Hebatnya Umno dan bijaknya Najib, PAS memang lembab kerana 'baru' nak memperjuangkan negara kebajikan. Negara kebajikan Umno adalah negara yang membuat perkara-perkara kebajikan, seperti keadilan dalam pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak sahaja.
Hak sama raya dan sama rata rakyat, tetapi dalam negara kebajikan Umno rakyat sentiasa didahulukan memberikan kebajikan kepada negara. malah pemimpin mengaut antaranya CEO sebuah koporat yang bergaji RM50,000 sebulan. Ada CEO syarikat koporat kaut pendapatan RM1.8 juta setahun. Inilah ciri-ciri kebajikan dan negara berkebajikan ala Umno.
Selain itu, hisbah (badan bebas) dilantiknya timbang tara hanya Biro Umno sahaja menapis sesuatu kes boleh 'lepas' atau 'dapat diangkat'. SPRM dimandomkan, SPR dijadikan 3M bagi kekalkan kekuasaan kuasa pemimpin negara berkebajikan Umno.
Tetapi apa pun kita seronok Umno Bn mulai menurut negara kebajikan PAS. tahniah dan demi masa depan PR, negara kebajikan harus diterjemahkan melalui manifesto dan tindak ikut dalam negeri-negeri yang PR perintah.
Negara kebajikan UMNO dah perjuang
ASTANA (Kazakhstan) - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laungan terbaru Pas yang kononya hendak wujudkan negara kebajikan bukan perkara baru bahkan itulah yang sudah diperjuangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) selama ini.
Perdana Menteri berkata, perjuangan UMNO dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati rakyat sejak sekian lama.
“Perubahan slogan tagline Pas yang bukan lagi untuk wujudkan negara Islam tetapi negara kebajikan bukan perkara baru, tetapi labelling baru saja,” katanya kepada wartawan Malaysia
di hari pertama lawatan rasminya ke Kazakhstan di sini, semalam.
Najib adakan lawatan rasmi selama dua hari berakhir esok atas jemputan Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev dan akan menghadiri pula Forum Pembangunan
Ekonomi Islam (WIEF) ke-7 Rabu dan Khamis di mana beliau akan turut menyampaikan
ucapan bersama beberapa ketua negara lain.
Ketika diminta mengulas mengenai keputusan pemilihan pada muktamar Pas baru-baru ini, Najib berkata, keputusan itu terhasil kerana pemilihan Pas banyak mengambil pertimbangan soal pilihan raya berbanding dengan untuk mencerminkan perjuangan membangunkan sebuah negara Islam atau untuk kepentingan Islam itu sendiri.
Menurutnya, ini terbukti apabila mereka telah menguar- uarkan kononnya pilihan raya akan berlangsung pada Julai sehingga mengakibatkan banyak perwakilan Pas melihat soal pilihan raya dan membuat pertimbangan berdasarkan hal itu, yang menguntungkan pihak yang ingin mengambil alih kuasa dalam Pas.
Menjawab soalan lain, Najib berkata beliau meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz adakan mesyuarat dengan semua wakil komponen BN untuk mengenalpasti calon-calon yang layak dipertimbangkan untuk biasiswa daripada kumpulan yang memperoleh keputusan rendah sedikit daripada 8A+.
“Keputusan mereka baik tetapi tak layak dapat biasiswa sama ada (lanjutkan pelajaran) di luar atau dalam negeri. Apabila saya balik saya akan buat keputusan dalam hal ini,” katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment