Thursday, June 09, 2011

Cukuplah Umno, dah lama dah, kami tahu ?


Setelah RTM gagal berperanan sebagai mata rantai bagi menyerang PAS. TV swasta yang mendapat rating ramai penonton dipilih sebagai saluran utama/perdana bagi menyampaikan mesej Umno. Medium berita TV3 menjadi pilihan Umno, kerana ada beberapa sebab.

Sebentar tadi lontaran 'fitnah' melalui siaran berita langsung Buliten TV3 menyerang "PAS". Mempersoalkan kenapa dan mengapa PAS menjadi sedemikian. Semuanya kerana kuasa dan gilakan kuasa agaknya. Dengan bersatationkan marah dan kemarahan mereka tadi kenapa PAS membuat pusingan U, iaitu mengugurkan perjuangan negara Islam.

Dulu PAS menjaja secara terbuka jualan negara Islam. Kini bertukar menjaja negara kebajikan. walaupun jualan negara islam tidak laku dan menarik semua orang. Kini PAS mengubah strategi menjualkan pula negara berkebajikan.

Kaedah jajaan dan jualan PAS dikatakan berpusingan U. Pusingan U tahan lagi ikut peraturan dan kaedah jalanraya, tetapi Umno yang keras jahil tukil tidak ingin berpusing dan berpaling. Jika dia adalah pemandu, pemandu tersebut adalah sombong. jangan naik dengan pemandu jenis macam ini, sebab cukup bahaya.

PAS sahaja dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan negara Islam. Umno dipendeka kan kata tida niat bagi menubuhkan negara Islam. Kewajiban negara Islam hanya tertanggung atas tanggugjawab PAS sahaja ? Jadi jenis apa orang Melayu Islam dalam Umno? Makna tiada agenda negara Islam dalam capaian hasrat Umno ?

Serangan bagi membangkitkan keraguan dilakukan dengan meneyelit montaj sedutan beberapa tokoh pimpinan berserta ulasan yang bukan PAS, iaitu para juhala Umno yang menumpang dikakilima Umno bercakap bagi menyerang PAS.


Di bawah tajuk berita PAS membuat pusingan U. Dengan mengambil sedutan Ucapan Presiden PAS pada Muktamar pada tahun 2003 Dengan pelancaran Buku Kecil Dokumen Negara Islam oleh Dr Haron Din, dengan berlatarkan ulasan daripada Ust Nakhie dan Hamid Othman (Hamid Bon).

Kerisauan luar biasa oleh media, memelikkan kita , kerana selama hari ini Umno dan media tidak pun merasakan bahawa PAS itu hadir.

Justeru, semua ahli PAS harus berbangga kerana kini mereka sedar bahawa kehadiran PAS di persada politik negara ada makna dan ada baiknya.

setelah mereka melayan PAS dengan buruk bagi tempoh 52 tahun lalu, kini mereka mula mempersoalkan tindakan PAS itu ini.

PAS nak habaq bagi adalah parti yang ada dasar, ada pengemudi, ada pengikut, ada prinsip. Maka dia adalah parti yang bebas, tidak perlu mengikut telunjuk sesiapa yang bergelar manusia. yang perlu diikut adalah telunjuk nabi dan perintah Allah.

Selagi mana, ada mana-mana manusia luar kafir dan tidak kafir mahu bersama-sama ikut telunjuk PAS, maka PAS wajar berkawan dan bersaing dengannya.


Gugur dasar negara Islam dikritik

KUALA LUMPUR 7 Jun – Langkah Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggugurkan dasar negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan kini mencetuskan kemarahan ahli akar umbi sehingga menjejaskan keyakinan mereka terhadap Pas.

Mereka yang sebelum ini mendokong perjuangan Pas kerana terpesona dengan hasrat parti itu untuk menubuhkan negara Islam, mula mempersoal dasar baru tersebut secara terbuka kepada pemimpin-pemimpin Pas melalui saluran laman sosial Facebook.

Terbaru, perasaan amarah itu menjadi perdebatan terbuka di akaun Facebook bekas Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad, sehinggakan beliau yang baru tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden turut menjadi mangsa ‘serangan’ apabila dituduh tidak efisien.

“Yang peliknya Pas ini, sekejap kata nak tegakkan negara Islam, sekejap nak negara kebajikan, mana satu sebenarnya hala tuju Pas? Jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran,” kata seorang penyokong Pas yang dikenali sebagai Rosli Hashim.

Tegas Rosli, Pas kena kembali kepada perjuangan sebelum ini dengan menetap pendirian untuk menegakkan agama Islam dan bukannya sekadar menjadi ‘pak turut’ kepada pihak lain dalam pakatan pembangkang.

Jelasnya lagi, jika sekali pun dasar lama itu tidak mampu membawa Pas untuk menawan Putrajaya, tetapi setidak-tidaknya parti tersebut diiktiraf sebagai pembangkang yang berwibawa sehingga dihormati oleh kawan dan lawan.

Kenyataan Rosli itu kemudian disahut oleh Kairiel Amree dengan berkata: “A'aaah kebajikan buat pemimpin-pemimpin negara. Rakyat biar susah.”

Dalam pada itu, bagi meredakan keadaan, seorang lagi penyokong Pas, Ahmad Shukri Abd. Rahman tampil memberi penjelasan dengan berkata, dasar parti itu tetap tidak berubah walaupun fokus Pas kini beralih ke arah negara berkebajikan.

Menurutnya, perubahan tersebut merupakan anjakan paradigma disebabkan keutamaan Pas ketika ini menggulingkan Barisan Nasional (BN) kerana cara lama (negara Islam) hanya memungkinkan parti itu menguasai negeri sahaja, bukannya kerajaan Persekutuan.

“Setelah kukuh barulah prinsip syariat boleh ditegakkan di seluruh negara. Cara lama asyik boleh pegang Kelantan sahaja, tapi tiada kuasa Persekutuan. Hudud pun tidak boleh dilaksanakan sebab bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” dakwanya.


1 comment:

otaistillkick said...

UMNO /BN dah mula melatah dan tidak yakin dengan PRU 13.