Thursday, May 31, 2007

Laporan Muktamar DPP Pusat ke 48 - PUTIK

Perbahasan Muktamar DPP kali ke 48, hari ini berjalan bagi membahaskan Ucapan Dasar Ketua Pemuda, sesudah dirasmi sudah oleh Timb. Presiden pada malam semalam.
Perhatian penulis tertarik dengan perbahasan wakil daripada DPP Johor dan Pulau Pinang. DPP Johor membahaskan berkiatan dengan pembangunan ekonomi yang mengfokuskan kepada Pembangunan WPI di Johor (SJER). Hujah beliau UMNo-BN mula gadai negara , iaitu 'melabur' dan melacurkan tanah kepada Singapura. Kesan terdekat dan segera sejumalh 16,997 hentar tanah rezab Melayu akan dirogolkan oleh kerajaan, yang melihatkan kawasan Johor Selatan meliputi Pontian(termasuk) kawasan FELDA, 17 perkampungan asli dan tradisonal Melayu yang miskin tegar akan terlibat. Mereka ini tunggu masa untuk dihalau menjadi pelarian di negara sendiri. Kawasan WPI(SJER) secara bandingan adalah luasnya 2 1/2 keluasan Singapura.
Antara keistimewaan lain, syarat kepala atau utama demi untuk maju. UMNo-BN 'hapuskan' kaouta 30% kepada bumiputera. Syaraikat asing boleh ditubuhkan tanpa terikat dengan dasar keramat UMNo sejak zaman berzaman. Kemudian ditambahi lagi warga asing Singapura boleh memiliki hartanah atau rumah yang lebih RM250,000 ke atas. Dasar ini sudah digazetkan dan diwarta, semua orang tahu. Kerajaan Johor tambah beliau, harga rumah kedai yang ditawarkan sebelum RM800, 000 dan naik sebelum siap kepada RM1.3 juta bagi harga seunit.
Beliau, menambah, industri land bawah WPI (SJER) akan membina kawasan hiburan ala Disyneland yang dijangkkankan akna berlaku kebobrokkan sosial. walapun padahnya dah boleh dijangkakan tetapi demi maju, demi ekonomi mereka gadai dan hancurkan bangsa. tak jadi hal.
Manakala perwakailan DPP Pulau Pinang, menekankan soal tarbiyyah kader dan ahli kerana ini adalah modal insan utama ke arah pengukuhan dan pembinaan parti. Beliau tidak mahu lahir 'anai-anai' dalam parti kerana akan sedikit sebanyak mengugat perjalanan parti, anai-anai kata beliau menjadi penghalang kepada segala bentuk tindakan kerana anai-anai berperanan dan diperanankan menentukan hala tuju parti dan menentukan ala tuju parti kita. Inilah kritikan keras ke dalam yang wajar dimuhasabah oleh semua pihak dalam parti.
Persoalan kedua, fokus beliau kepada kontrak sosial yang ada di negara , kini dimanfaatkan secara maksimum , merjuk kes Lina Joy walaupun menang 2-1, ini tidak berkahir di situ sahaja. Di PP sendiri , dasar KAP sebuah pertubuhan antarabangsa beribupejabat di Jerman memperjuangkan perjuangan etika global , yang dasarnya menglobalkan manusia tanpa ambil kira soal agama, semua agama sama. Inilah pluralisme agama yang digerkkan secara halus. Beliau mahukan DPP Pusat tangani secara bersungguh2.
Muktamar sedang berjalan...
Merakyat Perjuangan" - Ucaptama Ketua Pemuda PAS
Para perwakilan, pemerhati dan hadirin yang dihormati sekalian, Firman Allah SWT, “Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan, supaya kamu menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah), dan Rasulullah pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu...” (Surah al-Baqarah: Ayat 143)

MUQADDIMAH
Alhamdulillah, kita memanjatkan jutaan syukur kepada Allah SWT kerana dapat bersidang pada malam ini di Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat Ke-48 di Dewan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) ini. Selawat dan salam juga kita panjatkan kepada Rasulullah SAW yang telah membawa rahmat Islam kepada seluruh pelusuk alam.

Muktamar pada tahun ini amat bermakna bagi kita kerana ia mungkin merupakan muktamar terakhir sebelum berlangsungnya pilihan raya umum ke-12. Muktamar kali ini adalah satu forum terbaik untuk menggariskan persiapan kita menghadapi pilihan raya tersebut.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini di mana gerak kerja kita berpusat di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, kini kita telah melangkah ke tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur dengan perpindahan ke Pejabat Agung baru di Jalan Raja Laut. Perubahan pusat pentadbiran ini mudah-mudahan memberikan dorongan baru untuk kita lebih agresif dalam memacu perjuangan.

Saya menjangkakan bahawa muktamar ini akan menjadi medan yang akan digunakan sebaiknya oleh para perwakilan untuk memberikan teguran, kritikan serta pandangan membina bagi mengukuhkan lagi gerak kerja kita untuk meneraju kebangkitan perjuangan.

Islam kuasa baru politik dunia

Sidang muktamirin sekalian,

Kita bermuktamar hari ini dalam suasana kebangkitan Islam mencabar kuasa politik unipolar Amerika Syarikat (AS) yang menjajah dunia sejak kejatuhan Soviet pada 1990. AS dan sekutu rapatnya Israel telah menaja kemusnahan kepada dunia. Peperangan dan penjajahan di Afghanistan, Iraq dan Lubnan adalah angkara tangan jahat mereka. AS- Israel sengaja mencetuskan pergolakan politik dunia supaya senjata- senjata pemusnah baru ciptaan mereka dapat dipasarkan.
Persoalan senjata nuklear terus dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan AS menjarah dunia ini. AS bersikap talam dua muka apabila cuba menyekat pembangunan teknologi nuklear di negara membangun, tetapi terus membiarkan kuasa-kuasa besar Peranchis, Britain, Russia, China dan Israel menguji senjata nuklear mereka. Hakikatnya AS bimbang dengan kemunculan kuasa-kuasa nuklear baru yang dilihat berupaya mengancam kepentingan AS dan Israel. Kita kesal apabila AS terus menekan Iran menggunakan isu nuklear ini. Di Iraq sebelum inipun mereka mencanangkan kononnya Baghdad mempunyai senjata pemusnah, tetapi sehingga hari ini fitnah tersebut tidak dapat dibuktikan.

Apa tujuan sebenar kejahatan yang ditaja oleh AS ini? Segala konspirasi jahat Amerika telah didedahkan dengan bukti-bukti yang emperikal oleh Ken Mc Clure dalam bukunya The Gulf Conspiracy – The battle’s over. The War’s just begun. Kita percaya bahawa AS-Israel ingin menghalang kebangkitan Islam sebagai kuasa pengimbang yang baru pada alaf ini. Di rantau AS dan Eropah sendiri, populasi umat Islam bertambah dengan pesat dan ini sangat membimbangkan kuasa Barat. Tindakan rakyat AS memilih orang Islam sebagai senator di AS telah menjadi tamparan kepada usaha George W Bush melabelkan Islam sebagai pengganas. Bush, Tony Blair dan penyokong-penyokongnya sudah tidak popular lagi di kalangan rakyat sendiri. Maka tidak hairan apabila rakyat negara-negara Amerika Latin memilih golongan yang anti AS sebagai pemerintah. Hugo Chavez, Presiden Venezuela begitu menonjol menggantikan Fidel Castro untuk mengepalai gerakan anti kezaliman AS ini.

Dalam pada itu, kita menyeru pemimpin-pemimpin umat Islam mengambil tindakan proaktif menyelesaikan isu-isu penindasan di Palestin, Khasmir, Selatan Thai, Moro, Iraq, Afghanistan, Lubnan, Chechnya, Bosnia, Sudan dan lain-lain. Isu-isu ini tidak akan dapat diselesaikan selagi pemimpin umat Islam tidak mempunyai kehendak politik (political will) untuk membela kepentingan saudara seagama mereka. Kita tidak tahu apa sebenarnya fungsi OIC dalam soal ini dan mengapa Pengerusi OIC lebih leka merasmikan pameran batik dan kebaya ketika umat Islam terus menderita di merata dunia.

Kita tidak boleh hanya sekadar berbangga kerana mengetuai OIC tetapi tidak berupaya untuk mengangkat martabat ummah Islam. Malaysia bukan sahaja tidak membawa OIC ke mana-mana, tetapi Pengerusi OIC sendiri langsung tidak dilihat oleh masyarakat antarabangsa sebagai pemimpin umat Islam global.

Umat Islam memerlukan pemimpin yang boleh mewakili dan membela kepentingan mereka dalam percaturan politik dunia. Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmedinejad yang berani mengatakan tidak kepada AS dan mempertahankan kedaulatan negaranya daripada dicabuli oleh syaitan besar dunia itu dan Sheikh Hassan Nasrallah yang memimpin rakyat

Lubnan menghalau penjajah Israel sehingga memporak-perandakan politik negara haram itu patut menjadi contoh buat Pengerusi OIC dan pemimpin-pemimpin Islam lain. Inilah contoh pemimpin yang berjaya mempertahankan kepentingan umat Islam daripada kuasa asing.

Erti 50 tahun merdeka

Para hadirin sekalian,
Ibnu Khaldun seorang tokoh pemikir Islam, pengasas ilmu sosiologi dalam karya agungnya Al Muqadimah menyatakan ”kesilapan yang dilakukan oleh pemerintah kesannya akan dideritai oleh rakyat paling singkat setengah abad”.

Voltaire seorang ahli falsafah barat zaman renaissance berkata when the goverment is wrong, it is dangerous to be right. Saya sengaja membawa ungkapan ini untuk mengambarkan betapa besarnya implikasi sekiranya seseorang pemimpin melakukan kesilapan dan kesalahan, sejarah telah menyaksikan rakyatlah menjadi mangsa kesangsaraan yang dimamah waktu dan zaman.

Pada tahun ini genaplah usia jubli emas sejarah kenegaraan Malaysia yang merdeka. Perjuangan menegakkan kemerdekaan yang begitu panjang lagi memeritkan telah memakan korban harta dan jiwa yang bukan sedikit. Kita mendoakan agar roh para syuhada’ dan pejuang- pejuang yang ikhlas untuk membebaskan tanah air kita daripada cengkaman penjajah dikurniakan rahmat yang berpanjangan oleh Allah SWT.

Sebagai mengenang perjuangan yang panjang ini, suka saya mengingatkan kembali bahawa kelompok yang pertama bangkit menongkah penjajahan bukanlah golongan nasionalis, sebaliknya para ulamak dan pejuang Islamlah yang terawal menyatakan peri pentingnya kemerdekaan ini. 450 tahun sebelum penubuhan UMNO, para ulamak sejak 1511 telah berjihad untuk mengembalikan kemerdekaan negara. Penglibatan para ulama dari seluruh nusantara seperti Demak, Ceribon, Japara, Champa dan Acheh terpahat dalam sejarah perjuangan untuk membebaskan Melaka.

Nama-nama syuhada’ terkenal seperti Adipati Yunus, Raja Haji Marhum Teluk Ketapang, Sheikh Abdul Samad al-Falembani, Sheikh Mas’ud al- Banjari dan Tok Janggut semuanya dari kalangan ulamak. Bahkan, pada abad ke-19 penjajah berusaha keras untuk menyekat gerakan kemerdekaan yang dipimpin oleh Sheikh Ahmad Al-Fathoni yang berpusat di Mekah. Daripada kebangkitan di Mekah inilah tumbuhnya kesedaran menyeluruh melalui madrasah-madrasah dan pondok- pondok, kemudian membentuk inteligensia Melayu yang menaja pemikiran pembaharuan yang membawa gagasan kemerdekaan.

Kita tidak mungkin mengenal majalah al-Imam atau Madrasah al- Mashoor jika tidak kerana gerakan ulamak. Pada 1948, semua kesedaran untuk merdeka ini telah bersatu di Maahad Al-Ihya’ as-Syariff, Gunung Semanggol untuk melahirkan Hizbul Muslimin dengan matlamat merdeka dan Darul Islam. Daripada cita-cita Hizbul Muslimin inilah PAS dilahirkan pada 23 Ogos 1951.

Kita juga tidak mungkin boleh melupakan gerakan yang dianggap “kiri” oleh penjajah dalam usaha meniupkan semangat kemerdekaan. Sepertimana sejarah yang tidak boleh dibohongi, buku Memoir Ahmad Boestamam – Merdeka dengan Darah dan Api sepatutnya menjadi khazanah yang perlu didedahkan sebagai fakta dalam usaha para sejarawan kita menulis semula sejarah kemerdekaan negara.

Pada hari ini UMNO bertempik di sana sini bahawa merekalah pejuang sebenar kemerdekaan. Walhal mereka adalah anak didik penjajah yang tidak berani berkata tidak kepada British ketika Natrah dimurtadkan pada 1950. Walaupun UMNO ditubuhkan pada 1946, tetapi merdeka bukanlah matlamat mereka. UMNO dipimpin oleh aristokrat Melayu yang berpendidikan Barat yang berasa terjejas ekoran penyisihan kuasa Raja-raja Melayu dalam MU. Selepas 1951 iaitu setelah kemasukan bekas-bekas ahli Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), barulah UMNO berani bercakap soal kemerdekaan.

Sudah tentu sebagai anak didik Barat, mereka dicaturkan untuk mengambil alih kepemimpinan negara dari tangan British. Lord Gladstone, bekas Perdana Menteri Inggeris berucap dalam parlimen Britian bahawa ”lambat laun negara-negara yang ditakluk oleh Inggeris akan dimerdekakan tetapi kita perlu pastikan mereka yang mengambilalih kuasa adalah anak didik kita sendiri”. Penjajah tidak mahu kepentingan mereka terjejas jika kemerdekaan ini diserahkan kepada golongan Islamis yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin al-Helmy. Semua golongan yang anti penjajah menganggap Dr Burhanuddin adalah ketua mereka, melainkan pengikut UMNO yang pro penjajah sahaja berketuakan Tunku Abdul Rahman. Bahkan, pengasas UMNO, Dato’ Onn Jaafar sendiri menerima Dr Burhanuddin sebagai ketua rakyat Tanah Melayu dalam merangka kemerdekaan.

Malangnya, di bawah pemerintahan UMNO, setelah 50 tahun Tanah Melayu merdeka, kemerdekaan ini tidak diisi dengan falsafah negara- bangsa merdeka yang sebenar. Orang-orang Melayu sebagai peribumi asal semakin terpinggir, tidak menguasai budaya dan kekayaan negara, merempat di negara sendiri dan terjebak dalam pelbagai kancah kebejatan sosial, bahkan lebih teruk daripada ketika di bawah penjajahan.

Walaupun secara fizikal, wujudnya pembangunan yang dibangga- banggakan, tetapi ia tidak memberi apa-apa erti kerana jiwa dan pemikiran rakyat terus dipenjara dalam sistem demokrasi yang berbau kuku besi oleh UMNO/ BN. Keretapi laju dan bangunan mencakar langit hanya kosmetik di sebalik kerakusan pemimpin BN menindas dan menzalimi rakyat. Allah SWT memberi kita ingatan tentang pembangunan yang lompang nilai dalam firman-Nya:

“Tidakkah engkau (wahai Muhammad) perhatikan, bagaimana Tuhanmu melakukan terhadap Kaum ‘Add (yang kufur). Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan yang tinggi tiangnya. Yang belum pernah dibina sepertinya (besar dan kukuh) di mana-mana negeri (pada zamannya). Dan (terhadap) Kaum Tsamud yang memahat batu-batu besar di lembah. Dan(terhadap) Firaun yang menguasai bangunan- bangunan yang kukuh. (Semua itu adalah) orang-orang yang bermahajaralela di negeri (masing-masing). Lalu mereka melakukan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri itu. Dengan demikian, Allah mencurahkan ke atas mereka pelbagai paluan azab”. (Surah Al-Fajr: 6-13 )

Oleh itu, dalam merayakan 50 tahun kemerdekaan ini, Dewan Pemuda PAS menyeru seluruh rakyat supaya kembali kepada matlamat asal berjuang mencari kemerdekaan. Jangan kita fikir bahawa hanya kuasa asing sahaja boleh menjajah negara kita, tetapi kita sebenarnya boleh terjajah oleh kezaliman, penyelewengan, penindasan dan salah guna kuasa pemimpin bangsa kita sendiri. Hidup dalam belenggu kezaliman seperti hari ini tidak ubah seperti hidup dalam penjara besi pada zaman barbarian yang tidak memberi makna kemanusiaan.
Pilihan raya adalah medan terbaik untuk rakyat mendapatkan makna kemerdekaan yang sebenar. Peluang untuk memilih pemimpin dan kerajaan mesti digunakan sebaik mungkin kerana kesilapan kita memilih pemimpin selama 50 tahun yang lalu telah kita lihat kesannya pada hari ini. Jika kita tidak menolak segala bentuk kezaliman ini melalui undi dalam pilihan raya, maka pemimpin BN akan terus bermaharajalela terhadap kepentingan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.
Persiapan pilihan raya: Demokrasi atau Demagogi
Para muktamirin sekalian,
Selepas berakhir beberapa siri pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir, Batu Talam, Machap dan Ijok, ahli-ahli politik dan para pemerhati politik memperkatakan tentang kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-12 akan diadakan dalam masa yang terdekat, selewat-lewatnya suku pertama tahun hadapan. Saya tidak bermaksud untuk membuat ramalan tentang tarikh pilihan raya, tetapi ingin menegaskan bahawa kita bermuktamar pada hari ini di ambang pilihan raya. Oleh itu, saya meletakkan harapan yang tinggi agar himpunan tahunan ini melonjakkan pacuan gerakerja pilihan raya Dewan Pemuda PAS.

PAS menyertai pilihan raya semenjak ia pertama kali diadakan pada 1955, walaupun ketika itu beberapa parti pembangkang bertindak menolak pilihan raya itu. Sebaliknya, PAS komited untuk terus memilih jalan ‘muwajahah silmiyah’ ini yang bukan sahaja menunjukkan betapa PAS menolak pendekatan yang dianggap ekstrem, bahkan PAS meletakkan iltizam yang tinggi untuk terus mempertahankan demokrasi di negara ini. Lebih 50 tahun PAS berjuang melalui medan pilihan raya, dan PAS tidak pernah serik dengan kekalahan atau mengambil langkah-langkah di luar batas undang-undang dalam menjayakan visi dan falsafah politik PAS yang berasaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Batu Talam yang selama ini menjadi kawasan tradisi PAS bertanding telah mencipta sejarah politik tanah air apabila kita mengambil tindakan memboikot pilihan raya kecil pada 28 Januari 2007 itu. Ia bertitik-tolak daripada kekesalan kita terhadap proses pilihan raya tidak dilaksanakan secara demokrasi yang sebenar. Rakyat dibohongi oleh kezaliman Kerajaan BN dengan mewujudkan proses pemilihan yang kotor, media yang berat sebelah, pengendali pilihan raya (SPR) yang berpihak, persempadanan yang dilukis untuk menyelamatkan BN dan lain-lain. Karektor-karektor tertentu sengaja diwujudkan untuk membolehkan ia dilegitimasikan sebagai ‘demokrasi’, walhal ia adalah demokrasi yang sangat tempang.

Wajah demokrasi kita menjadi semakin kabur, seperti beralihnya warna kuning kepada kekuning-kuningan, begitulah demokrasi kita yang kini ‘kedemokrasi-demokrasian’. Dewan Pemuda PAS mengutuk amalan jelek Kerajaan BN yang terus mencengkam demokrasi dan kebebasan rakyat, tetapi dalam masa yang sama mereka bercakap dalam nada munafik untuk menyeru rakyat supaya lebih integritif, membangunkan modal insan dan melahirkan masyarakat yang berasaskan ilmu (knowledge-based society). Hakikatnya, kepemimpinan BN bertindak menyalahguna demokrasi untuk memperkudakan rakyat bagi kepentingan sendiri.
Prof. W.A. Bonger dalam menjelaskan “Problem of Democracy” menyatakan pemimpin politik yang menyalahgunakan nama rakyat dan menafikan kedaulatan rakyat untuk kepentingan politik mereka sebagai “kaum demagogi”, yakni yang berpura-pura menyuarakan suara rakyat, tetapi melaksanakan undang-undang secara wewenang. Demagogi adalah parasit politik yang bersifat anti demokrasi yang lebih berkerabat dengan feudalisme, autokrasi, kapitalisme, dan lain- lain yang menafikan kedaulatan dan hak rakyat. Ternyata Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sepatutnya bertugas untuk rakyat atas nama Majlis Raja-raja, kini menjadi budak dan barua BN dalam menggerakkan politik demagogi di negara ini.
Dewan Pemuda PAS berikrar untuk bekerja sehabis kuat untuk mengembalikan semula hak dan kedaulatan ini kepada rakyat. Kita akan menggerakkan kesedaran rakyat untuk bangkit bersama-sama bagi menolak kezaliman politik yang ditaja oleh BN. Kita memberi kata dua kepada UMNO/ BN iaitu jika mereka gagal memulihkan demokrasi berpilihanraya ini, Pemuda PAS akan memimpin rakyat turun ke jalanraya bagi menolak kezaliman tajaan BN.
Saya menyeru ahli-ahli Dewan Pemuda PAS supaya bekerja lebih keras dalam segenap aspek meliputi soal hubungan dengan Allah melalui pembinaan syakhsiah diri, peningkatan ketaqwaan, penjanaan tawakal dan doa yang berterusan, serta pembaharuan hubungan sesama manusia meliputi soal pendekatan dakwah, strategi tindakan dan keberkesanan kerja.

Persiapan menghadapi pilihan raya mesti bertolak daripada kebergantungan kepada Allah, kemudian disusuli oleh pengemasan organisasi di peringkat Cawangan, Majlis Tindakan DUN, Kawasan, Negeri dan Pusat bagi menjamin usaha-usaha penyusunan strategi, aplikasi media, kerja sama politik dan gerak kerja rutin pilihan raya berjalan lancar.

Kita penuh percaya bahawa selagi mana PAS bekerja dengan ikhlas hati demi menegakkan agama Allah dan bekerja dengan cekap dan berkesan, maka tidak ada sebab mengapa Allah tidak boleh menolong untuk memberikan kemenangan kepada PAS. Firman Allah SWT,
“Allah sesungguhnya pasti akan menolong sesiapa yang menolong (agamaNya). Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (Surah al-Hajj:40)
10 fokus gerak kerja - Merakyat Perjuangan
Sidang muktamar yang dikasihi,
Ruang kerja kita dalam menyeru manusia kepada Islam amat luas dan tidak terbatas. Tetapi dalam pendekatan khusus untuk menghadapi pilihan raya ini, Dewan Pemuda PAS meletakkan sepuluh (10) fokus gerakerja merakyat perjuangan yang perlu diberi tumpuan dan panduan dalam mengatur strategi dan merencana gerak kerja.
1. Memperjuangkan demokrasi yang telus dan bersih;
2. Memulihkan semula asas-asas kontrak sosial;
3. Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat;
4. Menolak kepimpinan rasuah dan bangkrap moral;
5. Menjana kebangkitan golongan pelajar dan belia;
6. Melahirkan rakyat yang sedia berkorban.;
7. Mempertahankan Kelantan sebagai benteng perjuangan – Negeri Tempat Istirehat Fakir dan Miskin.;
8. Membina minda negarawan.;
9. Meneruskan agenda ”Duta Penyelamat dan Kasih Sayang.;
10. Memperkasa pendidikan politik rakyat dan memperkukuh tarbiyyah dalaman.;
Sidang hadirin sekalian,
FOKUS 1: Memperjuangkan Demokrasi Yang Telus dan Bersih
Persoalan demokrasi bertukar menjadi demagogi yang telah saya sentuh sebentar tadi adalah cabaran kemaraan perjuangan kita memerdekakan Malaysia buat kali kedua. PAS bersama-sama beberapa parti politik dan badan bukan kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif bagi mendesak Kerajaan BN, terutama SPR supaya memulihkan semula demokrasi di negara ini. Namun, SPR langsung tidak menghargai pandangan-pandangan rakyat supaya beberapa peraturan, proses perlaksanaan, persempadanan, pengurusan kempen dan media pilihan raya serta beberapa aspek lain yang berkaitan ketelusan perlaksanaan demokrasi perlu dibaik pulih.
Pemulihan demokrasi termasuklah mewujudkan kebebasan penyertaan dalam organisasi politik, kebebasan bersuara, hak pemimpin politik bersaing untuk mendapatkan sokongan dan undi, sumber alternatif maklumat yang seimbang serta ketelusan institusi-institusi yang terbabit dalam pembuatan polisi kerajaan. Malangnya di Malaysia hari ini, pencabulan ke atas institusi-institusi demokrasi ini berlaku hampir secara menyeluruh sehingga kita tidak lagi menikmati demokrasi sebenar. Bahkan hampir semua tindakan dan amalan politik BN hari ini menjadi counter-productive kepada budaya demokrasi yang tulin.
Lihat sahaja bagaimana Kerajaan BN bertindak memandulkan SPR, memaksa rakyat dengan akujanji, menghalang kebebasan media, mewujudkan padang permainan demokrasi yang tinggi sebelah untuk menekan pembangkang dan kumpulan pendesak dan mewujudkan akta-akta draconian supaya mulut rakyat terkunci rapat. Dalam masa yang sama institusi-institusi seperti judiciari, Badan Pencegah Rasuah, polis dan Peguam Negara tidak bebas mengagihkan keadilan kepada masyarakat, setelah dua pertiga majoriti di Parlimen disalahgunakan untuk mewujudkan undang-undang dan dasar-dasar yang menjerat leher rakyat.
Nah! Lihatlah bagaimana ketika rakyat seluruhnya menuntut supaya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis (IPCMC) ditubuhkan untuk menyekat penyelewengan dalam pentadbiran PDRM, wakil- wakil rakyat BN semuanya sedondong menolak cadangan yang tidak menguntungkan Kerajaan BN itu. Ternyata mereka bukan wakil rakyat, tetapi “wakil kerajaan” yang sentiasa menindas rakyat. Semua sikap tidak demokratik pemimpin BN yang sanggup berbuat apa sahaja demi mempertahankan kelangsungan politik zalim mereka ini menjadi dalil bahawa BN tidak lagi perlu dikekalkan sebagai pemerintah.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan Kerajaan BN supaya menghormati martabat dan hak rakyat. Jangan gunakan mandat besar rakyat untuk memperbodohkan rakyat. Kesabaran rakyat ada batasannya. Bila rakyat tidak lagi yakin dengan pasukan polis, intitusi kehakiman dan perundangan , ini sangat bahaya. Pengalaman negara- negara Amerika Latin dalam buku Rogue State mengungkap “when the people take the law into their own hands” Kita memberi amaran jangan sampai rakyat meletakkan undang-undang dalam tangan mereka sendiri.
Dewan Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada usaha-usaha berterusan badan-badan seperti Penggerak Demokrasi dan BERSIH yang begitu komited untuk menjayakan demokrasi telus di negara ini. Usaha-usaha ini sebenarnya lebih progresif ke arah melahirkan masyarakat berasaskan maklumat (K-society) sekaligus membentuk minda kelas pertama dalam pembangunan modal insan. Begitu juga, tindakan proaktif Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (JPP) menubuhkan Center for Election Reform Initiative (CERI) juga membuktikan komitmen PAS untuk memastikan perlaksanaan demokrasi yang memihak kepada rakyat berlaku di negara ini, sekali gus menonjolkan keyakinan PAS untuk terus berada di gelanggang demokrasi dalam mencapai cita-cita negara Islamnya.
FOKUS 2: Memulihkan Semula Asas-asas Kontrak Sosial
Sidang hadirin sekalian,
Malaysia asalnya adalah negara kepunyaan orang Melayu dan Bumiputra, dan orang-orang Melayu dan Bumiputra telah bersedia mengorbankan sebahagian kepentingan dan hak mereka untuk diberikan kepada orang-orang bukan Melayu dan Bumiputra dengan syarat orang bukan Melayu dan Bumiputra bersedia pula untuk mematuhi beberapa hak istimewa orang Melayu dan Bumiputra. Demikianlah mafhum kontrak sosial yang wujud di negara kita sejak terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1948. Kontrak sosial ini juga yang menjadi asas pembinaan negara-bangsa Malaysia yang merdeka pada 1957.
Malangnya, sejak kebelakangan ini, sudah ada anasir-anasir jahat yang mula mencabul kontrak sosial ini dengan mempersoalkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputra. Mereka bukan sekadar menuntut supaya meritokrasi diamalkan, tetapi juga turut mencampuri urusan agama Islam. Kita amat kesal apabila ada badan haram seperti Inter Faith Commission (IFC) ditubuhkan dengan sokongan beberapa menteri membuat tuntutan berbau perkauman kepada kerajaan. Sebelum ini pun kita sudah tersentuh mendengar isu-isu sensitif yang sengaja dibangkitkan seperti pencemaran bunyi azan, pengiktirafan terhadap si mati yang baru memeluk Islam, masalah penolakan ‘moral policing’ yang berteraskan akhlak Islam dan cabaran terhadap peruntukan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan tentang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.
Kita sangat kesal dengan sikap kumpulan-kumpulan yang sengaja menimbulkan provokasi terhadap umat Islam dengan mencabar kuasa perundangan Shariah terhadap orang-orang Islam dalam kes murtad. Kita juga memberi amaran kepada gerakan-gerakan tertentu yang secara terang-terangan dan secara senyap menjalankan dakyah untuk memurtadkan umat Islam dalam negara. Mereka perlu disedarkan bahawa mereka telah mencabar peruntukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyekat penyebaran agama di kalangan orang Islam. Kita mengucapkan tahniah kepada kumpulan-kumpulan NGO Islam yang tidak berdiam diri dalam perkara ini. Dewan Pemuda PAS tidak terkecuali untuk berganding bersama dengan rakan-rakan NGO yang lain mempertahankan martabat Islam melalui jawatankuasa yang kita namakan sebagai Front Bertindak Anti Murtad ataupun FORKAD.
Amat aneh sekali apabila UMNO yang berjaya memerintah pula yang bersikap bagai gunting dalam lipatan. Mereka sendiri merungkaikan satu demi satu kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputra walaupun ia sudah termaktub dalam undang-undang negara. Bermula dari tanah rizab yang semakin meminggir hinggalah kepada Bahasa Melayu yang satu masa dahulu menjadi alat nasionalisme untuk menentang penjajah. Hari ini Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kelas kedua di bumi orang Melayu. Ia sudah tidak laku di kantor-kantor korporat, tidak digunakan lagi di bilik-bilik kuliah dan kini mula dipandang jijik oleh anak-anak sekolah. Pandangan dan pendapat cendikiawan bahasa tidak dihargai oleh pemimpin UMNO kerana kononnya orang Melayu hanya boleh maju dengan menguasai bahasa penjajah.
Apabila UMNO sudah bersikap enteng terhadap kepentingan orang Melayu dan Bumiputra, maka ada pihak-pihak lain yang mulai mengambil kesempatan untuk menggugat sedikit demi sedikit kontrak yang sekian lama dipersetujui. Mereka sudah tidak lagi menghormati agama Islam sebagai agama negara, menuntut sesuatu yang telah jelas ditegaskan dalam Perlembagaan Persekutuan, sentiasa mencabar sensitiviti orang-orang Islam dan tidak lagi menghargai pengorbanan orang-orang Melayu untuk berkongsi negara ini dengan mereka. Dewan Pemuda PAS mengutuk keras kelancangan pemimpin Gerakan yang secara terbuka mendesak kerajaan memecat seorang mufti kanan di negara ini.
Dewan Pemuda PAS mengutuk kebaculan UMNO sebagai pemerintah mempertahankan aqidah dan syiar Islam dan gagal menangani perkara ini secara bijaksana sehingga mencetuskan bibit-bibit yang tidak sihat dalam masyarakat majmuk di negara kita. Dewan Pemuda PAS juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang sengaja mencabar kesucian dan kedaulatan Islam bahawa kami sanggup mengorbankan apa sahaja demi mempertahankan Islam. Daripada hidup bercerminkan bangkai, biar mati bergalang tanah.
PAS sebagai parti Islam sejak dahulu lagi menghormati kedudukan orang bukan Islam sebagai warganegara Malaysia. PAS tidak pernah meminggirkan hak-hak mereka, bahkan PAS menyokong jika orang- orang Cina dan India mahu bahasa ibunda dan budaya mereka diperkasakan. PAS juga bersuara mendesak supaya orang-orang India yang miskin di estet-estet dibela. PAS tidak berjuang atas kepentingan rasis atau perkauman, tetapi kita mahu hak-hak dan kepentingan orang Melayu/Islam yang telah dipersetujui bersama tidak dicabuli. Dalam masa yang sama PAS mengutuk pengagihan kemakmuran negara dibuat mengikut pertimbangan politik puak, tetapi ia seharusnya mengikut keperluan sebenar rakyat. PAS menyokong jika biasiswa diberikan kepada orang-orang miskin yang bukan Melayu dan PAS menolak jika hak istimewa Bumiputera dimonopoli oleh orang-orang UMNO sahaja. Bahkan PAS menyokong Kongres Kepentingan Bangsa dan Dong Jiao Zhong dalam mempertahankan kepentingan bahasa ibunda.
Kita mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu dan Bumiputra bukan atas dasar perkauman, tetapi kerana tidak mahu tragedi yang pernah menghitami sejarah negara pada 1969 berulang. Dasar-dasar yang diamalkan oleh pemimpin UMNO pada hari ini mengulangi kesilapan Tunku Abdul Rahman yang tidak melindungi kepentingan peribumi sehingga mencetuskan tragedi perkauman. UMNO jangan sewenang-wenang mengulangi provokasi perkauman seperti yang berlaku pada 1987 yang akhirnya dibebankan kepada pembangkang.
Kerana itu, Dewan Pemuda PAS mempertegaskan bahawa PAS akan terus mempertahankan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan melaksanakan kesepakatan kontrak sosial tersebut demi memastikan keadilan ekonomi di kalangan bangsa- bangsa dan kestabilan negara dapat diwujudkan. Kami juga ingin mengingatkan bahawa gagalnya hasrat DEB adalah berpunca daripada kebejatan amalan rasuah dikalangan pemimpin kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO. Kenapa setelah 50 tahun merdeka ada dikalangan anak menantu Perdana Menteri dan menteri-menteri dikalangan BN yang memiliki harta berbilion ringgit sedangkan ada lagi anak-anak orang miskin dikalangan orang Cina dan India tidak mendapat biasiswa untuk mereka melajutkan pelajaran?
Di Kelantan, PAS telah bertindak sebagai pengawal kepada kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputra dan hak-hak bangsa lain. Orang bukan Melayu turut diangkat martabat mereka melalui perlantikan Penghulu Tanpa Mukim, bebas mengamalkan agama termasuk membina tokong dan kuil, dan yang terbaru kerajaan BA Kelantan memberikan sumbangan RM10 ribu untuk membina pagar Hian Tuar Tample di Peringat.
Kerana itu kita mahu kontrak sosial ini dipulihkan semula dengan setiap pihak menghormati hak antara satu sama lain seperti yang telah dipersetujui semenjak 1948. Kita menyeru semua pihak supaya tidak membangkitkan ‘fitnah yang sedang tidur’ ini dan janganlah isu-isu yang bersifat perkauman, sentimen agama dan unsur-unsur primodial yang lain diungkit-ungkitkan. PAS tetap berpegang bahawa kita menghormati hak setiap kaum, tetapi kita tidak mahu hak orang Melayu dan kesucian agama Islam dicabuli sesuka hati.
FOKUS 3: Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat
Para hadirin sekalian,
Para pemimpin BN menganggap Malaysia telah berjaya kerana banyak namanya tercatat dalam Guiness Book of World Record. Begitu juga mereka berasa senang hati melihat indeks-indeks di Bursa Malaysia menunjukkan pencapaian terbaik semenjak 40 tahun yang lalu. Tetapi apakah benar semua data-data pada kertas itu mewakili apa yang dirasai oleh rakyat di ceruk-ceruk kampung dan juga dalam hiruk- pikuk kota?
Dalam sedar atau tidak sedar, pemikiran Neo-Liberalisme telah menjadi anutan pemimpin UMNO/ BN. Pemikiran inilah yang mendorong wujudnya perjanjian FTA dengan AS, penswastaan kesihatan dan pendidikan serta isu-isu kenaikan harga barang, kehabisan bekalan minyak masak, kenaikan harga gandum, kadar tol baru yang membebankan, harga baru petrol dan sebagainya. Semua inilah yang mewakili hakikat sebenar kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Dasar- dasar baru kerajaan seperti mengklusterkan sekolah, mengkronikan projek-projek kerajaan dan memilikkeluargakan harta negara telah menyebabkan rakyat semakin hari semakin terhimpit di negara sendiri. Apakah wajar rakyat membayar harga yang tinggi untuk seliter petrol, sedangkan Allah menganugerahkan Malaysia sumber galian yang begitu besar?
Jurang kaya miskin juga semakin melebar. Orang-orang miskin dan kedana terus wujud di mana-mana. Dakwaan bahawa kadar kemiskinan di Kelantan adalah tercorot rupanya didedahkan sendiri oleh media parti pemerintah seperti rancangan TV3 “Bersamamu” berleluasa di negeri-negeri yang diperintah BN. Kita berasa sangat pilu melihat penderitaan rakyat terbawah yang bukan sekadar tidak mampu menikmati kesihatan dan pendidikan, tetapi untuk mengisi perutpun belum tentu. Sedangkan dalam masa yang sama para pemimpin BN bersama anak menantu mereka terus mengungguli satu demi satu punca kekayaan. Kemewahan Perdana Menteri dengan kapal layarnya mengatasi keperluan buku teks hampir semua pelajar sekolah rendah.
Dewan Pemuda PAS amat bimbang jika jurang keprihatinan terhadap kemakmuran rakyat terus terabai, sebaliknya kekayaan negara terus dipunggah mengisi tembolok pemimpin-pemimpin BN. Jika ia berterusan, suatu hari nanti rakyat terbawah di negara ini akan menjadi mangsa dalam semua keadaan, dan mungkin boleh membawa kepada krisis keselamatan negara. Kita takut jika kemiskinan menjadi punca kekufuran, seperti yang pernah diingatkan oleh Rasulullah SAW. Kerana itu kita menyeru kepada pemimpin BN supaya menginsafi peringatan Allah,
“(Ketetapan yang demikian) supaya harta kekayaan itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya di kalangan kamu sahaja”. (Surah Al-Hasyr: 7)
Beban hidup yang semakin meningkat tanpa usaha untuk memulihkan keperluan sosial rakyat telah beralih menjadi barah jenayah. Peningkatan kadar jenayah semakin parah, dan pada 2006 sahaja dilaporkan sejumlah 198,622 kes jenayah berlaku di seluruh negara. Pada 2006, dilaporkan 5,716 kes jenayah mencederakan yang boleh membawa kematian berlaku. Data-data ringkas ini amat menzahirkan tahap keselamatan rakyat kini berada pada tahap yang membimbangkan. Kerajaan BN membiarkan rakyat terus melarat, dalam masa yang sama enggan melaksanakan hukum-hukum Allah untuk mencegah jenayah.. Dewan Pemuda PAS berharap supaya usaha PAS untuk melaksana hukum hudud dan qisas bagi mewujudkan semula keamanan dapat difahami oleh pendukung Islam Hadhari di negara ini.
Beberapa hari yang lalu kakitangan kerajaan menerima kenaikan gaji . Pemuda Pas mengucapkan tahniah kepada CEUPACS dan menggangap wajar 1.2 juta kakitangan awam menerimanya dalam keadaan semua barang-barang keperluan hidup melambung naik dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Tetapi kerajaan jangan lupa masih ada lagi 25 juta rakyat yang menjadi mangsa daripada kenaikan harga petrol yang cukup menyiksakan.
PAS berusaha keras untuk memastikan kemakmuran dapat dinikmati bukan sekadar dapat makan dan minum, tetapi turut merasai nikmat keselamatan, kebahagiaan dan keselesaan dalam menjalani kehidupan.
FOKUS 4: Menolak Kepimpinan Rasuah dan Bangkrap Moral
Sidang hadirin sekalian,
Kebobrokan yang melingkari kehidupan rakyat pada masa ini bertolak daripada kecacamerbaan kepemimpinan negara. Seperti kata pepatah, “Buruk ikan bermula di kepalanya”. Pemimpin yang sepatutnya menjadi suri tauladan kepada rakyat, pada hari ini menjadi bayangan maut terhadap akhlak rakyat. Indeks-indeks telah menunjukkan betapa parahnya gejala rasuah, keruntuhan moral, jenayah, penagihan dadah, HIV dan seumpamanya di kalangan rakyat negara ini tanpa mengira bangsa.
Adakah semua ini berpunca daripada kejahatan wujud dalam diri setiap manusia atau kerana dipengaruhi oleh budaya tidak sihat yang diterapkan oleh pemimpin-pemimpin negara? Kita percaya bahawa semua manusia berkehendakkan kebaikan dan mereka tidak bekerja kerana menjana kemusnahan. Tetapi amat malang sekali apabila para pemimpin yang menguasai dasar negara begitu wewenang membina persekitaran yang menjahanamkan masa depan anak-anak bangsa.
Dulu Perdana Menteri melahirkan hasrat untuk membendung budaya rasuah, mewujudkan integriti, membebaskan sistem keadilan dan membenarkan kritikan kepada kerajaan, rupa-rupanya itu semua hanyalah omong kosong bagi membina keyakinan rakyat terhadap kepimpinan baru. Ternyata “Mr. Clean” tidaklah sebersih yang disangka kini menjadi “Mr Bean” yang penidur.
Kegagalan kerajaan korup BN mengambil tindakan ke atas pemimpin- pemimpin tertinggi mereka yang telah diketahui umum terlibat dengan pelbagai skandal membuktikan janji hanya manis di bibir. Sebarisan menteri yang disenaraihitamkan sendiri oleh bekas Perdana Menteri terus diberikan kepercayaan untuk memimpin negara. Kes-kes yang melibatkan individu berprofil tinggi terus dipendamkan sehingga hari ini tanpa khabar berita. Pendakwaan ke atas Eric Chia dan Kasitah Gaddam ternyata hanyalah kosmetik politik hipokrit mereka.
Begitu juga aduan-aduan terhadap pemimpin-pemimpin yang dicaliti tuduhan rasuah seperti Musa Aman, Ketua Menteri Sabah dan Zulkifli bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah terus didiamkan.
Lebih buruk lagi, ketika projek-projek kerajaan mula dikuasai oleh syarikat milik anak Perdana Menteri, saham-saham syarikat utama Bursa Malaysia mula dikuasai satu demi satu oleh menantu Perdana Menteri. Pentadbiran yang berasaskan kronism, korupsi dan nepotisme (KNN) terus menjadi amalan pemimpin tertinggi BN.
Kita masih kabur apa makna sebenar tuduhan Tun Dr Mahathir bahawa pembatalan projek Second Link mempunyai hubungan dengan projek ekonomi keluarga Perdana Menteri. Begitu juga dakwaan beliau bahawa projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) seperti menjual kepentingan negara.
Kita bimbang WPI akan menjadi Wilayah Pembangunan Iskandar dan Singapura ( WPIS) Dewan Pemuda PAS bimbang WPI mengulangi sejarah Perjanjian Raffles II diantara Raffles dan Tengku Hussein pada 1 Februari 1819 yang akhirnya menggadaikan Singapura daripada Tanah Melayu. Kwa Chong Guan dalam buku Malays/ Muslims in Singapore: Selected Readings in History mencatatkan konspirasi tentang dua pihak, penjajah dan pemimpin tempatan:
“The meeting of Raffles and Tengku Husein on 1 February 1819 was ... the meeting of two worlds. One was the world of an expanding British merchantile empire seeking to maximise its wealth and power and blocking its continental rivals from enhancing their wealth and power. The other was the world of the Malay kerajaan continuing a historical dynamic that was began by a group of datus who in the 7th century made their home base around Bukit Seguntang on the Musi River where Palembang is today, the premier entrepot in the Straits of Melaka for some five centuries.”
Mr. Clean yang melangkah ke Putrajaya dengan imej seorang ulamak yang mengimamkan solat jemaah akhirnya membuka pekung tentang sifat halobanya terhadap kemewahan dunia. Pembelian jet peribadi berharga RM200 juta dan kapal layar Cobra Sultan berharga RM30 juta telah menunjukkan hemah tidak baik seorang Perdana Menteri.
Walaupun Perdana Menteri menafikan bahawa beliau tidak membeli kapal layar tersebut, tetapi kita persoalkan untuk apa Ananda Krisnan menghadiahkan Perdana Menteri sebuah kapal layar yang begitu mahal? Dalam masa yang sama kroni utama Perdana Menteri, Patrick Lim “Badawi” dikurniakan projek-projek raksasa kerajaan seperti projek Teluk Warisan Terengganu, projek Jambatan Kedua Pulau Pinang, projek Crescentria Park dan projek Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang kesemuanya bernilai hampir RM2 bilion.
Kita mengulangi soalan Tun Dr Mahathir, “Mr. Clean is clean or not clean?”. Amalan rasuah, korupsi, kronisme, kemewahan melampau dan salah guna kuasa yang berakar umbi di Putrajaya telah menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap kepemimpinan negara UMNO/ BN.
Apabila ada pemimpin negara yang dikaitkan dengan pelbagai skandal termasuk pembelian kapal selam Scorpene dan jet pejuang Sukhoi secara yang salah serta penglibatan dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu, maka apakah masih mempunyai makna slogan integriti yang dilaungkan? Inikah modal insan yang dicanangkan oleh Perdana Menteri? Insan-insan seperti inikah yang akan memimpin negara ini?
Jika kita menukilkan setiap satu kebobrokan pemimpin BN daripada tertangkap bersama GRO di kelab malam sehinggalah kepada penglibatan dalam membuat kad pengenalan palsu, maka sudah tentu wacana kita pada malam ini tidak akan berakhir sehingga esok pagi. Apa yang saya boleh ungkapkan bahawa uswah hasanah yang mewarnai kecemerlangan kepemimpinan Rasulullah SAW tidak berbekas pada karektor pimpinan UMNO. Kerana itulah, hari demi hari rakyat negara ini semakin menjuarai amalan korupsi daripada merasuah polis di jalan raya sehinggalah membeli kapal layar untuk pemimpin di Putrajaya. Sepatutnya kita merenungi tauladan Rasulullah SAW sebagai pemimpin sebagaimana firman Allah:
“Sesungguhnya telah ada untuk kamu sekalian pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang paling baik; iaitu bagi sesiapa yang mengharapkan ganjaran Allah dan balasan yang baik di hari akhirat dan dia sentiasa mengingati Allah dengan banyaknya.” (Surah al-Ahzab: Ayat 20)
Semenjak dahulu PAS bercakap soal ketelusan dan integriti dalam pentadbiran kerajaan. PAS bersedia untuk dikritik dan ditegur jika benar tindakan kita merugikan rakyat. Kita bangga melihat Menteri Besar Kelantan istiqomah mendiami rumahnya di Pulau Melaka walaupun sudah 17 tahun memimpin kerajaan.
Dewan Pemuda PAS juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan BA Kelantan kerana berani mengambil tindakan dalam isu Lojing setelah Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli gagal menguatkuasakan undang-undang ke atas penceroboh yang memusnahkan alam sekitar itu. Kepemimpinan seperti inilah yang akan menjadi teladan kepada rakyat supaya meletakkan kebenaran di tempat yang sebenarnya.
FOKUS 5: Menjana Kebangkitan Pelajar dan Belia
Dewan Pemuda Pas menggangap kenyataan Menteri Pengajian Tinggi untuk mengambil tindakan terhadap warga universiti yang dikatakan terlibat dalam beberapa siri pilihanraya kecil baru-baru ini adalah satu tindakan yang kejam, zalim dan tidak bertamadun. Kerajaan pimpinan Umno BN akan terus memperkuda dan memperbodohkan golongan pensyarah dan pelajar sebagai alat dan budak suruhan mereka semata- mata.
Sampai bilakah golongan pensyarah akan dilayan sebagai guru sekolah rendah? Sampai bilakan golongan mahasiswa akan dilayan sebagai budak-budak tadika? Saya merasakan telah sampai masanya lahir dikalangan pensyarah tokoh pejuang sseperti Ali Syaria’ti yang mempelopori kebangkitan intelektual menentang kezaliman dizaman Pra kejatuhan Shah Iran.
Telah sampai masanya lahir tokoh sepereti Che Guvera di kalangan pelajar dan mahasiswa yang bangkit menentang kezaliman, menjadi idola golongan muda dan simbol kebebasan. Warga universiti mesti dibebaskan daripada belenggu AUKU yang telah menjatuhkan martabat universiti kita.
Kepada golongan belia dan remaja, Pemuda Pas akan terus mendekati golongan ini dengan pelbagai pendekatan yang mesra dan bijak. Pemuda Pas akan merangka menifesto khas untuk golongan belia dan remaja yang akan kita tawarkan sekiranya rakyat memberikan kita mandat untuk berkuasa.
Saya yakin dan percaya imej cemerlang Unit Amal dan Amal Nisa’, Jabatan Seni Budaya dan Sukan (DACS) dan Pusat Komuniti Muda mampu untuk melonjakkan sokongan golongan belia dan remaja kepada perjuangan kita. Kejayaan Nisa’ menganjurkan Nisa’ Games telah membuka paradigma baru dalam menampilkan sukan alternatif di negara ini .
Saya juga percaya Unit Kerja Jemaah (UKJ) yang berjaya menghimpunkan 15 ribu pemuda dalam Himpunan Pemuda Pas tahun lalu akan menjadi koodinator penting yang menghubungkan Dewan Pemuda Pas dengan pelbagai petubuhan belia dan remaja di negara kita.
Saya juga berjanji di dalam parlimen semasa membahaskan Rang Undang-Undang Pindaan Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bahawa Pemuda Pas akan menyaman Kerajaan Malaysia kerana mencabuli hak Bumiputera untuk mendapat biasiswa di bawah Perkara 153 Perlembagaan Negara.
Pindaan Akta ini jelas membuktikan betapa pimpinan Umno BN telah menjadikan PTPTN sebagai along berlesen. Isya’Allah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia DPP Pusat (JUHAM) akan mengkaji dan memberikan pembelaan kepada pelajar-pelajar dan ibu bapa yang menjadi mangsa kepada akta yang tidak berperikemanusiaan ini.
FOKUS 6: Melahirkan Rakyat Yang Berani Berkorban
Para hadirin sekalian,
Segala kemungkaran Kerajaan BN, tidak cukup sekadar dianalisi sahaja, tetapi kita mesti bertindak untuk menghentikan kemungkaran ini. Rakyat Malaysia umumnya dan ahli-ahli Dewan Pemuda PAS khususnya mesti bersedia untuk tampil ke hadapan untuk merobek seluruh kemungkaran ini. Mengubah sesuatu mungkar yang besar bukanlah suatu perkara yang mudah. Perubahan menelan korban dan rakyat mesti bersedia untuk bekorban jika mahu bebas daripada kongkongan yang membelenggu pada hari ini.
Kita sedar bahawa BN mempunyai taktik yang amat jelek dalam menyekat rakyat daripada berubah. Ugutan dan ancaman sentiasa di bibir mereka supaya rakyat sentiasa takut, ragu-ragu dan gundah gulana dalam membuat perubahan. Kita tahu nasib rakyat Kelantan dan Terengganu apabila mereka menolak BN, kita sedar nasib kakitangan kerajaan yang terpaksa bertugas di Sabah dan dikenakan akujanji kerana mengundi pembangkang, kita fahami nasib kontraktor yang kehilangan projek apabila mereka tidak lagi menyokong kezaliman. Tetapi itu yang dikatakan pengorbanan. Jika kita bersedia untuk berkorban, maka kezaliman dapat kita hentikan.
Rakyat mesti berani untuk menukar parti yang menguasai kerajaan dan bersedia untuk menunggu seketika dalam menjana perubahan. Perubahan akan menyebabkan kita kehilangan beberapa perkara, kita mungkin hilang pekerjaan, mungkin hilang pemimpin kesayangan, mungkin hilang segala-galanya.
Tetapi sejarah telah menunjukkan bahawa perubahan-perubahan yang berlaku di dunia memang memakan korban harta dan nyawa. Bukan sahaja revolusi dan reformasi di Rusia, Perancis, China, Filipina dan Indonesia yang memakan mangsa, tetapi usaha pejuang-pejuang kemerdekaan di tanah air kita dahulupun menelan ribuan jiwa dan jutaan harta.
Untuk menggarap kemerdekaan kedua dengan membebaskan diri daripada kezaliman pemerintah kita mesti bersedia untuk berkorban apa sahaja. Rasulullah SAW dalam usaha baginda mentajdidkan masyarakat Arab Jahiliyyah telah mengorbankan hampir setiap inci daripada kehidupannya. Pada malam ini saya mengajak seluruh Pemuda PAS supaya memasang tekad untuk berkorban demi agama, bangsa dan negara. Pengorbanan adalah fitrah perjuangan. BJ Habibie dalam bukunya Detik-Detik Yang Menentukan menceritakan bagaimana Rejim Suharto di Indonesia dapat dijatuhkan dan amalan demokrasi yang lebih telus dapat dinikmati hanya setelah anak-anak muda Kristian di Universitas Trisakti mengorbankan nyawa mereka.
Jika mereka pemuda-pemuda Kristian telah melakukan, bagaimana pula kita para pemuda Islam? Pemuda PAS tidak mencari musuh, tetapi demi menegakkan keadilan dan kebenaran, kami sanggup menyerahkan sekalipun nyawa. Ingatlah janji Allah Taala:
“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan diantaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (Surah al-Ahzab: 23)Rakyat tidak perlu bimbang dengan perubahan yang ditaja oleh PAS kerana ia tidak akan mengubah negara menjadi sebuah negara yang asing bagi kita semua. Kita telah melihat bagaimana kesediaan rakyat Kelantan berkorban untuk mengubah kerajaan, akhirnya mereka menikmati kehidupan yang lebih bermakna di bawah kerajaan yang adil dan saksama. Rakyat Terengganu juga sudah tentu tidak menyesal apabila mereka berubah menyokong PAS pada 1999 kerana kesan- kesan perubahan itu masih dinikmati sehingga hari ini.
FOKUS 7: Mempertahan Kelantan Benteng Perjuangan – Negeri Tempat Istirehat golongan Fakir dan Miskin.
Tuan Pengerusi Tetap dan para muktamirin,
Di sebalik kerakusan yang semakin menjadi-jadi tajaan BN ketika ini, PAS di Kelantan berusaha keras untuk melahirkan masyarakat yang hanya tunduk kepada Allah SWT. Program-program kerajaan negeri disusun sedemikian rupa untuk menggerakkan perlaksanaan syariah yang berteraskan budaya ‘ubudiyyah (perhambaan kepada Allah), mas’uliah (kebertanggung-jawaban) dan itqan (kecemerlangan).
Tempoh selama 17 tahun kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada PAS telah digunakan sebaiknya untuk membentuk biah taqwa di kalangan rakyat. Kesediaan Menteri Besar untuk terus hidup sederhana menjadi contoh warisan kepemimpinan al-amin yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Kita berharap gaya dan cara hidup Tuan Guru Menteri Besar akan juga dihayati oleh para pimpinan PAS Kelantan yang lain, sekaligus menjadi menjadi uswah hasanah kepada rakyat.
Model kerajaan telus, bersih, cekap dan adil berteraskan ubudiyah kepada Allah di bawah kepemimpinan ulamak yang ditunjukkan oleh PAS di Kelantan diakui oleh lawan dan kawan. Tetapi ia tidak memadai untuk kemakmuran rakyat. Rakyat memerlukan rancangan- rancangan pembangunan insan dan infrustuktur yang menyeluruh bagi membolehkan mereka menikmati serentak ketaqwaan kepada Allah dan kebahagiaan hidup di dunia. Firman Allah SWT,
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan di negeri akhirat, dan janganlah kamu lupa bahagianmu (bekalan dan keperluan) di dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba- hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian ni’matNya yang melimpah-limpah). dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Surah Al-Qasas: 77)
Dewan Pemuda PAS mengucapkan tahniah di atas peningkatan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menjana pembangunan kepada rakyat kebelakangan ini. Program-program ekonomi dan sosial yang dirangka seperti projek Ladang Rakyat, pembangunan bandar- bandar baru di seluruh negeri, peningkatan aktiviti ekonomi serta pembangunan insan melalui KIAS dan Darul Digital amat kita hargai. Dalam aspek pendidikan, Kelantan telah menjadi pengkalan melahirkan modal insan contoh.
Bukan setakat institusi pondok, sekolah agama bersistem di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK), maahad-maahad tahfiz; tetapi Kelantan telah ke hadapan dengan Maahad Tahfiz Sains yang akan melahirkan para saintis, teknologis dan ulama’ yang seimbang penguasaan duniawi dan ukhrawi. Dewan Pemuda PAS merakamkan tahniah kepada Kerajaan BA Kelantan yang berjaya mengadakan Skim Takaful Kifaalah dan Takaful Armalah untuk membela warga tua dan ibu tunggal di Kelantan. Kita amat menghargai langkah proaktif Kerajaan BA Kelantan mewujudkan projek Jihad Ternak dan Ladang Rakyat yang semuanya bertujuan untuk memberikan kemakmuran kepada golongan yang selama ini dipinggirkan.
“Ya Allah, jadikanlah negeri kami ini negeri yang beragama, tempat istirehat orang-orang memerlukan dan miskin. Jadikan baginya benteng yang kukuh daripada negara-negara lain, mempunyai kehormatan, kekuatan dan kedaulatan.”
Sebelum ini langkah Pas memperkenalkan kerja lima hari, cuti bersalin 90 hari, cuti 3 hari untuk suami, pajak gadai Islam Ar Raihan, pinjaman pegawai kerajaan tanpa faeadah telah diserap oleh kerajaan pusat secara diam-diam.
Kelantan adalah benteng bagi PAS yang mesti kita pertahankan. Sama ada ahli PAS dari Kelantan atau bukan dari Kelantan, semuanya meletakkan harapan supaya Kelantan dapat menjadi benteng kekuatan bangsa Melayu Islam. Mempertahankan PAS di Kelantan bermakna kita mempertahankan hak dan kepentingan Melayu kerana kita telah menyaksikan bagaimana satu demi satu kepentingan orang Melayu dan Bumiputra dirungkaikan di negeri-negeri yang dikuasai UMNO/ BN.
FOKUS 8: Membina Minda Negarawan
Para muktamirin yang dikasihi,
Dewan Pemuda PAS begitu prihatin terhadap kepentingan PAS untuk melahirkan tokoh-tokoh yang mampu mendukung kehendak rakyat. Pengalaman umat Islam global yang terkial-kial tanpa pemimpin harus menjadi pengajaran yang berguna untuk PAS. Suatu masa dahulu, pemimpin tertinggi PAS seperti Prof Dr Burhanuddin al-Helmy dan Prof Zulkifli Muhammad begitu dihormati sebagai pemimpin bangsa
Melayu. Dr Burhanuddin disegani kawan dan lawan, dianggap ketua semua orang kiri, rujukan para ulamak, disegani oleh pemimpin bukan Melayu. Tokoh-tokoh besar seperti Dato’ Onn Jaafar, Pak Sako, Ahmad Boestamam, EEC Thuraisingam dan Tan Cheng Lock pun sanggup berketuakan Dr Burhanuddin. Almarhum Dato’ Fadzil Mohd Noor juga dikenang sebagai tokoh yang menyatukan orang-orang Melayu ketika UMNO berpecah pada 1988 dan diingati sebagai juara yang mewakili rakyat membela keadilan dalam krisis politik pada 1998.
Sejarah telah merakamkan bahawa untuk menjatuhkan seseorang diktator, rakyat memerlukan ikon pembangkang sebagai alternatif. Lihatlah bagaimana Aquino dijulang untuk menurunkan Marcos, Ayatullah Khomeini diangkat untuk menumbangkan Shah Iran dan bagaimana reformasi menamatkan pemerintahan kuku besi Suharto.
Pemimpin dan ahli PAS perlu menganjak untuk berfikir dan bersemangat dengan paradigma seorang negarawan. Asas Islam yang menjadikan kita sebagai fundamentalis tidak seharusnya menyebabkan kita menjadi tertutup, syadid dan bersikap keras dalam semua perkara. Pimpinan PAS yang berjiwa negarawan akan sentiasa berfikir dan bertindak untuk kepentingan negara tanpa mengabaikan asas-asas ketaqwaan kepada Allah.
Micheal Hart telah meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai ranking pertama dalam bukunya The Hundred : A Ranking of The Most Influencial Persons in History.
Rasulullah SAW telah membuktikan akhlak Islam telah berjaya memecahkan sempadan pemikiran, doktrin dan ideologi dan diberikan pengiktirafan hatta oleh orang bukan Islam.
Sentiasa berfikir sebagai pembangkang boleh menyebabkan kita menjadi tertutup. Kita mesti bersedia untuk mengakui sesuatu kebaikan sebagai baik, dan sentiasa menolak keburukan sebagai mungkar. Membangkang memang tidak salah jika kena tempatnya. Tetapi, kita bersedia untuk berdialog dan berkerjasama dengan kerajaan jika ia memberi manfaat untuk semua. Paradigma sebagai negarawan boleh menatijahkan keyakinan rakyat kepada kita untuk memimpin negara.
Dengan itu, Dewan Pemuda PAS berpendirian bahawa PAS mesti mengepalai sendiri gerakan rakyat dalam menghadapi kezaliman BN. Biarlah rakyat melihat PAS sebagai alternatif dan pemimpin PAS sebagai ikon untuk membentuk sebuah negara yang makmur, baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.
FOKUS 9: Meneruskan Agenda “Duta Penyelamat dan Kasih Sayang.”
Para hadirin sekalian,
Semenjak beberapa tahun yang lalu, Dewan Pemuda PAS telah mengambil beberapa langkah proaktif untuk mendekati rakyat melalui program-program enggagement yang dilaksanakan. Dewan Pemuda PAS bukan sahaja menembusi pejabat-pejabat kerajaan, media massa, NGO dan tokoh-tokoh masyarakat dalam menyampaikan mesej PAS, tetapi kita juga telah turun ke padang sebagai ‘Duta Penyelamat dan Kasih Sayang’ dengan mendekati golongan-golongan yang bermasalah.
Kita juga akan membuktikan keupayaan kita dalam merangka polisi dan program pembangunan masyarakat dan negara dalam kapisiti keupayaan yang kita ada. PASTI telah membuktikan bahawa Pas mampu melahirkan sistem pendidikan pra sekolah yang menjadi kebanggaan kita. Pada masa-masa akan datang kita akan cuba melahirkan program-program yang berorientasikan perkhidmatan seperti program pembangunan remaja dan pembangunan kerjaya.
Pemuda Pas juga akan bekerja keras untuk menyediakan sebuah pusat perlindungan bagi saudara-saudara baru kita yang menghadapi ancaman keselamatan kerana mereka memilih untuk menganut agama Islam.
Gerakan-gerakan proaktif ini begitu dirasai apabila mad’u-mad’u baru dakwah kita dapat kita dekati. Penglibatan Dewan Pemuda PAS bersama golongan belia yang selama ini dianggap bermasalah dan golongan yang kita pinggirkan sebelum ini termasuk artis, budayawan, ahli sukan dan lain-lain telah memberikan wajah baru kepada perjuangan kita. Satu hakikat kita kena akui bahawa selama ini mereka bukan menolak kita, tetapi mereka tidak mengenali kita.
Saya berbangga apabila pandangan-pandangan dan idea-idea yang kita salurkan kepada pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Pilihan Parlimen tentang Perpaduan dan PLKN diterima baik. Bahkan, gagasan-gagasan kita juga diakui di peringkat antarabangsa apabila kita terlibat dalam beberapa rundingan dan dialog dalam isu global. Kerana itu, saya menegaskan bahawa kita sentiasa bersedia untuk dijemput dan menjemput dalam mana-mana perundingan dan dialog bagi mewujudkan persefahaman dengan semua pihak.
PAS sedar dan mengakui bahawa untuk maju ke hadapan tidak cukup sekadar melakarkan imej positif tanpa gerak kerja yang serius ke akar umbi masyarakat. Golongan cendikiawan dan cerdik pandai sepatutnya digerakkan juga sebagai force utama untuk perubahan politik negara. Golongan elit atau atasan dalam negara walaupun mewakili kumpulan minoriti tetapi mereka memiliki pengaruh dan daya tekan yang kuat untuk memaksa kerajaan kembali ke landasan. Saya mengajak golongan elit dan menengah supaya mengambil pendirian yang jelas dalam menentukan corak dan hala tuju negara ke arah good governance.
Pendekatan yang lebih ampuh juga perlu disusun oleh Dewan Pemuda PAS bagi menghadapi golongan belia dan generasi baru. Perkembangan semasa yang menunjukkan kadar keruntuhan akhlak yang semakin melarat di kalangan remaja menjadi petunjuk terhadap kekaburan masa depan negara. PLKN yang dianjurkan oleh kerajaan sehingga hari ini tidak menampak tanda bahawa ia boleh memulihkan keruntuhan yang berlaku. PAS mesti cepat bertindak untuk membaik pulih kerosakan ini sebelum generasi baru yang lahir kehilangan arah dan akhirnya menjadi punca kehancuran umat.
Dewan Pemuda PAS secara tegas menyatakan bahawa kita sangat kecewa dengan kegagalan Kerajaan BN untuk membentuk ruang yang kondusif bagi golongan muda untuk bersama-sama dalam pembangunan negara. Sekatan-sekatan ke atas pembangunan minda dan pembinaan kepemimpinan di kalangan pelajar universiti telah melahirkan graduan-graduan yang tidak berdaya saing.
Situasi pasaran kerja yang lembab di sebalik ‘kekukuhan’ bursa saham telah menyebabkan kadar pengangguran graduan semakin bertambah. Pembaziran tenaga kerja ini amat membimbangkan kerana ia boleh mendorong kepada terjebaknya golongan muda dalam kancah yang tidak sihat.
Satu golongan sasar yang perlu kita dekati ialah orang bukan Islam. PAS memerlukan pendekatan baru untuk pengundi bukan Islam termasuk mencari rakan strategik lain dari kalangan parti bukan Melayu yang tidak rasis dan bersedia menyokong gagasan keadilan sejagat yang dibawa oleh Islam. Pendekatan yang lebih bijak akan mengurangkan ketegangan antara PAS dengan orang.

Pulih kontrak sosial dan hormati bukan Islam - Ketua Pemuda PAS



KOTA BHARU, 30 Mei (Hrkh) - Pemuda PAS mahu kontrak sosial dalam negara dipulihkan semula dengan setiap pihak menghormati hak antara satu sama lain dan tidak membangkitkan ‘fitnah yang sedang tidur’ seperti yang berlaku mutakhir ini.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata isu-isu yang bersifat perkauman, sentimen agama dan unsur-unsur primodial yang lain supaya tidak diungkit-ungkitkan lagi di masa akan datang sambil memberi contoh dan menyatakan kekesalan terhadap isu-isu seperti kewujudan badan haram seperti Inter Faith Commission (IFC) ditubuhkan dengan sokongan beberapa menteri membuat tuntutan berbau perkauman kepada kerajaan, pencemaran bunyi azan, pengiktirafan terhadap si mati yang baru memeluk Islam, masalah penolakan ‘moral policing’ yang berteraskan akhlak Islam dan cabaran terhadap peruntukan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan tentang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah,

"Kita sangat kesal dengan sikap kumpulan-kumpulan yang sengaja menimbulkan provokasi terhadap umat Islam dengan mencabar kuasa perundangan Syariah terhadap orang-orang Islam dalam kes murtad," katanya sewaktu menyampaikan ucapan dasar Pemuda PAS sebentar tadi.

"Amat aneh sekali apabila Umno yang berjaya memerintah pula yang bersikap bagai gunting dalam lipatan. Mereka sendiri merungkaikan satu demi satu kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputra walaupun ia sudah termaktub dalam undang-undang negara," katanya lagi.

Dewan Pemuda PAS mengutuk kebaculan Umno sebagai pemerintah mempertahankan akidah dan syiar Islam dan gagal menangani perkara ini secara bijaksana sehingga mencetuskan bibit-bibit yang tidak sihat dalam masyarakat majmuk di negara kita.

"Pemuda PAS memberi amaran kepada mana-mana pihak yang sengaja mencabar kesucian dan kedaulatan Islam bahawa kami sanggup mengorbankan apa sahaja demi mempertahankan Islam.

"Daripada hidup bercerminkan bangkai, biar mati bergalang tanah," ucapnya sambil disambut sorakan dan laungan takbir yang penuh semangat daripada perwakilan Pemuda.

Namun dalam pada itu, PAS kata Salahudin PAS sebagai parti Islam sejak dahulu lagi menghormati kedudukan orang bukan Islam sebagai warganegara Malaysia dan tidak pernah meminggirkan hak-hak mereka, bahkan PAS menyokong jika orang- orang Cina dan India mahu bahasa ibunda dan budaya mereka diperkasakan manakala PAS turut mendesak supaya orang-orang India yang miskin di estet-estet dibela.

Dalam masa yang sama PAS mengutuk pengagihan kemakmuran negara dibuat mengikut pertimbangan politik puak, tetapi ia seharusnya mengikut keperluan sebenar rakyat. PAS menyokong jika biasiswa diberikan kepada orang-orang miskin yang bukan Melayu dan PAS menolak jika hak istimewa Bumiputera dimonopoli oleh orang-orang Umno sahaja. Bahkan PAS menyokong Kongres Kepentingan Bangsa dan Dong Jiao Zhong dalam mempertahankan kepentingan bahasa ibunda, katanya lagi.

"PAS tidak berjuang atas kepentingan rasis atau perkauman, tetapi kita mahu hak-hak dan kepentingan orang Melayu/Islam yang telah dipersetujui bersama tidak dicabuli,"tegasnya.
Ucapnya lagi bahawa PAS mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu dan Bumiputra bukan atas dasar perkauman, tetapi kerana tidak mahu tragedi yang pernah menghitami sejarah negara pada 1969 berulang malah memberi amaran kepada Umno tidak sewenang-wenang mengulangi provokasi perkauman seperti yang berlaku pada 1987 yang akhirnya dibebankan kepada pembangkang

Bulan Menghargai ?

Bulan Mei melabuhkan tirai, bulan ini penuh dengan bulan penghargaan bermula daripada Hari Buruh pada 1 Mei, diikuti dengan Hari Ibu dan Sambutan Hari Guru pada 13 Mei serta 16 Mei. Kemudian diikuti pula dengan Hari Jururawat, Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa (29 Mei), Hari Pasukan Pengaman PBB (29 Mei) dan Hari Tanpa Tembakau Sedunia (31 Mei)

Bagi keempat-empat insan yang bergelar pekerja, ibu dan guru serta jururawat ini ternyata memainkan peranan penting dalam masyarakat dan negara. Tanpa pekerja sesebuah negara akan lumpuh; tanpa ibu yang melahirkan dan mengasuh, dan tanpa guru yang mendidik dan mengajarkan kita pelbagai ilmu, siapalah kita. Sementara tanpa jururawat pekerja, guru dan ibu kita tidak akan sihat jika ia sakit dan perlukan penjagaan kesihatan.
Dalam mana-mana masyarakat, ibu dan guru sama-sama mendapat tempat utama dan sentiasa dimuliakan, malahan dalam agama Islam sendiri kita sentiasa diajar menghormati ibu dan guru. Ibu juga merupakan guru pertama kita, kerana dialah yang mula-mula mengajar kita berbahasa, sebelum kita mempelajarinya dengan lebih mendalam di sekolah. Hal ini tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak Meskipun kita hidup dalam era globalisasi, jati diri, ibu dan guru kita janganlah diketepikan.
Bagi pekerja dan jururawat sumbangan mereka memantapkan negara ke arah memaju kejayaan lebih gemilang dan terbilang. Justeru kita perlu insan yang menghargai alam anugerah dengan kepelbagaian hidupan akustik, flora dan fauna serta janganlah kita punahkan diri dan alam daengan mengamalkan budaya hidup sihat tanpa tembakau.
Terutama kita tujukan kepada para perwakilan yang sedang berkumpul di Kota Bharu, agar mesej yang cuba disampaikan ini , akan dapat menjadi input minda supaya kitalah menjadi benteng akhir kepada landaan 'ombak aqidah umat Islam yang kian tipis dan terhakis', (merujuk kes Lina Joy'). Hidupan , hutan, laut dan pelbagai anugerah Allah sedang dirobek oleh pemerintahan yang 'rakus' kuasa dan harta. Mungkin mereka (pemerintah) yang ada kini mengamalkan hadis ini tetapi cuma sebahagian sahaja. Ibadatlah kamu seolah-olah mahu mati esoknya, dan berlumba-lumbalah mengaut harta seolah-olah nak hidup 100 tahun'.
Apa pun para pejuang Islam, kita diberi amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai 'penyelamat ummah'. Benarlah saranan Tuan Guru Presiden dalam ingatan kepada para perwakilan dan mereka yang akan memikul amanah, katanya berebut-rebut untuk menjalankan amanah. Justeru gunakanlah hak-hak kita sebagai orang yang 'diwakilkan' untuk mencorakkan kepimpinan 'penyelamat' ummah ini dengan sebaik mungkin. Jauhi dengan sifat2 mazmummah dalam diri. Ingat kerja buat dengan cara jangka jauh kita dengan memberikan pemamanah dengan amanah, maka yang diberi amanah melaksanakan amanahnya itu dengan baik, sahamnya adalah dari kita. Begitulah sebaliknya.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada perwakilan sekalian. Teruskan perjuangan anda.

Wednesday, May 30, 2007

Guru habis masa 66.24 jam, langgar had antarabangsa



Secara purata, seorang guru di negara ini menggunakan 66.24 jam seminggu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik.
Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah itu meliputi tugas dan tanggungjawab semasa waktu dan luar waktu persekolahan di sekolah dan di luar sekolah.
Katanya ia merupakan hasil kajian selama setahun oleh sebuah jawatankuasa khas mengenai tugas dan tanggungjawab guru (TTG) tahun lepas.
"Ia merangkumi sembilan bidang iaitu kurikulum, kokurikulum, hubungan komuniti, pembangunan staf, pembangunan fizikal, pejabat dan pentadbiran, kewangan, hal-ehwal murid dan pengurusan asrama," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pascakabinet peringkat kementerian di sini hari ini.
Beliau berkata kepelbagaian bidang tugas dan episod kerja itu yang menyebabkan penggunaan masa guru yang amat tinggi sehingga melebihi jumlah purata seorang pekerja yang disarankan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) iaitu 45 jam seminggu.
Hishammuddin berkata kajian tersebut juga mendapati penggunaan masa guru yang amat tinggi telah memberi impak terhadap kualiti pelaksanaan tugas dan tanggungjawab utama guru khususnya dalam bidang kurikulum.
"Berdasarkan kajian berkenaan, jawatankuasa khas itu telah mengemukakan 39 perakuan yang berkaitan dengan pemantapan fungsi dan peranan guru dan seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan negara. Perakuan itu dibahagikan kepada dua komponen iaitu komponen operasi dan komponen dasar," katanya.
Katanya dalam tempoh setahun setelah kajian itu disiapkan, pelbagai penambahbaikan dan pembaharuan telah dilaksanakan berhubung tugas dan tanggungjawab guru bersesuaian dengan perakuan yang disyorkan.
Susulan itu, Hishammuddin berkata beliau memutuskan bahawa gerak kerja selanjutnya adalah untuk memberi fokus dan penumpuan kepada pelaksanaan perakuan-perakuan kajian TTG.
Katanya laporan kajian tersebut dan status pelaksanaannya akan dibentangkan kepada Kabinet pada pertengahan bulan depan bagi memastikan para guru dapat memberikan tumpuan kepada tugas asas dengan mengurangkan bidang kerja yang tidak sewajarnya dibebankan kepada mereka. BERNAMA

2 calon tanding Timbalan Presiden, 5 Naib Presiden

KOTA BHARU, 30 Mei (Hrkh) - Jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar kali ini menyaksikan lima calon menawarkan diri, di mana dua daripadanya merupakan penyandang jawatan

Mereka iaitu Dato' Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu, manakala tiga muka baru pula ialah Ustaz Ahmad Awang (Ketua Penerangan PAS Pusat), Dr Mahfodz Mohamed (Pesuruhjaya Johor) dan Haji Mahfuz Omar (AJK PAS Pusat).

Pencalonan bagi jawatan itu pada peringkat awalnya seramai 16 dicalonkan, bagaimanapun 11 daripadanya menarik diri.
Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan di antara Ustaz Nasharuddin Mat Isa dengan Ustaz Harun Taib (Ketua Dewan Ulama PAS Pusat). Jawatan Presiden PAS pula tiada pertandingan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Azizah Khatib Mat pula dicabar Ustazah Nuridah Salleh (Ketua Muslimat Wilayah Persekutuan); timbalannya, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dicabar Wan Hasrina Wan Hassan (Ketua Muslimat Selangor).
Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof (Ketua Muslimat Kelantan) kekal sebagai Naib Ketua Dewan Muslimat apabila tiada pertandingan.

Salahuddin Ayub kekal sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat begitu juga dengan timbalannya, Ustaz Idris Ahmad, manakala bagi jawatan Naib Ketua Dewan Pemuda menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara Mohd Sabki Yusof (Setiausaha Dewan Pemuda), Azman Shapawi (Terengganu) dan Mohd Zaki Ibrahim (Kelantan).
"Setakat ini keputusan muktamad akan diketahui selewat-lewatnya malam ini," kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar ketika ditemui selepas sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan JKR 10 di sini, hari ini.

Tambah beliau kemungkinan ada di kalangan calon akan menarik diri pada saat-saat akhir.
Dewan Ulama menyaksikan pertandingan semua jawatan tertinggi. Timbalan Ketua Dewan Ulama, Dato' Mohamed Daud akan bertanding jawatan ketua dan beliau akan dicabar Dr Mohamad Daud, bekas pensyarah.

Seramai 66 pencalonan untuk ahli jawatankuasa PAS Pusat antaranya, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Taib Azamuddin Taib, Mazlan Aliman, Ustaz Azizan Abdul Razak dan Saari Sungip. - mj/mks.

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Lina Joy

Melegakan dengan apa yang berlaku, walaupun ia bersifat sementara dan belum tamat. Apa pun yang murtad itu, terus 'jatuh murtadnya' . Kita mohon doa supaya Lina Joy dapat bertaubat dan kembali. Walaupun jalan pilihannya rumit dengan mengundang 'padah' bukan sekadar atau dunia sahaja tetapi di akhirat.
Apa pun mengembalikan keyakinan Lina Joy serta orang-orang yang sewaktunya perlu diusahakan dengan secara sesungguh. Namun yang kita bimbang adalah mereka yang serupa dengan Lina Joy masih ramai di luar sana.

Lina Joy gagal dalam rayuannya hari ini untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan untuk memaksa Jabatan Pendaftaran Negara memadamkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya.Dalam keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Lina, 42 tahun, perlu mendapatkan sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum JPN boleh menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya.Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata JPN berhak untuk menggenakan syarat kepada Lina Joy memintanya mengemukakan sijil atau deklarasi atau satu perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia keluar daripada Islam sebelum bertindak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.Ahmad Fairuz dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Alauddin Sherif menolak rayuan itu manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum, membenarkan deklarasi yang dipohonnya

Tuesday, May 29, 2007

Selamatkan Kawasan2 Tanah Tinggi Negara ?

Buliten TV3 malam ini, diakhiri dengan paparan banjir kilat yang berlaku di Cameron Highlands. Paparan audio visual TV3 menunjukkan aliran airnya sangat laju dan deras, sungguh menakutkan. Cuba bayangkan dalam keadaan kecerunan tanah tinggi yang dibanggai dulu kini mengancam kita.
Laporan itu, dilatarbelakngkan visual pembaca berita yang melaporkan berpunca atau disabitkan dengan penebangan pokok hutan secara tidak terkawal dan mempersoalkan CH sudah tidak dingin lagi jika dibandingkan dengan 10 tahun yang lalu.
Nah, salahkah ibu yang mengandung...persoalan ini perlu dijawab oleh kerajaan Pahang. Macamlah kita juga tahu dan faham mereka yang ada kuasa akan bersikap seperti 'lembu kenyang'.

PAS dan Imej

Melangkah gagah, PAS maju setapak lagi, PAS berjaya memberi satu imej baru kepada masyarakat. Kini PAS wajar pula menjuarai hak-hak kemasyarakatan. Rakyat terbanyak sentiasa mahu memberi kepercayaan, justeru PAS wajar mencari kaedah-kaedah kontemporari untuk rakyat terbanyak menyalurkan kepercayaan itu. Kini dengan memiliki sebuah bangunan jutaan ringgit yang beroperasi ditengah-tengah kota sekurang-kurang boleh menjawap banyak benda yang ada dalam benak fikiran rakyat Malaysia.


Maka medan bermuktamar kali ke 53 di Kota Bharu ini, wajarlah dicerna oleh perwakilan dengan idea-idea bernas ke arah pembinaan imejnya, di samping penerusan gerak dakwah dan pentarbiyyah pendokong agar keyakinan rakyat perlu dikembalikan seperti semangat tahun 1999. PAS waktu itu berjaya mengugat dan menjadi alternatif rakyat.

Tunggu FATWA Dr Asri - Mufti Perlis Darul Sunnah !!!!


Inilah tokoh ulama kontompreri, kita tunggu ulasan dia kes bercium Denna Yusof dengan pelakon lelaki dari Singapura kerana beliau dikatogerikan akhbar sebagai jenis lantang dan berani dek mengeluarkan pandangan menarik dalam isu agama. Pandangannya dianggap tidak konservatif, begitu juga pendekatannya dalam isu agama yang dilihat amat positif sekali.
Marilah kita tengok biodata dia. Lihat limpahan sanjungan dan pujian pada tokoh 'ulama' muda ni, yang bergelar Dr... tu. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Islam Klang sebelum menyambung pelajaran peringkat Sarjana Muda di Universiti Jordan dalam bahasa Arab dan Syariah, seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Pengajian Islam, dan doktor falsafah (PhD) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Pengajian Hadis.
Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah USM pada 2003 sebelum ditawarkan jawatan Mufti Perlis, tetapi pada masa sama beliau juga pensyarah Pengajian Islam di universiti tersebut. Dikenali petah berdebat, Dr Asri menguasai ilmu hadis, bahasa Arab dengan mendalam dan banyak mengetahui fatwa pelbagai mazhab. ( Orang lain tak 'dalam' dia sorang aje)
Tesis beliau dalam bahasa Arab, Sababul wurud al-hadis (Sebab-sebab Hadis Terjadi) dicetak di Beirut dan patut ( ini perkataan tak sedap sikit) dimiliki semua golongan agama yang tahu berbahasa Arab. Penguasaan beliau dalam bidang hadis memberinya kelebihan untuk mengeluarkan pandangan yang terkini dan kontemporari dengan masalah umat Islam masa kini. Dr Asri juga tegas dengan golongan konservatif yang dilihat "ketinggalan" dalam fatwa yang dikeluarkan, dan beliau berpendapat pandangan golongan yang melampau dan golongan jahil pasti dapat disederhanakan.
Nah kita tunggu fatwa dia ni kot.

Demi Seni.. atau Kerana Seni ?

Berita kini yang panas!!!! . Bila 'atas' sifat seni semua pantang larang adat dan agama dibakul sampahkan.
Justru perlakuan ini, dilakukan oleh pelakon Islam walaupun Pan Asia, kerana artis menjai ikon dan milik masyarakat, seperti semua orang tahu. Kita wajar perbesarkan benda2 maca, ni. Web ini bukanlah web menaja kelucahan, tetapi sekadar paparkan keboborakkan yang menular dalam semua disiplin hidup. Walaupun disiplin seni dalam hidup ini 'benda2' macam ni adalah perkara biasa. Namun jika di zaman P Ramleee, filem seni Malaysia boleh dimartabatkan ke taraf Asia masakan zaman muktahir yang maju serba sebi kita gagal bersaing dan memartabatkan filem seni kita.
Ulasannya, tidak perlu dipanjang lebarkan, kita dalam masa sama mahu mencegah peringkat lemah iman. Kedua mahukan semua sedar 'reformasi' diperlukan dan dituntut atas kita semua. jangan tunggu musibah datang melanda dengan tsunami dan sebagai sebelum 'bala' menimpa lebih baik tengadah dulu deh......

Gondol Lojing dengan 'Meresap Kayu Balak'

Walaupun Isu Lojing sudah lenyap, hari ini penulis berpeluang melayari Google Erth , selepas bukti yang dipaparkan oleh Safudin Nasution dalam ceramah. Penulis juga melayari ke seluruh Malaysia , terutama ke kawasan2 hutan dara yang tebal seperti di Pahang dan Perak. Sememanglah jika dilihat, tompok2 putih antara kawasan Lojing di Kelantan berbanding dengan Genting Highland, C Highlands di Pahang yang namapak ' masih hijau'. Mungkin inilah yang menjadi 'point' bagi Sazmi Miah. Ini kerana kawasan Lojing 'tompok putih sangat luas' daripada hijau. Sazmi bertindak 'membabi buta' dengan 'terus membelasah' kerajaan PAS di Kelantan.
Namun, tempelakkan yang dikira menjadi senjata, rupanya termakan tuan, air yang ditepuk ke dulang membasahi mukanya. Maka senyap sunyilah 'gegarnya' yang mahu menjadi 'hero' alam sekitar buat seketika.
Jika dilihat, cara pembalakan dan cara penggondolan tanah Tinggi Lojing adalah amat 'dahsyat', namun kerakusan kerajaan2 negeri BN yang mentadbir balaka di negeri2 lain adalah amat strategik. Dengan ini pakatan pimpinan UMNO Kelantan dengan taukeh2 menggodolkan kawasan Lojing sebelum jatuh ke tangan PAS adalah 'tidak cerdik', berbanding dengan 'kawan2 ' mereka di negeri2 lain. Penulis yang tinggal di Pahang (13 tahun) saban hari bertembung , kekadang mengekori berbuah2 lori waktu pagi semasa mahu ke tempat kerja. Nah, balak yang mereka mahu, bukan mereka mahu gondolkan hutan. Betul juga sifat mereka tu. Di Kelantan, kerajaan negeri terpaksa 'cucikan kawasan' yang 'ditelanjangkan' untuk dimanfaatkan untuk tanaman sayur, bunga2an dan buah2an bagi manfaat rakyat . Daripada tinggal gondol adalah lebih baik dimanfaatkan. Dak gitu, usaha membangun tanah itu bukanlah memakan masa singkat dan cepat, maka banyak proses perlu disegerakan dalam masa terdekat ni, dah dibuat lama dah. Sebagai contoh, penerokaan idea kerajaan negeri bawah apa yang dinamakan Ladang Rakyat yang ditaja kerajaan negeri sudah dirasai manfaat rakyat iaitu sejumlah RM200 sebulan., mana nak cari kerajaan macam tu. Zaman UMNO usah nak adakah ladang rakyat, ladang yang rakyat punya pun akan disodok dan jangan harap untuk dapatkan apa-apa hak.
Justeru, banyak pihak dan rakyat yang kurang mendapat maklumat tentulah 'memandang' serong atas kerajaan PAS di negeri Kelantan. Jika difikirkan secara mendalam dan dimaklumatkan dengan fakta2, rakyat janganlah ditipu, jangan kita dipatuk berkali-kali daripada satu lubang.
Pertandingan pucuk pimpinan PAS menarik minat Utusan Malaysia
Memang andaian atau jangkaannya mudah, memberi 'tempat' berita kepada PAS dalam Utusan kini, seolah-olah mereka berminat sejak 50 tahun merdeka, dan PAS wujud sudah 52 tahun. Kini saingan 'terkuat' UMNo adalah PAS. Utusan ingin menjadi juara dengan membuat alasan dan kupasan, dalam mengandai tentulah ada unsur2 'melibas', menghasut, menanam, melabel pimpinan dan pemimpin PAS dengan label-label tertentu.
Dulu zaman keagungan Mat Sabu , beliau dilabelkan sebagai ayam tambatan PAs kerana hujah-hujahnya yang sering membelasah UMno. Kini Mat Sabu sudah dikira kurang taringnya, maka UMNo berasa lega, kerana tokoh seperti Mat Sabu hampir tiada, itu dari kacamata mereka.
Kini label dilemparkan pada calon-calon tertentu termasuklah GOLONGAN MUDA, KONSERVATIF, GOLONGAN PROGRESIF, PROFESIONAL dan lain-lain bila berlaku waktu pemilihan. Inilah fokus musuh mahu 'memecahbelahkan' PAS. Selain itu mahu melaga-lagakan antara calon yang disenangi atau tidak disenangi. Dalam hal ini, penulis terinagt ingatan Tok Guru melalui kuliahnya, dengan mengatakan antaranya... anjing sama anjing akan berkelahi, tapi bila ia lihat babi melintas , mereka akan berpakat untuk mengejar babi itu tadi. Analogi ini boleh digunapakai dalam hal UMNo dan PAS. Pimpinan UMNo akan bercakaran sesama mereka, jatuh menjatuh, tikam menikam, bila berlaku pertandingan sesama mereka. Tapi bila berhadapan dengan musuhnya iaitu PAS , mereka sepakat menyerbu, menyerang dan membelasah PAS ..terus sampai ke lubang cacing.

Hudud di China !!!! Kita Bagaimana ?

Repubalik Negara China sudah 'melaksanakan Hudud' caranya ini kerana ..Bekas pegawai China dihukum mati kerana rasuah. Nah rasuah dalam 'kitab China' dan ajaran komunisme adalah jadi satu kesalahan besar. Negara China sanggup 'kehilangan' atau musnahkan seorang rakyat daripada rakyat terbanyaknya dijagai. Itu adalah bagi satu sabit kes rasuah dinegara nya. Kita lihat berita di negara kita , 8 tuduhan rasuah.. gimana !!!!!!!!

Bekas ketua industri makanan dan ubat China, Zheng Xiaoyu, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Beijing hari ini kerana rasuah dan mengabaikan tugas, lapor media tempatan.Zheng, 62, merupakan pengarah pertama jabatan pentadbiran negeri dan ubat (SFDA) pada 1998 sehingga dia diberhentikan pada Jun 2005.Zheng yang disiasat dan dipecat daripada parti komunis pada Mac, dibicarakan sejak 16 Mac kerana didakwa mengambil rasuah lebih daripada 6.4 juta yuan (RM2.9 juta) dan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap tugas.Pada November lepas, bekas setiausahanya dan bekas pengarah jabatan peralatan kesihatan SFDA dihukum penjara 15 tahun, juga kerana rasuah manakala bekas pengarah pendaftaran ubat SFDA masih disiasat sejak Januari tahun lepas, kata Xinhua.Terdahulu media tempatan melaporkan siasatan skandal itu membabitkan 31 orang, termasuk isteri Zheng, anak dan kakitangan syarikat ubat.
Bandingkan berita ini kat negara kita...

Eksekutif Bank Negara hadapi 8 tuduhan rasuah.......Seorang eksekutif Bank Negara Malaysia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini terhadap lapan tuduhan menerima rasuah dua tahun lepas. Mahathir Shahabudin, 51, eksekutif Unit Pembersihan di Jabatan Harta dan Perkhidmatan bank pusat itu, dituduh menerima rasuah berjumlah RM5,061 daripada dua kerani, Rokiah Ali dan Laila Abdul Wahab melalui Azira Hamdan, pengarah Syarikat Emar Cleaning Services Sdn Bhd, sebagai upah untuk memanggil syarikat terbabit bagi menjalankan kerja pencucian permaidani di Bank Negara.
Nah dalam kita membicarakan dan menghebohkan integriti kita, China dah lakasana integritinya yang agama terasnya lebih kepada Buddhaisme/Confusime itu, laksanakan dan jalankan apa yang dianggap sebagai menjaga integriti kerajaannya. Pemerintahan dan institusi kehakiman adalah sekata dengan undang-undang yang mereka sama-sama gubal. Kita bagaimana ?

Antara Amalan Payah Para Peniaga Dengan Payah Kuatkuasa Undang

Setelah di'pelekehkan oleh semua pihak nampaknya KPDNHEP di semua negeri bertindak aktif, 'gila' kot atas suntikan 35% naik gaji (kakitangan kerajaan sokongan) ...Maka gara-gara tindakan mereka dilaporkan pelbagai reaksi 'panas' peniaga terhadap para pegawai ini antaranya , contoh laporan berita pada hari ini sahaja........Peniaga berang udang dirampas ............................

DISELANGOR ...Beberapa perkataan keji dilemparkan seorang peniaga pasar pagi SS2, Petaling Jaya, yang tidak puas hati dengan tindakan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, merampas udang jualannya.

Tindakan itu diambil akibat sikap peniaga berkenaan yang melanggar Akta Kawalan Harga 1946 kerana tidak mempamerkan tanda harga. Dia juga akan dikenakan kompaun bagi kesalahan terbabit.Peniaga berusia awal 30-an itu bagaimanapun tidak bertindak agresif dan hanya membiarkan penguat kuasa menjalankan tugas mereka.
Mengikut peruntukan undang-undang berkenaan, denda sehingga RM15,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan atas kesalahan berkenaan. Pasar pagi itu antara tiga tempat yang dipantau dalam Ops Gaji dijalankan KPDNHEP Selangor semalam. Kawasan lain Pasar Moden SS15 Subang Jaya dan pasar raya besar Tesco Puchong.
Operasi itu turut disertai Exco Hal Ehwal Pengguna, Kesihatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Dr Lim Thuang Seng, Pengarah KPDNHEP Selangor, Nazri Osman; Ketua Penguat kuasa KPDNHEP Selangor, Rosle A Hamid; Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Adnan Md Ikshan dan Adun Damansara Utama, Datuk Lim Choon Kin.
Selain rampasan, beberapa peniaga di SS2 juga diberi amaran supaya tidak menaikkan harga barangan sesuka hati melebihi harga siling. Sementara itu, Pasar Moden Subang Jaya dan Tesco Puchong didapati tidak menghadapi masalah harga barangan melampau.Lim berkata, operasi yang membabitkan 30 pegawai penguat kuasa itu adalah bagi meninjau harga dan bekalan barangan keperluan pengguna di pasaran berikutan pengumuman kenaikan gaji kakitangan pada 21 Mei lalu. Beliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan KPDNHEP bagi mengesan peniaga yang menjual barangan mereka dengan harga yang melampau selain mengambil tindakan serta-merta.“Peniaga dan penjaja di pasar perlu ingat kesan jangka panjang yang boleh berlaku kepada mereka jika jual barang dengan harga tinggi. Mereka boleh kehilangan pelanggan kerana di pasar raya besar seperti Tesco, barangan keperluan dijual dengan harga jauh lebih murah.“Suasana di pasar raya besar juga lebih selesa, berhawa dingin dan banyak tempat letak kereta. Jika peniaga berdegil menjual dengan harga melampau, ia seperti ‘bunuh diri’ sendiri bila pelanggan lari dan hanya mahu beli di pasar raya besar,” katanya pada sidang akhbar sejurus selesai operasi itu, semalam.Pengguna boleh membuat aduan kenaikan harga barang di laman web http://e-aduan.kpdnhep.gov. my atau menerusi talian hotline 1-800-88-6800 atau hubungi bilik gerakan KPDNHEP Shah Alam di 03-55125485. Mereka juga boleh menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 36663.
Apa pun kita ucapkan syabas kepada agensi berkenaan, semoga akan berterusan dan berkekalan kerana bahan makanan ini sentiasa diperlukan oleh rakyat. Sikap proaktif kakitangan agensi ini haruslah disokong. Kita minta mereka dapat memikirkan 'instrument' lain dalam tindakan penguatkuasaan , antara kurang enaknya adalah 'merampas' barang peniaga yang diniagakan. Kekadang peniaga ini dah 'dicekik' oleh pembekal atau pemborong, maka nak tak nak mereka 'cekik' pula pengguna. Perkataan 'merampas' itu membawa satu konotasi yang kurang enak. Tambahan pula pegawai agensi penguatkuasa adalah majoritinya terdiri drp orang Melayu Islam, manakala peniaga yang dimangsakan itu adalah orang Cina. Justeru isu-isu yang berbaur perkauman dan membela kaum, menjadi advantage kepada 'juara' pembela politik Cina, iaitu DAP secara terang-terangan dan MCA dan Gerakan secara senyap dan halus.
Justeru 'merampas' itu perlu dilunakkan perkataannya, kedua guna kaedah lain yang berkesan umpama kesalahan pertama nasihat, keluar surat hebahan, tindakan beramaran, jangan hantar 'pegawai' yang beremosi, minta kerjasama dan kaji semula undang-undang yang ada. Malah pendidikan kepada para peniaga perlu dibuat , barulah adil. Walaupun kerja yang dilakukan ini lambat dan ambil masa serta 'banyak kerja', maka nak jadi kerajaan bukan senang...
Padahal, isu ini tidak berbangkit ,maka sebab-sebab seperti inilah Tony Pua dari DAP bangkitkan itu yang 'terus' mendapat reaksi Pemuda UMNo - Khairy Jamaluddin (menantu PM). Pemuda UMNo lain senyap je.....
Berbalik kepada isu di atas, kepada para peniaga yang jujur dan ikhlas berniaga kita rakamkan syabas, teruskan amalan dan sikap tidak ambil kesempatan tersebut. Sementara bagi yang bersikap 'menahan lukah dipergentingan' inilah yang 'perlu diajar' oleh rakyat dan agensi penguatkusaan tersebut atas sikap 'degil' dan 'engkarnya' itu. namun nak memuaskan hati kepada semua orang dalam satu masa adalah cukup payah dan sukar, maka itulah sebab adanya agama yang kita anuti 'minta' kita bersabar. Sabar itu adalah ujian dan pentingnya kita sebagai manusia, dalam saringan Allah bagi menuju syurga yang ditawarkan.