Wednesday, November 24, 2010

Pilihanraya Berasingan: Baru SPR tahu dan sedar

Jurucakap SPR yang mabuk dan semakin sasau merayu agar kerajaan bawah Pakatan Rakyat agar tidak menjayakan hasrat mereka untuk mengadakan pilihanraya 'berasingan' daripada kerajaan Pusat. Alasannya takut dan bimbang wang rakyat di bazirkan. Alangkah baik dan tulusnya mereka.


Tanpa disedari Timb Pengerusi SPR Dato Wan Omar memuji kerajaan Kelantan, Katanya, walaupun sudah memerintah 20 tahun, Kelantan tidak pernah berhasrat dan berhajat untuk mengadakan tarikh pilihanraya secara berasingan. Maknanya barulah kerajaan Pusat tahu, selama hari ini PAS dan pemerintahan kerajaan bawah PAS tidak langsung berhasrat menyusahkan kerajaan Persekutuan dan apatah lagi mahu membazirkan duit rakyat seperti yang SPR dakwa.


Pilihan raya berasingan bazirkan wang rakyat

PUTRAJAYA 23 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan kerajaan negeri pakatan pembangkang supaya menghentikan cakap-cakap mahu mengadakan pilihan raya negeri yang berasingan dengan pilihan raya umum kerana ia hanya mengakibatkan pembaziran besar dari segi tenaga dan wang rakyat.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, bajet untuk mengadakan pilihan raya-pilihan raya berkenaan perlu ditanggung sendiri oleh kerajaan negeri terbabit kerana sebarang peruntukan terletak di bawah Perbendaharaan Pusat.

Lebih daripada itu, kata beliau, meskipun Menteri Besar atau Ketua Menteri berhak mengisytiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri namun kuasa mutlak dan pemutus akhirnya terletak di tangan Sultan dan Yang Dipertua Negeri.

“Sebab itu kita lihat kerajaan negeri (Pas) Kelantan selama 20 tahun memerintah tidak pernah terfikir pun hendak mengadakan pilihan raya negeri berasingan dengan tarikh yang diumumkan Kerajaan Pusat.

“Jika semata-mata keputusan ini dibuat atas kepentingan politik, ia hanya mengakibatkan pembaziran wang rakyat. Ini termasuk penglibatan jentera-jentera keselamatan dan tambahan lagi masyarakat akan berada dalam keadaan tegang sentiasa sebab tidak habis- habis berkempen dan berpolitik.

“Jangan ingat pula peruntukan hendak adakan pilihan raya negeri ini boleh dapat secara automatik, kalau Perbendaharaan tidak luluskan, bagaimana?” kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Ketika spekulasi kemungkinan PRU ke-13 akan diadakan tahun depan, pelbagai pihak dalam pakatan pembangkang pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam PRU berkenaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberitahu, pakatan pembangkang itu akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu dengan PKR, DAP dan Pas sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Ini kerana, menurut Guan Eng, pihak yang menguasai empat negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat.

Guan Eng ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang baru-baru ini memberitahu, ketiga-tiga parti dalam pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya atau tidak.

Pendapat beliau disokong oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli.


1 comment:

azman kamarul said...

Saya sebagai pengundi memang sangat bersetuju supaya Negeri-Negeri Pakatan Rakyat mengadakan pilihanraya berasingan dengan Persekutuan.

SPR kata bazirkan duit rakyat....jawapan nya ialah kepala bana depa.

Selama ini berbilion duit rakyat dibazirkan oleh umno dan kroninya.Kenapa tak jadi isu?.Kunun sekarang ni dah jadi isu pulak.

Selama ini pilihanraya diadakan di padang yang tidak sama rata...siapa yang menyediakan gelanggang?..SPR!

Rasakan.....