Sunday, March 25, 2012

Adun Bangi Pandai Berpolitik ?

Dato Subhan Kamal terima kasih kerana bangkitkan isu Hassan Ali Gombak Setia yang buat kerja ubah suai pejabat sampai RM300,000 sahaja. Biasalah tu, londeh melondeh adalah realiti hidup manusia. Macam suami isterilah masa sayang semua nampak baiklah belaka, tapi bila dah bercerai yang buruk keluaq lah.

PAS bukannya parti malaikat, ia adalah parti yang dikelolakan oleh manusia. Sekarang kita sebagai manusia kena ke arah mengejar untuk buatkan kebaikan yang terbaik.

Bagi saya buat masa ni kalau nak bandingkan PAS dengan Umno. Saya akan pilih PAS dulu. Sebab PAS buat benda baik banyak sangat dah berbandingkan apa yang Umno dah buat.

YB Tuan Subhan Kalam yang cepat kelam mata na. Daripada ratus ribu Hassan perabih berapa banyak juta yang wakil rakyat Umno Bn habihkan, Tengok Khir Toyo sudah lah.

Ceritakan 50 Kebaikan Khir Toyo kepada rakyat. Dan senaraikan 50 kebaikan Hassan Ali kepada rakyat.


Dalam hal yang sama kita tertarik dengan saranan adun Bangi jangan terlalu melayan sangat kes Hassan Ali. musuh nak jadikan peluru tembak tuan lah...


Motif bangkitkan mengenai Hasan Ali sekarang dipersoal

23/03/2012 9:14pm

SHAH ALAM 23 Mac – Seorang penyokong Barisan Nasional (BN) hari ini membidas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali yang membangkitkan perkara Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membelanjakan RM300,000 mengubah suai pejabatnya ketika menjadi Exco kerajaan negeri dua tahun lepas.
Datuk Subahan Kamal (BN-Taman Templer) mencelah ucapan Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bertanyakan mengapa ia ditimbulkan sekarang, tidak semasa Hasan masih Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri.
Hasan (Bebas-Gombak Setia) dipecat daripada Pas awal Januari lepas setelah beliau dikatakan membuat pelbagai kenyataan yang bercanggah dengan pendirian Pas.
Menurut Subahan, perkara itu dibangkitkan kerana wakil Gombak Setia itu telah dipecat.
"Dua tahun lepas Barisan Nasional pernah membawa isu ini tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan negeri, tetapi apabila Hasan bertukar haluan perkara itu dibangkitkan semula,” katanya.
Mohamed Azmin yang membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor pada perasmian sidang Dewan itu, menjawab bahawa siasatan dilakukan secara audit dalaman. – BERNAMA


No comments: