Monday, June 25, 2012

Najib PM 1 Malaysia Terap Nilai-Nilai Positif - Ok tu

Najib PM1 Malaysia mengulangi acap kali bila bertemu rakyat secara terbuka agar rakyat Malaysia sentiasa memikirkan tentang masa depan negara. Hanya Umno sahaja yang mampu membina masa depan rakyat dan kerana Umnolah rakyat boleh jadi demikian. Inilah penerapan nilai-nilai positif Najib


Seruannya kesekian kali kali ini adalah di Melaka Bandar raya Bersejarah di bawah payung Program Jelajah Janji Ditepati. Jelasnya kerajaan yang ada kerajaan yang diterajui beliau adalah jenis kerajaan yang sentiasa memikir memastikan masa depan negara ikut perubahan dan perkembangan semasa dunia.


Baru sebentar Buliten Utama menyiarkan ucapannya yang mana inti ucapannya meminta rakyat menggunakan 'otak' atau minda bagi merencanakan masa depan negara ini.


Secara diam PM Najib rasai bahawa kerajaan BN lah yang paling banyak berjanji, terutama pada 2 tahun terakhir kerana terlalu banyak janji yang dibuat disebabkan berlaku pilihanraya kecil paling banyak bagi tempoh berkenaan semasa regim beliau.

Justeru kerana desakan sekeliling dengan kemerosotan sokongan rakyat terhadap Umno Bn, sementelahan rakan sepasukan Bn gagal membantu nya dan parti nya. Maka beliau bersama-sama pasukannya terpaksa bekerja keras kali ini. Tambahan pula PM sebelum ini berjaya memenangi pilihanraya umum dengan cemerlang gemilang dan amat terbilang. 

namun Najib PM 1Malaysia dicalarkan kerana 5 buah negeri tumbang ke tangan pembangkang yang baru bergabung iaitu Pakatan Rakyat (PR).


Tolak pembangkang kerana ajar 3 nilai negatif

KUALA LANGAT 23 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat agar menolak pakatan pembangkang kerana mengajar masyarakat tiga nilai negatif dalam kehidupan mereka.
Tiga nilai itu menurut Perdana Menteri ialah tidak menepati janji, tidak mengenang budi serta tidak membayar hutang.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Ku Sihat di Kampung Sungai Bum Bum di sini hari ini. - UTUSAN


1 comment:

I Love Islam said...

1.apa p1ula nilainya bila seorang pm mengharamjadahkan rakyatnya
2.apapula nilainya gangguan terhadap ceramah ceramah pr
3.apa pula nilainya royualti minyak diterengganu disekat sebaik pas memerintah negeri itu dan tidak membayar royalty minyak kepada kerajaan pas kelantan.
4 apa pula nilainya menghadiah kek hari jadi berbentu tahi kepada km p pinang. sebelum menilai orang lain nilailah diri sendiri dulu