Thursday, June 21, 2012

Iktibar Apabila regim zalim mulai cemas dan lemas ?

Perangai macam Umno memang ada di mana-mana. Takut dan ketakutan menghantui pemikiran mereka, fikiran mereka semakin cemas selepas berpuluh-puluh tahun duduk dalam zon selesa. Mereka terus kekal kuasa , mengaut harta semahunya dan bertindak apa sahaja berpaksikan bisikan hati berimankan hawa nafsu. Kini usia kekuasaan mereka semakin senja.


dimana-mana atas dunia ini memang ada penyokong kerajaan dan  pembangkang sesebuah kerajaan itu, ianya adalah adalah fitrah dan lumrah.  Ini adalah proses normalisasi dunia. Kekal dan kelangsungan kuasa bergantung kepada apa kerja buat yang mereka lakukan dan laksanakan.


Umpama di zaman Firaun sendiri pun ada yang menyokongnya dan ada yang menentang. Walaupun semua orang yang menyokongnya tahu Firaun adalah zalim. Allah tetap kekalkan kuasa dan kekuasaannya juga.

Justeru dari hari ke hari pelaporan negatif atas sikap dengki dan menyokong kedengkian mahupun kebencian dengan kemenangan puak Islam dalam politik Mesir menerajui berita utama di sini dan juga di dunia. Sepatutnya perubahan kekejaman junta tentera ke atas rakyat diakhir dengan peralihan politik Mesir disokongi, tetapi laporan negatif dihidangkan kepada rakyat negara kita.


Maka itulah, yang rakyat harus perhati dan nilaikan, saksikan sahaja laporan berita di bawah ini....


Pilihan raya Presiden gagal tenteramkan Mesir


SEBILANGAN aktivis Mesir melaungkan slogan menentang pemerintahan tentera di hadapan pekarangan Bangunan Parlimen di Kaherah semalam.



KAHERAH - Pilihan raya Presiden gagal meredakan kemelut politik Mesir apabila rakyat negara berkenaan bersiap sedia melancarkan bantahan besar-besaran di sini sejak semalam.
Protes tersebut yang dianjurkan oleh pertubuhan Islam paling berpengaruh di Mesir, Ikhwanul Muslimin, bertujuan membantah tindakan pemerintah tentera mengekalkan kuasa pemerintahan di Mesir.
Pihak tentera sebelum ini berjanji akan menyerahkan kuasa kepada pemerintahan awam selepas pilihan raya Presiden Mesir pada 1 Julai depan.
Terdahulu, terdapat kekalutan berhubung keputusan pusingan kedua pilihan raya Presiden Mesir yang berlangsung pada minggu lalu.
Ikhwanul Muslimin mendakwa calon mereka, Mohammed Mursi memenangi pilihan raya tersebut tetapi pesaingnya, Ahmed Shafiq yang merupakan bekas Perdana Menteri Mesir, enggan mengaku kalah.
Mendakwa tindakan Ikhwanul Muslimin itu tidak ubah seperti lanun, Syafiq sebaliknya menggesa orang ramai supaya menunggu keputusan rasmi pilihan raya berkenaan yang akan diumumkan esok.
"Kejayaan tersebut tak ubah seperti mencuri kerana diumumkan ketika keputusan rasmi belum diketahui," kata pengurus kempen politik Syafiq, Ahmed Sarhan.
Dalam perkembangan berkaitan, media rasmi Mesir pula melaporkan bahawa keputusan awal mendapati Mursi berada di hadapan.
"Selepas pengiraan undi berakhir di semua 27 wilayah di Mesir, Mursi mendahului dengan 51 peratus undi. Sementara Shafiq memperoleh 49 peratus undi," lapor akhbar pemerintah Mesir, Al-Ahram di laman webnya.
Jika keputusan rasmi memihak kepada Mursi, ini merupakan kali pertama negara paling ramai penduduk di dunia Arab itu ditadbir oleh sebuah parti Islam. - AFP

No comments: