Ikut adalah sisi pandang bagi kerajaan terhadap isu FGHV, semua nya laporan semacam filem Penyamun Tarbus filem arahan P Ramlee.
Niat kerajaan adalah baik, tetapi cara bagi melonjakkan kehidupan peneroka itu sudah keterlaluan dari segi jangkapanjang. Ramai penganalisa membuat andaian masyarakat peneroka 10 dan 20 tahun akan datang akan melihat hasil kesilapan datuk nenek mereka yang mengikut telunjuk kerajaan.
Penyenaraian FGVBH Di BSKL, Peneroka Bakal Peroleh Faedah Sepanjang Hayat
PORT DICKSON: Peneroka tanah rancangan Felda bakal memperoleh faedah sepanjang hayat susulan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVHB) di Bursa Malaysia pada 28 Jun ini.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, ini kerana selain setiap peneroka mendapat 'durian runtuh' RM15,000 dan 800 unit saham, mereka juga memiliki saham 20 peratus dalam FGVHB.
"Kalau masih ingat lagi kita simpan peruntukan 37 peratus itu kepada Koperasi Pengguna Felda (KPF). Tapi oleh kerana KPF tidak dapat menyertai maka 20 peratus itu kita letak di bawah tabung amanah dan 17 peratus lagi dipegang oleh pihak Felda.
"Dengan itu 20 peratus ini akan jadi milik peneroka selama-lamanya iaitu selagi wujud FGVHB, selagi itulah mereka mempunyai saham 20 peratus, tanpa mengeluarkan sebarang modal...mereka tidak perlu beli saham, bayar yuran dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Guruperingkat Daerah Port Dickson 2012 di sini Jumaat.
Menurutnya sebagai contoh, katalah selepas satu tahun untung RM100 juta, bermakna 20 peratus daripada RM100 juta mungkin ada RM20 juta, jadi RM20 juta itu akan dibahagi kepada 112,635 peneroka terbabit.
Katanya, kalau besarlah keuntungannya, maka besarlah pendapatannya dan mereka akan dapat selama-lamanya.
Mohd Isa yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang berkata, penyenaraian FGVHB berjalan lancar dan insya-Allah pada 28 Jun ini FGVHB akan disenaraikan di Bursa Malaysia.
Katanya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan fasa kedua pemberian bonus RM5,000 sempena sambutan Hari Peneroka di Kuala Lumpur pada 7 Julai ini, serentak dengan perasmian Menara Felda. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment