Sunday, June 12, 2011

Kabinet Baru dan Tambahan PAS Pusat


KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.

Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.












Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.

Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:

Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid

Friday, June 10, 2011

Panas : CD seks M Sabu pulak ?

Berbekalkan pengalaman berguru dengan MCA, Umno kini menjadi 'pembikin', pengedar, penerbit video lucah di negara kita. Kekejian Umno mula dikesani apabila MP Ampang Zuraida Kamarudin tampil membuat laporan Polis petang ini, gara-gara mendapat sekeping CD lucah yang berlabelkan gambar Hj Mohammad Sabu, Timb Presiden PAS yang baru.

Umno sudah semakin gila, kegilaan Umno kini tidak mengenal batas sempadan geografi dan demografi adab dan akhlak islam. Parti Melayu islam ketiga terbesar di dunia itu, mengagendakan memunahkan musuh politik sekeji itu.

Akibat tidak mengenal batas iman dan kufur dosa serta pahala. umno bertindak gila. Paling malang rakyat dipaksa menerimanya sebagai satu budaya baru dalam masyarakat Malaysia.

Beginilah jalan pintas memanglikan pemikiran rakyat, menjadikan rakyat semakin 'kebal' dengan seks dan segala macam kekejian. tambah nilai keji ini memalangkan generasi muda kita pada masa akan datang. Mereka bakal menghalalkan perlakuan sundal ini diterima umum sebagai suatu benda yang biasa dan lumrah dalam hidup dan kehidupan.

Lebih malang kalangan agamawan , cendikiawan, budayawan dan wan-wan yang lain senyap dan sunyi tidak berkata apa-apa melihat tindakan keterlaluan Umno ini.

Malang sungguh masyarakat negara kita yang kaya dengan kekayaan khazanah anugerah Allah, miskin akhlak dan adab.

Umno mahu memurnikan wajahnya

Politik meraih simpati, politik rayuan, politik bermuka-muka adalah ANTARA wajah terbaru Umno. Kaedah dan pendekatan pembujukan adalah cara terdesak Umno bagi mengekalkan simpati rakyat terbanyak. Dengan cara gaya pewajahan imej rendah diri, tidak sombong, mahu merundingi adalah usaha Umno memperbaiki imej bongkak, angkuh, terlalu amat berkuasa dan semua yang jelek-jelek terhadap imej Umno sebelumnya.

Umno sedar, rata-rata rakyat mulai 'bangun' dengan (kemarahan yang sedang tidur) dan mahu alih sokongan kepada yang lain. Mereka sudah getik, jelak, meluat dengan perilaku kelakuan rakus pimpinan Umno yang cukup gila sementelahn secaea wewenang mengaut apa sahaja kekayaaan khazanah negara yang diamanahkan dengan membelakangi tatasusila , akhlak , adab Melayu dan Islam itu sendiri.

Sebenarnya barisan kepimpinan Umno inilah yang telah menghancur punah ranahkan Umno. Berbanding Umno yang dipimpin seawal zaman rata-rat humble, berjati diri, berkarisma dan berjiwa hamba rakyat. Rata-rata para pejuang Umno asal mulai 'hilang' keyakinan dengan kepimpinan Umno Melinium yang membelakangi teras asas dan jati diri Umno asal seperti mana roh penubuhan Umno seawal merdeka. Apa pun alasan zaman kini sudah berubah, mengikut arus terkini, berpaksikan kepentingan nilai sezaman, menggunung alasan merekanya.

Kini Umno gagal mempertahankan asas-asas dan sendi perjuangan Umno yang sebenarnya. Apatah lagi visinya bagi mengangkat martabat bangsa Melayu ke persada antarabangsa, mengasaskan satu bangsa yang maju mencontohi roh Dasar Pandang ke Timur. Meniru cara gaya kekentalan bangsa Jepun dan Korea setidak-tidaknya.

Veteran Umno marah kerana Umno terlalu banyak 'merayu' kini dan meminta-minta. Berbanding zaman Umno kuat, kata mereka semua orang mahukan kepada Umno dan mencari Umno, jelas tokoh veteran berkenaan.

Jelas kini, MCA dan MIC sudah tidak menghormati langsung Umno. Malah secara terang-terangan menyerang dasar-dasar yang diputuskan bersama. Jika mahu diukur katanya aman beliau dulu ultra Cina dan India dalam MCA dan MIC jauh lebih agresif daripada rakan komponen Bn kini. Tetapi Umno lebih kuat waktu itu.

Kemungkinan Umno kehausan stamina dan lemah sendi-sendi dan cepat mengah kerana usia sudah tua, daya tahan antibodi semakin berkurangan. dan paling penting sudah tidak relevan lagi dengan rakyat khasnya bagi orang Melayu. Dan yang jelas Umno kini berada dalam kegagalan. Rakan - rakan sudah hilang kepercayaan dan keyakinan.

Rakyat pula terhimpit dengan kehidupan. kemakmuran, keadilan sosial dan persaudaraan rakyat bukan lagi bersama Umno /Bn. Negara dilturutanda krisis belanjawan defisit 12 tahun berturut-turut, pertumbuhan ekonomi gagal capai sasaran, purata pertumbuhan ekonomi adalah bawah 7.5% berbanding negara-negara jiran yang jauh lebih cemerlang. Kadar hutang negata melonjak naik dan mengerunkan semua penganalisa ekonomi serta rakyat.

Tambahan, banyak berlaku kerosakan demi kerosakan pada institusi negara. Cakap semua institusi dicerobohi kuasa ekesekutif melampaui dan melangkaui kuasa judiasari dan kehakiman.





Thursday, June 09, 2011

TV3 ada akai ke..


Berita TV3 sebentar tadi boleh mengeluarkan kenyataan bahawa Harga Rumah di Singapura mahal.

Hairan kerja mereka adalah menipu rakyat. Yang pelik kenapa pergi buat perbandingan harga rumah sahaja. Kenapa tidak bandingkan apa pekerja di Singapura dapat gajinya. Tukang sapu di Singapura dan Tukang Sapu di DBKL , berapa gajinys.

TV3 ada akai ka...

Cukuplah Umno, dah lama dah, kami tahu ?


Setelah RTM gagal berperanan sebagai mata rantai bagi menyerang PAS. TV swasta yang mendapat rating ramai penonton dipilih sebagai saluran utama/perdana bagi menyampaikan mesej Umno. Medium berita TV3 menjadi pilihan Umno, kerana ada beberapa sebab.

Sebentar tadi lontaran 'fitnah' melalui siaran berita langsung Buliten TV3 menyerang "PAS". Mempersoalkan kenapa dan mengapa PAS menjadi sedemikian. Semuanya kerana kuasa dan gilakan kuasa agaknya. Dengan bersatationkan marah dan kemarahan mereka tadi kenapa PAS membuat pusingan U, iaitu mengugurkan perjuangan negara Islam.

Dulu PAS menjaja secara terbuka jualan negara Islam. Kini bertukar menjaja negara kebajikan. walaupun jualan negara islam tidak laku dan menarik semua orang. Kini PAS mengubah strategi menjualkan pula negara berkebajikan.

Kaedah jajaan dan jualan PAS dikatakan berpusingan U. Pusingan U tahan lagi ikut peraturan dan kaedah jalanraya, tetapi Umno yang keras jahil tukil tidak ingin berpusing dan berpaling. Jika dia adalah pemandu, pemandu tersebut adalah sombong. jangan naik dengan pemandu jenis macam ini, sebab cukup bahaya.

PAS sahaja dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan negara Islam. Umno dipendeka kan kata tida niat bagi menubuhkan negara Islam. Kewajiban negara Islam hanya tertanggung atas tanggugjawab PAS sahaja ? Jadi jenis apa orang Melayu Islam dalam Umno? Makna tiada agenda negara Islam dalam capaian hasrat Umno ?

Serangan bagi membangkitkan keraguan dilakukan dengan meneyelit montaj sedutan beberapa tokoh pimpinan berserta ulasan yang bukan PAS, iaitu para juhala Umno yang menumpang dikakilima Umno bercakap bagi menyerang PAS.


Di bawah tajuk berita PAS membuat pusingan U. Dengan mengambil sedutan Ucapan Presiden PAS pada Muktamar pada tahun 2003 Dengan pelancaran Buku Kecil Dokumen Negara Islam oleh Dr Haron Din, dengan berlatarkan ulasan daripada Ust Nakhie dan Hamid Othman (Hamid Bon).

Kerisauan luar biasa oleh media, memelikkan kita , kerana selama hari ini Umno dan media tidak pun merasakan bahawa PAS itu hadir.

Justeru, semua ahli PAS harus berbangga kerana kini mereka sedar bahawa kehadiran PAS di persada politik negara ada makna dan ada baiknya.

setelah mereka melayan PAS dengan buruk bagi tempoh 52 tahun lalu, kini mereka mula mempersoalkan tindakan PAS itu ini.

PAS nak habaq bagi adalah parti yang ada dasar, ada pengemudi, ada pengikut, ada prinsip. Maka dia adalah parti yang bebas, tidak perlu mengikut telunjuk sesiapa yang bergelar manusia. yang perlu diikut adalah telunjuk nabi dan perintah Allah.

Selagi mana, ada mana-mana manusia luar kafir dan tidak kafir mahu bersama-sama ikut telunjuk PAS, maka PAS wajar berkawan dan bersaing dengannya.


Gugur dasar negara Islam dikritik

KUALA LUMPUR 7 Jun – Langkah Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggugurkan dasar negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan kini mencetuskan kemarahan ahli akar umbi sehingga menjejaskan keyakinan mereka terhadap Pas.

Mereka yang sebelum ini mendokong perjuangan Pas kerana terpesona dengan hasrat parti itu untuk menubuhkan negara Islam, mula mempersoal dasar baru tersebut secara terbuka kepada pemimpin-pemimpin Pas melalui saluran laman sosial Facebook.

Terbaru, perasaan amarah itu menjadi perdebatan terbuka di akaun Facebook bekas Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad, sehinggakan beliau yang baru tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden turut menjadi mangsa ‘serangan’ apabila dituduh tidak efisien.

“Yang peliknya Pas ini, sekejap kata nak tegakkan negara Islam, sekejap nak negara kebajikan, mana satu sebenarnya hala tuju Pas? Jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran,” kata seorang penyokong Pas yang dikenali sebagai Rosli Hashim.

Tegas Rosli, Pas kena kembali kepada perjuangan sebelum ini dengan menetap pendirian untuk menegakkan agama Islam dan bukannya sekadar menjadi ‘pak turut’ kepada pihak lain dalam pakatan pembangkang.

Jelasnya lagi, jika sekali pun dasar lama itu tidak mampu membawa Pas untuk menawan Putrajaya, tetapi setidak-tidaknya parti tersebut diiktiraf sebagai pembangkang yang berwibawa sehingga dihormati oleh kawan dan lawan.

Kenyataan Rosli itu kemudian disahut oleh Kairiel Amree dengan berkata: “A'aaah kebajikan buat pemimpin-pemimpin negara. Rakyat biar susah.”

Dalam pada itu, bagi meredakan keadaan, seorang lagi penyokong Pas, Ahmad Shukri Abd. Rahman tampil memberi penjelasan dengan berkata, dasar parti itu tetap tidak berubah walaupun fokus Pas kini beralih ke arah negara berkebajikan.

Menurutnya, perubahan tersebut merupakan anjakan paradigma disebabkan keutamaan Pas ketika ini menggulingkan Barisan Nasional (BN) kerana cara lama (negara Islam) hanya memungkinkan parti itu menguasai negeri sahaja, bukannya kerajaan Persekutuan.

“Setelah kukuh barulah prinsip syariat boleh ditegakkan di seluruh negara. Cara lama asyik boleh pegang Kelantan sahaja, tapi tiada kuasa Persekutuan. Hudud pun tidak boleh dilaksanakan sebab bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” dakwanya.


Antara : Pemimpin Bijak Rakyat Cerdik. Pemimpin Cerdik Rakyat Dungu



Nampaknya Umno kekkurangan pejuang bagi mendepani PAS, musuh tradisi. Banyak cubaan dan strayegi yang digunakan bagi memperlemahkan perjuangan PAS dan parti PAS. Isu terkini, Dr M bertindak sendirian apabila 'pimpinan Umno' asyik ajak berpadu atas nama perpaduan Melayu, beberapa hari lalu ketua penerangan nya mengajak PAS atas perpaduan umat islam pula.

Oleh kerana Dr M adalah seorang negarawan ulung dan amat tersohor. beliau enggan mengikut cara gaya ketua hingusan Umno Ahmad Maslan. Beliau terus menyerang PAS, dan mengingatkaan PAS bahawa orang yang membuat onar bagi menggagalkan Hudud dilaksanakan di kelantan yang PAS cita-citakan adalah Karpal Singah.

Hari ini, Dr M terkedu kerana TGNA MB Kelantan, secara tegas dan berani menyanggah bahawa kegagalan Hudud dilaksanakan di Kelantan bukan atas penama yang bernama Karpal Singah tetapi Mahathir Mohammad. malah TGNA menyatakan bahawa beliau masih menyimpan surat rasmi kerajaan Malaysia yang 'mengamarankan' negeri Kelantan agar jangan laksanakan hukum berkenaan.

Inilah dosa terbesar, dosa ketakutan yang amat sangat terhadap hukum Islam yang bakal Kelantan laksanakan. Malah dalam kepala Dr M dan orang Umno, seingat mereka hukum Islam dijalankan semudah menguruskaan undang sivil Barat. Dakwa dakwi secara semberono dan hukum ikut kepala hakim yang 'tidak waras' macam hakim coklat Hacks tempoh hari/

Tassawur Islam walaupun sudah lama diperkenalkan dalam institusi pendidikan hatta di sekolah-sekolah menengah seluruh negara, gagal difahami. Apatah lagi pimpinan negara yang 'enggan belajar' walhal merekalah yang meluluskan supaya subjek tasawwur Islam diajar dan diperkenalkan kepada rakyat kita. Malang sungguh negara kita, pimpinan jahil, rakyat buta dan dungu. Maka senanglah mereka memperbodoh-bodohkan kita.


Tuesday, June 07, 2011

Kerajaan rakyat mestilah fikirkan kebajikan rakyat ?

Mengapa media melaporkan bahawa mereka gundah gulana kerana 50 kontraktor bakal bangkrap. Gara-gara kerja menguruskan sisa pepejal bawah PBT Selangor MPSJ. Kontraktor tersebut ditangguhkan kerana kerajaan Selangor ada alasan tersendiri.

Maknanya sebelah pihak jangan lah terlalu mengharapkan 'kerajaan kena tunduk ikut kontraktor' sahaja. Perkhidmatan , penyelenggaran, tuntutan yang munasabah dengan kualiti kerja-kerja mereka kepada masyarakat yang membayar CUKAI harus juga mereka fikirkan.

Sekadar simpati dengan pinjaman bank dengan memberi lori dan menggajikan pekerja menaggung hutang bank. Adakah ikhtiar mereka kontraktor hanya bergantung semata-mata mengutip sisa pepejal.

Kami dikampung yang terpaksa mengutip sisa pucuk kayu sebagai hasil jualan untuk dipasar kan ke pasar malam atau pekan sehari, tidak lah mengeluh sedemikian rupa. Jika kami meminjam bank mana yang mahu memberika pinjaman. IKS , Ikhtiar dan sebagainya mahukan dokumen.

Sekadar jual pucuk paku, sayuran hutan, lada dan sebagai mana bank yang mempercayainya.

Justeru, berpada-padalah, cerminlah diri. kenapa dan mengapa kerajaan selangor bersikap demikian. Kerajaan rakyat kena fikirkan soal kebajikan rakyat, bukan bagaimana mahu habiskan duit rakyat.

50 kontraktor mungkin bankrap

SHAH ALAM 6 Jun – Kira-kira 50 kontraktor bumiputera mungkin menghadapi risiko bankrap apabila kontrak untuk mengutip sisa pepejal di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang diperoleh mereka ditangguhkan sejak tiga bulan lalu.

Kesemua kontraktor terbabit merupakan sebahagian daripada 61 kontraktor yang memperoleh kontrak bagi 2011 hingga 2013 secara tender terbuka dan sepatutnya memulakan kerja-kerja mengutip sisa pepejal di kawasan MPSJ mulai 1 Mac lalu.

Kontrak tersebut didakwa ditangguhkan tanpa sebab munasabah oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 17 Februari lalu.

Menurut salah seorang kontraktor, Zamri Zakaria, 45, tender untuk memperolehi kontrak mengutip sisa pepejal tersebut dibuka pada 12 Disember 2010 dan ribuan kontraktor telah membida.

Bagaimanapun dakwa beliau, hanya 61 kontraktor dipilih dan mereka dimaklumkan mengenai keputusan itu melalui panggilan telefon daripada kakitangan Bahagian Perkhidmatan Bandar MPSJ pada Februari lalu dan dijadual diberi surat lantikan pada malam 17 Februari lalu.

“Sebagai persiapan, saya dan sebahagian besar kontraktor yang mendapat kontrak telah membeli lori yang berharga kira-kira RM300,000 dengan meminjam daripada bank serta menggaji pekerja. Kami berbuat demikian agar kerja-kerja mengutip sisa pepejal dapat dimulakan pada hari yang ditetapkan.

“Bagaimanapun, kami terkejut kerana pada hari surat lantikan sepatutnya diserahkan, Menteri Besar dalam mesyuarat MTES mengarahkan agar kontrak kami ditangguhkan tanpa memberi alasan yang munasabah,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Zamri mendakwa, beliau dan kontraktor lain pada mulanya berharap agar penangguhan itu hanya sementara tetapi kecewa kerana sampai hari ini tiada sebarang keputusan dibuat oleh Abdul Khalid tanpa memberi penjelasan kepada pihaknya.

Katanya, apa yang merunsingkan, beliau dan kontraktor lain yang membuat pinjaman terpaksa membayar ansuran bank antara RM5,000 dan RM7,000 sebulan kerana telah membeli lori tetapi tidak mampu membayar pinjaman jika kontrak masih terus ditangguhkan.

“Jika Menteri Besar terus ‘menggantung’ kontrak, kami mungkin akan bankrap kerana tiada wang hendak menjelaskan pinjaman bank. Lori pula kalau jual sudah separuh harga dan kerugiannya kami yang tanggung,” kata Zamri.

Sehubungan itu, beliau mewakili kontraktor yang senasib dengannya meminta Abdul Khalid agar memberi penjelasan secara terbuka mengapa kontrak mereka ditangguhkan.

Ujarnya, Abdul Khalid juga diminta agar menarik balik penangguhan tersebut agar para kontraktor yang terlibat tidak terus teraniaya.

Perpaduan Ala Umno : Dasar Lidah bercabang

Kelunakan Ahmad Maslan untuk memerangkap 'orang Melayu'. Tabiat dan strategi mendapatkan simpati massa, Umno mahu paparkan 'kejujuran' dan 'ketulusan hati ' agar berdamai dan berpadu demi islam.

Banyak kisah dalam Al Quran, sifat kemunafikan orang islam yang sangat mahu berdamai dan berpadu.

Umno perlu buktikan kejujuran dan ketulusan melalui 'tindakan' bukan cakap. Sila segerakan bantuan geran kepada kerajaan negeri, sila dakwa ketirisan dalam agensi kerajaan, sila tolak sisih pimpinan korup, sila segerakan SPRM, kembalikan dan dedahkan kemelut PKFZ, KWSP< Tabung Haji, BMF, Perwaja. isu mutakizah dan banyak lagi. Segerakan inkuri awam terhadap isu-isu berkenaan.

Dengan Umno perpaduan mestilah bersyarat. umno terkenal sebagai pengencing orang. Dengan Umno kena ada perjanjian bertulis. malah dalam perjanjian bertulis pun mereka boleh dan dapat KENCING. Masakan berpadu dengan bersyaratkan air liur..alahai.


Perpaduan dihulurkan bukan pada masanya, Umno hulurkan perpaduan bilamana , masyarakat Cina terang-terangan menolaknya. MCA kini bukan lagi menjadi tempat pergantungan rakyat dan masyarakat Cina.


Umno Mahu PAS Lupakan Kisah Silam Demi Perpaduan Umat Islam

KUALA LUMPUR: Umno terus membuka pintu perpaduannya dengan PAS apabila mengajak parti pembangkang itu melupakan memori silam antara kedua-dua parti yang berseteru sejak tahun 1970-an sehingga mengakibatkan perpecahan umat Islam.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, kejadian itu sudah lama berlalu dan kebanyakan pemimpin kedua-dua parti yang terlibat dalam pertikaian politik pada waktu berkenaan sudah tiada.

"Pemain politik yang terlibat dalam insiden itu sudah tiada. Ia membabitkan pemimpin veteran pada waktu itu.

"Kita tak tahu hujung pangkal. Biarlah peristiwa lama itu berlalu pergi. Sekarang dah beberapa generasi... bukalah buku baru, apa salahnya?" katanya pada sidang media di sini Selasa.

Hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu terputus pada 1977 sehingga menyebabkan Kerajaan PAS Kelantan jatuh.

Terdahulu, Ahmad mengadakan pertemuan dengan lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendengar pandangan mereka terhadap situasi politik, ekonomi, sosial dan kebajikan di negara ini yang turut dihadiri Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu yang mewakili 165 NGO.

Jelas Ahmad, beliau mahu PAS menganggap barisan kepimpinan BN sedia ada sebagai kumpulan baru yang tiada kaitan dengan peristiwa itu.

"Datuk (Seri) Najib (Tun Razak), Tan Sri Muhyiddin (Yassin) tak terlibat begitu juga ahli Majlis Tertinggi. Sekarang kita melalui transformasi baru, kita ada pemimpin baru. Jadi lupakanlah yang lama," tegasnya.

Mengulas mengenai PAS yang mahu terus bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad berkata, Umno masih membuka pintu kepada komponen Pakatan Rakyat itu menyertai Barisan Nasional demi memperjuangkan parti Melayu dan perpaduan umat Islam.

"Semua orang tahu usaha untuk menyatupadukan kedua-dua parti masih boleh diteruskan. Kita harus berfikiran positif...tak semestinya seseorang itu akan bersikap begitu selamanya," katanya.

Menurutnya, jika PAS mahu berbincang, kerjasama itu amat dialu-alukan kerana pintu rundingan antara kedua-dua tidak tertutup.

Tegasnya, walaupun pucuk kepimpinan PAS yang baru rata-ratanya didominasi oleh golongan edrogan dan Anwarisme usaha menyatupadukan Umno dan PAS tetap tidak akan berkubur.

"Saya tak melihat perkara seperti itu akan berlaku. Saya anggap calon pada pemilihan kali ini sebagai positif. Kami masih boleh berbincang apabila melibatkan perkara berkaitan Palestin dan pendidikan," ujarnya.

Kumpulan Ulama Muda Umno hebat ?

Besar dan bagusnya peranan Ulama muda Umno membuat 'teguran' dari dalam bagi mengimejkan Umno 'supaya Umno nampak islam macam PAS nampak Islamnya' kini tidak nampak.

Kita mengharapkan Ulama muda dalam Umno ini yang 'hebat' dapat membentuk Umno, tetapi kita rasa Umno bakal mati sebelum mereka ini berjaya bentuklah.

Kefahaman dan kekuatan ulama Muda Umno ini , mahu betulkan Umno bilamana beberapa nama-nama tokoh agamawan yang masuk Umno dan cuba baiki dari dalam semuanya gagal, termasuklah Anwar sendiri.

Tetapi kita tidak tahu macam mana dan cara mana mereka nak bentuk Umno dari dalam. wal hal mereka ulama muda ini duduk di tepi melukut dalam umno. Bukan dalam kumpulan meanstream Umno.

Hal ini, mereka kena rujuk dan belajar dengan Brother Anwar. Kumpulan ulama Muda Umno ini, janganlah sombong belajar-belajarlah makan garam berbuku daripada orang lama.

ad deen na sihah...Hantam sajalah labu !!!


UMNO perlu imej baru

SHAH ALAM – UMNO disarankan ubah imej luaran parti supaya rakyat, khususnya dalam kalangan bukan Islam, memberi keyakinan penuh kepada kepimpinan parti untuk terus menerajui negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, walaupun pada dasarnya, UMNO tidak lari dari konsep memperjuangkan Islam, ia sedikit sebanyak memberi impak kepada keperibadian parti.

“Kita tahu memang UMNO sejak dulu lagi memperjuangkan agama, bangsa dan negara sebagai tonggak utama, namun kita lihat imej itu boleh ditukar supaya bersesuaian dengan apa yang diperjuangkan.

“Kita sedia maklum, Islam dibawa UMNO adalah Islam sederhana dan tidak menakutkan golongan bukan Islam, Islam dibawa UMNO adalah Islam yang boleh diterima umum,” katanya ketika diminta mengulas mengenai imej dibawa Pas dalam menarik golo-ngan bukan Islam menjadi ahli parti.

Mashitah berkata, beliau tidak berhasrat mencadangkan perkara itu kepada pihak atasan, cuma melihat terdapat ruang perlu diperbaiki, terutama mengenai imej dibawa ahli.

“Dalam hal ini, semua individu beragama Islam faham, setiap perkara ada hukumnya. Cuma mungkin imej beberapa individu dalam UMNO dilihat masyarakat sebagai sesuatu yang boleh menjejaskan parti.

“Saya doakan mereka dibuka hati dan dapat lakukan perubahan positif untuk diri sendiri, parti, rakyat dan negara,” katanya.

Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Mat Jahya berkata, UMNO perlu mencontohi imej Islam yang dibawa Pas dan menjadikan Islam sebagai asas utama perjuangan parti.

“Dalam hal ini, Pas cenderung memperjuangkan dasar Islam. Bagaimanapun, parti itu belum menolak sepenuhnya kepentingan politik parti dalam perjuangan mereka, manakala imej Islam yang dibawa UMNO masih samar-samar.

“Tidak semestinya membudayakan Islam de-ngan berjubah dan berserban kerana Islam lebih syumul atau lebih kepada cara hidup. Namun, sekiranya imej Islam mampu menarik golongan bukan Islam, perkara ini perlu diteliti,” katanya.

Beliau sarankan agar kedua-dua parti saling menghormati antara satu sama lain dengan menyokong setiap program keagamaan dianjurkan kedua pihak.

“Sekiranya Pas anjurkan program agama, UMNO perlu memberikan sokongan dan sekiranya UMNO adakan program agama, Pas perlu tunjukkan kesepakatan dengan memberikan tindak balas positif.

“Dalam hal agama, kedua-dua parti perlu menolak kepentingan politik,” katanya.

Fathul Bari berkata, sekiranya menjadikan Islam perjuangan sampingan, bukan keutamaan, minat masyarakat untuk mendalami Islam dan mendekati parti tidak akan tumbuh.

“Tiada inisiatif lain, selain kita sendiri bertanggungjawab mengangkat dan menonjolkan Islam kerana Islam bukan sekadar pada nama, tetapi pada penampilan individu,” katanya.

Negara Berkebajikan Umno vs Negara Kebajikan PAS

Hebatnya Umno dan bijaknya Najib, PAS memang lembab kerana 'baru' nak memperjuangkan negara kebajikan. Negara kebajikan Umno adalah negara yang membuat perkara-perkara kebajikan, seperti keadilan dalam pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak sahaja.

Hak sama raya dan sama rata rakyat, tetapi dalam negara kebajikan Umno rakyat sentiasa didahulukan memberikan kebajikan kepada negara. malah pemimpin mengaut antaranya CEO sebuah koporat yang bergaji RM50,000 sebulan. Ada CEO syarikat koporat kaut pendapatan RM1.8 juta setahun. Inilah ciri-ciri kebajikan dan negara berkebajikan ala Umno.

Selain itu, hisbah (badan bebas) dilantiknya timbang tara hanya Biro Umno sahaja menapis sesuatu kes boleh 'lepas' atau 'dapat diangkat'. SPRM dimandomkan, SPR dijadikan 3M bagi kekalkan kekuasaan kuasa pemimpin negara berkebajikan Umno.


Tetapi apa pun kita seronok Umno Bn mulai menurut negara kebajikan PAS. tahniah dan demi masa depan PR, negara kebajikan harus diterjemahkan melalui manifesto dan tindak ikut dalam negeri-negeri yang PR perintah.

Negara kebajikan UMNO dah perjuang

ASTANA (Kazakhstan) - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laungan terbaru Pas yang kononya hendak wujudkan negara kebajikan bukan perkara baru bahkan itulah yang sudah diperjuangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Perdana Menteri berkata, perjuangan UMNO dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati rakyat sejak sekian lama.

“Perubahan slogan tagline Pas yang bukan lagi untuk wujudkan negara Islam tetapi negara kebajikan bukan perkara baru, tetapi labelling baru saja,” katanya kepada wartawan Malaysia
di hari pertama lawatan rasminya ke Kazakhstan di sini, semalam.

Najib adakan lawatan rasmi selama dua hari berakhir esok atas jemputan Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev dan akan menghadiri pula Forum Pembangunan
Ekonomi Islam (WIEF) ke-7 Rabu dan Khamis di mana beliau akan turut menyampaikan
ucapan bersama beberapa ketua negara lain.

Ketika diminta mengulas mengenai keputusan pemilihan pada muktamar Pas baru-baru ini, Najib berkata, keputusan itu terhasil kerana pemilihan Pas banyak mengambil pertimbangan soal pilihan raya berbanding dengan untuk mencerminkan perjuangan membangunkan sebuah negara Islam atau untuk kepentingan Islam itu sendiri.

Menurutnya, ini terbukti apabila mereka telah menguar- uarkan kononnya pilihan raya akan berlangsung pada Julai sehingga mengakibatkan banyak perwakilan Pas melihat soal pilihan raya dan membuat pertimbangan berdasarkan hal itu, yang menguntungkan pihak yang ingin mengambil alih kuasa dalam Pas.

Menjawab soalan lain, Najib berkata beliau meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz adakan mesyuarat dengan semua wakil komponen BN untuk mengenalpasti calon-calon yang layak dipertimbangkan untuk biasiswa daripada kumpulan yang memperoleh keputusan rendah sedikit daripada 8A+.

“Keputusan mereka baik tetapi tak layak dapat biasiswa sama ada (lanjutkan pelajaran) di luar atau dalam negeri. Apabila saya balik saya akan buat keputusan dalam hal ini,” katanya. - Bernama

PRU13: Road To Putrajaya semakin jelas

Serangan Utusan bertali arus terhadap PAS, alasan mereka apa peduli dengan pasukan yang dilabelkankan sebagai puak Anwarias dalam PAS. Semua kepimpinan Umno bercakap dan memberi ulasan. Semua menunjukkan sikap cakna terhadap PAS. Semua mahu ambil kesempatan mempamerkan siapakah yang 'lantang' dan bernas dari segi hujah melawan PAS untuk dinilai oleh ketuanya.

Nazri Aziz, Ronah, Roslan Kasim, Ibrahim Perkasa, Idris Haron, Noh Omar termasuklah Najib yang duduk di Khazastan turut menyumbangkan serangan terhadap PAS. Bersatu nampak mereka untuk membelasah PAS.

Serangan ini diumpamakan seperti NATO menyerang Iraq satu ketika dahulu, alasannya terjumpa kumpulan Anwarias (kami tidak takut dengannya) yang bimbang adalah golongan Ulama kerana masyarakat lebih mempercayai kumpulan ini dan yakin dengan perjuangan negara Islam. Hujah Nazri Aziz.

Jika tidak terkesan situasi ini, kenapa bertindak begitu. Kita harapkan Road To Putrajaya dapat dirintis dengan lebih cepat. Pengundi bandar dan Melayu bandar diyakini dapat memberikan kepercayaan kepada PR pada PRU 13 nanti.

Cuma kebimbangan penganalisa adalah undi Melayu kampung yang jauh daripada akeses maklumat serta 'fixed deposit' Umno iaitu undi FELDA dan Undi POS yang kini digerakkan secara 'gila-gila' oleh Umno.





Pas diminta henti tuding jari

KUALA LUMPUR 6 Jun – Pas diminta berhenti menuding jari menyalahkan kerajaan atas segala permasalahan yang berlaku sebaliknya mengakui kesalahan diri sendiri yang gagal memerintah negeri dengan baik.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perpecahan dalam masyarakat ketika ini adalah disebabkan parti pembangkang yang gemar bermain dengan sentimen politik, keagamaan dan isu perkauman.

‘‘Tindakan itu bercanggah dengan usaha kerajaan yang mahu memupuk perpaduan di kalangan rakyat

‘‘Mereka tidak sepatutnya bercakap semberono tanpa mengeluarkan bukti menyokong dakwaan itu dan jika gagal berbuat demikian ternyata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama seperti pemimpin pembangkang yang lain iaitu cakap tak serupa bikin,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan dasar Abdul Hadi pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 yang menyalahkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO sebagai punca permasalahan kepada rakyat.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron berkata, BN sehingga kini konsisten membawa pembangunan kepada rakyat.

“Prinsip membela rakyat tidak pernah berubah kecuali perjuangan Pas yang kini goyah untuk menubuhkan negara berkebajikan bagi mendapatkan kepercayaan DAP.

“Pas tak konsisten, berubah ikut kepentingan politik dan kita tolak sekeras-kerasnya parti politik seperti ini. Pas perlu muhasabah diri kerana telah jauh menyimpang daripada hasratnya untuk menubuhkan negara Islam,’’ ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Pas sememangnya tidak boleh menerima sebarang pembaharuan yang dibawa oleh BN sejak dulu lagi.

“Dulu mereka katakan pembangunan adalah satu pembaziran yang hanya akan merugikan negara. Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya kerana pembangunan telah banyak membantu kesejateraan rakyat,” katanya.


UMNO tak bimbang golongan Anwarinas

KUALA LUMPUR 6 Jun - UMNO tidak bimbang dengan penguasaan kumpulan Anwarinas atau golongan profesional dalam Pas malah, yakin tugas untuk menewaskan parti itu pada pilihan raya umum akan datang semakin mudah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau lebih bimbang sekiranya golongan ulama menerajui parti itu kerana golongan tersebut mendapat sokongan rakyat berbanding profesional.

"Kami tidak bimbang malah, ia memudahkan tugas kita pada pilihan raya umum nanti. Kami lebih bimbangkan kepimpinan ulama kerana sedar masih wujud elemen dalam masyarakat Melayu bahawa perjuangan Pas untuk negara Islam adalah betul.

"Sekiranya mereka masih mengekalkan kepimpinan ulama, kami akan menghadapi perlawanan yang sukar dan sengit tetapi apabila pucuk pimpinan beralih kepada golongan profesional, kami yakin tugas akan menjadi semakin mudah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pemberian biasiswa 1Malaysia Development Bhd., di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kepemimpinan baru Pas yang kini dikuasai oleh golongan profesional atau kumpulan Anwarinas pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Menurut Mohamed Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Pas akhirnya mengakui bahawa apa yang dilakukan oleh UMNO dalam membangunkan negara selama ini adalah tepat.

Katanya, kini Pas mengalihkan perhatian mereka untuk membina sebuah negara berkebajikan walaupun sebenarnya konsep tersebut telah dilaksanakan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak 60 tahun lalu.

"Kita sudah laksanakan konsep negara yang menjaga kebajikan rakyat 60 tahun lalu sedangkan mereka mula sedar mengenai perkara tersebut pada muktamar parti itu yang ke-57," jelasnya.

Menurut Mohamed Nazri, tujuan utama Pas mengubah konsep perjuangannya daripada pembentukan sebuah negara Islam kepada negara berkebajikan adalah kerana parti itu yakin akan memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Ahli-ahli parti itu kini begitu dahagakan kuasa dan yakin akan memenangi pilihan raya akan datang. Oleh itu, mereka berusaha mengubah pendekatan perjuangan dengan cuba memberi keutamaan kepada rakyat seperti yang telah lama dilaksanakan oleh UMNO," ujarnya.

Monday, June 06, 2011

Kepimpinan PAS digeruni musuh: Kenapa dan mengapa ?


Perhatian, kebimbangan luar biasa Umno terhadap pacuan kepimpinan PAS Alaf Baru menjelang PRU13. Media berbahasa Melayu 'cuba' menarik dan memainkan perhatian para pengundi Melayu dengan berhasrat dan mahu menanamkan 'keraguan' terhadap proses perubahan peralihan dalam kepimpinan PAS baru lalu.

Sudah seminggu bahasan ini dibuat, berjaya menarik perhatian pengundi Melayu. Rata-rata menyetujui pandangan Utusan dan media berbahasa Melayu yang lain iaitu kepimpinan Ulama sudah mulai 'ditolak' dalam PAS. PAS mulai dipengaruhi , diperalatkan oleh Anwar seta DAP.

Inilah momokan momokan yang segera PAS perlu perjelaskan dengan lebih agresif. Kekuatan isu mengarut ini jika gagal ditangaani PAS dengan cekap dan berkesan. PAS bakal kecundang sekali lagi dalam PRU13.

Prestasi kemuraman sokongan pengundi Melayu kepada PAS akan berulang. Umpama dalam PRK Kerdau. PAS gagal meraih undi Melayu, walaupun waktu itu lambakan isu-isu negara terbeban ke atas rakyat terbanyak jika diatur susun cukup membebankan rakyat.

Namun, rakyat Kerdau tidak terangsang dan termakan langsung dengan isu-isu berkenaan. Umno selesa menang PRK berkenaan. Sementelahan pula harga getah dan sawit yang kini dan akan terus kekal 'memuncak' rakyat terbanyak tidak akan terkesan.

Paling tidak 'serangan pembangkang itu dianggap sebagai satu tohmahan jahat terhadap kerajaan yang melayu tulen.

Selain itu, rakyat teramai masih anggap Melayu tulen adalah Umno. walaupun dihati mereka , PAS dianggap parti yang baik dan betul, tetapi apabila proses memberi undi mereka kekal sayangkan Umno. Inilah senario dulu dan akan datang juga.

  • Teka-teki peranan tampuk baru PAS


    MUKTAMAR PAS ke-57 yang berakhir semalam mencatat sejarah apabila pemilihan parti bukan saja menyaksikan golongan bukan ulama menguasai sebahagian besar barisan kepemimpinan parti, malah buat kali pertama sejak era ‘Kepemimpinan Ulama’ PAS lebih suku abad lalu, jawatan Timbalan Presiden disandang tokoh bukan berlatar belakang agama. [+]

  • Minda Pengarang: Penguasaan pemimpin Erdogan hanya untungkan DAP, PKR


    KEPUTUSAN pemilihan pucuk pimpinan tertinggi PAS pada muktamar ke-57 parti itu disifatkan di luar jangkaan dan mengejutkan. Jawatan tertinggi PAS kini dikuasai bukan ulama dan profesional termasuk Timbalan Presiden dan tiga jawatan Naib Presiden serta sebahagian besar Ahli Jawatankuasa Pusatnya. [+]

  • Tsunami Erdogan ubah corak, hala tuju perjuangan PAS


    MENGEJUTKAN... Itulah perkataan paling tepat untuk menggambarkan mengenai keputusan di luar jangkaan ramai, pada pemilihan barisan kepemimpinan baru Parti Islam Se-Malaysia (PAS) – terutama membabitkan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden. [+]


  • Kesesakan luarbiasa Karak - KL

    Kelmarin antara jam 7.20 mlm ke atas berlaku kesesakan luarbiasa di laluan menuju ibu kota. Lebuhraya Karak-KL berkilo meter kenderaan bergerak bernjut-enjut menuju ke ibu kota.

    Lebaih parah lagi apabila kenderaan laluan ke ibo kota memperlahankan kenderaan masing-masing untuk membayar tol di kedua-dua tempat iaitu di Plaza Tol Karak dan paling parah di Plaza Tol Gombak menuju ke ibu kota.

    Tiada pekerja Highway, tiada anggota PDRM udara, semuanya tiada belaka. itulah nasib pemandu kenderaan yang mahu ke ibu kota bilamana mereka habiskan cuti hujung minggu bagi melepaskan stress.

    Apa kata para pengaut konsesi memikirkan makenisme baru bagi memudahkan mereka mengutip tol dan mengaut keuntungan. Sistem kad kupon ke kerana kerja mereka adalah bertugas untuk memberi keselesaan kepada pengguna jalanraya.

    Jika sekadar mahu mengutip tol, anak-anak sekolahan tahu mengutip paarking bilaa mana ada konsert atau majlis keramaian.


    Suasana stress penulis tidak dapat bayangkan, sementelahan bagi mereka yang beranak kecil.