Tuesday, March 25, 2008

Jangan terlebih bodek , nanti terperangkap ?

Noh Omar dalam Akhbar Sinar 23hb Mac 2008 - Dalam komen beliau mengenai Ku Li, beliau menyebut Ku Li kena terlebih dahulu menumpukan perhatiannya pada Kelantan sebelum ingin bertanding sebagai Presiden. Satu komen yang agak melucukan, kerana sepatutunya komen seperti itu boleh di tujukan kepada Pak Lah. Dalam konteks yang serupa kenapa Noh Omar tidak mempersoalkan Pak Lah dan meminta beliau menyelesaikan Pulau Pinang sebelum mahu mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri?

Bukankah nada itu serupa. Kalau Noh Omar boleh minta Ku Li selesaikan Kelantan kenapa tidak meminta Pak Lah selesaikan Pulau Pinang. Agak janggal Perdana Menteri asal dari negeri yang dikuasai pembangkang.

Petanda MPPR Terengganu menolak Deri Jusoh, petanda Ahmad Said diterima mengadap KYDYMM Pertuan Agong bukan sekadar ia memperkecil-kecilkan kepimpian Deris Jusoh tetapi DYMM dah meluat dengan kepimpinan UMNO dan BN.

Isyarat atau signal ini adalah jelas, maka Zahid jangan terlalu mengidam duduk lama dengan 'kepimpinan yang tidak boleh dipercil-kecilkan'. Zahid ingatkan kepimpinan yang tidak boleh diperkecilkan ini maksum kot, tidak pernah bergelumang dengan dosa dan noda terhadap rakyat. Hatta kepimpinan sahabat pun ada yang bantah lebih lagi daripada perkecil-kecilkan.

Zahid , minta tumpulah kat kerja awak yang baru. Buat macam Shahrir Samad nampak cool, hebat ada wawasan, walaupun dia dikatakan orang kuat dengan Pak Lah, tetapi tidak takut dan sentiasa berpegang dengan prinsip dan orangnya cukup berprinsip.

Jangan perkecil kepimpinan.. itulah bunyi tajuk berita Utusan yang memetik peringatan kata-kata Zahid Hamidi.

Kita yakni rakyat nak memberi peringatan kepada Zahid, apa yang dikatakan oleh Chua Soi Lek dalam satu forum yang menyentuh tentang aspek kesombongan yang ada dalam diri pimpinan BN. Menandakan modal insan hanya sekadar slogan-slogan kosong.

Percuma rakyat melanyak lima negeri terkecundang, WP dan N9 hampir-hampir cemas jatuh. Johor berjaya dikasi ajar dengan dibolosi serta diraih kersi oleh pembangkang. Sabah Sarawak yang diguna-gunakan , tidakkah semua ini amaran rakyat terhadap kepimpinan BN. Amaran rakyat ini, semua ini adakah bukan sekadar memperkecil-kecilkan kepimpinan yang ada tetapi mahu 'membuang' terus atau bakul sampahkan kepimpinan yang ada.

Zahid jangan kerana kuasa kamu berpaut pada dahan yang rapuh. Pimpinan yang sedar diri adalah kepimpinan yang mahu bawa perubahan. Pimpinan yang menjaga tutur kata, pimpinan baik adalah pimpinan yang tidak mengampu.

Ciri pemimpian dan kepimpinan maka kipas dan kuat kipas inilah sebenarnya yang bakal memumahkan negara dan bangsa. Sesuatu bangsa itu berdiri dengan sendi antara modal insan yang puak Zahid anjurkan. tak kan tak faham kot.



Ahmad Zahid Hamidi.


KUALA LUMPUR 24 Mac - Para pemimpin UMNO di semua peringkat dinasihatkan supaya mengutamakan kepentingan parti dan bukannya mengambil tindakan yang cuba memperkecil-kecilkan kewibawaan pucuk pimpinan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam keadaan sekarang, sokongan semua pihak amat diperlukan bukan sahaja untuk memastikan kestabilan di peringkat Pusat bahkan di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

Sehubungan itu, beliau merayu semua pihak memberikan sokongan padu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyelesaikan segala masalah yang berbangkit.

''Parti perlu sentiasa diutamakan. Kita juga perlu sokong Pak Lah, jangan perkecilkan kemampuan beliau.

''Apa juga masalah akan dapat diselesaikan dalam waktu terdekat. Setiap perkara yang terjadi tentu ada hikmahnya yang tersendiri," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji di sini hari ini.

Beliau ditanya tentang kemampuan UMNO menyelesaikan kemelut politik di Terengganu selepas perkembangan terbaru yang menyaksikan Datuk Ahmad Said menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dalam satu majlis tertutup di Istana Tetamu, Kuala Terengganu, semalam.

Ahmad, 51, menerima watikah pelantikan itu daripada Yang Dipertua majlis itu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Ahmad Zahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tawaran individu yang mendakwa boleh membetulkan semula UMNO pada waktu ini juga tidak sesuai pada masanya.

''Ada yang tawar diri hendak meremajakan UMNO. Mengapa membuat tindakan tidak sesuai seolah-olah hendak meluncur di arah yang berbeza dengan parti?

''Hari ini kita perlu fikir cara untuk mantapkan parti dan ambil alih semula negeri yang kalah pada pilihan raya akan datang," tegasnya.

Beliau juga meminta pemimpin UMNO supaya menolak pujukan individu tertentu atau kelompok kecil yang mahu mereka berpaling daripada parti.

Ditanya kemungkinan pemimpin UMNO di negeri yang kalah mengikut langkah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo meletak jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional negeri, Ahmad Zahid berkata: ''Kita jangan beri warna agak gelap kepada pemimpin yang kalah. Itu (kekalahan) tanggungjawab semua.

''Jangan salahkan individu. Kelemahan akar umbi perlu diperbaiki selain keyakinan pemimpin boleh menyuntik semangat setiap ahli UMNO sendiri," katanya.

Bila dah tiada kuasa, atau bila nak mati baru ingat TUhan !!!

Bila orang orang yang tiada kuasa dan tiada kepentingan bercakap, maka cakapnya adalah cakap yang jujur dengan apakah realiti yang berlaku ke atas dirinya. Semalam Koh Tsu Koon bekas Ketua Menteri Pulau Pinang bercakap dalam nada yang yang sama dengan apa yang diforumkan oleh bekas orang kuat MCA Dr Chua Soi Lek.

Ikutilah kupasa akhbar MS Star hari ini bawah judul tajuk ....

Zaman BN bermegah diri sudah berakhir

PETALING JAYA: Zaman untuk Barisan Nasional (BN) bermegah dengan pencapaiannya sejak negara merdeka sudah berakhir. Slogan-slogan tentang pembangunan, kestabilan dan kemakmuran yang kerap dijadikan modal oleh BN juga tidak lagi laku kerana maysarakat hari ini lebih faham bahawa itu memang menjadi hak mereka tanpa mengira parti mana yang menubuhkan kerajaan.

Demikian antara pengakuan telus dua pemimpin parti komponen BN, Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung Gerakan Datuk Seri Chia Kwang Chye pada forum anjuran Pusat Kajian Media Asia di sini Isnin.

Forum yang membincangkan realiti politik baru di Malaysia itu turut mengetengahkan ahli panel dari Umno dan DAP. Ahli penal Umno ialah anggota Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed sementara DAP diwakili penasihat ekonominya yang juga anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kim Wee dan ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Dr Chua dan Chia sependapat bahawa perubahan lanskap politik di negara ini berikutan keputusan pilihan raya 8 Mac lalu menuntut tunggak BN, iaitu Umno untuk melakukan perubahan drastik dengan memberikan ruang lebih luas kepada parti komponen bersuara tentang isu-isu etnik kaum lain.

"Isu-isu melibatkan masyarakat Cina terutama tentang keseimbangan peluang pendidikan, perlu ditangani sepanjang masa supaya jangan nanti kerajaan BN dilihat ambil berat tentang masyarakat Cina hanya pada waktu-waktu dekat pilihan raya. Untuk itu, Umno perlu menerima hakikat bahawa MCA mesti lebih lantang bersuara tentang isu etnik Cina mulai hari ini," katanya.

Chia pula mengaku bahawa pola pengundian kali ini yang menyaksikan BN kehilangan pemerintahan di lima negeri dan hanya dapat menubuhkan kerajaan majoriti mudah dan tidak dua pertiga, lebih menunjukkan bahawa orang ramai menolak BN dan bukan menyokong parti atau calon lain.

Keadaan ini, tegasnya, memerlukan BN berpijak di bumi nyata dan tidak terus bermegah diri dengan pencapaian yang terhad pada pilihan raya 8 Mac lalu.

Untuk itu, katanya, BN perlu memahami dan memenuhi tuntutan masyarakat hari ini yang lebih berpendidikan dan berinformasi.

Nur Jazlan pula berkata beliau yakin Umno mampu menghadapi cabaran hari ini seperti mana ia berjaya memerdekakan Tanah Melayu bersama-sama rakan dalam Perikatan daripada jajahan British dahulu.

Beliau juga bekas ahli Exco Pemuda Umno turut membangkitkan isu penghunusan keris yang menyentuh perasaan kaum lain sambil berkata: "Saya yakin Hishammuddin (Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein) tidak akan mengulangi perkara itu. Dia tidak ada lagi buat begitu akhir-akhir ini, bukan?" katanya.

Keris lambang pejuangan Pemuda Umno yang dinamakan Keris Panca Warisan itu mula diperkenalkan pada perhimpunan pergerakan itu pada 2005.

Pua pula berkata, kesan keputusan pilihan raya kali ini banyak menguntungkan orang ramai kerana ia memaksa semua pihak, iaitu gabungan tiga parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang kini mahu dikenali sebagai Barisan Rakyat, dan BN untuk bersaingan dalam memberikan perkhidmatan lebih baik.

"Jika negeri-negeri yang kini ditadbir kerajaan BR melakukan sesuatu yang baik, seperti mewajibkan semua wakil rakyatnya membuat deklarasi harta secara terbuka, kerajaan pusat BN juga perlu melakukan perkara yang sama agar tidak dilihat menentang ketelusan.

"DAP sudah menetapkan semua wakil rakyatnya tidak dibenarkan memohon tanah kerajaan. Jika ini ditiru oleh BN, ia akan memastikan hanya yang mahu berkhidmat kepada masyarakat menjadi wakil rakyat, kerana kedudukan ini tidak lagi memberi peluang kepada yang terlibat membuat duit," katanya.

Santiago pula membangkitkan isu kebanjiran warga asing yang menurutnya antara sebab utama BN kehilangan sokongan daripada kalangan orang Melayu dan kaum India.

Katanya, kebanjiran pekerja asing yang tidak terkawal menyebabkan dua kaum yang berada di tangga paling bawah dari segi pencapaian ekonomi ini berasa kerja mereka dan keselamatan keluarga mereka tidak lagi terjamin.

"Secara keseluruhannya, keputusan kali ini juga merupakan satu usaha rakyat untuk mengekang keangkuhan Umno yang telah gagal mendengar rintihan rakyat," katanya.

Selain itu, katanya, rakyat, terutama golongan miskin semakin tertekan dengan penswastaan beberapa perkhidmatan kerajaan, terutama bekalan air yang bukannya menjanjikan mereka perkhidmatan dan kualiti air yang lebih baik, tetapi sebaliknya banyak menyusahkan mereka.

"Sejak bekalan air diswastakan di Selangor tiga tahun lalu 370,000 pengguna telah mengalami pemotongan bekalan. Kesan buruk penswastaan ini dirasai bukan oleh orang kaya, tetapi golongan paling miskin," katanya.

Mengenai isu pindaan kepada Perlembagaan Negara yang dibangkitkan oleh seorang hadirin pada forum itu, Dr Chua berkata, ia bukannya sesuatu yang mudah untuk dilakukan walaupun atas nama kesaksamaan antara kaum.

"Ia bukan perkara remeh. Paling penting ia mestilah mengambil kira realiti kependudukan di negara ini yang merupakan negara berbilang kaum. Sensitiviti Kesultanan Melayu juga mesti diambil kira," katanya.

Apa dah jadi ni kerana Kerusi MB terengganu ?

Sepanduk biadap: PAS mahu Abdullah jawab

KETUA Penerangan PAS Mahfuz Omar mahu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti menjelaskan siapakah yang dimaksudkan binatang dalam sepanduk tunjuk perasaan penyokong-penyokong Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. Sepanduk itu tertulis "Kami nak Idris, natang".

Sepanduk biadap?

SEPANDUK BIADAP?... Pantang orang Melayu menderhaka pada Sultan. Gambar yang disiarkan berdasarkan rakaman TV3 ini menimbulkan tanda tanya, pada siapakah 'natang' itu ditujukan?

"23 Adun BN T'ganu mungkin letak jawatan jika Ahmad Said tetap dilantik MB" Rosol

Sensasi Kedah 1

Selepas sepi dan banyak peluru dihalakan kepada nya, menantu 'pilihan' dan kesayangan Pak Lah, malam ni ditemubual oleh TV3 , yang disiarkan melalui Buliten TV3 membuat komen pedas. Isunya FA Kedah melalui arahan MB Kedah baru memberi 'hadiah' kepada rakyat Kedah khususnya para penyokong bola hadir ke stadium Darul Aman untuk menyaksikan perlawanan Kedah dalam siri Liga Malaysia.

Arahan MB Kedah, itu adalah arahan orang dipertanggungjawabkan tentang apa sahaja hal ehwal berkaiatan dengan function, acara, aktiviti yang berlaku di Kedah. Maka menjadi tanggungjawab FA Kedahlah melihat terma-terma peraturan perjanjian pihak FA dengan FAM , FA Kedah dengan pihak pengurusan Stadium. Maknanya dari segi teknik FA Kedahlah patut memberi nasihat kepada MB Kedah, persoalan isi cerita MB Kedah mahu bayar kepada penyokong 'bola' Kedah tonton perlawanan percuma. Janganlah disabotaj.


Yang kita peliknya, kenapa interbiu Khairy Jamaluddin, kan ramailah orang lain SU Kehormat FAM ada, yang bertugas sepenuh masa dan dibayar oleh FAM pulak tu selepas Datuk Ibrahim Saad. Apa dia ingat ni FAM MY Team kot. Patutnya repoter nak boddek pun pakai akailah sikit. Lu mau fikirlah.

Banyak benda lagi nak fikir KJ, tak kan pasai bola bebudak hang nak campur. Sususn strategi belasah lah Kerajaan Barisan Rakyat Selangor ka, lain-lain ka.

Sensasi Kedah 2

Kedah punya anak syarikat yang kata nak dapat pelaburan RM500 juta kat Dubai melalui seorang hartawan Dubai, tak mau sign aggrement sebab kerajaan baru Kedah, tak bulih urus kot. Dia batal, tak KJ hang bantailah dah ada peluang, kami tak tau macam duduk perkara.

Jadi kita mintaklah Menteri Penerangan Baru, buatlah kerja elok-elok sikit, ingat ke Tuhan sama. Dia pun tak kan tak biasa dengan Institut Berakan di Terengganu. Mau ingat siarlah patut padan. Carilah hak kerajaan Cina DAP Pulau Pinang pejatuh buang, apa ni...kata sama-sama Melayu, dan Melayu tak hilang di dunia, la ni Melayu mana makan Melayu oi... Malulah sikit kat anak cucu yang baru nak kenal politik ni....

Monday, March 24, 2008

Info Kickdefella Pak Lah sebenar dan patrick Badawi

Dollah Derhaka

March 24, 2008 · 15 Comments

Treason against the Seri Paduka Baginda. What are we doing about it? While you think what you going to do about this new episode in Malaysian history, spend some time and enjoy this exclusive photos. As far as I am concerned, I did not “Tian Chua-ed” any of it.

629s1186.jpg

629s1188.jpg

629s1197.jpg

→ 15 CommentsCategories: Current Affairs

He’s The MB, He’s The Finance Minister, He’s The King…

March 23, 2008 · 52 Comments

629s1197.jpg

He is Patrick Badawi. The man Idris Jusoh has to kow-tow to. And all the UMNO Jokers in Terengganu risking their future just to defend Idris Jusoh or actually defending Patrick Badawi?

Daulat Tuanku!

Picture - Ferrari Man ‘angkat sembah’ to Patrick Badawi. If I tell you that someone somewhere has the photo of I-Belis doing the same thing…. ah… impossible.

→ 52 CommentsCategories: Current Affairs

Ah Idris Jusoh, aiseyman itu I-belis Jusoh ha.

March 22, 2008 · 48 Comments

629s3618.jpg

_mg_8400.jpg

Tuanku wanted a real Menteri Besar. Not a yes man to Patrick Badawi. Mmmm, perhaps Idris can explain despite RM1.2 billion a year for the last 4 years, why is Terengganu still poorer than Kelantan.

_mg_6620.jpg

Patrick Badawi spending RM1.2 B on behalf of the rakyat of Terengganu

Fahamilah ADUM UMNO Melayu Terengganu

Dalam keghairahan ADUN UMNO Terengganu mempertahankan Deris Jusoh, atas arahan Pak Lah selaku PM melalui pemberian watikah. Rupa-rupa ramai cerdika pandai UMNO dan negara melihat kemelut ini sebagai 'memalukan'. Isu daripada DAP biadap pergi sendiri ke Melayu UMNO yang bukan biadap tetapi derhaka dan sungguh memalukan.



Berita jam 8.00 di Media Eletronik malam ini tidak mengulas lagsung apa yang sedang berlaku di terengganu, mungkin mendapat arahan bertulis dan arahan Menteri Penerangan Baru atas nasihat ZAM kot.

Malah hari ini, penafian senator wan Farid yang beliau menyokong kumpulan 23 ADUN yang mahukan Deris Jusoh.

Hari ini, ikuti sinis dan sindiran tajam Adam Kadir dalam Utusan Malaysia bagi tatapan semua rakyat Malaysia.

Dalam berebut kuasa rupa-rupanya Melayu paling teruk daripada orang Cina. Ugutan dan gerpakan UMNO, jika Cina memerintah negara akan huru hara, rupa-rupanya adalah khurafat baru. Maka orang melayu minta tolak khurafat baru ini.




Menghayati maksud raja berperlembagaan

DALAM tahun 1980, Sultan Azlan Shah, ketika itu Ketua Hakim Negara, telah mengingatkan bahawa ‘mahkota’ akan hanya mendapat tempat di muzium kalau institusi raja terkandas dalam menjalankan tugasnya yang sebenar. Seri Paduka Baginda melunaskan pendapat itu dalam titah ucapan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Baru-baru ini Raja Dr. Nazrin Shah, putera baginda yang juga Raja Muda Perak, sekali lagi menekankan dalam nada yang seakan-akan sama, bahawa banyak berlaku dalam sejarah, institusi raja tumpas apabila ia tidak direstui oleh rakyat.

Dalam senario tindakan rakyat, tidak ada yang lebih penting daripada melakukan pemilihan wakil rakyat dan kerajaan rakyat dalam pilihan raya.

Inilah aktiviti kemuncak dalam amalan demokrasi. Apabila rakyat telah membuat pilihan, maka pilihan itulah yang menjadi restu rakyat. Tidak ada pihak sewajarnya menafikan restu mereka.

Memandangkan institusi raja di Malaysia kini diasaskan pada institusi Raja Berperlembagaan seperti yang diamalkan di Wesminster, London, maka apa yang berlaku kepada institusi ini di United Kingdom (UK) adalah amat relevan untuk dihayati.

Dalam sejarah Raja Berperlembagaan di UK, tidak pernah berlaku sebarang pelantikan yang dibuat oleh parti yang menang dalam pilihan raya dinafikan oleh raja, baik bergelar king mahupun queen. Raja Berperlembagaan di UK telah banyak melalui pengalaman yang luas dalam sejarah.

Antara episod terpenting dalam sejarah institusi raja UK berlaku pada tahun 1587 apabila Queen Mary dihukum pancung kepala dan tahun 1649 apabila Oliver Cromwell menjadi Lord Protector setelah King Charles I juga mengalami nasib yang sama.

Menurut Richard Buskin, pengarang buku British Royalty, sebab utama pemberontakan Cromwell yang disokong oleh 15,000 orang soldadu ialah semaraknya kemarahan rakyat akibat keengganan King Charles I mengadakan persidangan Parlimen kerana bimbang akan terjejasnya kuasa.

Republik

Kemangkatan Charles I menamatkan institusi raja untuk satu jangka waktu. Sungguhpun Lord Protector Oliver Cromwell pada hakikatnya merupakan seorang presiden yang mengetuai sebuah republik bernama Britain, namun konsep republik ketika itu belum benar-benar timbul dan dihayati, apalagi untuk diamalkan secara menyeluruh.

Oleh itu, keberkesanan pemerintahan Cromwell hanya bergantung semata-mata pada kekuatan peribadinya. Justeru pemerintahan baru yang dikemukakannya tidak menjadi satu alternatif teguh dan berkekalan.

Dalam keadaan begitu, ketika fizikalnya menjadi lemah akibat usia, timbul penentangan sehingga akhirnya beliau terbunuh.

Maka, tanpa pilihan lain, King Charles II diangkat ke takhta. Dengan itu kembalilah institusi raja di UK.

Dunia mengetahui hanya kira-kira 100 tahun kemudian barulah konsep republik dihayati secara mendalam dan menyeluruh apabila anak jajahan UK di Amerika bangkit berperang dengan tentera King George III hingga mencapai kemerdekaan pada tahun 1776, dengan George Washington menjadi Presiden pertamanya.

Tiga belas tahun kemudian, Perancis mengikut jejak langkah Amerika setelah King Louis XVI dipenggal kepala di bawah gallow. Kini sistem republik menjadi satu alternatif kepada sistem beraja. Jumlah negara republik di dunia adalah lebih banyak daripada jumlah negara beraja.

Kemangkatan Charles I dan pulihnya institusi raja di bawah Charles II setelah Cromwell meninggal merupakan satu titik-tolak ke arah wujudnya institusi Raja Berperlembagaan seperti yang diamalkan dengan baik oleh Queen Elizabeth II sekarang ini.

Menurut pakar undang-undang perlembagaan, institusi raja dan Parlimen UK (yang dirujuk sebagai induk kepada segala Parlimen dunia) merupakan sistem Raja Berperlembagaan yang ‘ideal’ dan ‘realistik’ yang harus diikuti sebagai contoh oleh dunia.

Institusi raja di Jepun, Belanda, Sweden, Sepanyol, Norway dan Belgium adalah di kalangan yang mengamalkan sistem institusi raja UK.

Dalam undang-undang perlembagaan European Union, apa yang dipentingkan dalam peruntukannya ialah ‘teleological’ atau maksud asal di sebalik sebarang peruntukan. Apabila timbul keraguan dalam interpretasi sesuatu peruntukan, maka interpretasi akan dibuat menurut apa yang sebenarnya menjadi sebab mengapa peruntukan itu dibuat pada asalnya.

Di UK, peruntukan mengatakan raja berhak melantik Perdana Menteri, sebagai contoh. Namun hak itu bergantung (‘subjected to’) kepada parti politik yang menang dalam pilihan raya.

Di sinilah letaknya ‘semantics’ (atau ‘pemerian’) bahawa Perdana Menteri hendaklah terdiri daripada ahli (Parlimen atau badan perundangan yang serupa) yang mendapat keyakinan ‘majoriti’ ahli-ahli Parlimen atau badan demikian.

Di peringkat negeri di Malaysia, istilah ‘Perdana Menteri’ dalam ungkapan di atas boleh digantikan dengan ‘Menteri Besar’ atau ‘Ketua Menteri’.

Pada realiti amalan politik, ketua parti relevan yang menang dalam pilihan raya berhak menamakan siapa menjadi Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Menghayati dan menghormati segalanya itu membuatkan ‘constitutional monarchies’ di Jepun dan beberapa buah negara di Eropah itu menjadi begitu stabil dan amat tinggi estemnya. Raja Berperlembagaan di Malaysia tentunya mampu selaras kalaupun tidak melebihi daripada itu.

Aduan polis terhadap PM, Adun BN
Muda Mohd Noor | Mar 24, 08 4:05pm
Angkatan muda keadilan (AMK) PKR membuat laporan terhadap perdana menteri, timbalan perdana menteri serta 23 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang didakwanya “bersikap biadap dan menderhaka” kepada Sultan Terengganu.

Laporan tersebut dibuat oleh timbalan ketua AMK pusat, Fariz Musa, di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu jam 4.30 petang tadi.

fariz musaDalam laporannya itu, Fariz mendakwa, isu pelantikan menteri besar itu melanggar prinsip perlembagaan yang seharus menghormati keputusan sultan dan institusi beraja.

“Tindakan perdana menteri, timbalan perdana menteri dan 23 Adun tersebut sebagai menderhaka dan tindakan tegas perlu diambil,” katanya dalam laporan itu lagi.

“Saya dengan ini menyatakan keputusan Duli Yang Mahu Mulia dan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) adalah keputusan yang tidak boleh diengkari dan dipertikaikan,” katanya dalam laporan tersebut.

Dalam laporan itu juga, Fariz berkata, pihak eksekutif tidak boleh keterlaluan dengan memperlekehkan dan secara terbuka menentang institusi raja berperlembagaan kerana ia boleh menyebabkan suasana buruk dan menjejaskan keharmonian negara dan negeri.

Lagi laporan polis

Sementara itu, AMK Terengganu akan membuat satu lagi laporan polis esok terhadap 23 Adun berkenaan, termasuk Datuk Seri Idris Jusoh atas dakwaan menderhaka kepada istana.

Laporan tersebut akan dibuat oleh Ketua AMK negeri, Rosdi Baba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

"AMK mahu polis menyiasat kesemua Adun terbabit apa motif mereka bermati-matian mempertahankan Idris walaupun tidak direstui oleh istana.

"Tindakan Adun-Adun berkenaan tidak mencerminkan prinsip menjunjung raja berperlembagaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rosdi berkata, tindakan Adun BN itu lebih biadap daripada pemimpin DAP dalam isu membantah pelantikan menteri besar Perak baru-baru ini.

Katanya, beliau tidak faham mengapa Adun berkenaan berkonfrontasi kerana kedua-duanya merupakan dari parti sama iaitu Umno.

Rancang perhimpunan

Sementara itu, Rosdi berkata, satu perhimpunan membabitkan 10,000 rakyat Terengganu dirancang diadakan bagi menyatakan sokongan kepada istana.

Katanya, perhimpunan tersebut akan diadakan di Batu Buruk, Kuala Terengganu dalam masa terdekat ini serta perarakan ke Istana Tetamu.

"Kita menentang sikap penderhaka kerana ia bukan sahaja tidak beradab tetapi juga tidak menghormati institusi Raja.

"Kami melihat ada kain rentang yang ditampal di istana mengandungi perkataan yang tidak sesuai untuk ditujukan kepada istana.

"Sama ada mendapat permit polis, atau tidak perhimpunan tersebut akan tetap diadakan," katanya lagi.

Langkah sopan

Dalam perkembangan berkaitan, PKR negeri menggesa ketegangan antara istana dengan BN ditangani "dengan penuh berhemah dan berhati-hati, terutamanya dalam menjaga hubungan intim dengan pihak istana kerana ia amat sensitif bagi orang Melayu."

Dalam kenyataannya, setiausaha badan perhubungan parti itu Razali Alias berkata jika BN atau Umno tidak bersetuju dengan lantikan MPPR, langkah yang lebih sopan disyorkan dan bukannya melalui "kenyataan-kenyataan yang berbetuk penghinaan atau tekanan terhadap pihak istana."

Sementara itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dilaporkan menyiasat aduan tiga wakil rakyat yang mendakwa cuba dibeli agar berpihak kepada Ahmad.

Akhbar Sin Chew Daily melaporkan, Mohd Zawawi Ismail (wakil Kuala Berang), Nawi Mohamad (Hulu Besut) dan Ramlan Ali (Jabi) melaporkan percubaan berpindah kem politik kepada badan itu.

Malaysiakini bagaimanapun setakat ini belum dapat mengesahkannya.

Kata Presiden PAS, Ikut Nasihat istana

PAS sokong MB lantikan istana T'ganu
Mar 24, 08 2:43pm
PAS menerima dan menyokong penuh keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu berhubung perlantikan menteri besar Terengganu yang baru.

"PAS percaya keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja itu mengambil kira dan menitik-beratkan hasrat dan kehendak sebenar rakyat negeri Terengganu keseluruhannya," kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

hadi awang 010807Abdul Hadi adalah ahli parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang.

Abdul Hadi menegaskan demikian dalam satu kenyataan sebagai mengulas kemelut pelantikan menteri besar Terengganu sekarang. Ia ekoran keputusan pihak istana melantik wakil rakyat Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar baru, menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

Berikutan itu, 22 Adun BN di Terengganu mengancam untuk memulaukan majlis angkat sumpah Ahmad sebagai menteri besar.

Semalam, Ahmad menerima watikah pengisytiharan pelantikannya sebagai menteri walaupun Umno Malaysia telah mengarahkannya supaya menolaknya, kerana Perdana Menteri telah menyerahkan surat cara pelantikan kepada Idrisuntuk jawatan tersebut.

Menurut Hadi lagi, PAS yakin keputusan Istana Terengganu itu bersandarkan ketidak-puasan hati Istana dan rakyat terhadap kepimpinan menteri besar yang lalu.

"Keputusan itu sudah pasti difahami dan diterima rakyat oleh kerana merekalah yang sebenarnya menanggung kesan langsung hasil dari ketidakcekapan dan kerakusan pimpinan negeri yang lalu," tambahnya.

Sehubungan itu, PAS menyeru seluruh rakyat negeri Terengganu agar menghormati keputusan pihak Istana itu.

"Sesungguhnya kerjasama antara rakyat dan Istana sangat penting, insyallah demi menjamin kestabilan dan kemakmuran negeri Terengganu Darul Iman," tegas Hadi.
MB T'ganu: Calon lain atau pilihanraya semula
Mar 23, 08 10:41pm
kemaskini 1:45am Datuk Ahmad Said, yang mendapat perkenan istana untuk jawatan menteri besar baru Terengganu, mempunyai masa selama 90 hari untuk menjalankan tugasnya sebelum memanggil persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), kata pakar perlembagaan.

Jika DUN bersidang, beliau berdepan usul undi tidak percaya daripada majoriti wakil BN seperti diumumkan semalam.

Bagaimanapun tempoh 90 hari itu membolehkan wakil rakyat Kijal, dan juga ketua bahagian Umno, itu menguatkan kedudukannya.

Beliau, yang bakal dilucutkan secara rasmi keanggotaan Umno, boleh juga memanggil pilihanraya negeri untuk mengesahkan mandat baru, kata pensyarah undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) profesor Dr Shad Saleem Faruqi dalam beberapa laporan media.

Sementara Dr Aziz Bari, profesor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), pilihanraya negeri masih boleh dibuat oleh istana walaupun negeri itu kini tiada kerajaan.

“Kuasa ini boleh digunakan dalam keadaan-keadaan luar biasa dan tidak terelakkan bagi menghalang suasana tidak menenetu di negeri itu," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Saya fikir keadaan sukar di Terengganu sekarang termasuk dalam satu daripada keadaan-keadaan luar biasa yang melayakkan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) membubarkan Dewan Undangan Negeri."

Jika pilihan ini tidak diambil, kedua-dua ahli akademik itu bersetuju MPPR harus melantik seseorang yang mendapat sokongan majotiti wakil-wakil rakyat.

Dr Shad Saleem menyatakan, walaupun Sultan mempunyai budi bicara untuk melantik seseorang wakil rakyat tetapi keputusannya melantik Ahmad, yang tidak mendapat dukungan sesiapa, boleh dipertikaikan.

“Sultan mempunyai kuasa menggunakan budi bicaranya tetapi kuasa ini tidak mutlak. Sultan tidak tertakluk untuk mendapat nasihat daripada bahagian-bahagian Umno negeri itu atau kerajaan Persekutuan, tetapi Baginda harus mendengar nasihat Dewan Undangan Negeri,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Star Online hari ini.

Dr Aziz bagaimanapun berhujah, pelantikan Ahmad masih lagi sah dan menganggap majlis mengangkat sumpah sekadar upacara rasmi sahaja.

“Majlis angkat sumpah dan acara-acara berkaitan, pada pandangan saya, hanya untuk menunjukkan keputusan istana,” katanya.

“Semua tindakan termasuk bantahan dan niat memulaukan majlis itu nanti (ada laporan menyebut diadakan Rabu ini) dan pemecatan Ahmad daripada Umno tidak akan membawa kesan terhadap keputusan istana.

“Dari segi perundangan keputusan istana masih mengikat. Tetapi istana tentunya boleh juga menarik balik pelantikan tersebut," tambahnya.


Terkini: Setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid menafikan kenyataan timbalan pengerusi badan itu Datuk Tengku Putera Tengku Awang yang menyatakan semua lapan bahagian menolak pelantikan semula Datuk Seri Idris Jusoh.

Dalam sidang media lewat malam ini di Kuala Lumpur, lapor Bernama, Rosol mendedahkan ketua-ketua bahagian Kuala Terengganu, Setiu dan Kuala Nerus menyokong Idris, yang juga ketua bahagian Besut.

Kenyataan itu bermakna empat lagi bahagian, termasuk Kemaman yang diketuai bakal menteri besar Datuk Ahmad Said, menolak Idris.

Ketua-ketua bahagian Dungun, Marang dan Hulu Terengganu bermasalah dengan Idris apabila ketiga-tiga mereka tidak dilantik semula mempertahankan kerusi parlimen masing-masing dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Selain mengulangi kenyataan sokongan 23 wakil rakyat BN kepada Idris, Rosol turut menyatakan kesediaan mereka melepaskan jawatan itu untuk membolehkan pilihanraya negeri diadakan - jika Ahmad tetap dilantik menteri besar.

Apa dah jadi Ni PDRM

Apabila rakyat 'hilang' kepercayaan kepada institusi penguatkuasaan negara. Berita dibawah memberi satu impak yang besar dan 'ingatan' tersirat, bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan kepada PDRM.


PDRM adalah satu-satunya institusi dalam masyarakat yang dapat tangani kes-kes jenayah kecil atau berat dengan effesien. Kesabaran penduduk Perumahan Pantai Permai yang sekadar menunggu dan terus menunggu tidak memberi apa-apa makna, sebaliknya menambahkan keguasaran dan kebimbangan. Berita ini haruslah memberi segera kesedaran kepada IGP serta PDRM Selangor agar segera bertindak.

Jika sebelum PRU 12, mereka boleh tangkap para perhimpunan BERSIH hatta tengan menghadiri kenderui kahwin anak beliau, Tian Chua tengah minum teh, Dato Mustaffa Ali dalam banguan Parlimen apalah sangat dengan penjenayah yang menghilangkan adik Aswai Jamaluddin.

Ayuh PDRM buktikan.... bekerja bersama saya jangan kerjakan saya.. Pak Lah


Persatuan penduduk lancar gerakan cari Asmawi


KUALA LUMPUR 24 Mac – Kehilangan Muhamad Asmawi Jalaludin yang kini masuk hari ke-16 bukan saja membimbangkan keluarga kanak-kanak itu malah Persatuan Penduduk Perumahan Pantai Permai di sini.

Sehubungan itu, Presiden persatuan itu, Rusli Husaini berkata, pihaknya akan melancarkan gerakan besar-besaran untuk mencari di samping terus melakukan rondaan dalam membantu keluarga Muhamad Asmawi mengesan kanak-kanak tersebut.

“Setakat ini, rondaan dibuat di sekitar Lembah Pantai. Tetapi kami akan terus cari di tempat tertentu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muhamad Asmawi atau Awie dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang dari taman permainan berdekatan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini pada petang 9 Mac lalu. – Utusan.

Kalau berani buat pilihanraya semual di Terengganu

23 Adun T'ganu tidak tolak kemungkinan lepas jawatan

EPISOD 1

KUALA LUMPUR: Kesemua 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu tidak menolak kemungkinan untuk melepaskan jawatan masing-masing sekiranya Adun Kijal, Datuk Ahmad Said tetap memegang jawatan Menteri Besar negeri itu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Rosol Wahid dalam satu sidang akhbar di ibu negara malam ini, berkata tidak mustahil perkara seumpama itu berlaku memandangkan pelantikan tersebut tidak mendapat sokongan kesemua Adun berkenaan.

Katanya kesemua mereka telah berikrar untuk berdiri teguh di belakang bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh bagi memberikan sokongan padu terhadap beliau.

"Kami menyatakan sokongan penuh semua wakil rakyat kecuali Kijal (Ahmad Said) atas keputusan presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memilih Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu. Maksudnya tidak ada calon lain yang dicadangkan untuk jawatan tersebut," katanya.

Menurut beliau, tidak ada sebab untuk Idris tidak dipilih berdasarkan kepada reputasi dan pencapaian cemerlang beliau dalam mentadbir negeri berkenaan sejak empat tahun lepas.

"Apa yang berlaku pagi tadi di Istana Tetamu sebenarnya tidak mendapat persetujuan kami semua dan ini berbeza dengan apa yang berlaku di Perlis. Ertinya Adun Kijal berseorangan dalam perkara ini," katanya.

Terdahulu, Ahmad menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang bahawa semua Ketua Umno bahagian di Terengganu menyokong pelantikan Ahmad, Rosol berkata ada di antara ketua bahagian yang dinamakan itu menafikan perkara tersebut.

"Saya ada berjumpa dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tadi, ada dua tiga ketua bahagian menafikan apa yang dikatakan oleh Tengku Putera itu.

"Yang bersama-sama kita ialah Ketua Umno Kuala Terengganu Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh, Ketua Umno Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri dan Ketua Umno Setiu Datuk Mohd Jidin Shafiee," katanya.

Ditanya sama ada tindakan mereka boleh dianggap sebagai mencabar institusi beraja negeri, Rosol menegaskan bahawa perkara itu tidak perlu ditimbulkan kerana mereka hanya patuh kepada perlembagaan parti, perlembagaan persekutuan dan menuruti kehendak presiden parti, selain selari dengan undang-undang tubuh negeri.

Dalam pada itu, beliau berkata mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan diadakan Khamis ini bagi membincangkan dengan terperinci perkara berkenaan selain memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil ke atas Ahmad.

"Sehingga tempoh tersebut, kita akan berusaha mengadakan beberapa rundingan bagi mencapai kata sepakat. Kita tidak mahu parti berpecah belah dan masih berusaha untuk mencapai kesepakatan dan kestabilan," katanya.
BERNAMA


EPISOD 2

Bila diuji, maka jelas dan sahih atas apa alasan sekalipun, bukanlah bekerja dan berkhidmat untuk rakyat. Gelagat dan kemelut perlantikan MB Terengganu masuk fasa baru, Istana bawah MPPR bersetuju dan memberi watikah perlantikan kepada ADUN Kijal Datu Ahmad Said, keenggan istana meneriam Deris Jusoh dalam banyak perkara didesas desuskan tidak menjaga dan menkayakan rakyat marhein Terengganu, tetapi puak gerabak suku sakat serta para pengampu kroni morni beliau. Atas perttimbangan tersebut baginda al sultan enggan menerima beliau sebagai MB Terengganu untuk penggal kedua.


Maka dalam hal ini, hakim adalah rakyat . Baginda al Sultan salah sebauh institusi yang menanungi rakyat. Jika rakyat gagal mencium bau keengkaran dan kebusukan pemimpin bawah baginda siapakah lagi yang rakyat harapkan. Realiti UMNo akar umbi adalah UMNo yang fana buta hati dan gelap. Kerja pemimpin UMNo adalah menipu rakyat dan memperbodohkan rakyat. Mana tidak lihat semua udang-undang dicipta orang pandai-pandai untuk memperbodohkan rakyat. Lihatlah undang-undang yang diputuskan dalam DUN atau parlimen. Terbaru adalah mahu mohon maaf kes pecat bekas Ketua Hakim Negara 20 tahun dulu. Kini pula undang-undang lompat, jika 'sil' kukuh apa perlu semua itu. Lompat 1 , 1000 ahhli dan menteri UMNO ? MP Umno boleh gantikan. Inilah namanya kerajaan yang kukuh.

Jika kerajaan kukuh mengapa Raja Perlis dan Al Sultan Terengganui menerima bekas-bekas MB yang pernah berkhidmat bawah baginda. Jwapan dan seribu persoaalan ada di sini.

episod yang memualkan UMNo , serta petunjuk Allah kian hampir. Maka rakyat yang celik kemungkaran buatlah tidnakan dan pilihan cepat jangan jadi penonton atau penyaksi yang baik. Kita minta Pak Lah buat pilhnraya semula bagi memberi keadilan kepada rakyat, dan jika mahu memperbetulkan kemelut sedia ada.