Bubar Parlimen Februari, pilihanraya Mac, ramal penganalisis | | |
KL: Semua tanda menunjukkan bahawa pilihan raya umum Malaysia ke-12 mungkin diadakan dalam beberapa minggu lagi. Hal ini jelas sedang parti-parti politik dan pemimpinnya meningkatkan usaha masing-masing dalam membuat persediaan, menurut laporan akhbar setempat. Tempoh yang sering dianggap para penganalisis politik sebagai paling sesuai bagi pilihan raya itu ialah selang beberapa minggu selepas Tahun Baru Cina pada 7 Februari ini, kata laporan akhbar The Star semalam. Mereka berkata pilihan raya itu mungkin diadakan sekitar cuti sekolah antara 7 dengan 16 Mac ini, menurut laporan itu. Ia juga memetik seorang menteri kanan sebagai berkata bahawa semua parti komponen Barisan Nasional (BN) telah selesai menjalani 'tempoh ujian mereka bagi Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor dan Johor'. 'Pilihan raya itu akan diadakan tidak lama lagi - paling lama menjelang minggu pertama Mac. Semua orang sudah sedia. Jika kita tunggu lebih lama lagi keletihan akan mula dirasakan,' tambahnya. Tempoh ujian itu diadakan bagi mengukur kesediaan jentera BN menghadapi pilihan raya mendatang. Negeri-negeri lain dijangka selesai tempoh ujian mereka hujung minggu ini, menurut laporan itu. Ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pula dipetik sebagai berkata parti itu sudah meningkatkan persediaannya. 'Kami memang sudah sedia, kini kami dalam tahap peningkatan,' katanya. Satu sumber BN berkata isyarat pilihan raya itu timbul seawal bulan lalu apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selesai mengadakan pusingan pertama lawatan negerinya, selain tidak merancang mengadakan lawatan ke luar negara antara Februari dan Mac ini |
No comments:
Post a Comment