Rakaman video versi Iran
TEHERAN – Iran semalam menyiarkan rakaman video yang menunjukkan beberapa bot yang dinaiki anggota-anggota Pengawal Revolusi tidak mengancam kapal perang milik tentera laut Amerika Syarikat (AS).
Tindakan Teheran itu adalah untuk mematahkan perang propaganda AS yang sebelum ini mendakwa Pengawal Revolusi melancarkan ancaman sehingga mereka hampir menembak tentera elit berkenaan.
Video yang disiarkan oleh stesen televisyen satelit Press TV itu memberi gambaran yang bertentangan terhadap kenyataan AS pada Ahad lalu.
Kejadian berkenaan menampakkan hubungan dua hala Washington-Teheran semakin tegang selepas beberapa siri perbalahan diplomatik berikutan cita-cita nuklear Iran.
Stesen televisyen Press TV menyatakan video milik tentera Pengawal Revolusi dikeluarkan sehari selepas Jabatan Pertahanan AS (Pentagon) menyiarkan sebuah video palsu yang turut memasukkan rakaman suara yang sengaja direka-rekakan.
Ketua Turus Pengawal Revolusi, Brigedier Jeneral Ali Fadavi berkata, bot-bot milik Iran hanya menghampiri kapal AS untuk memeriksa nombor pendaftaran kerana ia tidak boleh dibaca dari jarak jauh.
Rakaman itu turut menunjukkan pegawai tentera laut Iran dalam sebuah bot bercakap menerusi radio dengan sebuah kapal yang tidak boleh dikenal pasti dengan jelas. – Reuters
No comments:
Post a Comment