Tuesday, March 25, 2008

Jangan perkecil kepimpinan.. itulah bunyi tajuk berita Utusan yang memetik peringatan kata-kata Zahid Hamidi.

Kita yakni rakyat nak memberi peringatan kepada Zahid, apa yang dikatakan oleh Chua Soi Lek dalam satu forum yang menyentuh tentang aspek kesombongan yang ada dalam diri pimpinan BN. Menandakan modal insan hanya sekadar slogan-slogan kosong.

Percuma rakyat melanyak lima negeri terkecundang, WP dan N9 hampir-hampir cemas jatuh. Johor berjaya dikasi ajar dengan dibolosi serta diraih kersi oleh pembangkang. Sabah Sarawak yang diguna-gunakan , tidakkah semua ini amaran rakyat terhadap kepimpinan BN. Amaran rakyat ini, semua ini adakah bukan sekadar memperkecil-kecilkan kepimpinan yang ada tetapi mahu 'membuang' terus atau bakul sampahkan kepimpinan yang ada.

Zahid jangan kerana kuasa kamu berpaut pada dahan yang rapuh. Pimpinan yang sedar diri adalah kepimpinan yang mahu bawa perubahan. Pimpinan yang menjaga tutur kata, pimpinan baik adalah pimpinan yang tidak mengampu.

Ciri pemimpian dan kepimpinan maka kipas dan kuat kipas inilah sebenarnya yang bakal memumahkan negara dan bangsa. Sesuatu bangsa itu berdiri dengan sendi antara modal insan yang puak Zahid anjurkan. tak kan tak faham kot.



Ahmad Zahid Hamidi.


KUALA LUMPUR 24 Mac - Para pemimpin UMNO di semua peringkat dinasihatkan supaya mengutamakan kepentingan parti dan bukannya mengambil tindakan yang cuba memperkecil-kecilkan kewibawaan pucuk pimpinan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam keadaan sekarang, sokongan semua pihak amat diperlukan bukan sahaja untuk memastikan kestabilan di peringkat Pusat bahkan di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

Sehubungan itu, beliau merayu semua pihak memberikan sokongan padu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyelesaikan segala masalah yang berbangkit.

''Parti perlu sentiasa diutamakan. Kita juga perlu sokong Pak Lah, jangan perkecilkan kemampuan beliau.

''Apa juga masalah akan dapat diselesaikan dalam waktu terdekat. Setiap perkara yang terjadi tentu ada hikmahnya yang tersendiri," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji di sini hari ini.

Beliau ditanya tentang kemampuan UMNO menyelesaikan kemelut politik di Terengganu selepas perkembangan terbaru yang menyaksikan Datuk Ahmad Said menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dalam satu majlis tertutup di Istana Tetamu, Kuala Terengganu, semalam.

Ahmad, 51, menerima watikah pelantikan itu daripada Yang Dipertua majlis itu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Ahmad Zahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tawaran individu yang mendakwa boleh membetulkan semula UMNO pada waktu ini juga tidak sesuai pada masanya.

''Ada yang tawar diri hendak meremajakan UMNO. Mengapa membuat tindakan tidak sesuai seolah-olah hendak meluncur di arah yang berbeza dengan parti?

''Hari ini kita perlu fikir cara untuk mantapkan parti dan ambil alih semula negeri yang kalah pada pilihan raya akan datang," tegasnya.

Beliau juga meminta pemimpin UMNO supaya menolak pujukan individu tertentu atau kelompok kecil yang mahu mereka berpaling daripada parti.

Ditanya kemungkinan pemimpin UMNO di negeri yang kalah mengikut langkah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo meletak jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional negeri, Ahmad Zahid berkata: ''Kita jangan beri warna agak gelap kepada pemimpin yang kalah. Itu (kekalahan) tanggungjawab semua.

''Jangan salahkan individu. Kelemahan akar umbi perlu diperbaiki selain keyakinan pemimpin boleh menyuntik semangat setiap ahli UMNO sendiri," katanya.

No comments: