Thursday, January 10, 2008

Negara tiada satu tempat yang selamat ... Shahrizat?

'Tiada tempat yang selamat', ulas Shahrizat Abdul Jalil is currently the Minister for Women, Family and Community Development in the Malaysian cabinet. Beliau berkata demikian semasa sidang media bersama-sama KPN bagi mencakna dan membuat tindak ikut susulan berlaku lagi satu kes penculikan kanak-kanak yang bernama Saharlinie Mohd Nashar 5 tahun, sewaktu bermain bersama-sama kakaknya di taman permainan berdekatan rumahnya di Taman Dato Harun yang kini sudah masuk hari yang ke 3.

Kata-kata Sharizat ini sebenarnya adalah pengakuan jujur dari naluri, tanpa niat untuk menafikan pandangan orang ramai termasuk pembangkang , bahawa negara kita tidak selamat, dan pasukan polis di minta menfokuskan kerja-kerja mereka yang utama bagi membenteras jenayah daripada 'mengembala' atau 'menyibuk' mengekang' ceramah atau mana-mana himpunan pembangkang.




Poster Sharlinie diedar di sempadan

PETALING JAYA: Polis telah mengedarkan poster kanak-kanak yang hilang Sharlinie Mohd Nashar, 5, dan lakaran suspek ke semua pintu keluar negara ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.


Musa dan Shahrizat menunjukkan poster Sharlinie yang kini diedarkan. Di belakang mereka, bapa mangsa Mohd Nashar dan ibunya Suraya Ahmad. (foto The Star oleh Sam Tham)

Beliau berkata polis juga memaklumkan kepada polis di negara-negara jiran untuk mengesan kanak-kanak itu dan suspeknya.

Sharlinie, lebih mesra dikenali sebagai Nini, hilang dekat kawasan rumahnya di Taman Dato Harun semalam.

Polis tidak menolak kemungkinan "pencabul Kampung Baru" terlibat dalam penculikan itu.

Polis berkata terdapat juga kemungkinan kes ini berkait dengan penculikan awal minggu ini.

Isnin lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun diculik oleh seorang lelaki bermotosikal sewaktu dia sedang bermain dekat rumahnya di Kampung Sepakat, Taman Medan, kira-kira 2km dari tempat Sharlinie hilang.

Kanak-kanak itu Nur Fateha Zaidi tiga jam kemudian ditemui di Wangsa Maju, Setapak.

Musa berkata pasukan petugas, melibatkan polis Selangor, Kuala Lumpur dan Bukit Aman, akan ditubuhkan untuk menyiasat dan menjejak suspek.

Sementara itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta stesen televisyen menyiarkan lakaran suspek dengan lebih kerap bagi membantu usaha menjejaknya.

Beliau menyarankan media elektronik menyiarkan gambar suspek setiap setengah jam bermula hari ini .

"Saya telah minta kerjasama Kementerian Penerangan supaya RTM1 dan RTM2 menyiarkan fotofit penjenayah itu dengan kerap," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Sambil merayu anaknya dipulangkan, Mohd Nashar Mat Hussain, 29, berkata Sharlinie menghidap asthma dan memerlukan rawatan.

No comments: