Friday, March 16, 2012

MP Bn utamakan Rakyat atau Projek yang Didahulukan

Kita amat berbangga mempunyai seorang PM yang cukup berani. Beliau amat banyak memikirkan tentang rakyat. Apa sahaja orang mahu kata dia tetap tidak mempedulikan. Bermula dengan skim itu ini, BR1M dan sebagainya beliau akan 'berbelanja' apa sahaja sampailah kepada survival politiknya.

Terbaru dengan kerjasama Idris Jabagaila menteri di JPM sebagai menteri strategi politik ibarat berniaga. Najib mengeluarkan satu formula 'winnable candidate' pada PRU13 nanti.

Ibarat kata bagi Bn kini bawah PM1Malaysia, sebagai Pengerusi Bn beliau tidak lagi mahu kekal kan kerusi Umno di kawasan majoriti pengundi Melayu, MCA dikawasan komposisi Cina ramai MIC dan lain-lain komponen bawahnya

Bagi Najib beliau akan letakkan calon menyilang sesama komponen di kawasan bukan tradisi mereka. Tetapi adakah Najib cukup berani dengan 'teori dan strategi' barunya itu.

Melihat dan meneliti apa yang dibuat Najib dan pengakuan Dato Arif Sabri mantan Adun Pulau Manis Pekan. Menurutnya secara sebenarnya Najib 'tidak mempunyai keberanian dalam politik'.Beliau menyatakan Najib hanya terkenal dan dikenali kerana menumpang sejarah dan populiriti ayahanda nya sahaja dalam arena politik. Beliau dihormati kerana ayahnya khas di Pahang amnya di Malaysia. Beliau tidak cukup mengenali hati budi rakyat. Beliau tidak hidup dan bergelumang dengan denyut nadi rakyat marhein. beliau banyak habiskan masa hanya di luar negeri sahaja, ujar beliau.

Kali ini, kita amat menunggu-nunggu strategi Najib adalah mengena atau tidak.

Menurut Dr Zulkafley Ahmad PPPP , relaiti kini, Umno Bn sudah gagal kuasai 2/3 majoriti dalam parlimen. zaman segala-gala dapat dibuat oleh bn sudah berkahir. Kini Umno Bn sudah  menjadi pembangkang di beberapa negeri tertentu. Jika dulu ia agak janggal dan nampak luar biasa. Kini khurafat Umno segala-gala sudah tamat.

Kenazakan Umno Bn menyebabkan tindakan mereka tidak keruan. Sebagai bukti perbahasan dalam Dewan Rakyat sudah menjadi pasar borong Selayang. Kerana MP Bn gagal menyaingi hujah dan hujahan daripada MP Pakatan Rakyat.

Isu SBPA dan Isreal sahaja yang terbaru sahaja sudah menampakkan tahap ketidak matangan mereka. Hujahan gagal di balas dengan hujah.


No comments: