Fungsi masjid adalah sebagai tempat ibadat, masjid adalah rumah Allah, justeru ianya hendaklah diurustadbir seperti juga yang dikehendakki. Masjid terbuka pula untuk semua, tanpa mengira pangkat kedudukan warna kulit dan sebagainya. Oleh itu sesiapa insan yang ingin datang ke masjid dialu-alukan, maka itulah yang dikehendakki oleh agama.
Namun, oleh kerana niat sesetangah masjid dibian bertujuan untuk berfungsi sebagai 'hiasan'. Maka dapatlah apa yang dihajati. Maka insan terkilan seperti coretan di bawah tidaklah harus berkeccil hati. Sebab tujuan saudari ke masjid adalah untuk berposing dan sekadar mengambil gambar sahaja, tanpa memasang niat-niat yang lain.
Terkilan sikap kasar pengawal Masjid Putra
SAYA ingin meluahkan rasa terkilan kerana apa yang saya lihat pada Hari Raya Aidiladha tempoh hari atas sikap kasar pengawal keselamatan di Masjid Putra, Putrajaya terhadap pengunjung yang datang.
Ia adalah disebabkan terdapat segelintir pengunjung yang mungkin teruja dengan keindahan landskap dan hiasan di sekitar masjid tersebut maka mereka ingin mengambil gambar untuk dijadikan kenang-kenangan.
Oleh kerana asyik berposing dan mencari lokasi sesuai untuk bergambar, mereka telah tersalah memanjat tempat larangan iaitu tempat air pancut yang tidak dibuka pada waktu itu.
Apa yang memeranjatkan saya ialah sikap pengawal keselamatan yang tidak mesra pengunjung dengan lantang meniup wisel dan menghalau pengunjung tersebut.
Jeritan pengawal itu mengejutkan pengunjung sekitar termasuklah saya yang pada ketika itu melalui kawasan tersebut.
Saya pada mulanya terfikir berlakunya penculikan, rompakan, ragut atau apa-apa perkara jenayah, tetapi rupa-rupanya pengawal itu menghalau pengunjung. Dek kerana malu dan terkejut, maka dengan tersipu-sipu pengunjung berkenaan beredar.
Tiadakah cara lebih bersopan untuk menangani kes-kes sedemikian? Mengapa pengawal itu tidak menghampiri pengunjung terbabit seterusnya memaklumkan bahawa di kawasan tersebut tidak dibenarkan memanjat kerana dibimbangi akan merosakkan peralatan air pancut tanpa perlu memekik atau menjerit?
Bukankah itu cara yang lebih praktikal dan secara tidak langsung akan membuahkan rasa segan dan hormat kepada pengawal itu selain tidak menjatuhkan air muka pengunjung terbabit.
Apa yang dikesalkan ialah sikap pengawal keselamatan tersebut tidak mencerminkan slogan Budi Bahasa Budaya Kita yang ditegaskan berkali-kali oleh Perdana Menteri.
Ini disebabkan oleh pihak keselamatan seperti polis dan tentera pun tidak dilatih untuk bersikap kasar dan kurang sopan kecuali terhadap penjenayah dan musuh negara.
Seterusnya saya ingin menyeru kepada pihak yang bertanggungjawab agar memberikan latihan dan kemahiran yang secukupnya kepada anggota keselamatan yang berurusan dengan masyarakat awam.
– INSAN TERKILAN,
Ampang.
No comments:
Post a Comment