Monday, March 24, 2008

Apa dah jadi Ni PDRM

Apabila rakyat 'hilang' kepercayaan kepada institusi penguatkuasaan negara. Berita dibawah memberi satu impak yang besar dan 'ingatan' tersirat, bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan kepada PDRM.


PDRM adalah satu-satunya institusi dalam masyarakat yang dapat tangani kes-kes jenayah kecil atau berat dengan effesien. Kesabaran penduduk Perumahan Pantai Permai yang sekadar menunggu dan terus menunggu tidak memberi apa-apa makna, sebaliknya menambahkan keguasaran dan kebimbangan. Berita ini haruslah memberi segera kesedaran kepada IGP serta PDRM Selangor agar segera bertindak.

Jika sebelum PRU 12, mereka boleh tangkap para perhimpunan BERSIH hatta tengan menghadiri kenderui kahwin anak beliau, Tian Chua tengah minum teh, Dato Mustaffa Ali dalam banguan Parlimen apalah sangat dengan penjenayah yang menghilangkan adik Aswai Jamaluddin.

Ayuh PDRM buktikan.... bekerja bersama saya jangan kerjakan saya.. Pak Lah


Persatuan penduduk lancar gerakan cari Asmawi


KUALA LUMPUR 24 Mac – Kehilangan Muhamad Asmawi Jalaludin yang kini masuk hari ke-16 bukan saja membimbangkan keluarga kanak-kanak itu malah Persatuan Penduduk Perumahan Pantai Permai di sini.

Sehubungan itu, Presiden persatuan itu, Rusli Husaini berkata, pihaknya akan melancarkan gerakan besar-besaran untuk mencari di samping terus melakukan rondaan dalam membantu keluarga Muhamad Asmawi mengesan kanak-kanak tersebut.

“Setakat ini, rondaan dibuat di sekitar Lembah Pantai. Tetapi kami akan terus cari di tempat tertentu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muhamad Asmawi atau Awie dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang dari taman permainan berdekatan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini pada petang 9 Mac lalu. – Utusan.

No comments: