Monday, November 29, 2010

Ucapan Dasar Pres PKR: Silap serang Ketuanan Melayu

Umno dengan ketuanan Melayu dan PKR memerangi ketuanan Melayu. Siapa yang tersepit dalam mencari keberuntungan politik? Dalam keghairahan mencari sokongan politik kita jangan sampai terlampau.

Tema paling tidak kena, serangan bertali arus, perbincangan demi perbincangan sokongan demi sokongan total NGO Melayu menyukarkan jalan PR ke Putrajaya. Ini adalah satu bentuk ucapan dasar yang silap.

Realitinya kawasan parlimen berpengundi Melayu masih kekal 2/3 dan PR akan gagal secara total PRU13 untuk saingi Umno Bn. Ucapan dasar Presiden PKR memberi talian hayat untuk Umno terus kekal PRU 13. Dan silap percaturan Selangor juga bakal jatuh kembali ke tangan Umno Bn.

Hari ini saja ucapan Azmin Ali akan memerangi Ketuanan Melayu, mula dikitar. Dan pengitaran berita tersebut sudah mula masuk ke rumah rumah pengundi negara Melayu seluruh negara.

Berita ini rancak diagendakan, pusingan ini PR akan kalah ?









BARISAN Kepemimpinan Pusat PKR yang baru 2010/2013 iaitu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Mohd Azmin Ali, Naib Presiden, Nurul Izzah (tiga dari kiri), Tian Chua (dua dari kiri), Fuziah Salleh (tiga dari kanan) dan Mansor Osman (dua dari kanan).
BARISAN Kepemimpinan Pusat PKR yang baru 2010/2013 iaitu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Mohd Azmin Ali, Naib Presiden, Nurul Izzah (tiga dari kiri), Tian Chua (dua dari kiri), Fuziah Salleh (tiga dari kanan) dan Mansor Osman (dua dari kanan).

Banyak pihak persoal sikap Wan Azizah bidas ketuanan Melayu, agungkan Anwar

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak mempersoal sikap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mahu konsep ketuanan Melayu dihapuskan, semata-mata untuk meraih sokongan bukan Melayu.

Mereka juga mempertikaikan sikap Dr Wan Azizah yang mengagung-agungkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga penasihat PKR yang dianggapnya sebagai anugerah tuhan untuk memimpin rakyat negara ini.Mereka berpendapat kenyataan Presiden PKR mengenai ketuanan Melayu memberi implikasi besar terhadap negara, institusi Raja-Raja Melayu, di samping menjadikan bangsa Melayu mundur.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, berkata konsep itu seharusnya diperbaiki bukan disanggah kerana pelaksanaan berkaitan kedudukan istimewa Melayu perlu lebih telus. “Secara perundangan, menghapuskan kedudukan istimewa Melayu bukan semudah menukar pakaian, sebaliknya Perlembagaan Persekutuan yang sarat dengan keistimewaan Melayu dan Islam perlu dipadamkan terlebih dulu.

“Persoalannya, dalam keadaan wujudnya keistimewaan Melayu dan Islam pun kedudukan itu sering dicabar, apakah akan berlaku jika kedudukan berkenaan dihapuskan. “Jika persaingan adil mahu diwujudkan, ia perlu berlaku dalam kedudukan sama pada semua pihak. Dalam sektor swasta dan perniagaan yang dimonopoli bukan Melayu misalnya, persaingan adil tidak berlaku kepada Melayu tetapi perkara ini tidak diperbesarkan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Kelmarin, ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Dr Wan Azizah berkata, konsep Ketuanan Melayu perlu dihapuskan supaya anak membesar dengan visi ‘bangsa bermaruah’ atau ‘Melayu Bermaruah’.

Beliau juga mendakwa Ketuanan Melayu adalah slogan digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya Melayu bagi kepentingan sendiri.Zainul Rijal juga menolak pandangan tidak tepat, iaitu Ketuanan Melayu bermaksud kekuasaan Melayu dalam konteks sehingga memperhambakan bangsa lain.

“Frasa Ketuanan Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi konsep itu kerana kesanggupan Melayu menerima bangsa Cina dan India sebagai warga negara ini.

“Sebagai timbal balik kesanggupan dan kesediaan toleransi serta pengorbanan Melayu, Perlembagaan digubal dan memberi kedudukan istimewa kepada Melayu mengikut Perkara 153 dengan persetujuan saling beri memberi ini disebut sebagai Kontrak Sosial,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan, istilah Ketuanan Melayu perlu dilihat dalam konteks perjuangan Melayu sebelum merdeka yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah pusaka diakui British, selain dirujuk sebagai kedaulatan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah, kesal kerana Dr Wan Azizah memomokkan bangsanya sendiri.“Sepuluh kali pun PKR mahu mendapatkan sokongan kaum lain, tidak perlulah memomokkan bangsa sendiri.

“Jika PKR tidak mahu ketuanan Melayu, itu haknya. Jika mahu kritik pun, itu haknya. Tapi jangan samakan ketuanan Melayu dengan bangsa yang hancur kerana kezaliman seperti kisah dalam al-Quran. Perjuangan Melayu berbeza, kita tidak zalim, sebaliknya inklusif,” tambahnya.

Timbalan Pengerusi Majlis Veteran Umno, Datuk Mohd Zaid Sirat pula mempersoalkan kedudukan Presiden PKR itu yang tidak mahu menerima kebangkitan dan kejayaan bangsanya sendiri.

“Segala-galanya kerana mahu kembalikan pengaruh yang makin terhakis, mendapatkan simpati Melayu dan sokongan bangsa bukan Melayu,” katanya.

Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS), Rahimuddin Md Harun, menganggap ia ucapan pemimpin yang terdesak dan kecewa terutama apabila sejak kebelakangan ini, Melayu mula sedar.

“Malah ramai (orang Melayu) menjauhkan diri dari PKR, dan pada masa sama Azizah cuba memperoleh dan meyakinkan lagi bangsa Cina dan India mengenai keterbukaan PKR,” katanya.

Pemerhati politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussein pula berkata, kenyataan Dr Wan Azizah bertujuan mengembalikan kepercayaan dan sokongan ahli PKR yang dilihat semakin luntur dengan krisis keyakinan kepimpinan parti.

“Ini jelas satu bentuk ketaksuban. Dalam agama pun tak boleh memuja keterlaluan walaupun seorang pemimpin,” katanya.

Beliau mengulas tindakan Wan Azizah menyifatkan Anwar, “insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan kepada kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat”.

Pengerusi Sekretariat Melayu Muda, Wan Azrain Wan Adnan pula berkata ia terpulang kepada ahli PKR untuk menilai dan mentafsir sama ada kenyataan Wan Azizah yang juga isteri Anwar itu berasas atau sebaliknya.

Sunday, November 28, 2010

PKR: Dilonggakkan permasalahan massa

Itulah politik, PKR tidak semena-mena mendapat perhatian rakyat. Ini gara-gara media utama membantu dan memperkenalkan PKR kepada umum. Bermula daripada laporan kekecohan cara pemilihan melalui pengundian ala pilihanraya umum, ini yang dirasakan cara pemilihan ini lebih demokratik tetapi dilaporkan kecoh. Caranya sistem pemilihan pilihan terbaru yang diperkenalkan ini melibatkan semua ahli peringkat akar umbi bertanggungjawab sama-sama membuat keputusan bagi memilih pimpinan pilihan mereka untuk menerajui parti. Dalam erti kata lain kepimpinan mereka ditentukan oleh mereka melalui kuasa tangan mereka sendiri yang mencorakkannya.

Walaupun cara dan kaedah pertama kali diperkenalkan ini mengundang beberapa kelemahan, namun pemilihan berjalan seperti yang dijangkakan. Beberapa nama tokoh PKR termasuk Zaid Ibrahim bertindak keluar parti kerana dikatakan 'kecewa' dengan ketidaktelus pemilihan ini. Di mana sekteriat pemilihan dan pimpinan kanan lebih memihak kepada calon-calon tertentu.

Maka inilah salah PKR. Atas ruang dan kesempatan yang ada Umno yang lebih menggeruni PKR kerana faktor Anwar itu bertindak 'menganyang' setiap hari secara habis habisan, bagi menggambarkan kekecohan adalah gambaran buruk kepimpinan alternatif parti kepada masyarakat Malaysia


Saturday, November 27, 2010

Umno: Pengkhianat, kenapa terus diterima ?

Umno adalah pengkhianat sebenarnya, namun rakyat tidak juga mahu 'terima' dan sedar. Ini oleh kerana Umno sering dapat melali, menutup dan menampal tentang 'khianat mereka' dengan kebaikan-kebaikan mereka yang diserlahkan.

Sementelah pula Uno berjaya tanam dan pasak dalam fikiran orang Melayu, mereka bukanlah pengkhianat sebenar. Hari Umno berjaya 'meyakinkan rakyat' , mereka berjaya mengalih khianat dan pengkhianat mereka dengan memaparkan orang yang menyatakan mereka khinat dan pengkhianat itu sebagai orang yang dengki, hasad, menyimpan dendam. Dan mereka yang dengki itu digambarkan ingin merampas keberadaan dan kekuasaan yang ada ditangan mereka mahu digapai oleh orang yang dengkikan mereka (umno).

Inilah paparan dan penerimaan rakyat, biarpun 1001 penyelewengan, dan bermacam kesalahan serta keterlanjuran mengurus tadbir negara, mengorbankan bangsa dan negara, rakyat tetap sahaja menyakini dan memberi kepercayaan kepada mereka.

Keberadaan Umno ditampuk kekuasaan mereka kini, bukanlah kerana mereka itu benar bijak cerdik mengurus tadbir negara, tetapi adalah kerana rakyat yang buta dan tidak mahu langsung mahu membuka mata tentang apa yang berada sepanjang dan kebelakangan mereka.

Sebagai contoh Umno khianat agama, antaranya tafakur di tugu negara difatwakan haram, PM terus kekal lakukan. roboh masjid dan surau spt di Bujal , Bandar Baru Bangi sedkit masa lalu, campurtangan dalam melantik jawatakuasa khariah masjid, masih didalangi campurtangan Umno, walaupun penduduk setempat sudah mencalonkan cadangan daripada pihak mereka Umno veto keputusan masyarakat setempat. Artikel 11 murtad Umno sokong dan diamkan sahaja. Terima Umno Apco dalam memajukan memasang rangkian keselamatan di PDRM dan kemuncaknya mereka ingin haramkan perkataan Islam dalam mana-mana pertubuhan Ngo dan sebagainya. Inilah wajah Umno

Umno khianat Melayu -Umno khianat raja- Umno khianat amanah-DAN UMNO MEMANGLAH PENGKHIANAT


Semua perkara:: jawapannya adalah Umno

PKR kecoh, hari ini 103 ahli PAS keluar masuk Umno di paser Puteh Kelantan. Di Kedah sebentar tadi rakyat membuat demo secara aman minta MB Kedah berundur, kerana buat janji kepada rakyat tetapi tidak tunaikan, wakil rakyat tidak pernah langsung turun menjengah dan mensatuni penduduk taman perumahan di Bakar Arang sg Petani.

Jelaslah serangan bertali arus, Umno tanpa belas kasihan dan menggambarkan mereka sahaja penjuang, pembela rakyat sejati. Secara halus rakyat sudah salah memilih kerajaan dan pimpinan serta parti bagi mengurus dan mentadbir negara melainkan umno Bn sahaja, itulah maksud paparan berita.

Yang tidak kecoh adalah umno, yang tidak berebut-rebut jawatan dalam parti adalah umno, yang rajin menyantuni rakyat adalah umno, yang rajin menjengah rakyat adalah wakil rakyat Umno, yang tidak pernah menaburkan janji adalah Umno.

Jawapaannya adalah Umno...


Friday, November 26, 2010

PAS GANTI UMNO : REALISASIKAN PADA MAC APRIL 2011

Pilihanraya serentak bagi negara ini, PM sedang memikirkan bagaimana untuk menjimatkan kos. Oleh itu PRU 13 bakal berlangsung pada April 2011. Ini kerana dalam sejarah negara Malaysia merdeka Sabah dan Sarawak terlebih dahulu mengadakan pilihanraya. Dulu ia adakah sebagai strategi bagi Bn di Semenenjaung bagi melihat kemampuan dan percaturan politik mereka.

Hari ini, atas alasan mahu menjimatkan kos, samada alasan berkenaan jujur atau sebaliknya Umno Bn (ikut kepala Najib) mahu adakan pilihanraya serentak atas kepentingan rakyat Malaysia semata-mata. Maknanya demi rakyat Najib sanggup berkorban mengadai masa depan Umno dan Bn untuk mengadakan pilihnaraya serentak.

Rakyat tentu sayang dan simpati dengan kesungguhan Najib bagi menjaga kepentingan rakyat. Maknanya Njaib sudah menunjukkan keikhlasan maka rakyat harus membayar keihlasan mereka tersebut melalui peti undi. Inilah kehendak dan maksud tersirat Najib.

Maka jentera pakar strategi Umno Bn serta kerajaan akan memperalatkan semua alat dan perkakas bagi mengekalkan kemenaangan Umno Bn kelak.

Oleh itu, jentera pilihanraya Pakatan Rakyat harus bersedia. Gerak kan kesemua jangan lagi leka, dan kita kini bersedia PAS GANTI UMNO




PM ulas pilihan raya serentak

JOHOR BAHRU 25 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum beliau memutuskan sama ada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijalankan serentak atau berasingan.

“Soal bajet satu perkara. Tapi banyak perkara lain yang perlu juga diambil kira,” katanya semasa ditanya sama ada PRU 13 dan Pilihan Raya DUN Sarawak akan dijalankan serentak sebagai langkah menjimatkan kos.

Diminta menjelaskan bahawa kenyataannya itu bermaksud kedua-dua pilihan raya itu akan diadakan secara berasingan, Najib enggan mengulas lanjut.

“Apa sahaja boleh jadi (kedua-dua pilihan raya sekali gus) dan saya tidak katakannya (kedua-dua pilihan raya akan dijalankan serentak),” katanya.

Perdana Menteri ditemui selepas merasmikan Kilang Asiaflex Products milik Technip Malaysia Sdn. Bhd. di Pasir Gudang, dekat sini hari ini.

Sebelum ini, ada pemerhati politik meramalkan pilihan raya umum dan pilihan raya DUN Sarawak diadakan serentak berdasarkan momentum sokongan rakyat yang kini menunjukkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Malah, keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah dan DUN Galas, Kelantan memberi kelebihan kepada BN.

Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar turut menasihatkan kerajaan negeri pakatan pembangkang supaya menghentikan cakap-cakap mahu mengadakan pilihan raya negeri yang berasingan dengan pilihan raya umum kerana ia hanya mengakibatkan pembaziran besar dari segi tenaga dan wang rakyat.

Beliau berkata, bajet untuk mengadakan pilihan raya berkenaan perlu ditanggung sendiri oleh kerajaan negeri terbabit kerana sebarang peruntukan terletak di bawah Perbendaharaan Pusat.

Meskipun menteri besar atau ketua menteri berhak mengisytiharkan pembubaran DUN namun kuasa mutlak dan pemutus akhirnya terletak di tangan Sultan dan Yang Dipertua Negeri, katanya.

Thursday, November 25, 2010

UM: Rugi ada makna


Mengapa dan kenapa baru nak cakap Utusan Malaysia rugi. Inilah pertama kali dalam sejarah akhbar ini memberitahu kepada pihak media secara umum bahawa mereka rugi.


Jumlah kerugian, walaupun cuma RM10.6 juta bagi rakyat adalah besar, tetapi bagi juak dan puak umno Bn ia adalah kecil.


Perkabaran kerugian Utusan ini adalah seolah-olah ada udang sebalik batu. Maknanya dalam erti kata lain, kerajaan nampaknya kena bail out lah nampaknya tentang kerugian UM ini.


Laporan dan hebahan kepada media, juga merupakan politik Umno Bn. Satu cara adalah untuk mendapat simapti rakyat, terutama yang kuat dan taatkan Umno, mereka terlalu amat sayangklan Utusan termasuklah ahli-ahli PERKASA seluruh negara yang dikepalai Ibrahim Ali Kataki.




Utusan Melayu Catat Kerugian Pracukai RM10.6 Juta

KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd telah mencatatkan kerugian pracukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatan kumpulan media itu telah merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Untuk suku ketiga berakhir 30 September 2010, Utusan mencatatkan keuntungan pracukai yang rendah iaitu RM1.736 juta daripada RM10.128 juta dalam suku yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, pendapatan mengukuh kepada RM89.540 juta dalam tempoh bawah kajian daripada RM89.530 juta sebelumnya.

Utusan berkata, saingan yang sengit untuk perbelanjaan pemasaran pengiklanan, bukan hanya di kalangan media cetak, tetapi juga di kalangan semua saluran media telah menjejaskan prestasi kumpulan untuk tempoh di bawah kajian.

Faktor itu akan kekal sebagai cabaran kepada kumpulan berkenaan untuk baki tempoh 2010, katanya.

"Bagaimananpun, pertumbuhan positif yang dijangkakan untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini dan tahun depan diunjurkan dapat merangsangkan perbelanjaan pengiklanan dan menyediakan peluang untuk kumpulan meningkatkan pendapatan pengiklanannya," kata kenyataan itu lagi.

Memali: Ulama muda ampu Umno 'tajam; sikit

Memali adalah sebuah perkampungan tradisional di Baling Kedah. Sebuah daerah yang mundur, rata-rata penduduk adalah miskin yang 20 tahun dulu penoreh getah. Kehidupan mereka kais pagi makan pagi. Lazimnya dalam kemiskinan mereka itu , mereka teruskan juga kehidupan, tentu tadbir dan takdir Allah. Di situ juga terdapat sebuah pondok yang amat dikenali oleh penduduk setempat dan senegeri.

Daerah Baling juga terdahulu, sebelum merdeka menjadi tempat bersejarah kerana Rundingan Baling berlaku di daerah ini. Antara kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM). Justeru Baling secara tidak langsung adalah kawasan 'hitam' bagi kerajaan dan kawasan putih bagi PKM ketika itu.

Lanjutan itu, nama Baling meniiti dari bibir ke bibir menjadi sebutan dan dikenang sepanjang zaman serta diingati kerana berlaku juga di situ satu perisitiwa besar, perisitiwa berdarah. Bilamana as syahid Ibrahim Libya atau Ibrahim Mahmud bersama para pengikut seramai 16 orang mati ditembak oleh pasukan keselamatan negara waktu itu (Tentera dan PDRM).

Rata-rata anak muda Malaysia kini tidak mendapat gambaran yang jelas kerana tiada catatan buku yang ditulis. Barangkali diharamkan jika diterbitkan, walaupun kerajaan Malaysia dikatakan telah mengeluarkan 'kertas putih' mengikut versi kerajaan Malaysia.

Kini genap 25 tahun peristiwa berkenaan, masih ramai yang hidup mereka terlibat sama dalam peristiwa berkenaan. Mereka yang terlibat telah bertindak menyaman kerajaan melalui saluran sistem perundangan negara. Namun malangnya tiada kesudahan kes ini, perbicaraan gagal dijalankan, tiada pengadilan yang diadili. Rakyat tertanya-tanya, tiada ketelusan dalam sistem perundangan negara kita. Seolah-olah ada satu kuasa ghaib menghantui peristiwa ini.

Justeru, generasi muda kini yang terlalu memuja dan memandang tinggi kerajaan Malaysia yang ada dan berkelulusan agama, amat tidak menyenangi peristiwa ini. Dalam negara demokrasi dan mengamalkan keterbukaan menjadi hak rakyat dan tanggungjawab kerajaan ada memberi 'keadilan' sama rata layanan kepada rakyatnya. Sepertimana seorang penjenayah yang dijatuhi hukuman tembak kerana polis mempunyai asas-asas tersendiri dalam menembaknya.

Oleh rakyat ingin tahu termasuk keluarganya mereka yang terlibat ingin tahu, kenapa dan mengapa pondok tempat Ust Ibrahim Libya diserang dan kenapa sampai 4 orang pasukan keselamatan mati. Inkuari khas oleh satu suruhanjaya wajar diadakan bagi memberi keadilan sama kepada 4 orang anggota polis yang meninggal dunia.

Hari ini, bila membaca tulisan ulama muda pemuja Umno dalam Utusan Malaysia. Beliau membiaskan dan kaitkan bagaimana kewafatan Nabi dan kematian cucu rasullah saw adalah dua peristiwa besar dalam soal mati yang penulis ingin bandingkan soal mati. Maksudnya antara mati orang Memali mana besar dengan matinya rasullah dan cucunya dalam islam.

Kedua seolah-olah jika PAS anjurkan hari memperingati peristiwa Memali samalah laku dan cara para pengikut Syiah memperingati kematian Hussien cucu rasullah. Jika begitulah andaian dan tanggapannya, berapa ramai jumlah penduduk Malaysia yang amalkan Syiah kerana telah adakan majlis memperingati kematian, termasuklah PM kita sendiri Najib yang sentiasa buat majlis tahlil dan ajak orangramai termasuk menterinya baca yassin memperingati kematian Tun Razak.

Malah dalam masyarakat kita sendiri, ramainya Syiah kerana saban tahun anak-anak buat tahlil memperingati dan doakan kesejahteraan roh kepada ibuibapa mereka yang telah pergi.

Jika begitulah duduk perkara, maka habislah 1Malaysia ini syiah belaka. Justeru penulis muda yang angkat dirinya sebagai ulama Umno, patutlah belajar politik. jangan belajar agama sahaja. cermin-cerminlah diri, ibarat kata almarhum Ust Fadzil Nor jangan ampu Umno 'tajam' sangat. Jika ampu Umno agak tajam seseorang itu akan dapat tempat cepat sikit







Tidak wajar ungkit peristiwa Memali

UMUR dunia sudah tua dan kita meniti hari-hari akhir zaman. Nabi Muhammad berkali-kali mengingatkan banyaknya fitnah (kekacauan) akan berlaku di akhir zaman. Bermula dengan keluarga, masyarakat, negara dan alam sekitar; semuanya berhadapan dengan cabaran dan situasi getir.

Bermula daripada masalah rumah tangga, pergaulan bebas, pergolakan politik, kemelut ekonomi, perpecahan umat Islam sehinggalah perubahan iklim mendadak dan bencana alam.

Nabi umat akhir zaman, Muhammad bin Abdullah tidak hanya memberi gambaran musibah yang akan berlaku kepada umat manusia. Seiring dengan itu, baginda tidak pernah lupa untuk menasihati seluruh umatnya hingga hari terakhir usia dunia, bagaimana berhadapan dengan fitnah dan musibah yang melanda.

Baik musibah itu berupa perpecahan umat, gejala sosial hatta bencana alam pun. Nabi mengajarkan, "Tidaklah seseorang ditimpa suatu musibah, lalu dia mengingat musibah tersebut, sekalipun telah lama masa berlalu, lalu mengucapkan istirja' (innalillahi ilaihi rojiun), melainkan Allah memberinya pahala seperti pahalanya pada hari dia ditimpa musibah tersebut." (Hadis Imam Ahmad & Ibnu Majah)

Selepas kewafatan Nabi, umat Islam tidak pernah sepi daripada musibah dan fitnah. Baik berupa musibah umum seperti kemarau yang melanda negara umat Islam, dijajah dan termasuk kegawatan ekonomi.

Namun antara yang paling besar dan benar-benar menguji ialah musibah perpecahan sesama umat Islam. Sejarah merakamkan tidak sedikit darah umat Islam yang tumpah akibat sengketa sesama sendiri.

Peristiwa Memali merupakan antara musibah besar yang melanda rakyat Malaysia khususnya umat Melayu Islam di negara ini. Sejarah merakamkan ia memakan korban, baik di pihak pemerintah begitu juga pihak bertentangan. Kedua-dua pihak memakan korban warga Malaysia dan Islam. Ia sudah beberapa tahun berlalu. Namun parutnya masih ada.

Ketepikan seketika isu siapa salah, siapa benar. Yang lebih penting ialah mengambil pengajaran dan teladan, bukan mengungkit-ungkit hal yang telah berlalu.

Tindakan membangkitkan semula kisah itu dan Pas menganjurkan hari memperingati Peristiwa Memali merupakan langkah mundur ke belakang dari arah perpaduan dan citra 1Malaysia. Bahkan lebih daripada itu, sikap ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Musibah atau tragedi yang paling besar melanda umat Islam ialah wafatnya Rasulullah. Wafatnya Nabi membawa petanda terputusnya wahyu yang menjadi cahaya dan petunjuk dari langit.

Sebesar-besar musibah atau tragedi yang menimpa umat Islam ialah wafatnya Nabi umat akhir zaman. Ini disebutkan oleh Syaikh Salim 'Eid Al-Hilali dalam bukunya yang diterjemahkan Musibah Terbesar Umat Islam.

Namun begitu para sahabat tidak pernah menangisi hari atau tarikh ulang tahun kewafatan baginda. Jauh sekali mengadakan majlis doa selamat, tahlil atau kenduri arwah untuk baginda. Sedangkan baginda ialah semulia-mulia manusia yang paling dikasihi oleh Allah.

Begitu juga dengan peristiwa terbunuhnya Khalifah Umar al-Khattab, Uthman Affan dan Ali Abi Talib (semoga Allah meredhai mereka semua). Walaupun mereka semua pemimpin yang sangat disayangi oleh umat Islam, dibunuh dengan kejam, namun tidak pernah umat Islam meratapi pemergian mereka dengan peristiwa ulang tahun atau acara ritual yang lain.

Ironinya, yang diraikan pada hari kematian Umar ialah pembunuhnya Abu Lu'luah seorang lelaki Majusi (penyembah api). Abu Lu'luah diberi jolongan Baba Syuha'uudin yang bermaksud Bapa Pemberani oleh golongan Syiah.

Bahkan sehingga hari ini setiap tahun diadakan keraian di kubur Abu Lu'luah pada hari yang didakwa tarikh kematian Umar.

Begitu juga tragedi terbunuhnya cucu kesayangan Nabi, pemuka pemuda syurga Hussein bin Ali (semoga Allah meredai mereka berdua).

Setiap tahun golongan Syiah akan menyambut perayaan hari terbunuhnya Hussein ataupun lebih dikenali sebagai Hari 'Asyura.

Menurut Dr. Muhammad al-Aqil, Hari 'Asyura dianggap ritual terbesar bagi kelompok Syiah Rafidah dari zaman dahulu sehingga sekarang. Mereka keluar ke jalan-jalan raya memukul diri sendiri dengan pedang dan benda yang tajam, hingga darah mengalir dari wajah mereka.

Tambah beliau lagi, perbuatan mereka ini menggambarkan keadaan orang Jahiliyah terdahulu yang menempeleng pipi, merobek baju dan memanggil-manggil dengan panggilqn Jahiliyah. (Fitnah Akhir Zaman, Pustaka Imam Asy-Syafi'i).

Berkaitan hal ini Nabi pernah berpesan, "Tidak termasuk golongan kami orang yang menempeleng pipi, mengoyak baju dan memanggil-manggil dengan ratapan jahiliyah." (Hadis Bukhari & Muslim)

Para ulama menjelaskan perbuatan yang dikategorikan sebagai meratap termasuk mengadakan majlis-majlis memperingati hari kematian, baik berupa sempena 40 hari, 100 hari kematian atau ulang tahun kematian, ia termasuk hal-hal baru yang diada-adakan dalam urusan agama, dan diancam oleh Nabi sebagai kesesatan yang boleh membawa ke neraka.

Tindakan pihak pembangkang mengungkit-ungkit kisah lama ibarat menangguk di air yang keruh.

Sebahagian orang yang mengaku beragama Islam mengambil kesempatan daripada musibah yang telah menimpa umat Islam. Mereka berusaha menghidupkan kembali fitnah-fitnah masa lalu. Dengan bermacam cara dusta dan keji, mereka membuat propaganda dalam masyarakat demi menarik simpati.

Hal ini dinyatakan oleh Dr. Muhammad dalam bukunya yang diterjemahkan dengan judul Fitnah Akhir Zaman. Beliau menulis satu bab khusus "Menghidupkan Masa Lalu dengan Mengumpulkan Massa, dan Menjadikan Itu Sebagai Tradisi dan Perayaan."

Dr. Muhammad menulis, mereka mengangkat salah satu pihak yang bertelagah dan menjatuhkan pihak lainnya. Mereka menganggap bahawa perbuatan yang berbahaya ini dapat menyatukan masyarakat dan menolong orang teraniaya. Padahal sebenarnya apa yang mereka lakukan justeru memecah-belahkan umat, menghidupkan kembali dan memperbesar fitnah masa lalu, serta mengobarkan kemarahan di hati orang awam terhadap orang terdahulu.

Islam mengajurkan umatnya untuk bersabar dan reda dengan musibah dan fitnah yang melanda. Sikap mengungkit-ungkit dan membangkitkan pertikaian yang telah berlalu, nyata bukan sikap sebenar umat Islam. Ia merupakan sikap musuh-musuh Islam yang mahu dan suka melihat umat Islam dan umat manusia bertikai dan berpecah-belah.

Penulis ialah Ketua Biro Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU)




Wednesday, November 24, 2010

Pilihanraya Berasingan: Baru SPR tahu dan sedar

Jurucakap SPR yang mabuk dan semakin sasau merayu agar kerajaan bawah Pakatan Rakyat agar tidak menjayakan hasrat mereka untuk mengadakan pilihanraya 'berasingan' daripada kerajaan Pusat. Alasannya takut dan bimbang wang rakyat di bazirkan. Alangkah baik dan tulusnya mereka.


Tanpa disedari Timb Pengerusi SPR Dato Wan Omar memuji kerajaan Kelantan, Katanya, walaupun sudah memerintah 20 tahun, Kelantan tidak pernah berhasrat dan berhajat untuk mengadakan tarikh pilihanraya secara berasingan. Maknanya barulah kerajaan Pusat tahu, selama hari ini PAS dan pemerintahan kerajaan bawah PAS tidak langsung berhasrat menyusahkan kerajaan Persekutuan dan apatah lagi mahu membazirkan duit rakyat seperti yang SPR dakwa.


Pilihan raya berasingan bazirkan wang rakyat

PUTRAJAYA 23 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan kerajaan negeri pakatan pembangkang supaya menghentikan cakap-cakap mahu mengadakan pilihan raya negeri yang berasingan dengan pilihan raya umum kerana ia hanya mengakibatkan pembaziran besar dari segi tenaga dan wang rakyat.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, bajet untuk mengadakan pilihan raya-pilihan raya berkenaan perlu ditanggung sendiri oleh kerajaan negeri terbabit kerana sebarang peruntukan terletak di bawah Perbendaharaan Pusat.

Lebih daripada itu, kata beliau, meskipun Menteri Besar atau Ketua Menteri berhak mengisytiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri namun kuasa mutlak dan pemutus akhirnya terletak di tangan Sultan dan Yang Dipertua Negeri.

“Sebab itu kita lihat kerajaan negeri (Pas) Kelantan selama 20 tahun memerintah tidak pernah terfikir pun hendak mengadakan pilihan raya negeri berasingan dengan tarikh yang diumumkan Kerajaan Pusat.

“Jika semata-mata keputusan ini dibuat atas kepentingan politik, ia hanya mengakibatkan pembaziran wang rakyat. Ini termasuk penglibatan jentera-jentera keselamatan dan tambahan lagi masyarakat akan berada dalam keadaan tegang sentiasa sebab tidak habis- habis berkempen dan berpolitik.

“Jangan ingat pula peruntukan hendak adakan pilihan raya negeri ini boleh dapat secara automatik, kalau Perbendaharaan tidak luluskan, bagaimana?” kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Ketika spekulasi kemungkinan PRU ke-13 akan diadakan tahun depan, pelbagai pihak dalam pakatan pembangkang pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam PRU berkenaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberitahu, pakatan pembangkang itu akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu dengan PKR, DAP dan Pas sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Ini kerana, menurut Guan Eng, pihak yang menguasai empat negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat.

Guan Eng ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang baru-baru ini memberitahu, ketiga-tiga parti dalam pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya atau tidak.

Pendapat beliau disokong oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli.


PAS Ganti Umno: Semarakkan Umno mata kebendaan

Alangkah terperanjatnya rakyat Malaysia betapa gaji PM Malaysia adalah 'kecil' sahaja. Berbanding dengan beban tanggungjawab dan amanah yang dipikulnya. Utama dan pertama memajukan negara serta menjaga keamanan kestabilan serta integriti negara.

Senyum Kambing Utusan tentulah amat bersetuju sangat dengan penulis bahawa gaji PM Malaysia sejak 2004 adalah kecil. Sebab menguruskan negara adalah satu beban dan tanggungjawab yang cukup berat. Justeru kita izinkan naikkan gaji PM dan Barisan Kabinet Bocornya maksud penulis bumbung bangunan Parlimen cuma keluar air sahaja.

Anak penulis perempuan yang baru tamat PMR 2010, turut bertanya kenapa air keluar tetapi tidak bocor bumbung bangunan. Penulis terpaksa lah bergegas melihat perkataan keluar air dan bocor, sebab anak penulis mempertikaikan laporan Berita TV3 yang melaporkan seorang bergelar Dato dan mempunyai sijil Ir. pula menyatakan bahawa bangunan itu tidak bocor tetapi keluar air sahaja ? Kita tinggalkan isu itu , tuan-tuan jawab sendiri.


Berbalik dengan gaji PM yang cuma RM23ribu sahaja itu. Tetapi tuan-tuan kena ingat ini belum dicampurkan dengan elaun lain-lain. Mengikut sumber sahabat blogger Purtajaya sebulan PM dapat dan kutip mencecah RM50k. Maknanya samalah dengan gaji Pengerusi Eks SYABAS yang 'gila-gila' upahnya. Kerajaan Brunei pun tidak bayar macam tu....

Soalan Gobala di parlimen di perbesarkan. Ini adalah jalan bagaimana ada 'rasa' tidak puashati atau apa sahaja yang kita dapat gambarkan. untuk menaikkan elaun menteri-menteri. Iaitu dikala rakyat tersepit dengan krisis kewangan mereka, dan negara hampir bangkrap. Sampai hati 'simpati' menaikkan gaji menteri mahu dinaikkan dengan niat..... dengan izin. Jika tidak baguslah.

Sepatutnya menteri cadangkan gaji PM dan menteri kabinet serta MP dipotong RM0.50 bagi tujuan kempen berjimat cermat. Biar lakonan itu hidup


Apa pun kita kasihan gaji PM kecil..naiklah .... BN semua naik.

Oleh itu semarakkan gelombang melalui apa sahaja PAS Ganti UMNO.


Gaji PM RM22,826.65 Sebulan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005, mulai 1 Januari 2004.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri pula dibayar sebanyak RM18,168.15 sebulan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, manakala bagi Jemaah Menteri, mereka menerima gaji sebanyak RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Januari 2004," katanya dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N. Gobalakrishan (PKR-Padang Serai).

Gobalakrishnan meminta penjelasan mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 pada Sidangan Dewan Rakyat Selasa.

Dalam pada itu menurut Mohamed Nazri lagi, jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota Kabinet bagi tahun 2009 ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Bagi 2007, gaji tahunan yang telah dibayar ialah sebanyak RM5,858,529.60 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.






Monday, November 22, 2010

Petanda untuk Umno Bn: Sejarah orang jatuh dekat titi rumah air

Jatuhnya Ust Firdaus Ismail, pegawai khas Dato Hishamuddin dan jatuhnya calon PKR Batu Sapi dalam pilihnraya Batu Sapi ke dalam air. Kedua-duanya dikatakan sebab titi reput. Dulu semasa pilihanraya Batu Sapi calon PKR Ansari Abdullah jatuh ke air, media melaporkan bahawa pentanda bahawa PKR akan jatuh dan kalah. Kita kira perkara yang sama juga akan berlaku terhadap Umno Bn juga.

Mengikut ramalan Dr M, Pakatan Rakyat akan kehilangan 2 negeri yang mereka kuasai daripada 5 sebelumnya. Namun para blogger meramalkan Bn bakal kehilangan 3 buah negeri lagi pada PRU 13 yang akan datang. Apa pun Dr M kita boleh samakan macam sotong kurita Piala Dunia Afrikalah baru ini. Tetapi sotong kurita itu mati selepas 2 bulan Piala Dunia Afrika berlalu. tetapi kita harap Dr M dipanjangkan umur untuk melihat nasib Umno dan Bn.



Pegawai Khas Hishammuddin Jatuh Ketika Mengiringi Menteri Buat Tinjauan

KUCHING: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien terkejut apabila melihat pegawai khasnya, Datuk Firdaus Ismail terjatuh ke dalam paya apabila titi yang menghubungkan sebuah rumah usang milik seorang warga emas di Kampung Gersik, di sini runtuh, Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Hishammuddin yang menyempurnakan majlis penutup Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Tebingan Boyan-Gersik-Sourabay (BGS) telah membuat tinjauan ke kampung Melayu itu.

Ketika rombangan itu melalui titi ke sebuah rumah usang warga emas di kampung itu, titi tersebut runtuh.

Ismail yang berdiri di belakang Hishammuddin terjatuh dan telah ditarik naik oleh anggota Rela.

Berikutan itu, bantuan sebanyak RM40,000 diperuntukkan bagi membaikpulih empat buah rumah usang, termasuk titi yang runtuh itu.-BERNAMA


Sunday, November 21, 2010

PRU 13: Pengundi celik politik sila hukum Umno Bn

Umno Bn kini makin agresif bagi menghadapi PRU 13. Modal lama Umno Bn adalah pembangunan dengan bertindak menurap sana sini jalanraya, lorong terutama bagi menghabiskan bajet sesebuah agensi. rata-rata bandar dihias kosmetik dan berwajah baru, aktiviti memikat para pengundi digerakkan.

Seperti biasa agensi-agensi kerajaan terutama JPN, SPR bagi menambah pengundi digunakan bagi top up kawasan-kawasan merah, kuning dan biru bagi Umno. Di Pahang terdapat 4 Dun Umno tercicir bersama 2 parlimen.

Para petugas kita dan jentera kita sedar, strategi dan taktik kotor Umno Bn secara terang-terangan di kesan. Namun ingat dan sedar senjata akhir adalah menyedarkan para pengundi yang bakal mengundi kerana mereka adalah segala-galanya.

SPRM dan JPN ingat tangan-tangan mereka dibelakang takbir bagi mengekalkan kemenangan Umno Bn bakal terhukum.











Satu Lagi Rombakan Kabinet?

PETALING JAYA: Besar kemungkinan satu rombakan Kabinet akan dilakukan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mula berkira-kira tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang dijangka diadakan tahun depan.

Rombakan itu yang dijangkakan pada bulan depan akan membolehkan beliau membentuk sebuah jentera yang kuat bagi membantu melaksanakan transformasi dasar-dasar dan ekonomi yang ditetapkan sebelum PRU berkenaan.

Difahamkan, rombakan yang akan berlaku tidak seperti rombakan pertama sejurus selepas beliau menjadi Perdana Menteri dan bukan juga yang kecil yang dibuat tahun lalu.

Bagaimanapun, ia akan menjadi agak ketara apabila sekurang-kurangnya tiga menteri mungkin terpaksa memberi laluan kepada pemimpin lebih muda.

Salah seorang daripada mereka yang disebut-sebut adalah muka lama dalam era Tun Dr Mahathir Mohamad manakala yang lain menyertai Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Antara beberapa pilihannya ke Kabinet adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Latiff Ahmad dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Beberapa sumber berkata, Perdana Menteri tidak mungkin membawa wajah baru di kalangan Senator kerana sudah terdapat lima menteri yang dilantik melalui kedudukan seperti itu.

Perubahan Jemaah Menteri dijangka berlaku sebaik sahaja Najib yang juga Presiden Umno menyusun barisan barunya dalam kepimpinan parti di beberapa negeri.

Rombakan yang akan berlaku bakal memberi kesan kepada Umno meskipun terdapat kemungkinan berlakunya beberapa perubahan dalam potforlio untuk beberapa menteri dan timbalan menteri.

Kegusaran pimpinan parti di perhubungan negeri akan dapat diketahui apabila ia dipercayai menjadi agenda mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat dan sumber-sumber parti mengatakan perubahan berkenaan akan diumumkan pada hari yang sama.

Sumber-sumber itu memberitahu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang terlalu sarat dengan beban tugas dan beberapa fungsinya akan diserapkan dalam kementerian lain.

Najib membuat rombakan Kabinet utama tidak lama selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada April tahun lepas yang menyaksikan lapan menteri termasuk beberapa orang lama digugurkan.

Beliau membawa tujuh muka baru sebagai menteri dan sembilan timbalan menteri buat kali pertama. Beliau juga memperkemaskan kementerian daripada 32 kepada 27 dan barisan menteri daripada 22 kepada 19.

Terdapat satu rombakan kecil pada Jun tahun lepas bagi menyesuaikan perubahan kepimpinan dalam MCA. Mangsa utama adalah Presiden MCA yang kalah iaitu Datuk Seri Ong Tee Keat.

Peraturan pilihan raya tidak melayan pilihan kecil selepas Mac tahun depan dan semua parti akan berada dalam mode pilihan raya selepas itu.

Najib mempunyai kebebasan untuk melakukan perubahan kepada barisan Umno di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu, masing-masing di bawahnya dan tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Para pemimpin Umno pusat mahu menyerahkan tampuk kuasa kepada pemimpin-pemimpin di peringkat negeri.

Sumber-sumber berkata, Najib telah bertemu dengan tiga Naib Presiden tersebut bagi membincangkan tentang keadaan di negeri-negeri terbabit dan perubahan akan dilakukan demi memastikan satu jentera parti yang kukuh dalam menghadapi PRU.

“Kami mendengar tentang Datuk Seri Najib percaya bahawa ketua-ketua menteri sepatutnya mengendalikannya pada masa menguruskan isu-isu politik di negeri-negeri mereka,” kata Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah.

Bagi Selangor dan Pulau Pinang, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan negeri masing-masing iaitu Datuk Seri Noh Omar dan Datuk Zainal Abidin Osman dijangka akan dinaikkan pangkat.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akhirnya akan menerajui Umno negeri.

Kepimpinan di Kedah pula dikatakan akan berlaku pertukaran antara Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Mukhriz yang juga merupakan Ahli Parlimen Jerlun.

Jawatan Pengerusi Perhubungan Umno negeri amat menjadi tumpuan berikutan ia dikaitkan dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Bagaimanapun, susunan pada masa ini bagi Menteri Besar dan Ketua Menteri dijangka kekal.

Apa yang Najib mahu adalah mandatnya sebelum merombak pucuk kepimpinan peringkat berkenaan.

Saturday, November 20, 2010

Malaysia: Dunia hantu mewarni hidup masyarakat ?

Saban hari remaja lari daripada rumah kian menjadi-jadi. kekalutan remaja bertindak luar kawalan ini sudah menjadi satu trend dan fenomena dalam dunia kita sekarang. kejadian ini, tidak terkecuali datang daripada latar belakang pelbagai samada di bandar-bandar besar, bandar kecil, kampung-kampung pedalaman serta tanah-tanah rancangan di seluruh negara.

Terkadang remaja sikit masa dahulu berjaya menipu 1Malaysia, bahawa dia telah dilarikan oleh 'jin'. Maka gempak satu Malaysia, termasuk para bomoh berkumpul untuk menangkap 'jin' berkenaan. dan lebih memelikkan lagi 'jin' moden tersebut menggunakan modus operandi tanah perkuburan sebagai benteng terakhirnya meninggalkan dan menghilangkan gadis berkenaan. Maknanya semakin canggih dan terkedepan 'cara remaja' kita dalam meyakinkan sandiwara mereka.

Hari ini pula dilaporkan remaja 'hilang' semakin hebat, kerana 'jin' turut menggunakan dan manfaatkan khidmat para 'bomoh' bagi memerangkap cinta sejati mereka itu.

Sementelahan, media elektronik kini nampak ghairah bersama dengan pengarah jutawan perfileman Malaysia david Teoh untuk menjernagkungkan masayarakat dengan hantu khayalan, dan paling menakutkan memartabatkan sihir-sihir dan ilmu hitam yang satu masa dahulu sudah ditinggalkan oleh masyarakat Malaysia moden.

Kini ilmu hitam kembali mendapat tempat. dan nampak anak-anak kita semakin ditakutkan dunia gelap dan dunia hantu. Ramai rakan-rakan penulis yang bersungut bahawa anak dan cucu-cucu mereka takut ke dapur atau ke dalam bilik yang gelap gara-gara hantu David Teoh ini.

Fenomena hantu dan remaja lari kian menjadi-jadi kini. Justeru apakah jalan dan cara penyelesian terbaik masyarakat.....

Perjuangan rakyat diutamakan, misi peribadi dikemudikan kemudian

Dalam berpolitik saing menyaing adalah perkara biasa. Musuh politik inginkan lawannya hancur dan dilemahkan. Itulah agenda dan kehendak Umno, bilamana mereka membelasah dan pergunakan berita Zaid dalam PKR sebagai agenda menghancurkan seteru politiknya.

Ruang pemilihan PKR dengan kelemahan yang ada, walaupun pemilihan PKR telah membedah kaedah pemilihan kali ini secara telus dan berani. Wang dan politik wang dalam budaya politik Malaysia tidak dapat dihindarkan, namun dapat diminimakan.

Di mata Umno Zaid diangkat menjadi 'hero' sementara dalam melemahkan PKR secara langsung dan membunuh Pakatan Rakyat secara senyap. Cuma masa dan ketahanan mental Pakatan Rakyat sahaja yang mampu bersaing dan menyaingi serangan ini.

Strategi Umno Bn menggunakan media, untuk lahirkan persaan muak , lemas dan meluat terhadap PKR berjaya diagendakan kini. Penggarapan agenda busuk Umno kini berjaya dan dijayakan dengan baik waktu ini.

Tarikh 16 Disember 2010, adalah diuar-uarkan tarikh Zaid akan keluar daripada PKR. Di mana tempoh bulan madu Zaid bersama tidak panjang jodohnya. Itulah kerapuahan perjuangan Zaid dalam PKR.

Dan rakyat tidak lihat dan nilai bagaimana politikus Cina spt Dato Chua Jui Meng terus kekal dan bertahan dalam PKR. Beliau dapat membina imej dan dirinya menjadi seorang ahli politik yang tulen.

Justeru, agenda perjuangan yang pemimpin utamakan, jelas memberi kepercayaan dan keyakinan kepada ahli marhaien. Dan meneruskan dokongan serta sokongan mereka kepada PKR, parti baru ini.