Kerajaan 1Malaysia Najib cukup perihatin selain kaya dan bergaya. Selepas menghabiskan RM17 juta setahun melawat luar negara. Habuk pun tarak yang dibawa balik pelabur. Malah duit yang dibelanjakan itu turut lebur. tambah dengan modal pertunangan anak perempuannya dengan RM406 ribu, sambut harijadi RM80 ribu. Lupus hutang daripada Tjaudin Ramli lebih RM567juta.
Kini, buat pertama kalinya beliau nampak bersungguh-sungguh kali ini mahu berbaik-baik kepada rakyat khasnya para pelajar untuk terus membantu mereka dengan umpan berhutang sebanyak.
Pinjaman PTPTN adalah dana yang dibuat Najib bagi menggantikan biasiswa pelajar ke IPT. Dalam perlembagaan negara termaktub sudah bahawa biasiswa adalah disebut sebagai jaminan kepada rakyat bumiputera ke IPT, dan pelajar bukan bumiputera cemerlang turut sama diberikan biasiswa.
Najib 1Malaysia ke arah 'membantu' rakyatnya. Maka semua rakyatnya terimalah dengan apa yang ada
Pinjaman PTPTN adalah dana yang dibuat Najib bagi menggantikan biasiswa pelajar ke IPT. Dalam perlembagaan negara termaktub sudah bahawa biasiswa adalah disebut sebagai jaminan kepada rakyat bumiputera ke IPT, dan pelajar bukan bumiputera cemerlang turut sama diberikan biasiswa.
Najib 1Malaysia ke arah 'membantu' rakyatnya. Maka semua rakyatnya terimalah dengan apa yang ada
Kabinet Lulus Dana Tambahan PTPTN Sebanyak RM6 Bilion
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah meluluskan penambahan dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM6 bilion bagi tahun 2012 dan 2013, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata permohonan daripada kementeriannya itu telah diluluskan pada mesyuarat mingguan Kabinet semalam memandangkan penting dan relevannya tabung itu bagi membiayai pengajian pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). "Sehingga 29 Feb lepas, seramai 1.9 juta peminjam telah menerima pembiayaan PTPTN berjumlah RM43.6 bilion," katanya ketika berucap pada majlis penutupan Karnival Pengajian Tinggi Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.
Majlis penutupan karnival itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mohamed Khaled berkata bagi sesi akademik 2012/2013, bilangan tempat yang akan ditawarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dijangka meningkat sebanyak 8.8 peratus berbanding sesi akademik lepas iaitu dari 185,966 tempat kepada 202,339 tempat.
"Peningkatan ini membuktikan komitmen kerajaan dalam merealisasikan hasrat mengarusperdanakan pengajian TEVT terutamanya bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam negara," katanya.
Mengenai karnival yang bermula sejak Januari lepas, Mohamed Khaled berkata ia telah berjaya menarik seramai lebih 460,000 pengunjung sepanjang penjelajahan ke 11 zon di seluruh negara bemula di Pahang dan berakhir di sini. -BERNAMA