Tuesday, March 25, 2008

Jangan terlebih bodek , nanti terperangkap ?

Noh Omar dalam Akhbar Sinar 23hb Mac 2008 - Dalam komen beliau mengenai Ku Li, beliau menyebut Ku Li kena terlebih dahulu menumpukan perhatiannya pada Kelantan sebelum ingin bertanding sebagai Presiden. Satu komen yang agak melucukan, kerana sepatutunya komen seperti itu boleh di tujukan kepada Pak Lah. Dalam konteks yang serupa kenapa Noh Omar tidak mempersoalkan Pak Lah dan meminta beliau menyelesaikan Pulau Pinang sebelum mahu mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri?

Bukankah nada itu serupa. Kalau Noh Omar boleh minta Ku Li selesaikan Kelantan kenapa tidak meminta Pak Lah selesaikan Pulau Pinang. Agak janggal Perdana Menteri asal dari negeri yang dikuasai pembangkang.

No comments: