Sunday, March 25, 2012

Pelik juga nih..tenang dalam penjara ?

entahlah, orang semua dapat ketenangan bila baca al Quran, atau dapat duduk dan beriktiqaf dimasjid atau tenang semasa menunaikan umarh berada di tanah suci, tetapi yang satu ni tenang ada dalam penjara..

Selepas ni ramailah remaja akan masuk berbondong bondong ke dalam penjara untuk mencari ketenangan, kerana ketenangan rupanya berada di dalam penjara.

selepas ini hangpa jangan terkejut 'permohonan masuk penjara' akan lebih memasuki ke IPT atau apa sahaja lah..

Ariel kini tenang di penjara



BANDUNG 24 Mac - Hampir dua tahun hidup di penjara, vokalis utama kumpulan Peterpan, Ariel dapat merasakan imannya kembali teguh terhadap kebesaran Allah.
Akibat terperangkap dengan dorongan nafsu dan kedangkalannya sebelum ini sehingga mengheretnya ke penjara, hukuman yang sedang dijalani memberi ruang yang lebih luas kepada Ariel untuk berfikir.
Penghibur berusia 32 tahun yang didapati bersalah kerana terlibat dalam kes penghasilan video lucah itu mengakui, hidup dalam tahanan membawa dia kembali menginsafi perilaku silam yang telah memusnahkan kehidupannya.
Justeru, kesempatan menghitung hari-hari pembebasannya kata Ariel, digunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki kesilapan lalu.
Bahkan, masa yang ada digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
"Rutin harian saya lebih teratur di sini. Solat saya terjaga, makan minum dan waktu rehat juga mengikut ketetapan penjara.
"Kalau dahulu semasa aktif menghiburkan orang, hal-hal ini sering saya abaikan," kata Ariel pada satu pertemuan yang diatur di Rumah Tahanan Negara Bandung, Kebon Waru, di sini hari ini.
Di mata kasar, Ariel mungkin terlihat ceria namun, jauh di lubuk hati dia tidak dapat menyembunyikan betapa penjara seharusnya menjadi tempat terakhir yang mahu dikunjungi, jauh sekali untuk menghabiskan masa bagi satu tempoh yang panjang.
"Ada yang berkata kepada saya tempoh hampir dua tahun yang sudah dilalui seperti berlalu dengan pantas sekali.
"Itu kata mereka tetapi tidak pada saya. Terlalu lama rasanya hidup di sini. Namun, apa yang mampu saya lakukan kalau sudah tertulis takdir hidup saya begini," kata Ariel meluahkan beban yang sudah tidak mampu dibendungnya lagi. - MINGGUA


No comments: