Monday, March 24, 2008

Kata Presiden PAS, Ikut Nasihat istana

PAS sokong MB lantikan istana T'ganu
Mar 24, 08 2:43pm
PAS menerima dan menyokong penuh keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu berhubung perlantikan menteri besar Terengganu yang baru.

"PAS percaya keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja itu mengambil kira dan menitik-beratkan hasrat dan kehendak sebenar rakyat negeri Terengganu keseluruhannya," kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

hadi awang 010807Abdul Hadi adalah ahli parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang.

Abdul Hadi menegaskan demikian dalam satu kenyataan sebagai mengulas kemelut pelantikan menteri besar Terengganu sekarang. Ia ekoran keputusan pihak istana melantik wakil rakyat Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar baru, menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

Berikutan itu, 22 Adun BN di Terengganu mengancam untuk memulaukan majlis angkat sumpah Ahmad sebagai menteri besar.

Semalam, Ahmad menerima watikah pengisytiharan pelantikannya sebagai menteri walaupun Umno Malaysia telah mengarahkannya supaya menolaknya, kerana Perdana Menteri telah menyerahkan surat cara pelantikan kepada Idrisuntuk jawatan tersebut.

Menurut Hadi lagi, PAS yakin keputusan Istana Terengganu itu bersandarkan ketidak-puasan hati Istana dan rakyat terhadap kepimpinan menteri besar yang lalu.

"Keputusan itu sudah pasti difahami dan diterima rakyat oleh kerana merekalah yang sebenarnya menanggung kesan langsung hasil dari ketidakcekapan dan kerakusan pimpinan negeri yang lalu," tambahnya.

Sehubungan itu, PAS menyeru seluruh rakyat negeri Terengganu agar menghormati keputusan pihak Istana itu.

"Sesungguhnya kerjasama antara rakyat dan Istana sangat penting, insyallah demi menjamin kestabilan dan kemakmuran negeri Terengganu Darul Iman," tegas Hadi.

No comments: