Monday, March 19, 2012

Terimakasih Umno kerana perihatin

Sejak Umno menjadi pembangkang di Selangor, mereka nampak cekap memerhati tidak tanduk kerajaan Selangor. Antara kerja-kerja umno adalah menjaga padang permainan.

Sikap keperihatinan sebeginilah yang kita mahu dan sanjungi, tetapi adakah ia benar dan berterusan. Antara kemarahan mereka kerana sudah tiada lagi kawasan riadah untuk anak-anak dan orang-orang yang mahukan santai pada sebelah petang yang penat dengan kerja seharian.

Tetapi dalam masa yang sama juga jangan lupa 'tanah rezab' yang diwartakan daripada sejak merdeka sehingga kini. Berapakah yang tinggal lagi.

Terbaru saksikan kemarahan rakyat Kelantan terhadap kerajaan negeri yang 'makan' tanah rezab.























Lagi padang bola Selangor bakal jadi pusat komersial

INILAH padang Sungai Way yang bakal dibangunkan dengan projek komersial.


PETALING JAYA - Belum pun reda isu projek pembinaan pangsapuri dan pusat komersial di kawasan padang di SS7, Kelana Jaya di sini, kini timbul pula isu serupa di Sungai Way apabila padang bola sepak di kawasan itu didakwa bakal berhadapan nasib sama.
Padang seluas 1.6 hektar yang selama ini digunakan penduduk Sungai Way untuk melakukan aktiviti riadah dan kemasyarakatan itu dikhabarkan akan dibina dengan sebuah pusat komersial oleh satu syarikat pemaju yang beralamat di Klang.
Berang dengan perkembangan tersebut, beberapa penduduk Sungai Way bertindak mengadakan perhimpunan aman bagi membantah projek yang didakwa bakal menyebabkan kesesakan lalu lintas dan memusnahkan kawasan hijau di tempat mereka.
Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, Kelvin Chong Seng Foo yang mengetuai bantahan itu berkata, padang bernilai kira-kira RM75 juta itu amat penting untuk kesejahteraan hidup masyarakat Sungai Way.
"Padang ini digunakan oleh kira-kira 35,000 penduduk Sungai Way termasuk oleh pelajar sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina untuk pelbagai aktiviti kerana padang itu terletak berhadapan sekolah mereka.
"Jika projek ini diteruskan, pasti menyebabkan kesesakan, pencemaran dan menenggelamkan gaya hidup sihat masyarakat setempat apabila tempat riadah mereka dimusnahkan untuk tujuan komersial," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.


No comments: