Sunday, March 25, 2012

Porah...nak berjuang isu nuklear pullok ?

Kepergian TPM ke sidang Kemuncak Antui Nuklear sekadar menghabiskan duit rakyat sahaja. buat dan ambillah apa-apa Delkrasi sekalipun Malaysia macam juga (pemimpin Israel) tidak akan sekali-kali mematuhinya.

isu terdekat soal Lynas, apa yang PM kata inikan pula dalam isu nuklear. Habiskan duit rakyat sahaja. Semua itu adalah aktiviti menteri untuk melancong.

lebih baiklah duit yang dibelanjakan itu, dimanfaatkan kepada rakyat kawasan Pagoh sahaja lagi molek.




Muhyiddin Sertai Kemuncak Keselamatan Nuklear 2012 Di Seoul
SEOUL: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual tiba di sini malam Ahad untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear 2012, yang bermula Isnin.
Beliau akan diiringi isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Kira-kira 53 pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, dijadual menghadiri sidang kemuncak dua hari itu.
Bertemakan 'Melangkau Keselamatan, Ke Arah Keamanan', sidang kemuncak ini bertujuan menjadi platform, antara lain, ke arah membendung penularan keganasan menggunakan tenaga nuklear.
Ini adalah sidang kemuncak kedua seumpamanya. Sidang kemuncak pertamadiadakan di Washington pada 2010, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk SeriNajib Tun Razak. Empat puluh tujuh negara menyertainya.
Bercakap kepada wartawan Malaysia menjelang berlangsungnya sidang kemuncak ini, Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Ramlan Ibrahim berkata, penyertaan Muhyiddin mencerminkan sokongan kuat Malaysia terhadap usaha memperkukuh dan menjamin keselamatan bahan dan teknologi nuklear bagi tempoh hingga 2014, seperti yang dicadangkan Obama dan dipersetujui 47 negara peserta sidang kemuncak berkenaan pada 2010.
Katanya, pemimpin beberapa negara yang menyertai sidang kemuncak kali ini memohon mengadakan perjumpan dua hala dengan Muhyiddin. - BERNAMA



No comments: