Saturday, January 12, 2008

Biarlah berbaloi juga Presiden PAS turun ke Pahang ?

Terpanggil dengan tulisan dan kritikan Tarmizi Mohd Jam berhubungan dengan lawatan Presiden PAS ke Wilayah Persekutuan,harus dikoreksi sama oleh PAS Pahang. Dijangkakan presiden PAS akan turun ke Pahang pada 18.1.2008, lokasi tempat adalah di Pekan serta sebelah malam adalah di Gambang Kuantan.

Kehadiran 3 pimpinan besar sewajarnya PAS Pahang dapat manfaatkan sebagaimana penasihat Keadilan Rakyat (PKR) memprogramkan DSAI bertemu dan berhubungan terus dengan rakyat. Pertemuan antara pimpinan besar kita walaupun nampak remeh tetapi ianya memberi impak besar kepada rakyat, jika kena aturannya.

Petugas parti hendaklah mengandakan kerja, biarlah kita bekerja sebagai sebah parti politik yang memerintah, memang cara bekerja UMNO adalah cara mememintah, kita hendaklah jangan lemah semangat sebab giliran memerintah selepas UMNO adalah kita, yakinlah.

Lihat kupasan dan bandingan TMJ dalam menerjah isu ini bagi tatapan dan bandingan ukuran kita.


Berbaloikah Lawatan Haji Hadi Awang Ke Wilayah Persekutuan?


Oleh TARMIZI MOHD JAM

MesraSEPATUTNYA Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang dijadual berangkat melawat PAS Wilayah Persekutuan pada 13hb. Januari 2008 ini.

Satu program besar menyambut kehadiran beliau dan Ustaz Ahmad Awang serta Dr. Harun Din telah disusun oleh Badan Perhubungan dengan kerjasama Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPN) dengan menumbangkan seekor lembu untuk kenduri rakyat.

Ia adalah rangka program PAS Pusat dalam aktiviti Presiden mengunjungi negeri-negeri atas nama "Jelajah Presiden PAS" dan mengangkat tema "Gelombang Kuning Semarak Hijau".

Parlimen Titiwangsa yang bakal ditandingi PAS, telah dipilih sebagai tuan rumah. Selain kenduri rakyat jam 1.00 tengahari, hanya "Amanat Presiden PAS" menjadi program tonggak dan tamat pada waktu Asar.

Namun, program ini baru dibatalkan dan akan ditunda kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak kerana Presiden dan semua Ahli Jawatan Kuasa Agung pada tarikh itu berada di Kuala Terengganu.

Saya, salah seorang dari yang membincangkan idea dan tentatif program, berasa tidak selesa dengan rangka program yang "mudah" atau "remeh". Jawapannya, kehadiran Presiden itu sudah tentu tidak dapat dimanfaatkan secara efektif dan kolektif di Wilayah.

Suka saya menarik perhatian, tentang tentatif yang diatur untuk memanfaatkan Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam kebanyakan lawatannya ke negeri-negeri.

Anda boleh layari blog Anwar dan laman web parti PKR untuk mengikuti program sendat beliau ke negeri-negeri bagi diaplikasikan oleh PAS. Tiada rugi dan salahnya saya berbicara begini!

Sebagai orang politik, keberkesanan lawatan Presiden itu penting dan pelbagai program yang boleh mencuit hati rakyat juga maha penting kerana “rakyat” itulah grassroot atau akar umbi yang sukar ditemui di luar musim demam pilihan raya.

Ini tidak bermakna, saya menafikan langkah PAS Wilayah yang hanya sekadar menghimpunkan jentera pilihan raya seluruh negeri bagi mendengar "Amanat Presiden".

Tetapi, sesekali Presiden turun, biarlah berbaloi “turun padang” Presiden itu dimanfaatkan untuk kepentingan kawasan yang bertanding seluruhnya.

Soal masa yang terhad tidak timbul, jika kita mengembelingkan tenaga dan membentuk tentatif yang efektif.

Lawatan Presiden yang sepatutnya untuk bertemu rakyat akhirnya disudahi dengan pertemuan mesra petugas pilihan raya.

Bak kata orang Pulau Pinang, “pi mai- pi mai tang tu jugak”.

Mari kita lihat jelajah atau lawatan Anwar Ibrahim ke Perak sebagai pembuka minda untuk berfikir dan merintis tentatif efektif, pada masa depan.

Agar sesuatu lawatan oleh tokoh yang berpengaruh seperti Presiden dapat dimanfaatkan sehabis mungkin untuk kepentingan rakyat dan parti.

Sekadar Contoh Lawatan Anwar Ibrahim Ke Perak Darul Ridhwah Pada 4 Januari 2008, Jumaat:

1.00pm : Ketibaan DSAI Di Tol Exit Kuala Kangsar
1.15pm : Sembahyang Jumaat Di Masjid Ridwaniah, Kuala Kangsar

2.00pm : Perjumpaan Masyarakat Cina dan India
Tempat: : Taman Chandan Puteri.

2.30pm : Perjumpaan Masyarakat Sayong, Tepi Sg. Perak
3.20pm : Bertolak Ke Pantai Remis

3.30pm : Perjumpaan Singkat Komuniti Kg Senggang (Kubu Kuat UMNO)
- Terdapat projek PPRT yang diusahakan oleh DSAI ketika TPM
6.00pm : Jamuan Makan Malam Bersama Rakyat
Tempat : Pantai Remis

7.15pm : Sembahyang Maghrib
Tempat : Surau Sri Manjung Lama, Bandar Sri Manjung.

8.30pm : Perasmian Bilik Gerakan
Tempat : Pekan Setiawan

9.30pm : Ceramah Umum
Tempat : Kg Koh

10.30pm : Ceramah Perdana
Tempat : Teluk Rubiah, Sri Manjung.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sdr. Tai Sing Ng 019-3816928, Sdr. Anuar Zakaria 012-5162685, Hj Suwardi 013-5305904.

Sekurang-kurangnya terdapat 10 program yang dimanfaatkan oleh Anwar atau PKR untuk bertemu rakyat termasuklah solat Jumaat, Maghrib dan Isyak. Pada hemat saya, gerakan yang patut dilakukan segera hari ini ialah fokus bertemu pengundi bukannya menyajikan petugas dan jentera pilihan raya kepada Presiden.

Friday, January 11, 2008

Fungsi masjid adalah sebagai tempat ibadat, masjid adalah rumah Allah, justeru ianya hendaklah diurustadbir seperti juga yang dikehendakki. Masjid terbuka pula untuk semua, tanpa mengira pangkat kedudukan warna kulit dan sebagainya. Oleh itu sesiapa insan yang ingin datang ke masjid dialu-alukan, maka itulah yang dikehendakki oleh agama.


Namun, oleh kerana niat sesetangah masjid dibian bertujuan untuk berfungsi sebagai 'hiasan'. Maka dapatlah apa yang dihajati. Maka insan terkilan seperti coretan di bawah tidaklah harus berkeccil hati. Sebab tujuan saudari ke masjid adalah untuk berposing dan sekadar mengambil gambar sahaja, tanpa memasang niat-niat yang lain.

Terkilan sikap kasar pengawal Masjid Putra

SAYA ingin meluahkan rasa terkilan kerana apa yang saya lihat pada Hari Raya Aidiladha tempoh hari atas sikap kasar pengawal keselamatan di Masjid Putra, Putrajaya terhadap pengunjung yang datang.

Ia adalah disebabkan terdapat segelintir pengunjung yang mungkin teruja dengan keindahan landskap dan hiasan di sekitar masjid tersebut maka mereka ingin mengambil gambar untuk dijadikan kenang-kenangan.

Oleh kerana asyik berposing dan mencari lokasi sesuai untuk bergambar, mereka telah tersalah memanjat tempat larangan iaitu tempat air pancut yang tidak dibuka pada waktu itu.

Apa yang memeranjatkan saya ialah sikap pengawal keselamatan yang tidak mesra pengunjung dengan lantang meniup wisel dan menghalau pengunjung tersebut.

Jeritan pengawal itu mengejutkan pengunjung sekitar termasuklah saya yang pada ketika itu melalui kawasan tersebut.

Saya pada mulanya terfikir berlakunya penculikan, rompakan, ragut atau apa-apa perkara jenayah, tetapi rupa-rupanya pengawal itu menghalau pengunjung. Dek kerana malu dan terkejut, maka dengan tersipu-sipu pengunjung berkenaan beredar.

Tiadakah cara lebih bersopan untuk menangani kes-kes sedemikian? Mengapa pengawal itu tidak menghampiri pengunjung terbabit seterusnya memaklumkan bahawa di kawasan tersebut tidak dibenarkan memanjat kerana dibimbangi akan merosakkan peralatan air pancut tanpa perlu memekik atau menjerit?

Bukankah itu cara yang lebih praktikal dan secara tidak langsung akan membuahkan rasa segan dan hormat kepada pengawal itu selain tidak menjatuhkan air muka pengunjung terbabit.

Apa yang dikesalkan ialah sikap pengawal keselamatan tersebut tidak mencerminkan slogan Budi Bahasa Budaya Kita yang ditegaskan berkali-kali oleh Perdana Menteri.

Ini disebabkan oleh pihak keselamatan seperti polis dan tentera pun tidak dilatih untuk bersikap kasar dan kurang sopan kecuali terhadap penjenayah dan musuh negara.

Seterusnya saya ingin menyeru kepada pihak yang bertanggungjawab agar memberikan latihan dan kemahiran yang secukupnya kepada anggota keselamatan yang berurusan dengan masyarakat awam.

– INSAN TERKILAN,

Ampang.

Kereta termurah dari India

Kereta termurah di dunia dilancar


ORANG ramai melihat kereta Nano dalam Expo Auto di New Delhi semalam.


NEW DELHI – Syarikat Tata Motors di India semalam melancarkan kereta kecil empat pintu termurah di dunia yang berharga AS$2,500 (RM8,168) termasuk cukai.

Ketua syarikat itu, Ratan Tata berkata, pelancaran kereta itu sekali gus mencipta sejarah pengangkutan di negara berkenaan.

Kereta yang boleh diduduki oleh lima orang itu dijangka mula berada di jalan raya pada lewat tahun ini dan ia dikenali dengan nama Nano.

Ratan yang memandu sebuah kereta itu dalam majlis pelancaran berkata, syarikatnya mahu mengeluarkan kereta yang selamat, mampu dibeli dan sesuai dengan pelbagai keadaan cuaca.

Kereta itu mempunyai enjin berkapasiti kecil dengan had kelajuannya adalah 105 kilometer sejam.

Model asas kereta itu tidak mempunyai pendingin hawa, tingkap berkuasa elektrik dan stering berkuasa.

Syarikat itu menjadikan penduduk India yang semakin mewah berikutan pertumbuhan eknomi pesat sebagai sasaran pelanggan.

Bagaimanapun, setakat ini, syarikat itu tidak mempunyai hasrat untuk memasarkan kereta tersebut ke Amerika Latin.

“Saya melihat sebuah keluarga menaiki skuter di mana bapa mengendalikannya, anaknya yang kecil berdiri di hadapan dia manakala isterinya duduk di bekalang sambil mendukung bayi,” kata Ratan.

“Keadaan itu menyebabkan saya berfikir sama ada seseorang itu mampu mengeluarkan sebuah kereta yang selamat, mampu dibeli dan sesuai dengan semua bentuk cuaca untuk keluarga tersebut,” tambahnya.

Taikun itu menjelaskan bahawa kereta berkenaan adalah lebih selamat berbanding motosikal di jalan-jalan raya India.

“Kereta itu direka bagi memenuhi semua piwaian keselamatan dan ia mempunyai kadar pencemaran udara yang lebih rendah berbanding pengangkutan dua roda di India,” tambahnya. – Agensi

Tangkisan propaganda AS

Rakaman video versi Iran


RAKAMAN video ini yang disiarkan semalam oleh stesen televisyen Press TV
menunjukkan sebuah bot kecil milik Iran bergerak jauh dari beberapa kapal
tentera laut Amerika Syarikat di Selat Hormuz.


TEHERAN – Iran semalam menyiarkan rakaman video yang menunjukkan beberapa bot yang dinaiki anggota-anggota Pengawal Revolusi tidak mengancam kapal perang milik tentera laut Amerika Syarikat (AS).

Tindakan Teheran itu adalah untuk mematahkan perang propaganda AS yang sebelum ini mendakwa Pengawal Revolusi melancarkan ancaman sehingga mereka hampir menembak tentera elit berkenaan.

Video yang disiarkan oleh stesen televisyen satelit Press TV itu memberi gambaran yang bertentangan terhadap kenyataan AS pada Ahad lalu.

Kejadian berkenaan menampakkan hubungan dua hala Washington-Teheran semakin tegang selepas beberapa siri perbalahan diplomatik berikutan cita-cita nuklear Iran.

Stesen televisyen Press TV menyatakan video milik tentera Pengawal Revolusi dikeluarkan sehari selepas Jabatan Pertahanan AS (Pentagon) menyiarkan sebuah video palsu yang turut memasukkan rakaman suara yang sengaja direka-rekakan.

Ketua Turus Pengawal Revolusi, Brigedier Jeneral Ali Fadavi berkata, bot-bot milik Iran hanya menghampiri kapal AS untuk memeriksa nombor pendaftaran kerana ia tidak boleh dibaca dari jarak jauh.

Rakaman itu turut menunjukkan pegawai tentera laut Iran dalam sebuah bot bercakap menerusi radio dengan sebuah kapal yang tidak boleh dikenal pasti dengan jelas. – Reuters

Warga Pahang DM turun ke Pekan ?

Program turun kepada masyarakat oleh PAS. Dimaklumkan bahawa "Road Show" oleh Parti Islam SeMalaysia. Bertajuk 'Bahaya BN' ... ikutilah kupasan pimpinan PAS secara live, dan majlis memberi suntikan semangat kepada seluruh petugas jentera parti menjelang PRU ke 12. Oleh itu moh turun beramai-ramai pada....


Tarikh : 18.01.2008
Hari : Sabtu
Masa: 2.00 ptg
Tempat: Pekan
1. Presiden PAS, 2. Timb Presiden PAS. 3. Naib Presiden PAS 4. PJ PAS Pahang

Ceramah Perdana

Tarikh : 18.01.2008
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 - 12.00 mlm
Tempat: Kg Razali Gambang
Pemidato:
1. Tn Guru Hj Hadi Awang (Presiden PAS)
2. Ust Nasaruddin Mat Isa ( Timb. Presiden PAS)
3. HJ HUsam Musa ( Naib Presiden PAS)
4. Tun Ibarhim Tn Man( PJ PAS Pahang)

Contohi Syed Mohktar Sempena Maal Hijrah

"LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY
(Dipetik daripada teks asal oleh benmokhtar Tranungkite.com)
  • Umur - 53 tahun
  • Pendidikan - SPM
  • Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
  • Kekayaan -RM1,425 juta
  • Ke 7 terkaya di Malaysia
  • Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
  • Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,

  • BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
  • Kereta - Proton Perdana
  • Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.


BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah (SWT) biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah (SWT) memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah (SWT) beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah (SWT) beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah (SWT) boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah (SWT). Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Bilakah tarikh PRU ke 12 ?

Bubar Parlimen Februari, pilihanraya Mac, ramal penganalisis

E-mail



FotoKL: Semua tanda menunjukkan bahawa pilihan raya umum Malaysia ke-12 mungkin diadakan dalam beberapa minggu lagi. Hal ini jelas sedang parti-parti politik dan pemimpinnya meningkatkan usaha masing-masing dalam membuat persediaan, menurut laporan akhbar setempat.

Tempoh yang sering dianggap para penganalisis politik sebagai paling sesuai bagi pilihan raya itu ialah selang beberapa minggu selepas Tahun Baru Cina pada 7 Februari ini, kata laporan akhbar The Star semalam.

Mereka berkata pilihan raya itu mungkin diadakan sekitar cuti sekolah antara 7 dengan 16 Mac ini, menurut laporan itu.

Ia juga memetik seorang menteri kanan sebagai berkata bahawa semua parti komponen Barisan Nasional (BN) telah selesai menjalani 'tempoh ujian mereka bagi Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor dan Johor'.

'Pilihan raya itu akan diadakan tidak lama lagi - paling lama menjelang minggu pertama Mac. Semua orang sudah sedia. Jika kita tunggu lebih lama lagi keletihan akan mula dirasakan,' tambahnya.

Tempoh ujian itu diadakan bagi mengukur kesediaan jentera BN menghadapi pilihan raya mendatang.

Negeri-negeri lain dijangka selesai tempoh ujian mereka hujung minggu ini, menurut laporan itu.

Ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pula dipetik sebagai berkata parti itu sudah meningkatkan persediaannya.

'Kami memang sudah sedia, kini kami dalam tahap peningkatan,' katanya.

Satu sumber BN berkata isyarat pilihan raya itu timbul seawal bulan lalu apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selesai mengadakan pusingan pertama lawatan negerinya, selain tidak merancang mengadakan lawatan ke luar negara antara Februari dan Mac ini

ADUN Tenggaroh mati

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy ditembak mati di ibu pejabat MIC di Johor Baru.

Thursday, January 10, 2008

Cukup dah..!!!! lama dah ..!!!!! berhentilah raSHIT

Inilah tulisan Subky Latiif yang cukup berbisa mengenai raSHIT pengerusi SPR. Kata beliau melalui paparan buktinya 'dah layak dah' raSHIT berhenti jadi pengerusi SPR. Jika sememang raSHIT selama ni tidak nampak. Biasanya orang yang duduk lama di satu-satu post rasa da betul, dan tiada cacat. Macamlah kes-kes pengerusi-pengerusi masjid di seluruh negara yang jika tidak diganti dengan pengerusi-pengerusi baru memanglah mereka rasa betul.


Kalau betul Tan Sri Abdul Rashid sanggup berhenti dari menjadi Pengerusi SPR jiga terdapat sebarang penyelewengan atau salah urusan dalam perjalanan pilihan raya dan pentadbirannya di SPR, maka dengan enam penyelewengan yang dikemukakan oleh Dato' Sri Anwar Ibrahim baru-baru ini, Tan Sri Abdul Rashid perlu mengambil tindakan untuk mengosongkan kerusinya.


Enam perkara kecuaian yang Anwar sebut itu adalah dalih tidak sempat untuk memproses 680,000 pengundi baru yang mendaftarkan diri bagi tahun 1998-1999. Ia menafikan hak mereka mengundi tahun 1999; satu daerah mengundi tidak wujud di kawasan Parlimen Gombak – dua daerah mengundi dengan nama Kemesah – memberi dua keputusan berbeza; ayah Azmin Ali yang meninggal dunia pada 2001 turun mengundi BN 2004; 37.6 peratus pengundi kawasan Parlimen Lembah Pantai punyai alamat yang tidak boleh dikesan; 142 kertas undi di empat peti undi daerah mengundi Pekan Batang Berjuntai Bestari Utara tidak dipulang dalam pilihan raya kecil Ijok 2006; dan terdapat 8,463 pengundi baru dalam masa tiga bulan di kawasan Parlimen Ipoh Timur pada Oktober 2007. Majoriti Lim Kit Siang di situ dulu cuma 9774 saja.

Enam kecuaian yang didedah oleh Anwar itu adalah satu dakwaan. Betul atau tidak belum tahu lagi. Tetapi ia boleh menjadi asas bagi Tan Sri Rashid mengambil tindakan untuk menunaikan janjinya berhenti kiranya ada bukti kecuaian pentadbirannya.

Dia boleh mengambil langkah menjawab setiap kes yang disebut oleh Anwar itu. Anwar hingga ke saat ini mempunyai rekod yang baik. Yang meragukan rekodnya hanya mahkamah yang diragukan oleh semua pihak.

Yang mengatakan dia tidak baik hanya Dr. Mahathir yang tidak suka kepadanya. Mahkamah yang membicarakan Anwar ditolak oleh masyarakat umum. Mahkamah Rayuan pula membebaskan Anwar dan kemudian kes adik angkatnya juga bebas.

Hakim yang membebaskan Anwar setelah dipenjara enam tahun, sekarang menjadi Ketua Hakim Negara yang baru. Ini menjadikan moral Anwar Ibrahim kuat.

Maka dakwaannya atas perjalanan SPR di bawah Tan Sri Rashid juga adalah kuat. Maka Tan Sri Rashid perlulah menjelas setiap satu dakwaan enam perkara yang dikemukakan oleh Anwar itu.

Tan Sri Rashid belum memberikan reaksi yang serius atas dakwaan Anwar itu. Kalau ada reaksi hanya setakat mengatakan tiada bukti. Mengatakan tiada bukti atas sesuatu dakwaan dengan tidak membuktikan ia tiada bukti tidak boleh dipakai.

Bagi mengatakan tiada bukti, mestilah ada satu mekanismenya. Iaitu ia disiasat oleh satu badan bebas. Badan itulah yang akan mengesahkan ada bukti atau tidak ada bukti. Sekadar Tan Sri Rashid saja yang berkata begitu, ia seperti bersaksi ke lutut. Tiada mana badan bermaruah boleh mengiktiraf saksi ke lutut.

Selagi Tan Sri Rashid tidak membuat penjelasan yang boleh meyakinkan orang ramai, maka dakwaan Anwar itu diterima oleh masyarakat. Boleh jadi Anwar tidak betul. Tetapi selagi tiada penjelasan Tan Sri Rashid yang terperinci dan meyakinkan, maka dakwaan Anwar itu terpakai.

Dengan tuduhan yang dibuat oleh Anwar itu telah ada jawapan kepada ugutan Tan Sri Rashid yang berundur jika ada sebarang kecuaiannya. Anwar sudah mengemukakan mengapa Tan Sri Rashid patut memenuhi cabaran untuk berundur.

Ketika Tan Sri Rashid menjawab serangan atas kelemahannya dan kelemahan SPR, orang melihat Tan Sri Rashid tegas dan kuat. Jika tidak kuat masakan dia membuat pengakuan yang begitu berani.

Tetapi setelah Anwar membuat dakwaan, orang melihat Tan Sri Rashid begitu lemah. Dia tidak menjawab satu persatu dakwaan Anwar. Orang tidak melihat Tan Sri Rashid berani mengambil langkah membuka jalan kepada berhenti atau tidak. Mungkin kerajaan tidak akan berbuat apa-apa. Tetapi jika Tan Sri Rashid seorang yang bermaruah, seperti hari dia mengatakan sanggup berundur itu; maka dia patut mengambil langkah menghadapi dakwaan Anwar itu.

Memang watak Rashid selama ini dilihat angkuh dan tidak bersungguh menghadapi sebarang teguran dan kritik. Biasanya semua kes dijawabnya secara loyar buruk.

Satu kes yang hingga ini dia tidak dapat jawab ialah dolak daliknya atas cadangan penggunaan dakwat dijari pengundi yang sudah membuang undi. Ketika ia mula disuarakan, dialah yang menolaknya. Bukan badan lain yang menguasai SPR itu seperti Parlimen dan sebagainya.

Sepatutnya dia menyerahkan perkara itu kepada Parlimen. Selagi Parlimen tidak mengarahkannya menggunakan dakwat, ia tidak berbuat apa-apa. Kalau dia fikir dakwat itu munasabah, maka dia boleh mengemukakan cadangan itu kepada semua pihak yang ada kepentingan dengan SPR.

Tanpa usul periksa dia tolak. Apabila DAP membuat memorandum tentang hal itu dikatakan, PAS tak setuju. Bila PAS tanya dia bila PAS tidak setuju? Yang dijelaskannya pada PAS, yang dikatakannya pada DAP, bukan PAS tidak setuju, tetapi ulama India tidak setuju kerana dakwat itu tidak lut air wuduk.

Ia satu loyar buruk. Ia tidak pernah dibersihkannya kepada umum.

Jika Tan Sri Rashid benar-benar peka dengan teguran orang ramai, dan dia serius dengan hasrat untuk berhenti, maka dia sudah boleh mengambil langkah menjelaskan dia tidak bercadang untuk menyambung khidmat itu apabila tempoh perhidmatannya tamat setelah berusia 65 tahun.

Tidak perlu Parlimen membuat pindaan atas Akta Pilihan Raya untuk membolehkan Pengerusi dan Lembaga SPR berkhidmat hingga usia 66 tahun. Tiada apa perlunya had usia 65 tahun itu dipinda kepada 66 tahun.

Pindaan yang Parlimen telah buat adalah untuk membolehkan Tan Sri Rashid berkhidmat setahun lagi bagi mengendalikan pilihan raya umum yang sudah dekat itu.

Parlimen berbuat begitu bukan kerana kerja itu tidak boleh dibuat oleh orang lain, tetapi dia adalah kuda yang terbaik bagi Umno. - tajdid

Mat Jenin akan memerintah Malaysia jua ..

Sememang lah kerja PAS dan politik PAS adalah untuk memerintah Malaysia. Justeru angan-angan ke mat jenin ke.. itu tidak menjadi soal. Dan sememanglah kerja UMNO dan politik UMNO meramapas apa yang PAS ada dan apa politik PAS mestilah dinafikan. Inilah landasan politik, atau rel serta laluan politik negara.

Malah menjadi tugas Mat Taib sebagai Ketua Penerangan UMNO menafikan apa-apa usaha PAS, itu adalah kerjanya. Dan memanglah kerja PAS pula menafikan dan menidakkan kata-kata Mat Taib. Maka Mat Taib kenalah apa yang dia kata itu betul dan apa yang PAS kata tu tidak betul. Bagi PAS pula kenalah membuktikan dan tunggulah apa yang PAS nak buat.

Mat Taib kena ingat, sesuatu yang hidup akan mati, benda yang bermula akan berakhir. Keburukan akan dijernihkan dengan kebaikan. Pembohongan akan ditenggelemi dengan kebenaran. Semuanya masa akan menentukan.

Petugas, aktivitis, presiden dan mereka yang setia datang dan pergi bersilih ganti, ada yang 'keluar' ada yang dijemput kembali oleh ALlah. Maka semangat, kemahuan, hala tuju PAS tetap tidak berubah. Kerja kuat dan usaha gigih berserta dengan keredhaan ALLah akhirnya akan membuktikan kepada kita. Jika bukan hari ini, esok, jika bukan esok lusa, minggu depan, jika bukan bulan depan atau tahun depan. Mungkin 10 tahun atau 20 tahun. Selagi ada hayat dan selagi ada usaha PAS ini akan direalisasikan. Mat Jenin akan memerintah juga akhirnya bumi Malaysia.





PAS berangan Mat Jenin

PETALING JAYA: Harapan PAS untuk memerintah sekurang-kurangnya di empat negeri hanya angan-angan Mat Jenin yang tidak akan kesampaian, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Usahkan hendak tambah jajahan, katanya, malah beliau yakin Barisan Nasional akan dapat merampas semula Kelantan daripada PAS.

Kini sudah masuk 18 tahun PAS memerintah Kelantan, iaitu sejak memenangi negeri itu pilihan raya umum 1990.

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub baru-baru ini berkata parti itu akan menumpukan perhatiannya untuk merampas semula Terengganu serta memenangi kerusi majoriti di sekurang-kurangnya dua lagi negeri, iaitu Kedah dan Perlis kerana yakin rakyat akar umbi kini semakin gusar dengan kenaikan harga pelbagai barangan keperluan sejak akhir-akhir ini. [Baca: PAS intai peluang perintah tiga negeri selain Kelantan ]

Muhammad berkata PAS memang dari dahulu lagi gemar mengambil kesempatan politik daripada isu-isu semasa dengan memutarbelitkan fakta untuk kepentingan mereka, tetapi kali ini Umno dan Barisan Nasional sudah bersedia.

"Mereka boleh cakap apa sahaja, kita akan tangkis. Jentera pilihan raya kita sudahpun diberikan taklimat dan penerangan jelas mengenai cara menangkis dakyah-dakyah PAS dan pembangkang lain," katanya kepada mStar Online.

Muhammad berkata pihaknya memang sedar bahawa kenaikan harga bahan bakar dan barangan keperluan lain antara isu yang akan cuba dieksploitasi oleh PAS dan parti pembangkang. Kerana itu, tambahnya, semua anggota jentera pilihan raya Umno telah diberikan taklimat terperinci mengenai kedudukan sebenar untuk diperjelaskan kepada masyarakat agar mereka tidak ditipu pembangkang.

Selain itu, katanya, kerajaan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah pun berkali-kali memberikan penjelasan mengenai perkara yang sama serta mengambil langkah-langkah perlu untuk mengurangkan kesannya kepada rakyat.

"Kita yakin rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kerajaan hari ini prihatin terhadap kesejahteraan dan keselamatan rakyat. Lihat sahaja pada kenyataan-kenyataan yang dibuat Perdana Menteri dalam minggu ini, ia jelas menunjukkan betapa beliau mengambil berat tentang isu-isu yang boleh menjejaskan kebahagiaan rakyat.

"Sebagai contoh, kenyataan beliau yang tegas dan telus mengenai langkah-langkah mengatasi jenayah. Ini saya yakin akan diterima baik oleh rakyat," tegas beliau.

Ditanya benarkah pilihan raya akan diadakan beberapa minggu lagi Muhammad berkata tarikh bila ia akan diadakan tidak penting kerana Umno sudahpun bersiap sedia sejak tahun lalu lagi.

"Membuat spekulasi tentang tarikh pilihan raya kini sudah menjadi kegiatan paling digemari masyarakat Malaysia, terutama yang mengambil berat tentang perkembangan politik tanah air. Tapi kita dalam Umno, hanya mementingkan persiapan," katanya.

Menurutnya, hanya kerana Perdana Menteri serta timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak mempunyai jadual yang ketat pada minggu-minggu yang mendatang ini tidak bermakna ia adalah satu petanda pilihan raya akan diadakan.

"Tugas mereka tidak hanya terhad di ibu negara dan Putrajaya sahaja. Mereka memang kerap melawat ke negeri-negeri, tidak ada apa yang berlainan dengan minggu-minggu akan datang," jelasnya.

Menurut laporan The Star hari ini, pilihan raya mungkin akan diadakan dua atau tiga minggu selepas sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada Feb 7 berdasarkan perkembangan terbaru, termasuk kekerapan Abdullah dan Najib membuat lawatan ke negeri-negeri dalam tempoh beberapa minggu ini.

Negara tiada satu tempat yang selamat ... Shahrizat?

'Tiada tempat yang selamat', ulas Shahrizat Abdul Jalil is currently the Minister for Women, Family and Community Development in the Malaysian cabinet. Beliau berkata demikian semasa sidang media bersama-sama KPN bagi mencakna dan membuat tindak ikut susulan berlaku lagi satu kes penculikan kanak-kanak yang bernama Saharlinie Mohd Nashar 5 tahun, sewaktu bermain bersama-sama kakaknya di taman permainan berdekatan rumahnya di Taman Dato Harun yang kini sudah masuk hari yang ke 3.

Kata-kata Sharizat ini sebenarnya adalah pengakuan jujur dari naluri, tanpa niat untuk menafikan pandangan orang ramai termasuk pembangkang , bahawa negara kita tidak selamat, dan pasukan polis di minta menfokuskan kerja-kerja mereka yang utama bagi membenteras jenayah daripada 'mengembala' atau 'menyibuk' mengekang' ceramah atau mana-mana himpunan pembangkang.




Poster Sharlinie diedar di sempadan

PETALING JAYA: Polis telah mengedarkan poster kanak-kanak yang hilang Sharlinie Mohd Nashar, 5, dan lakaran suspek ke semua pintu keluar negara ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.


Musa dan Shahrizat menunjukkan poster Sharlinie yang kini diedarkan. Di belakang mereka, bapa mangsa Mohd Nashar dan ibunya Suraya Ahmad. (foto The Star oleh Sam Tham)

Beliau berkata polis juga memaklumkan kepada polis di negara-negara jiran untuk mengesan kanak-kanak itu dan suspeknya.

Sharlinie, lebih mesra dikenali sebagai Nini, hilang dekat kawasan rumahnya di Taman Dato Harun semalam.

Polis tidak menolak kemungkinan "pencabul Kampung Baru" terlibat dalam penculikan itu.

Polis berkata terdapat juga kemungkinan kes ini berkait dengan penculikan awal minggu ini.

Isnin lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun diculik oleh seorang lelaki bermotosikal sewaktu dia sedang bermain dekat rumahnya di Kampung Sepakat, Taman Medan, kira-kira 2km dari tempat Sharlinie hilang.

Kanak-kanak itu Nur Fateha Zaidi tiga jam kemudian ditemui di Wangsa Maju, Setapak.

Musa berkata pasukan petugas, melibatkan polis Selangor, Kuala Lumpur dan Bukit Aman, akan ditubuhkan untuk menyiasat dan menjejak suspek.

Sementara itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta stesen televisyen menyiarkan lakaran suspek dengan lebih kerap bagi membantu usaha menjejaknya.

Beliau menyarankan media elektronik menyiarkan gambar suspek setiap setengah jam bermula hari ini .

"Saya telah minta kerjasama Kementerian Penerangan supaya RTM1 dan RTM2 menyiarkan fotofit penjenayah itu dengan kerap," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Sambil merayu anaknya dipulangkan, Mohd Nashar Mat Hussain, 29, berkata Sharlinie menghidap asthma dan memerlukan rawatan.

Gelabah dan Gabra TPM dan Fidah ?

Tajakan dua minggu oleh enasihat Parti KeAdilan Pakyat Dato Sri Anwar Ibrahim (DSAI) masih berbisa. Pertama beliau atas paltform pembangkang berjanji kepada rakyat, jika rakyat memberi peluang memerintah, BA akan menurunkan harga minyak. Hujahnya sebagai menteri kewangan beliau tahu macam mana menguruskan hal demikian. Hujah ini mendapat reaksi dan sentakan oleh TPM dengan membalasnya bahawa negara akan bangkrap. Fidah pula bereaksi dengan bertanya balik sambil menyindir nak turun minyak (lenga) ke atau minyak bijan buleh la..

Kemarahan atau reaksi Rafodah Aziz, bila DSAI secara berseloroh menawarkan diri untuk bercalon di Kuala Kangsar, iaitu kubu kuat Fidah seumur hidup. dan sememangnya orag-orang Kuala Kangsar dah tetap dan berpajak kepada Fidah seumur hidup. Kata DSAI deme tukor-tukorlah dah beri BN UMNO sampai 50 tahun weh... ape korjonya ? Fidah takut kerusi dan tempat sedapnya diambil sunggh, melopong jawatan menteri dan berakhir karier politik, jadilah opah kat pekan sehari kati, jual sayur.. dia dakle gitu, orang kaye...Bagi Ajib pula tak delah can nak jadi PM, anu nye tunggu setangga lagi aje.


Rerupanya jika bidasan atau tajakan itu orang biasa, maksudnya pembangkang biasa seperti Ust Ahmad Awang ke Ajib dan Fidah tak le pelik sangat bila DSAI bersuara baru dia tahu. Maknanya kekuatan pembangkang semakin mengugat , dengan rasa tergugat barulah mereka menjawab. Itu dalam media massa mengelapkan asakan pembangkang, seandainya rang , padang sama rata, maka kita jangkakan dah lama dah... UMNO BN berkubor. Maka tak payahlah raSHIT SPR itu jadi penjilat, pencacai UMNO.


Pak Lah Bapa Sekular Malaysia

Awal Tahun baru Islam 1429, kita dikejutkan bila ... MB (N 9) arah sekolah asing pelajar disiasat.... Pertama MB berkenaan melihat kepada dasar kementerian dn pekeliling mana yang digunapakai. Apa pun alasan sekolah bertindak yang mungkin ' memberi alasan disiplin' ke atau apa ke.. sekali imbas bila dilaporkan dan ditatapi untuk umum berita ini, tentulah yang salah 110 peratus adalah pihak pengurusan sekolah serta guru-guru yang bertindak sedemikian.


Mengulas isu, ini dalam kes pekeliling segerasi kaum pekeliling yang melarang program aktiviti keagamaan (Islam) digunasama dalam acara umum sekolah adalah salah sekarang sejak 3 oktober 2007. Jika semua ibubapa kaum lain, tahu dan peka mereka boleh menyaman pihak sekolah. Justeru ramailah guru besar serta pengetua yang akan bertindak 'keras' melarang doa semasa perhimpunan mingguan demi untuk 'menjaga' hati dan perasaan kaum lain.

Yang kita musykilkan, penulis berpengalaman penuh berkhidmat di sekolah yang majoriti pelajar adalah berbangsa Cina dimana pentadbir atau pengetua sekolah dan GPK adalah semuanya Cina, maknanya majoriti guru adalah melayu, tapi majoriti pelajar adalah Cina. Bila setiap kali perhimpunan agenda membaca doa dimulakan, dan pengetua amat marah jika tiada bacaan doa oleh pelajar-pelajar Melayu (kes terpencil kot). Keua bila musim PMR dan SPM sekolah dengan restu pengetua atau pentadbir anjurkan solat hajat unuk peperiksaan PMR atau SPM, doannya kata adalah untuk semua pelajar. Begitu juga majlis berbuka puasa PIBG kami majoriti Cina, datang berbuka bersama-sama dengan guru-guru (kes terpencil kot), mungkin situasi ini berlaku di sekolah-sekolah Cina luar bandar bukan dalam bandar. Apa pun asuhan dari kita adalah segala-galanya.

Situasi ini, kini negara 'mula masuk' ke era sekular seakan-akan ingin meniru era negara Turki zaman Kamal Attartuk. Maka bolehlah kita mahkotakan Pak Lah adalah ' Bapa Sekular Moden' Malaysia. Sekiranya gelaran bapa-bapa kepada PM - PM yang lalu bagi kita menghebah dan memberitahu rakyat teramai.

Menyorot kembali isu di bawah sepertimana yang dilaporan oleh akhbar BH, maka rakyat yang masih 'peka' bukan yang 'pekak' tidak perlu terkejut dan melenting terkejut beruk bilamana melihat tindakan MB Negeri Sembilan. Memang relaitinya begitu.

Sekarang ini, rakyat dan pemerintah sensitiviti adalah kepada amalan dan pengamalan agama Islam yang ekstream kot. Maknnya asing pelajar lelaki perempuan adalah ekstream, baca doa ekstream, baca yasin adalah sensitif, adakan ceramah agama adalah sensitif.!!!!!!!!!

SEREMBAN: Kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) menyiasat sebuah sekolah menengah di Senawang dekat sini yang dilapor mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan mengikut kelas.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri, semalam, yang memutuskan siasatan terperinci perlu dilakukan bagi menentukan sama ada peraturan itu selari dengan dasar Kementerian Pelajaran.

"Kita mahu tahu kenapa peraturan demikian dibuat dan adakah ia bertentangan dengan dasar Kementerian Pelajaran. Saya tidak ingin berdebat sama ada peraturan itu betul atau salah, tetapi saya

ya hanya mahu tahu adakah ia selari dengan dasar kementerian," katanya di sini, semalam.

Mohamad berkata, beliau sudah meminta pengarah JPNS menyerahkan laporan lengkap mengenai perkara itu kepada kerajaan negeri secepat mungkin.

Tinjauan Berita Harian di Sekolah Menengah Kebangsaaan Seremban Jaya (SMKSJ), pagi semalam, mendapati peraturan itu yang dilapor dilaksanakan sejak hari pertama sesi persekol

Beberapa pelajar yang ditemui berkata, peraturan itu tidak tertakluk di luar kelas, termasuk waktu rehat dan mereka tidak mempunyai masalah mematuhinya walaupun tidak dimaklumkan sebab ia dilaksanakan.

Ibu bapa yang ditemui pula berkata, mereka juga tidak dimaklumkan mengenai peraturan itu dan menyuarakan kebimbangan berhubung pelaksanaannya yang dilihat tidak praktikal kerana sudah wujud sekolah khas untuk pelajar lelaki dan perempuan di negara ini.

Seorang ibu yang enggan namanya disiarkan, berkata beliau yang mempunyai seorang anak lelaki di Tingkat Dua di sekolah itu bimbang jika hanya pelajar lelaki ditempatkan dalam satu kelas, ia akan menimbulkan masalah antara mereka.


Beberapa pelajar yang ditemui berkata, peraturan itu tidak tertakluk di luar kelas, termasuk waktu rehat dan mereka tidak mempunyai masalah mematuhinya walaupun tidak dimaklumkan sebab ia dilaksanakan.

Ibu bapa yang ditemui pula berkata, mereka juga tidak dimaklumkan mengenai peraturan itu dan menyuarakan kebimbangan berhubung pelaksanaannya yang dilihat tidak praktikal kerana sudah wujud sekolah khas untuk pelajar lelaki dan perempuan di negara ini.

Seorang ibu yang enggan namanya disiarkan, berkata beliau yang mempunyai seorang anak lelaki di Tingkat Dua di sekolah itu bimbang jika hanya pelajar lelaki ditempatkan dalam satu kelas, ia akan menimbulkan masalah antara mereka.

"Jika ada pelajar perempuan, pelajar lelaki mungkin akan lebih beradab. Apa yang dikesalkan ialah pihak sekolah tidak memaklumkan mengenai peraturan baru ini kepada ibu bapa. Saya hanya tahu mengenainya selepas dimaklumkan anak," katanya.

Pengurusan sekolah itu ketika ditemui enggan mengulas, manakala pengetuanya pula sedang mengerjakan ibadat haji di Makkah dan dijadual pulang ke tanah air minggu depan.

Sementara itu, Pengarah JPNS, Abdullah Mohammad, ketika dihubungi berkata pihaknya tidak dimaklumkan oleh pengurusan sekolah terbabit mengenai peraturan itu dan sudah mengarahkan ia ditarik balik.