Saturday, January 12, 2008

Biarlah berbaloi juga Presiden PAS turun ke Pahang ?

Terpanggil dengan tulisan dan kritikan Tarmizi Mohd Jam berhubungan dengan lawatan Presiden PAS ke Wilayah Persekutuan,harus dikoreksi sama oleh PAS Pahang. Dijangkakan presiden PAS akan turun ke Pahang pada 18.1.2008, lokasi tempat adalah di Pekan serta sebelah malam adalah di Gambang Kuantan.

Kehadiran 3 pimpinan besar sewajarnya PAS Pahang dapat manfaatkan sebagaimana penasihat Keadilan Rakyat (PKR) memprogramkan DSAI bertemu dan berhubungan terus dengan rakyat. Pertemuan antara pimpinan besar kita walaupun nampak remeh tetapi ianya memberi impak besar kepada rakyat, jika kena aturannya.

Petugas parti hendaklah mengandakan kerja, biarlah kita bekerja sebagai sebah parti politik yang memerintah, memang cara bekerja UMNO adalah cara mememintah, kita hendaklah jangan lemah semangat sebab giliran memerintah selepas UMNO adalah kita, yakinlah.

Lihat kupasan dan bandingan TMJ dalam menerjah isu ini bagi tatapan dan bandingan ukuran kita.


Berbaloikah Lawatan Haji Hadi Awang Ke Wilayah Persekutuan?


Oleh TARMIZI MOHD JAM

MesraSEPATUTNYA Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang dijadual berangkat melawat PAS Wilayah Persekutuan pada 13hb. Januari 2008 ini.

Satu program besar menyambut kehadiran beliau dan Ustaz Ahmad Awang serta Dr. Harun Din telah disusun oleh Badan Perhubungan dengan kerjasama Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPN) dengan menumbangkan seekor lembu untuk kenduri rakyat.

Ia adalah rangka program PAS Pusat dalam aktiviti Presiden mengunjungi negeri-negeri atas nama "Jelajah Presiden PAS" dan mengangkat tema "Gelombang Kuning Semarak Hijau".

Parlimen Titiwangsa yang bakal ditandingi PAS, telah dipilih sebagai tuan rumah. Selain kenduri rakyat jam 1.00 tengahari, hanya "Amanat Presiden PAS" menjadi program tonggak dan tamat pada waktu Asar.

Namun, program ini baru dibatalkan dan akan ditunda kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak kerana Presiden dan semua Ahli Jawatan Kuasa Agung pada tarikh itu berada di Kuala Terengganu.

Saya, salah seorang dari yang membincangkan idea dan tentatif program, berasa tidak selesa dengan rangka program yang "mudah" atau "remeh". Jawapannya, kehadiran Presiden itu sudah tentu tidak dapat dimanfaatkan secara efektif dan kolektif di Wilayah.

Suka saya menarik perhatian, tentang tentatif yang diatur untuk memanfaatkan Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam kebanyakan lawatannya ke negeri-negeri.

Anda boleh layari blog Anwar dan laman web parti PKR untuk mengikuti program sendat beliau ke negeri-negeri bagi diaplikasikan oleh PAS. Tiada rugi dan salahnya saya berbicara begini!

Sebagai orang politik, keberkesanan lawatan Presiden itu penting dan pelbagai program yang boleh mencuit hati rakyat juga maha penting kerana “rakyat” itulah grassroot atau akar umbi yang sukar ditemui di luar musim demam pilihan raya.

Ini tidak bermakna, saya menafikan langkah PAS Wilayah yang hanya sekadar menghimpunkan jentera pilihan raya seluruh negeri bagi mendengar "Amanat Presiden".

Tetapi, sesekali Presiden turun, biarlah berbaloi “turun padang” Presiden itu dimanfaatkan untuk kepentingan kawasan yang bertanding seluruhnya.

Soal masa yang terhad tidak timbul, jika kita mengembelingkan tenaga dan membentuk tentatif yang efektif.

Lawatan Presiden yang sepatutnya untuk bertemu rakyat akhirnya disudahi dengan pertemuan mesra petugas pilihan raya.

Bak kata orang Pulau Pinang, “pi mai- pi mai tang tu jugak”.

Mari kita lihat jelajah atau lawatan Anwar Ibrahim ke Perak sebagai pembuka minda untuk berfikir dan merintis tentatif efektif, pada masa depan.

Agar sesuatu lawatan oleh tokoh yang berpengaruh seperti Presiden dapat dimanfaatkan sehabis mungkin untuk kepentingan rakyat dan parti.

Sekadar Contoh Lawatan Anwar Ibrahim Ke Perak Darul Ridhwah Pada 4 Januari 2008, Jumaat:

1.00pm : Ketibaan DSAI Di Tol Exit Kuala Kangsar
1.15pm : Sembahyang Jumaat Di Masjid Ridwaniah, Kuala Kangsar

2.00pm : Perjumpaan Masyarakat Cina dan India
Tempat: : Taman Chandan Puteri.

2.30pm : Perjumpaan Masyarakat Sayong, Tepi Sg. Perak
3.20pm : Bertolak Ke Pantai Remis

3.30pm : Perjumpaan Singkat Komuniti Kg Senggang (Kubu Kuat UMNO)
- Terdapat projek PPRT yang diusahakan oleh DSAI ketika TPM
6.00pm : Jamuan Makan Malam Bersama Rakyat
Tempat : Pantai Remis

7.15pm : Sembahyang Maghrib
Tempat : Surau Sri Manjung Lama, Bandar Sri Manjung.

8.30pm : Perasmian Bilik Gerakan
Tempat : Pekan Setiawan

9.30pm : Ceramah Umum
Tempat : Kg Koh

10.30pm : Ceramah Perdana
Tempat : Teluk Rubiah, Sri Manjung.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sdr. Tai Sing Ng 019-3816928, Sdr. Anuar Zakaria 012-5162685, Hj Suwardi 013-5305904.

Sekurang-kurangnya terdapat 10 program yang dimanfaatkan oleh Anwar atau PKR untuk bertemu rakyat termasuklah solat Jumaat, Maghrib dan Isyak. Pada hemat saya, gerakan yang patut dilakukan segera hari ini ialah fokus bertemu pengundi bukannya menyajikan petugas dan jentera pilihan raya kepada Presiden.

No comments: