Friday, June 10, 2011

Umno mahu memurnikan wajahnya

Politik meraih simpati, politik rayuan, politik bermuka-muka adalah ANTARA wajah terbaru Umno. Kaedah dan pendekatan pembujukan adalah cara terdesak Umno bagi mengekalkan simpati rakyat terbanyak. Dengan cara gaya pewajahan imej rendah diri, tidak sombong, mahu merundingi adalah usaha Umno memperbaiki imej bongkak, angkuh, terlalu amat berkuasa dan semua yang jelek-jelek terhadap imej Umno sebelumnya.

Umno sedar, rata-rata rakyat mulai 'bangun' dengan (kemarahan yang sedang tidur) dan mahu alih sokongan kepada yang lain. Mereka sudah getik, jelak, meluat dengan perilaku kelakuan rakus pimpinan Umno yang cukup gila sementelahn secaea wewenang mengaut apa sahaja kekayaaan khazanah negara yang diamanahkan dengan membelakangi tatasusila , akhlak , adab Melayu dan Islam itu sendiri.

Sebenarnya barisan kepimpinan Umno inilah yang telah menghancur punah ranahkan Umno. Berbanding Umno yang dipimpin seawal zaman rata-rat humble, berjati diri, berkarisma dan berjiwa hamba rakyat. Rata-rata para pejuang Umno asal mulai 'hilang' keyakinan dengan kepimpinan Umno Melinium yang membelakangi teras asas dan jati diri Umno asal seperti mana roh penubuhan Umno seawal merdeka. Apa pun alasan zaman kini sudah berubah, mengikut arus terkini, berpaksikan kepentingan nilai sezaman, menggunung alasan merekanya.

Kini Umno gagal mempertahankan asas-asas dan sendi perjuangan Umno yang sebenarnya. Apatah lagi visinya bagi mengangkat martabat bangsa Melayu ke persada antarabangsa, mengasaskan satu bangsa yang maju mencontohi roh Dasar Pandang ke Timur. Meniru cara gaya kekentalan bangsa Jepun dan Korea setidak-tidaknya.

Veteran Umno marah kerana Umno terlalu banyak 'merayu' kini dan meminta-minta. Berbanding zaman Umno kuat, kata mereka semua orang mahukan kepada Umno dan mencari Umno, jelas tokoh veteran berkenaan.

Jelas kini, MCA dan MIC sudah tidak menghormati langsung Umno. Malah secara terang-terangan menyerang dasar-dasar yang diputuskan bersama. Jika mahu diukur katanya aman beliau dulu ultra Cina dan India dalam MCA dan MIC jauh lebih agresif daripada rakan komponen Bn kini. Tetapi Umno lebih kuat waktu itu.

Kemungkinan Umno kehausan stamina dan lemah sendi-sendi dan cepat mengah kerana usia sudah tua, daya tahan antibodi semakin berkurangan. dan paling penting sudah tidak relevan lagi dengan rakyat khasnya bagi orang Melayu. Dan yang jelas Umno kini berada dalam kegagalan. Rakan - rakan sudah hilang kepercayaan dan keyakinan.

Rakyat pula terhimpit dengan kehidupan. kemakmuran, keadilan sosial dan persaudaraan rakyat bukan lagi bersama Umno /Bn. Negara dilturutanda krisis belanjawan defisit 12 tahun berturut-turut, pertumbuhan ekonomi gagal capai sasaran, purata pertumbuhan ekonomi adalah bawah 7.5% berbanding negara-negara jiran yang jauh lebih cemerlang. Kadar hutang negata melonjak naik dan mengerunkan semua penganalisa ekonomi serta rakyat.

Tambahan, banyak berlaku kerosakan demi kerosakan pada institusi negara. Cakap semua institusi dicerobohi kuasa ekesekutif melampaui dan melangkaui kuasa judiasari dan kehakiman.





No comments: