Tuesday, March 25, 2008

Apa dah jadi ni kerana Kerusi MB terengganu ?

Sepanduk biadap: PAS mahu Abdullah jawab

KETUA Penerangan PAS Mahfuz Omar mahu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti menjelaskan siapakah yang dimaksudkan binatang dalam sepanduk tunjuk perasaan penyokong-penyokong Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. Sepanduk itu tertulis "Kami nak Idris, natang".

Sepanduk biadap?

SEPANDUK BIADAP?... Pantang orang Melayu menderhaka pada Sultan. Gambar yang disiarkan berdasarkan rakaman TV3 ini menimbulkan tanda tanya, pada siapakah 'natang' itu ditujukan?

"23 Adun BN T'ganu mungkin letak jawatan jika Ahmad Said tetap dilantik MB" Rosol

No comments: