Friday, June 08, 2012

Media Akses Sama Flip Plop Dengan PTPTN

Boleh kah kita percaya dan pegang dengan janji manis kerajaan, terutama memberi akses media secara minima pada pru13 pembangkang BOLEH membentangkan manifesto dalam tv dan radio rasmi kerajaan.

Bagi kita semua janji oleh menteri Umno dan kerajaan Umno tidak boleh dipakai. Mula daripada PM sampai ke menteri semua jadi flip flop dalam membuat sesuatu keputusan. Slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan adalah semua sebagai penipu dan tidak   harus diyakini sangat.

Umno akan membuat apa sahaja kini slogan Jelajah Janji Ditepati juga satu pembohongan hidup-hidup kepada rakyat 1Malaysia.



Minda Pengarang: Kempen politik di TV, radio bukti ketelusan demokrasi


2012/06/08


KERAJAAN pastinya mempunyai alasan kukuh apabila mahu memberi ruang sama rata kepada semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menjelaskan manifesto masing-masing menerusi semua badan penyiaran tempatan, khususnya stesen televisyen. 



Walaupun ia satu keputusan yang mengejutkan dan mungkin boleh mengundang polemik, dari dimensi yang berbeza, ia satu pembaharuan politik yang menjurus kepada keadilan dan ketelusan kerajaan Barisan Nasional (BN). Malah, keputusan Kabinet itu adalah satu proses menambahbaik amalan kebebasan media di negara ini, sejajar dengan inisiatif Program Transformasi Politik (PTP) yang selari dengan kehendak demokrasi.


Mungkin penyokong kerajaan ada yang ragu-ragu dengan keputusan itu kerana bimbang ia akan dimanipulasi pihak pembangkang, namun ia sepatutnya dilihat dalam skop yang lebih meluas iaitu bertujuan memberi keadilan kepada semua parti yang bertanding dalam PRU-13 bagi menjelaskan kandungan manifesto mereka kepada rakyat. Soal pemberian ruang yang adil dan seimbang di antara parti pemerintah dan pembangkang untuk menjelaskan manifesto mereka terserah kepada agensi yang bertanggungjawab untuk menentukannya.


Namun apa yang diharap, ia memberi manfaat kepada semua pihaknya, khasnya rakyat. Bagaimanapun, soal kewajaran memberi peluang sama rata ini masih boleh diperdebatkan kerana tahap kematangan berpolitik parti pembangkang yang menyertai pilihan raya di negara ini masih boleh dipertikaikan.



Pengalaman menunjukkan walaupun tanpa bantuan badan penyiaran, pembangkang berupaya menjelaskan manifesto dengan menggunakan sepenuhnya kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Selain itu, mereka menggunakan kemudahan internet untuk mengedarkan maklumat tidak tepat serta mengelirukan kepada rakyat bertujuan mewujudkan sentimen antikerajaan. Menyorot kembali sejarah PRU 2008, pembangkang memanipulasi kemudahan internet sama ada menerusi blog, laman sosial popular Twitter dan Facebook untuk meraih sokongan rakyat sehingga mereka berupaya menguasai lima negeri ketika itu dan mengurangkan kuasa dua pertiga BN di Parlimen.



Itu tidak termasuk keupayaan mereka menawan empat kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam 16 pilihan raya kecil selepas itu. Pembangkang turut memiliki portal berita dan ribuan laman sosial yang pro mereka untuk menjalankan kempen dan propaganda. Berbekalkan kelebihan itu, tidak dinafikan, pembangkang mungkin mendapat manfaat yang lebih bagi menghadapi PRU-13 nanti. Apa yang dibimbangkan ialah keputusan itu mungkin akan menjadi ‘senjata makan tuan’ walaupun tujuan asalnya untuk memberi keadilan kepada semua parti bertanding. 



Justeru, apa yang diharapkan, agensi penguat kuasa yang bertanggungjawab memantau perjalanan kempen dan pilihan raya perlu memastikan semua parti bertanding mematuhi peraturan termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957. Ini penting bagi mewujudkan satu proses pilihan raya yang lebih telus, adil dan bersih seperti diidamkan semua pihak, khasnya pemimpin pembangkang.

No comments: