitar Selangor sekarang berlaku kecelaruan apabila AJK lama masjid ditukar kepada yang pro-Pas, sehinggakan ada antara kes calon-calon AJK yang di luar daripada kariah masjid itu sendiri pun telah dilantik.

Bagi saya itu bukan satu kesalahan, kerana Pas di Selangor mempunyai advantage. Sesiapa pun berkuasa, dialah yang akan mempunyai kelebihan.
Selain berceramah dan berkempen, masing-masing parti politik, baik kerajaan atau pembangkang juga sedang rancak untuk menyusun calon-calon yang akan menghadapi peperangan politik itu kelak.

Penyusunan dan perancangan calon ini amat penting sekali. Bagi BN, yang akan menjadi underdog kali ini, penentuan itu amat-amat krusial sekali. Silap orang, maka undi akan terjunam.

Maka itu, benar kata PM beliau akan memilih muka-muka baru yang boleh menang kali ini. Tepat sekali strategi PM itu, kerana itu jugalah yang dimahukan oleh pengundi. Pengundi kali ini mahu melihat calon-calon BN terdiri daripada muka-muka baru, yang segar dan berseri-seri. Ingat pada pilihan raya lalu, pihak pembangkang yang underdog pernah meletakkan muka-muka yang tidak pernah pun orang kenal, dan rata-rata mereka menang.

Yang lama dan yang sudah bertanding empat, lima penggal, berilah peluang kepada yang tidak pernah lagi mencuba. Kecualilah, jika yang empat, lima penggal itu benar-benar disayangi oleh para pengundi.
Kepada pembangkang kali ini mereka bukan underdog lagi. Mereka yakin akan menang. Lim Guan Eng nampak gayanya semakin bongkak mendabik dada akan menang lagi kali ini. Jika beliau menang lagi maka, lebih banyaklah “perubahan demi perubahan" yang akan dilakukan di Pulau Pinang itu. Mungkin lebih banyaklah yang akan melukut di tepi gantang.

Tapi bagi orang Melayu, tumpuan sudah tentulah kepada dua negeri di Utara dan Pantai Timur tanah air, iaitu Kedah dan Kelantan. Ini adalah kerana kedua-dua negeri itu mengandungi majoriti kaum itu.
Kedah bagi saya, BN boleh ambil balik. Tapi ada tapinya. Ia banyak bergantung kepada siapa calon-calonnya. jangan rebut-merebut dan gaduh-gaduh. Formula seperti di atas amat-amat diperlukan untuk menang. Potensi memang ada.
Jika Kedah kalah kali ini, maka negeri itu akan menjadi satu lagi Kelantan yang akan dipasak oleh Pas selama-lamanya.

Tapi saya lebih berminat kali ini untuk mengulas mengenai kedudukan Kelantan. Nik Aziz Nik Mat yang pernah mencabar Dr. Mahathir Mohamad supaya berundur kerana dikatakan sudah tua dan nyanyuk, kini telah memerintah negeri itu selama 22 tahun.

Dia pernah mencabar Dr. Mahathir supaya meletak jawatan bagi membolehkan dia juga akan letak jawatan. Tapi sebagai orang politik yang totok, Nik Aziz tidak pernah mengotakan janjinya.
Difahamkan kali ini, buat ke sekelian kalinya, Nik Aziz bercita-cita mahu bertanding lagi. Walaupun asyik masuk-keluar hospital, dia masih mahu bertanding lagi. Tapi kali ini, mungkin lain macam sedikit.

Saya diberitahu oleh orang-orang dalaman Pas, Nik Aziz kali ini mahu bertanding di Parlimen pula.
Dia mahu merasai bagaimana berada dalam Dewan Rakyat. Dia mahu melepaskan jawatan sebagai MB Kelantan, setelah dikatakan terpaksa mengakui gagal membangunkan negeri itu sebagaimana yang dikehendaki.

Dia tahu kelemahannya. Dia tahu, mungkin, jika dia masih berada di situ rakyat Kelantan akan membuat perubahan. Maka, dia dikatakan akan bertanding di Parlimen P20 Pengkalan Chepa.

Jika benar, maka siapa yang akan menggantikannya? Apakah anak emasnya, Husam Musa? Tapi Husam kini dikatakan terlalu banyak bebanan? Husam memanglah bercita-cita mahu menjadi MB, menggantikan Nik Aziz, tapi adakah beliau akan dipilih?

Saya diberitahu, bukan Husam. Tapi nama yang disebut itu ialah KJ. Bukan KJ Pemuda UMNO, tapi Ahli Parlimen P19 Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar.

KJ ini disebut-sebut akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas PRU-13 kelak. Difahamkan, jika benarlah, KJ ini yang menjadi AP Tumpat sejak 1999 akan bertanding di DUN N3 Pasir Pekan (di kampung halamannya) dalam kawasan parlimennya sekarang.

Ahli DUN N3 Pasir Pekan yang kini dipegang oleh Datuk Ahmad Yaakob (kini Timbalan MB Kelantan) akan bertanding di kerusi Parlimen Tumpat.

Tapi siapa Kamaruddin ini? Yang kita tahu dia ini adalah orang kuat dan orang kanan Anwar Ibrahim. Juga disebut-sebut, KJ ini pun dikatakan memasuki ke dalam Pas atas perintah Anwar yang mahu beliau menyusup masuk ke dalam parti itu.

Apakah Anwar, akhirnya mahu menguasai Kelantan pula secara tidak langsung? Jika tidak benar pun andaian ini, mengapa tiba-tiba angin bertiup. Ia kini menjadi buah mulut orang-orang Pas di Kelantan.

Anwar ini memang licik orangnya. Itu pun semua orang tahu. Jika benarlah maka Anwar memang bijak. Adakah jika KJ menjadi MB Kelantan kelak, maka akan mudah PKR dapat bertapak di bumi Kelantan selepas ada tanda-tanda jelas akan kehancuran pertahanan PKR di bumi Selangor dan Pulau Pinang.

Semua orang tahu markas Anwar di Permatang Pauh kini telah goyah. Jika ini benar-benar terjadi, maka adalah tidak mustahil MB KJ akan membuka peluang kepada seorang ahli DUN daripada PKR menjadi Timbalan MB Kelantan?

Faktanya, KJ ini merupakan strategis Anwar di dalam think-tanknya, Institut Kajian Dasar (IKD). Semasa KJ menerajui IKD dia dikatakan banyak mengeluarkan buku mengenai fahaman yang cuba dibawa oleh Anwar mengenai masyarakat madani. Kebanyakan buku-buku itu dikatakan ditaja oleh sebuah yayasan dikenali sebagai Kondrad Adeneur, sebuah pertubuhan milik Parti Kristian Demokrat di Jerman.

Datuk KJ bukan calang-calang orang. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Ghafar Baba. Semasa itu, Anwar ialah Menteri Kewangan. Tapi semasa KJ bersama Ghafar, Anwar juga sudah bercita-cita mahu menjadi TPM, menggantikan Ghafar.

KJ dan Anwar pernah aktif dalam ABIM dan merupakan sahabat baik. Akhirnya pada 1993, Anwar melawan Ghafar dan oleh kerana permainan politik wang yang terlalu hebat, Anwar menang dalam permilihan UMNO.

Beliau kemudian dilantik menjadi TPM. KJ pula secara rasmi berada bersama Anwar di dalam lingkungan TPM Anwar. KJ diberi peranan oleh Anwar untuk menjalankan perniagaan.

Nik Aziz yang selama ini amat mengkagumi Anwar, kini melihat KJ mempunyai potensi.

Kamaruddin dikatakan boleh melonjakkan ekonomi Kelantan. Nik Aziz yang selama 22 tahun hanya mampu membaca doa tazkirah sahaja mengakui gagal melakukan transformasi ekonomi negeri itu.

Nik Aziz amat mempercayai keupayaan Kamaruddin yang dikatakan mempunyai rangkaian hubungan dengan pihak antarabangsa termasuk dari Jerman, Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Jika perkembangan ini benar berlaku, maka ia akan menjadi satu lagi dimensi baru bagi sains politik di negara ini.
Persoalannya adakah Pas akan berdiam diri? Kita tunggu dan lihat.

Monday, June 25, 2012

Najib PM 1 Malaysia Terap Nilai-Nilai Positif - Ok tu

Najib PM1 Malaysia mengulangi acap kali bila bertemu rakyat secara terbuka agar rakyat Malaysia sentiasa memikirkan tentang masa depan negara. Hanya Umno sahaja yang mampu membina masa depan rakyat dan kerana Umnolah rakyat boleh jadi demikian. Inilah penerapan nilai-nilai positif Najib


Seruannya kesekian kali kali ini adalah di Melaka Bandar raya Bersejarah di bawah payung Program Jelajah Janji Ditepati. Jelasnya kerajaan yang ada kerajaan yang diterajui beliau adalah jenis kerajaan yang sentiasa memikir memastikan masa depan negara ikut perubahan dan perkembangan semasa dunia.


Baru sebentar Buliten Utama menyiarkan ucapannya yang mana inti ucapannya meminta rakyat menggunakan 'otak' atau minda bagi merencanakan masa depan negara ini.


Secara diam PM Najib rasai bahawa kerajaan BN lah yang paling banyak berjanji, terutama pada 2 tahun terakhir kerana terlalu banyak janji yang dibuat disebabkan berlaku pilihanraya kecil paling banyak bagi tempoh berkenaan semasa regim beliau.

Justeru kerana desakan sekeliling dengan kemerosotan sokongan rakyat terhadap Umno Bn, sementelahan rakan sepasukan Bn gagal membantu nya dan parti nya. Maka beliau bersama-sama pasukannya terpaksa bekerja keras kali ini. Tambahan pula PM sebelum ini berjaya memenangi pilihanraya umum dengan cemerlang gemilang dan amat terbilang. 

namun Najib PM 1Malaysia dicalarkan kerana 5 buah negeri tumbang ke tangan pembangkang yang baru bergabung iaitu Pakatan Rakyat (PR).


Tolak pembangkang kerana ajar 3 nilai negatif

KUALA LANGAT 23 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat agar menolak pakatan pembangkang kerana mengajar masyarakat tiga nilai negatif dalam kehidupan mereka.
Tiga nilai itu menurut Perdana Menteri ialah tidak menepati janji, tidak mengenang budi serta tidak membayar hutang.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Ku Sihat di Kampung Sungai Bum Bum di sini hari ini. - UTUSAN


PANAS: Kenyataan Media Rafizi Ramli PKR



Selepas Rafizi diserang kiri dana kanan kerana tindakan beliau melepaskan jawatan sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor. Umno menyerang beliau dan PKR lagi supaya cuba dedahkan apa-apa sahaja sebarang penyelewengan yang Umno lakukan di Selangor.

Berikut inilah kenyataan media oleh Rafizi :-




Keputusan peribadi saya untuk menarik diri dari jawatan di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor telah diperbesarkan oleh media Umno bahawa kononnya ia petanda wujud keretakan di dalam pentadbiran Kerajaan Selangor yang ditunjangi KEADILAN.

Saya telah menjelaskan seawal minggu lepas bahawa ia keputusan peribadi yang telah lama saya rancang demi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat menumbangkan Umno/Barisan Nasional. 

Saya  mula-mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran Kerajaan Selangor dalam bulan Oktober 2011 semasa KEADILAN mula menumpukan perhatian serius membongkarkan penyelewengan NFC. Memandangkan tarikh pilihanraya umum belum jelas ketika itu, saya diminta menangguhkan hasrat itu.

Kini, pembubaran Dewan Rakyat perlulah dibuat dalam tempoh kurang dari satu tahun. Dengan kepastian ini, saya yakin masa dan tenaga saya lebih baik ditumpukan kepada usaha merancang kempen KEADILAN dan menyusun strategi menghadapi pilihanraya. Apatah lagi apabila pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim adalah utuh dan telah mempamerkan pencapaian cemerlang setakat ini.
Oleh yang demikian, saya sekali lagi menegaskan bahawa perletakan jawatan ini adalah satu tindakan biasa yang juga dilandaskan pada asas moral kerana seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cenderong kepada aktiviti politik partinya.

Malang sekali, konsep kebertanggungjawaban sebegini tidak wujud di dalam Umno/Barisan Nasional.
Saban hari, Umno/Barisan Nasional menggunakan jawatan dan kemudahan kerajaan yang ditanggung oleh rakyat untuk membayar pimpinan dan aktivis mereka; sedangkan keseluruhan masa digunakan untuk berkempen politik bagi parti mereka.

Contoh penyelewengan wang rakyat sebegini ialah kehadiran lantikan politik di jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan sedangkan mereka bertugas untuk Umno/Barisan Nasional.

Malah, sebuah jabatan khas iaitu JASA ditubuhkan semata-mata untuk membayar gaji pimpinan dan aktivis Umno/Barisan Nasional yang kemudiannya digunakan sepenuhnya untuk berkempen politik.

Sudah menjadi budaya Umno/Barisan Nasional bahawa seorang pemimpin berebutkan jawatan politik untuk mendapat tempat di dalam kerajaan dan menikmati habuan lumayan sedang mereka tiada sumbangan kepada kerajaan.

Oleh sebab itulah, Umno/Barisan Nasional cepat-cepat memutar belitkan tindakan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor kerana mereka berfikiran budaya politik di dalam KEADILAN sama seperti yang diamalkan mereka.

KEADILAN adalah sebuah parti reformasi. Budaya politik kami berbeza dan saya cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung rakyat apabila tumpuan saya lebih kepada kerja politik. Selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno/Barisan Nasional, saya juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan kerja politik dari dana rakyat.

Rakyat akan dapat menghakimi sendiri putar belit Umno/Barisan Nasional ini apabila saya makin lantang membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka.

Hari ini bermula siri pendedahan besar berhubung Projek LRT Ampang yang melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri.

Esok saya akan mula duduk berbincang dengan Cik Faekah Hussin untuk meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa pentadbiran Umno dahulu, sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor.

Oleh kerana penyelewengan yang berlaku hanyalah semasa Umno memerintah, maka senanglah saya menumpukan sepenuh perhatian menyiasat penyelewengan ini seperti yang diminta mereka.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
25 JUN 2012

Saturday, June 23, 2012

Bukan Rakyat Malaysia Didahulukan Berpendapatan Tinggi Tetapi bekas KSN lebih mendahuluinya ?

Bukanya apa tetapi adalah mahu lakukan perkongsian maklumat, betapa beruntungnya oranag di atas, Mereka yang membuat undang-undang. maka jadilah undang-undang yang dibuat oleh sekumpulan orang ,cerdik bagi mengenakan orang-orang yang bodoh.

Mulanya penulis kurang percaya ungkapan berkenaan, tetapi lama kelamaan apa yang diperkatakan oleh mutiara kata seorang tok guru sejak 18 tahun lalu benar-benar kini menjadi kenyataan. Satu persatu penulis jumpainya dan terlalu banyak, tengok saja RUU bagi perjalanan pilihanraya sudahlah...

Sememangnya PM adalah berkuasa penuh dan boleh lakukan apa-apa sahaja. Lihat KSN yang baru pencen sehaari terus ditawarkan ke jawatan yang cukup hebat. Walaupun KSN yanag ada adalah KSN yang gagal memaju rakyat menjadi rakyat yang berpendapatan tinggi, tetapi hanya beliau sahaja terus nikmati dasar berkenaan, bukan dengki tetapi nak bagi tahu sahaja.... itulah Malaysia prinsip bukanlah segala-galanya


Bekas Ketua Setiausaha Negara dilantik Pengerusi Petronas



MOHD. SIDEK ditemani isterinya, Wan Noorlina Wan Hussin (kiri) mengimbas kad perakam waktu pada hari terakhir perkhidmatannya sebagai KSN di Putrajaya semalam. Turut sama KSN yang baharu, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa (kanan sekali).



JAWATAN BAHARU. Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan yang tamat perkhidmatan semalam akan dilantik sebagai Pengerusi Petronas.Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis makan malam bagi meraikan bekas KSN itu di Kuala Lumpur malam tadi.

Thursday, June 21, 2012

Iktibar Apabila regim zalim mulai cemas dan lemas ?

Perangai macam Umno memang ada di mana-mana. Takut dan ketakutan menghantui pemikiran mereka, fikiran mereka semakin cemas selepas berpuluh-puluh tahun duduk dalam zon selesa. Mereka terus kekal kuasa , mengaut harta semahunya dan bertindak apa sahaja berpaksikan bisikan hati berimankan hawa nafsu. Kini usia kekuasaan mereka semakin senja.


dimana-mana atas dunia ini memang ada penyokong kerajaan dan  pembangkang sesebuah kerajaan itu, ianya adalah adalah fitrah dan lumrah.  Ini adalah proses normalisasi dunia. Kekal dan kelangsungan kuasa bergantung kepada apa kerja buat yang mereka lakukan dan laksanakan.


Umpama di zaman Firaun sendiri pun ada yang menyokongnya dan ada yang menentang. Walaupun semua orang yang menyokongnya tahu Firaun adalah zalim. Allah tetap kekalkan kuasa dan kekuasaannya juga.

Justeru dari hari ke hari pelaporan negatif atas sikap dengki dan menyokong kedengkian mahupun kebencian dengan kemenangan puak Islam dalam politik Mesir menerajui berita utama di sini dan juga di dunia. Sepatutnya perubahan kekejaman junta tentera ke atas rakyat diakhir dengan peralihan politik Mesir disokongi, tetapi laporan negatif dihidangkan kepada rakyat negara kita.


Maka itulah, yang rakyat harus perhati dan nilaikan, saksikan sahaja laporan berita di bawah ini....


Pilihan raya Presiden gagal tenteramkan Mesir


SEBILANGAN aktivis Mesir melaungkan slogan menentang pemerintahan tentera di hadapan pekarangan Bangunan Parlimen di Kaherah semalam.



KAHERAH - Pilihan raya Presiden gagal meredakan kemelut politik Mesir apabila rakyat negara berkenaan bersiap sedia melancarkan bantahan besar-besaran di sini sejak semalam.
Protes tersebut yang dianjurkan oleh pertubuhan Islam paling berpengaruh di Mesir, Ikhwanul Muslimin, bertujuan membantah tindakan pemerintah tentera mengekalkan kuasa pemerintahan di Mesir.
Pihak tentera sebelum ini berjanji akan menyerahkan kuasa kepada pemerintahan awam selepas pilihan raya Presiden Mesir pada 1 Julai depan.
Terdahulu, terdapat kekalutan berhubung keputusan pusingan kedua pilihan raya Presiden Mesir yang berlangsung pada minggu lalu.
Ikhwanul Muslimin mendakwa calon mereka, Mohammed Mursi memenangi pilihan raya tersebut tetapi pesaingnya, Ahmed Shafiq yang merupakan bekas Perdana Menteri Mesir, enggan mengaku kalah.
Mendakwa tindakan Ikhwanul Muslimin itu tidak ubah seperti lanun, Syafiq sebaliknya menggesa orang ramai supaya menunggu keputusan rasmi pilihan raya berkenaan yang akan diumumkan esok.
"Kejayaan tersebut tak ubah seperti mencuri kerana diumumkan ketika keputusan rasmi belum diketahui," kata pengurus kempen politik Syafiq, Ahmed Sarhan.
Dalam perkembangan berkaitan, media rasmi Mesir pula melaporkan bahawa keputusan awal mendapati Mursi berada di hadapan.
"Selepas pengiraan undi berakhir di semua 27 wilayah di Mesir, Mursi mendahului dengan 51 peratus undi. Sementara Shafiq memperoleh 49 peratus undi," lapor akhbar pemerintah Mesir, Al-Ahram di laman webnya.
Jika keputusan rasmi memihak kepada Mursi, ini merupakan kali pertama negara paling ramai penduduk di dunia Arab itu ditadbir oleh sebuah parti Islam. - AFP

Sunday, June 17, 2012

Penyeneraian FGBH adalah satu kesilapan

Ikut adalah sisi pandang bagi kerajaan terhadap isu FGHV, semua nya laporan semacam filem  Penyamun Tarbus filem arahan P Ramlee.

Niat kerajaan adalah baik, tetapi cara bagi melonjakkan kehidupan peneroka itu sudah keterlaluan dari segi jangkapanjang. Ramai penganalisa membuat andaian masyarakat peneroka 10 dan 20 tahun akan datang akan melihat hasil kesilapan datuk nenek mereka yang mengikut telunjuk kerajaan.



Penyenaraian FGVBH Di BSKL, Peneroka Bakal Peroleh Faedah Sepanjang Hayat

PORT DICKSON: Peneroka tanah rancangan Felda bakal memperoleh faedah sepanjang hayat susulan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVHB) di Bursa Malaysia pada 28 Jun ini.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, ini kerana selain setiap peneroka mendapat 'durian runtuh' RM15,000 dan 800 unit saham, mereka juga memiliki saham 20 peratus dalam FGVHB.
"Kalau masih ingat lagi kita simpan peruntukan 37 peratus itu kepada Koperasi Pengguna Felda (KPF). Tapi oleh kerana KPF tidak dapat menyertai maka 20 peratus itu kita letak di bawah tabung amanah dan 17 peratus lagi dipegang oleh pihak Felda.
"Dengan itu 20 peratus ini akan jadi milik peneroka selama-lamanya iaitu selagi wujud FGVHB, selagi itulah mereka mempunyai saham 20 peratus, tanpa mengeluarkan sebarang modal...mereka tidak perlu beli saham, bayar yuran dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Guruperingkat Daerah Port Dickson 2012 di sini Jumaat.
Menurutnya sebagai contoh, katalah selepas satu tahun untung RM100 juta, bermakna 20 peratus daripada RM100 juta mungkin ada RM20 juta, jadi RM20 juta itu akan dibahagi kepada 112,635 peneroka terbabit.
Katanya, kalau besarlah keuntungannya, maka besarlah pendapatannya dan mereka akan dapat selama-lamanya.
Mohd Isa yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang berkata, penyenaraian FGVHB berjalan lancar dan insya-Allah pada 28 Jun ini FGVHB akan disenaraikan di Bursa Malaysia.
Katanya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan fasa kedua pemberian bonus RM5,000 sempena sambutan Hari Peneroka di Kuala Lumpur pada 7 Julai ini, serentak dengan perasmian Menara Felda. - BERNAMA

Tuesday, June 12, 2012

Ramai sungguh para pejuang Melayu dalam Umno

Seperti apa yang Dr Maszlee Malek nyatakan dalam wawancara terdahulu dengan Malaysiakini, beliau menyatakan poltik Malaysia perlulah mengamalkan politik matang dan sihat, kini jelas beliau politik malaysia yang sudah merdeka tanpa usia amat matang. Maka politik Malaysia kini adalah politik yang menekankan idea atau dan lain perkata idea perjuangan mereka.

Dalam semua orang dan parti-parti yang aa menuju ke arah perjuangan demikian. Umno parti karat dan parti perkauman tegar masih berjuang ala 1960an selepas negara merdeka. 

Perjuangan Umno lebih kepada perjuangan adu domba, fitnah, cas keting  sesama mereka yang menunjukkan perjuangan Umno cukup terkeblakang dan amat tidak sihat serta tidak sesuai dengan generasi muda kini yang lebih terbuka ini.

Benarlah dengan sindiran sinis Tuan Guru Nik Aziz dalam mengulas gelagat sebahagian ahli-ahli Umno yang berarak membawa cangkul buruk, kereta sorong buruk, untuk disumbangkan kepada kerajaan negeri kerana mahu membina lebuhraya rakyat yang menjadi hantu kepada orang Umno dan Umno itu sendiri

Kini, yang bergelar pemimpin melayu juga lah yang mahu menyingkir sangat Anwar kerana dia dianggap sebagai pengkhianat kepada perjuangan melayu.

Kita ingin bertanya, selama hari ini tiadalah pengkhianat-pengkhianat melayu yang lain. Sementelahan itu pula, ramai sangat pejuang-pejuang Melayu yang berjaya sungguh dengan melarikan RM30 billion, kapal selam yang nilai komisyen saja RM256 juta, Projek Lembu Rakyat (NFC) jumlahnya RM250 juta





Tolak Anwar untuk selamatkan negara


Mohamad Ezam Mohd. Noor (tengah) berbincang sesuatu dengan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dali Hussin (kiri) pada Program Ceramah ‘Sumpah Keramat TIBAI 2012’ di Dewan UMNO Negeri Kelantan, semalam.


KOTA BHARU 9 Jun - Rakyat perlu sedar tindakan mereka menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya akan datang adalah untuk menyelamatkan negara daripada pengkhianatan yang telah dilakukan oleh ketua pembangkang itu.
Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, Pilihan Raya Umum Ke-13 merupakan saat paling tepat untuk rakyat menyingkirkan Anwar yang telah melakukan pengkhianatan besar terhadap negara dan rakyat Malaysia.
Beliau berkata, antara pengkhianatan yang dilakukan oleh Anwar adalah sering memburukkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa khususnya Indonesia sehingga rakyat negara jiran itu sanggup melontar bangunan kedutaan Malaysia dengan najis dan sebagainya.
"Dia (Anwar) lanyak kita di Indonesia, orang Indonesia pergi kedutaan letak najis, bakar, tak pernah berlaku dalam sejarah termasuk semasa konfrontasi Soekarno. Tak pernah kita dihina macam itu.
"Kenapa berlaku, sebab ada pemimpin bangsa kita sendiri yang hina kita, bangsa kita, negara kita," katanya.
Beliau menegaskan demikian pada ceramah Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di bangunan UMNO negeri di sini semalam.
Mohamad Ezam berkata, semasa di Indonesia Anwar sentiasa memburukkan imej negara termasuk menuduh kerajaan zalim.
"Dia juga pengkhianat apabila mengeluarkan kenyataan tentang Israel. Hanya kerana dendam kesumat dan peribadi, dia khianat umat dan agama Islam.
"Dia (Anwar) tahu tak boleh jadi perdana menteri, jadi dia rosak dan mahu ranapkan negara dengan menganjurkan Bersih 3.0," katanya.
Beliau sehubungan itu berkata, pengkhianatan yang dilakukan oleh Anwar mesti dilawan secara bersungguh-sungguh dengan memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
"Ini bukan soal UMNO, BN atau pakatan rakyat tetapi ini pertarungan dengan pengkhianat yang nak rosakkan negara.
"Agenda Anwar adalah untuk meranapkan negara, bukannya untuk pilihan raya yang adil," katanya.
Mengenai sikap Anwar yang dilihat berdiam diri daripada menjawab pelbagai isu membabitkannya termasuk dakwaan pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion, Ezam berkata, Anwar akan terus berdiam diri daripada menjawab pelbagai tuduhan terhadapnya kerana tidak mahu kisah lamanya terbongkar.
Menurut beliau, ini kerana orang ramai terutama anak-anak muda yang ghairah untuk bersama Anwar tidak tahu siapa sebenarnya ketua pembangkang itu semasa beliau berkuasa.
"Dia tidak akan menjawab, dia tidak mahu buka kisah lama semasa dia berkuasa sebab ia akan melahirkan, mempamerkan imej dia yang sebenarnya.
"Sebab itu masa dia berkuasa, apa yang dia telah buat kepada sekolah Cina, pemberian projek berjumlah RM15 bilion tanpa tender, tentunya Anwar tidak mahu kisah lama dibongkar kembali.
"Sebab itu Anwar sebaik mungkin mahu menghindarkan diri daripada masyarakat korek balik atau melihat balik semasa dia berkuasa, apa yang dia lakukan.
"Dia tidak mahu isu ini berpanjangan, sebab itu dia tidak mahu jawab, tidak mahu panjangkan.
"Biasalah sebab ia tidak akan menguntungkan dia kerana akan membongkar siapa sebenarnya Anwar," katanya.
Mengulas lanjut, bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat itu berkata, sekiranya semua dakwaan tidak betul, Anwar sepatutnya mengambil tindakan undang- undang bagi membersihkan namanya kerana tuduhan itu serius.
Beliau bagaimanapun berkata, sebenarnya bukan mudah untuk memahami siapa sebenarnya Anwar yang tidak lagi mempunyai moral untuk memperjuangkan kebenaran atau perubahan dalam negara.
"Mesej yang penting dalam episod- episod ini adalah pada golongan muda sekarang ini yang ghairah bersama Anwar, mereka tidak tahu siapa sebenarnya Anwar.
"Mereka seharusnya mengambil kesempatan ini untuk mengkaji setiap dakwaan ini," katanya.

Sunday, June 10, 2012

PRU13: Rakyat sebagai penentu, perang maklumat bermula ?

Ketakutan luar biasa dan suasana panik dalam 'kem' UmnoBn. Selepas PM Najib gagal mengumumkan tarikh PRU13 secara gentlemen (seperti TPM) minta terhadulu sikit masa yang diketahui semua rakyat Malaysia.

Serangan UmnoBn sudah kehilangan bisa. Satu persatu gagal terkahir isu Azmin Ali yang dituduh dan dilibatkan sebagai tokoh pembangkang anak derhaka, memiliki harta jutaan ringgit, isteinya berskandal dengan Ketua Umum PKR, sudah basi dan tidak jalan.

Kini, cabar mencabar antara TPM dengan ketua Umum PKR berhubung pemilikan aset dan harta masing-masing. Mewarni politik negara kita, peperangan terbuka kali ini adalah pusingan akhir sebelum PRU13 agaknya.

Serangan kini lebih kepada berbentuk peperangan minda bagi memenangi hati para pengundi. Siapakah yang bakal kecundang, apa pun rakyat sebagai hakim diharap dapat memberi perhakiman yang sakama adil dan bermaklumat.




Anwar perguna nama tokoh dunia

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 2 Jun lalu seolah-olah melancarkan "perang" kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) biarpun tarikh pilihan raya belum diumumkan. Anwar melancar perang itu di Guar Perahu yang terletak di Parlimen Permatang Pauh kawasan tradisi yang diwakilinya sejak bergerak aktif sebagai pemain politik.

Parlimen Permatang Pauh diambil alih oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden PKR beberapa penggal semasa Anwar menjalani hukuman di Penjara Sungai Buluh atas kesalahan pecah amanah. Seperti DAP, PKR juga dimonopoli oleh anak-beranak Anwar selaku Ketua Umum parti itu tanpa melalui proses pertandingan?

Permatang Pauh bagi Anwar samalah dengan Parlimen Pekan, Pahang yang diwakili oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diwarisi daripada bapanya, Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain. Begitu juga sama Parlimen Gua Musang dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Parlimen Kubang Pasu dulunya. Kini Dr. Mahathir telah mengisytiharkan diri bersara daripada politik tetapi kelihatan masih aktif berceramah di sana sini?

Apa yang mungkin menarik kalangan orang politik bukan sahaja di Permatang Pauh ialah tentang usaha Anwar mengangkat diri sendiri dengan mengaitkan dirinya dengan tokoh-tokoh pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri baru Turki, Pemimpin Hamas, tokoh Islam Yusof Qaradawi dan waris kepada tokoh negarawan dan Bapa India, Mahatma Ghandi.

Daripada segi imej dan implikasi politiknya, apakah Anwar tidak percaya dengan kebolehan dan ketokohan sendiri. Kenapa beliau mengheret nama beberapa pemimpin dunia luar bagi membantu ceramahnya?

Ceramah tersebut yang lengkap dengan tayangan slide di layar gergasi dijadikan sebagai latar belakang pentas tempat dia berceramah. Aksi itu sebenarnya lebih mirip kepada lakonan solo pementasan teater.

Ceramah itu dirakamkan oleh blog KedahKini, tidak pula menunjukkan orang ramai dan barisan pemimpin pakatan pembangkang yang hadir. Namun para pemimpin lain termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijemput menampilkan diri bersama Anwar dipentas selepas ceramah berakhir.

Dalam hubungan ini, saya teringat kepada seorang blogger dalam tulisannya menyifatkan Anwar sebagai pelakon handalan yang sepatutnya mendapat anugerah sebagai "Pelakon Terbaik" kerana pandai berlakon, petah bercakap, mengata dan bermacam-macam tohmah yang dilemparkan kepada kerajaan khususnya PM Najib yang mendapat kecaman dan menjadi sasaran paling buruk darinya.

Dia bukan sahaja memperlecehkan semua dasar kerajaan sekarang kerana tidak menurunkan harga minyak, menghapuskan PTPTN dengan memberikan pendidikan tinggi percuma malah Anwar juga menyentuh soal-soal pribadi yang melibatkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ia lebih bersifat satu tohmahan dan persepsi kerana isu-isu yang ditimbulkan itu tidak pernah didakwa atau dibawa untuk pengadilan di mahkamah misalnya.

Itulah kelebihan dan kepandaian tokoh pembangkang bernama Anwar Ibrahim dalam mereka-reka cerita yang berupa tohmahan disampaikan kepada rakyat seolah-olah isu yang dibangkitkan itu "real" dan telah melalui proses pendakwaan undang-undang dan hukuman oleh mahkamah?

Malah pada satu peringkat yang mungkin menggelikan hati rakyat dan orang ramai yang datang mendengar ceramah itu, bila Anwar bermonolog siap dengan dialog khayalan ciptaannya sendiri bila dia berjaya kononnya menjadi Perdana Menteri selepas PRU-13 dan Najib digambarkan sebagai Ketua Pembangkang gelaran yang disandangnya sekarang.

Dia memberikan gambaran Najib seolah-olah tergagap tidak dapat menjawab dan cuba melarikan diri bila ditanya oleh para wartawan tentang pengumuman yang dibuat oleh beliau sebagai PM baru ketika mengumumkan penurunan harga minyak di Parlimen sehari selepas dia mengambil alih pentadbiran negara ini?

Ura-ura pembangkang untuk menurunkan harga minyak pada keesokan harinya sebaik-baik mereka berjaya memenangi pilihan raya dan memerintah negara bukan perkara baru yang pernah dijanjikan pakatan pembangkang dalam manifesto kempen PRU-12 pada 2008 lalu?
Anwar juga berlakon bertanya pada seorang pendengar perihal hasil minyak Petronas berjumlah RM80 bilion setahun ditolak dengan RM5 bilion untuk menampung pengajian tinggi percuma dengan menghapuskan PTPTN: "80 - 5 berapa?"

Jawapan yang diterima tentulah 75 dan beliau terus memuji-muji orang yang memberikan jawapan itu sebagai pandai dan bijak dibandingkan dengan Najib: "80-5 jawabnya muflis." sindir Anwar diikuti dengan tepukan sorak daripada hadirin.

Yang lebih melucukan bila Anwar bertanyakan nama orang yang menjawab soalan itu, nama yang kedengaran diberikan ialah "Najib" yang membuat dia terhenti dengan tawaran asalnya meminta individu berkenaan memberikan nombor kad pengenalan dan alamatnya? Mungkin Anwar kantoi di situ.

Sebelum ini, dalam siri ceramah politik membawakan nada yang sama di kawasan Parlimen Lembah Pantai baru-baru ini yang diwakili oleh anak perempuannya, Nurul Izzah juga Naib Presiden PKR yang berlaku sedikit kekecohan. Anwar juga menimbulkan perkara-perkara dan isu yang serupa.

Jadi bolehlah dijangkakan inilah modal dan isu politik Ketua Pembangkang itu bagi PRU-13 yang tidak segan silu mendedahkan impian dan cita-cita besarnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan mengherat dan membabitkan tokoh-tokoh pemimpin tertentu dunia yang pernah ditemuinya.

Ia mungkin penuh gimik dan tokok tambah tanpa pengetahuan pemimpin yang dibabitkan namanya itu? Inilah imej Anwar sebenarnya yang sudah begitu yakin malahover confident dan bersifat takbur untuk memenangi PRU-13 dan merampas Putrajaya?

Macam mana jika ditakdirkan dengan izin-NYA dan kehendak Allah SWT, beliau gagal sekali lagi selepas ura-ura "16 September" dulu kerana rakyat khususnya majoriti 12 juta pengundi menolak gaya kepimpinan beliau dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat dan amanah untuk memerintah negara ini.

Friday, June 08, 2012

Media Akses Sama Flip Plop Dengan PTPTN

Boleh kah kita percaya dan pegang dengan janji manis kerajaan, terutama memberi akses media secara minima pada pru13 pembangkang BOLEH membentangkan manifesto dalam tv dan radio rasmi kerajaan.

Bagi kita semua janji oleh menteri Umno dan kerajaan Umno tidak boleh dipakai. Mula daripada PM sampai ke menteri semua jadi flip flop dalam membuat sesuatu keputusan. Slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan adalah semua sebagai penipu dan tidak   harus diyakini sangat.

Umno akan membuat apa sahaja kini slogan Jelajah Janji Ditepati juga satu pembohongan hidup-hidup kepada rakyat 1Malaysia.



Minda Pengarang: Kempen politik di TV, radio bukti ketelusan demokrasi


2012/06/08


KERAJAAN pastinya mempunyai alasan kukuh apabila mahu memberi ruang sama rata kepada semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menjelaskan manifesto masing-masing menerusi semua badan penyiaran tempatan, khususnya stesen televisyen. 



Walaupun ia satu keputusan yang mengejutkan dan mungkin boleh mengundang polemik, dari dimensi yang berbeza, ia satu pembaharuan politik yang menjurus kepada keadilan dan ketelusan kerajaan Barisan Nasional (BN). Malah, keputusan Kabinet itu adalah satu proses menambahbaik amalan kebebasan media di negara ini, sejajar dengan inisiatif Program Transformasi Politik (PTP) yang selari dengan kehendak demokrasi.


Mungkin penyokong kerajaan ada yang ragu-ragu dengan keputusan itu kerana bimbang ia akan dimanipulasi pihak pembangkang, namun ia sepatutnya dilihat dalam skop yang lebih meluas iaitu bertujuan memberi keadilan kepada semua parti yang bertanding dalam PRU-13 bagi menjelaskan kandungan manifesto mereka kepada rakyat. Soal pemberian ruang yang adil dan seimbang di antara parti pemerintah dan pembangkang untuk menjelaskan manifesto mereka terserah kepada agensi yang bertanggungjawab untuk menentukannya.


Namun apa yang diharap, ia memberi manfaat kepada semua pihaknya, khasnya rakyat. Bagaimanapun, soal kewajaran memberi peluang sama rata ini masih boleh diperdebatkan kerana tahap kematangan berpolitik parti pembangkang yang menyertai pilihan raya di negara ini masih boleh dipertikaikan.



Pengalaman menunjukkan walaupun tanpa bantuan badan penyiaran, pembangkang berupaya menjelaskan manifesto dengan menggunakan sepenuhnya kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Selain itu, mereka menggunakan kemudahan internet untuk mengedarkan maklumat tidak tepat serta mengelirukan kepada rakyat bertujuan mewujudkan sentimen antikerajaan. Menyorot kembali sejarah PRU 2008, pembangkang memanipulasi kemudahan internet sama ada menerusi blog, laman sosial popular Twitter dan Facebook untuk meraih sokongan rakyat sehingga mereka berupaya menguasai lima negeri ketika itu dan mengurangkan kuasa dua pertiga BN di Parlimen.



Itu tidak termasuk keupayaan mereka menawan empat kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam 16 pilihan raya kecil selepas itu. Pembangkang turut memiliki portal berita dan ribuan laman sosial yang pro mereka untuk menjalankan kempen dan propaganda. Berbekalkan kelebihan itu, tidak dinafikan, pembangkang mungkin mendapat manfaat yang lebih bagi menghadapi PRU-13 nanti. Apa yang dibimbangkan ialah keputusan itu mungkin akan menjadi ‘senjata makan tuan’ walaupun tujuan asalnya untuk memberi keadilan kepada semua parti bertanding. 



Justeru, apa yang diharapkan, agensi penguat kuasa yang bertanggungjawab memantau perjalanan kempen dan pilihan raya perlu memastikan semua parti bertanding mematuhi peraturan termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957. Ini penting bagi mewujudkan satu proses pilihan raya yang lebih telus, adil dan bersih seperti diidamkan semua pihak, khasnya pemimpin pembangkang.

Politik Hina Bangsa Melayu

Benarlah bagai apa yang dikatakan serta dijelaskan oleh TGNA, manifestasi bangsa Melayu mengamalkan politik busuk yang akhir memalukan bangsa mereka sendiri serta merugikan islam sendiri kerana bangsa-bangsa lain tidak lagi ingin mendekati Islam kerana cara gaya berpolitik kita (orang Melayu) amat memalukan.

Sebagai contoh terkini, selepas apa yang menimpa TGNA dengan sekumpulan orang Melayu menghantar cangkul penyodok dan kereta sorong di hadapan Pejabat MB Kelantan kelmarin.  Yang memaparkan rendahnya budaya bangsa, tidak amalkan kemurninan akal budi dan daya ilmu

Kini politik busuk dan memalukan dilakukan oleh seorang lagi penyangak politik Melayu juga berbangsa Melayu kepada DSAI.





'Jelaskan akuan berkanun'

Anuar Shaari

KUALA LUMPUR 7 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta tampil memberikan penjelasan terhadap akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid berhubung pemilikan 20 akaun induknya.

Bekas Setiausaha Sulitnya, Anuar Shaari berkata, sekiranya dakwaan yang terdapat dalam akuan berkanun berkenaan tidak benar, mengapa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sehingga kini belum memfailkan saman fitnah terhadap Abdul Murad.

“Akuan tersebut yang diedarkan pada Oktober 1999 itu antara lain mendedahkan pemilikan kira-kira 20 akaun induk Anwar bernilai lebih RM3 bilion.

“Kita minta Anwar jelaskan adakah semua akaun induk tersebut membabitkan pemilikan aset, saham serta wang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.