Monday, March 24, 2008

Kalau berani buat pilihanraya semual di Terengganu

23 Adun T'ganu tidak tolak kemungkinan lepas jawatan

EPISOD 1

KUALA LUMPUR: Kesemua 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu tidak menolak kemungkinan untuk melepaskan jawatan masing-masing sekiranya Adun Kijal, Datuk Ahmad Said tetap memegang jawatan Menteri Besar negeri itu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Rosol Wahid dalam satu sidang akhbar di ibu negara malam ini, berkata tidak mustahil perkara seumpama itu berlaku memandangkan pelantikan tersebut tidak mendapat sokongan kesemua Adun berkenaan.

Katanya kesemua mereka telah berikrar untuk berdiri teguh di belakang bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh bagi memberikan sokongan padu terhadap beliau.

"Kami menyatakan sokongan penuh semua wakil rakyat kecuali Kijal (Ahmad Said) atas keputusan presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memilih Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu. Maksudnya tidak ada calon lain yang dicadangkan untuk jawatan tersebut," katanya.

Menurut beliau, tidak ada sebab untuk Idris tidak dipilih berdasarkan kepada reputasi dan pencapaian cemerlang beliau dalam mentadbir negeri berkenaan sejak empat tahun lepas.

"Apa yang berlaku pagi tadi di Istana Tetamu sebenarnya tidak mendapat persetujuan kami semua dan ini berbeza dengan apa yang berlaku di Perlis. Ertinya Adun Kijal berseorangan dalam perkara ini," katanya.

Terdahulu, Ahmad menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang bahawa semua Ketua Umno bahagian di Terengganu menyokong pelantikan Ahmad, Rosol berkata ada di antara ketua bahagian yang dinamakan itu menafikan perkara tersebut.

"Saya ada berjumpa dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tadi, ada dua tiga ketua bahagian menafikan apa yang dikatakan oleh Tengku Putera itu.

"Yang bersama-sama kita ialah Ketua Umno Kuala Terengganu Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh, Ketua Umno Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri dan Ketua Umno Setiu Datuk Mohd Jidin Shafiee," katanya.

Ditanya sama ada tindakan mereka boleh dianggap sebagai mencabar institusi beraja negeri, Rosol menegaskan bahawa perkara itu tidak perlu ditimbulkan kerana mereka hanya patuh kepada perlembagaan parti, perlembagaan persekutuan dan menuruti kehendak presiden parti, selain selari dengan undang-undang tubuh negeri.

Dalam pada itu, beliau berkata mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan diadakan Khamis ini bagi membincangkan dengan terperinci perkara berkenaan selain memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil ke atas Ahmad.

"Sehingga tempoh tersebut, kita akan berusaha mengadakan beberapa rundingan bagi mencapai kata sepakat. Kita tidak mahu parti berpecah belah dan masih berusaha untuk mencapai kesepakatan dan kestabilan," katanya.
BERNAMA


EPISOD 2

Bila diuji, maka jelas dan sahih atas apa alasan sekalipun, bukanlah bekerja dan berkhidmat untuk rakyat. Gelagat dan kemelut perlantikan MB Terengganu masuk fasa baru, Istana bawah MPPR bersetuju dan memberi watikah perlantikan kepada ADUN Kijal Datu Ahmad Said, keenggan istana meneriam Deris Jusoh dalam banyak perkara didesas desuskan tidak menjaga dan menkayakan rakyat marhein Terengganu, tetapi puak gerabak suku sakat serta para pengampu kroni morni beliau. Atas perttimbangan tersebut baginda al sultan enggan menerima beliau sebagai MB Terengganu untuk penggal kedua.


Maka dalam hal ini, hakim adalah rakyat . Baginda al Sultan salah sebauh institusi yang menanungi rakyat. Jika rakyat gagal mencium bau keengkaran dan kebusukan pemimpin bawah baginda siapakah lagi yang rakyat harapkan. Realiti UMNo akar umbi adalah UMNo yang fana buta hati dan gelap. Kerja pemimpin UMNo adalah menipu rakyat dan memperbodohkan rakyat. Mana tidak lihat semua udang-undang dicipta orang pandai-pandai untuk memperbodohkan rakyat. Lihatlah undang-undang yang diputuskan dalam DUN atau parlimen. Terbaru adalah mahu mohon maaf kes pecat bekas Ketua Hakim Negara 20 tahun dulu. Kini pula undang-undang lompat, jika 'sil' kukuh apa perlu semua itu. Lompat 1 , 1000 ahhli dan menteri UMNO ? MP Umno boleh gantikan. Inilah namanya kerajaan yang kukuh.

Jika kerajaan kukuh mengapa Raja Perlis dan Al Sultan Terengganui menerima bekas-bekas MB yang pernah berkhidmat bawah baginda. Jwapan dan seribu persoaalan ada di sini.

episod yang memualkan UMNo , serta petunjuk Allah kian hampir. Maka rakyat yang celik kemungkaran buatlah tidnakan dan pilihan cepat jangan jadi penonton atau penyaksi yang baik. Kita minta Pak Lah buat pilhnraya semula bagi memberi keadilan kepada rakyat, dan jika mahu memperbetulkan kemelut sedia ada.




No comments: