Thursday, November 05, 2009

Petronas teruskan kedegilan , macam degilnya UMNO ?

Kenapakah Petronas akan terus taja F1. Apa untungnya Petronas masih mahu kekal degil menaja F1. Apakah alasan lain Petronas masih terus harap menaja F1 ini kepada negara?

Rakyat tiada maklumat ? Apakah sumbangan Petronas kepada rakyat. Berpuashatikah kakitangan kerajaan mendapat 'bonus' RM500 melalui Bajet 2010. Oleh Najib yang dikatakan PM paling berkelayakan zaman ini bagi menggantikan Pak Lah yang lembik dan lemah.

Maka dimana hebatnya Najib ? Hebatnya Najib kerana beliau 'bijak' memanfaatkan Petronas. Itu sahaja ?

.............

Petronas berkata ia akan terus menjadi penaja jenama Grand Prix Formula One (F1) Petronas Malaysia, yang sudah terbukti menjadi platform berkesan dalam memprompsikan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, perbadanan minyak nasional itu berkata penyertaan dan pelaburannya dalam F1 – dan dalam acara sukan lain – sentiasa berasaskan dan berpandukan usaha sama yang memberi sokongan langsung terhadap peluasan perniagaan dan pada masa yang sama, melengkapkan usaha penjenamaan antarabangsa.

“Ia memerlukan Petronas supaya sentiasa mengkaji semula, menilai dan meneroka kedudukan dan pembabitannya dalam sukan permotoran antarabangsa,” katanya.

“Perlumbaan akhir musim F1 2009 di Abu Dhabi merupakan detik perubahan penting pembabitan Petronas dalam Formula One. Usaha sama Petronas dengan Pasukan F1 BMW Sauber, kini berakhir berikutan keputusan BMW untuk tidak menyertai Formula One akhir musim ini.” Petronas juga berkata ia sedang menilai pilihan masa depannya berasaskan pertimbangan komersil yang sama, dengan keputusan akhir berkisar kepada keupayaan usaha sama baharu dalam memudahkan dan menjana pertumbuhan perniagaan berkekalan untuk Petronas, terutama dalam operasi globalnya.

“Penyertaan lepas dan semasa Petronas dalam sukan pemotoran antarabangsa bukan sahaja membangunkan jenama globalnya, malah telah menyumbang secara ketara terhadap pertumbuhan perniagaan, terutama perniagaan bendalir dan minyak pelincir dalam beberapa pasaran utama di Asia dan Eropah.” Ia turut mengorak langkah untuk penguasaan teknologi dalam industri minyak dan gas, kata Petronas.

— BERNAMA

Isu 1Mufti bagi 1Malaysia ?

Cadangan Shahidan adalah satu cadangan yang baik. Bekas MB Perlis itu pada hari ini mencadang hanya satu mufti di Malaysia. Sebenarnya saranan, cadangan, pandangan ini sudah lama disuarakan oleh PAS. Kerajaan UMNO BN menyepikan sahaja pandangan tersebut, kerana ia tiada berkeperluan atas hal sedemikian.

Isu ini berbangkit semula setelah dibangkitkan oleh mantan MB Perlis. Yang mahukan mufti di Malaysia ini hanya seorang sahaja, berbanding sekarang ada terdapat 14 orang mufti yang membawa 14 pandangan dalam sesuatu hal dalam masyarakat jika berlaku sesuatu isu. Persoalan ini susah dan sukar bagi mencari jalan penyelesian sesuatu isu itu.

Namun kini cuma Shahidan sahaja yang membangkitkannya kerana Dr Asri adalah bekas mufti Perlis yang diserbu dan ditangkap oleh JAIS kerana berceramah di Selangor dengan tidak ada tauliah bertulis daripada JAIS Negeri Selangor. Tangkapan JAIS telah memberi imej yang memalukan kepada bekas mufti ini dan di isu kan sebagai satu isu besar dalam negara kita, sehingga menengelamkan isu laporan audit terhadap pelbagai agensi kerajaan di Malaysia.


Inilah wajah sebenar kerajaan UMNO BN. Yang masih lagi dipercayai oleh majoriti rakyat berbangsa Melayu yang memenangkan UMNO disemua DUN seluruh Malaysia. Agama bagi mereka digunakan ikut situasi atau keadaan semasa sahaja. Inilah UMNO ? Walaupun suara itu disarankan oleh Shahidan Kassim tetapi ia memberi gambaran sebenar wajah UMNO. Inilah bentuk dan cara gaya fikir. Pimpinan UMNO akan mula bersuara sesudah mereka sudah 'pencen' daripada kuasa. Visinya mudah samada mahu mencari atau mencuri populariti bagi sesuatu tujuan yang lain dengan mengharapkan habuan yang lain juga. Atau mempunyai agenda-agenda memulihkan imej dan mahu memberi signal kepada umum bahawa tokoh yang sudah ditenggelamkan itu masih berkaki dan berkuku lagi.


----------------


Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan hanya satu jawatan mufti diwujudkan di negara ini bagi mengelakkan pertikaian dan perselisihan pendapat sesama mereka.

Katanya, pada masa ini setiap negeri mempunyai mufti dan perbezaan pandangan di kalangan mufti-mufti akan menimbulkan keresahan rakyat kerana isu agama adalah sensitif.

"Perkara ini perlu dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk dibincangkan pada mesyuarat akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) berhubung kenyataan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zain AlGhari mengenai bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Zamihan baru-baru ini mendedahkan, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Dr Mohd Asri melibatkan Bahasa Arab dan Sastera dan pendedahan itu disifatkan Shahidan sesuatu perkara yang mengaibkan.

Shahidan juga berharap peraturan baru diwujudkan berhubung pelantikan mufti termasuk memastikan mereka mempunyai pendidikan bertaraf doktor falsafah (PhD) dan hafal al Quran selain mahir dalam hal ehwal syariah.

Sementara itu, Shahidan berkata laporan kepada JAIPs dibuat bagi membersihkan nama baik kerajaan negeri Perlis yang telah melantik Dr Mohd Asri sebagai Mufti Perlis sebelum ini.

Pengarah JAIPs Malek Hussin yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) berkata laporan Shahidan itu akan dikaji dan dipanjangkan ke peringkat MAIPs termasuk menyembah maklum kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs.

Turut mengiringi Shahidan membuat laporan itu ialah bekas Pengarah JAIPs, Md Sadik Ismail.

Semalam, Shahidan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang membuat laporan di Balai Polis Kangar berhubung kenyataan Zamihan selain memorandum oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang diPertuan Agong berhubung isu Dr Mohd Asri. BERNAMA

Wang Ehsan Ke Kelantan ?



Kerajaan Malaysia bawah Najib kerana bermurah hati untuk 'menghulurkan' wang ehsan kepada kerajaan Kelantan. Dari persepsi umum Najib dan kerajaan BN berjaya memberi imej baik di mata rakyat berbanding dengan PM-PM yang sebelumnya. Maknanya di kala TGNA dan PAS menolak kerjasama bawah idea UG (unity Goverment).

Media arus perdana mengembar gemburkan bahawa kerajaan Kelantan akan menerima wang ehsan, bukannya royalti. Walhal wang ehsan ini akan disalurkan melalui JPP yang dan hal ini gagal difahami sebahagian rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu khasnya yang masih teruja dengan UMNO lagi.

Kata PM wang ehsan ke Kelantan bukanlah 'bantuan modal' direct kepada Kelantan, tetapi akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan dan pembasmian kemiskinan di negeri Kelantan.

Bagi UMNO sumbangan kepada Kelantan itu sebagai 'satu semangat bermurah hati. Walaupun dengan apa cara sekalipun.

Apa pun bagi kita adakah wang ehsan ke Kelantan, akan jadi seperti wang ehsan di negeri Terengganu. Yang mana golongan yang 'gemuk' dijamu adalah sebahagian rakyat sahaja yang terpilih-pilih dan dipilih sahaja. maknanya lagu lama wang ehsan adalah seperti lagu-lagu lama UMNO Bn sahaja.

Wednesday, November 04, 2009

FACEBOOK BIAYAI PERANG DI GAZA PALESTINA




FACEBOOK BIAYAI PERANG DI GAZA, PALESTINA...

(Katanya cinta palestine, tapi knp pd bikin FB?)

Fenomena facebook begitu gempar di Indonesia, sampai-sampai ada facebook dalam bahasa indonesia. Saya heran bukan main, satu per satu sahabat2 ADK saya mendaftar di facebook, eh saya juga ikutan bikin tapi tu juga terpaksa karena saya pengen tau FB tuh kaya gimana sich dan sapa aja yanga da disana. Sebelumnya saya sudah rada tidak sreg dengan Facebook karena di sana banyak kampanye (atau iklan) tentang lesbian, homo, forum forum yang mendeskreditkan Islam Tetapi populasi facebook meningkat tajam di kalangan teman-teman saya (ADK di Tutorial, KAMMI, UKDM) sehingga saya masih saja memelihara akun FB itu. Namun, setelah tabayyun atau cross check ke sumber terkait, sepertinya fakta bahwa FB itu pendonor tersebar pengeboman di Gaza bukan hanya gosip belaka.

Tidak heran kalau di tahun 2008 facebook meraup keuntungan 300 juta dollar amerika karena lebih dari 140 juta user aktif di

Fitnah sepanjang zaman

Fitnah sepanjang zaman. Jenis Pertama: Ajakan Kepada Syirik, Kekufuran, Kesesatan dan Penyebar Aqidah Menyimpang. Jenis Kedua: Ajakan Kepada Maksiat dan Dosa yang Besar Mahupun Kecil.

makna fitnah

Fitnah adalah cubaan dan ujian. Dosa syirik disebut fitnah dan kekufuran juga disebut fitnah. Allah berfirman dalam kitab-Nya:

“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi.” (Al-Baqarah: 193)

Iaitu sehingga tidak ada lagi syirik dan kekufuran. Dalam ayat lain Allah berfirman:

“Kalau (Yatsrib) diserang dari segala penjuru, kemudian diminta kepada mereka supaya murtad, niscaya mereka mengerjakannya.” (Al-Ahzab: 14)

Namun istilah fitnah lebih banyak diucapkan untuk sesuatu berupa bala dan cubaan yang kerap kali memperdaya dan menyimpangkan ramai orang dari jalan yang lurus. Sementara mereka tidak mampu mengatasinya, akhirnya mereka larut bersama bala dan cubaan tersebut. Itulah cubaan dan bala yang menyesatkan yang sangat dikhuwatirkan Rasulullah s.a.w. atas umatnya. Dalam sebuah hadits shahih beliau bersabda:

"Menjelang hari Kiamat nanti akan terjadi fitnah-fitnah seperti potongan malam kelam. Pada saat itu seseorang beriman pada pagi hari dan menjadi kafir pada malam harinya, beriman pada malam hari dan menjadi kafir pada pagi harinya. Ia menjual agamanya dengan material dunia." (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Maknanya apabila fitnah tersebut telah menimpa seseorang, ia akan terpedaya dan selanjutnya sesat serta menyimpang dari kebenaran dan petunjuk, ia menjual agamanya dengan material dunia! Fitnah-fitnah seperti ini telah banyak kita saksikan pada hari ini. Oleh kerana itu yang dapat bertahan dan sabar dalam menghadapinya hanyalah orang-orang yang diteguhkan Allah dan diberi-Nya kurnia ilmu dan pengetahuan.


Alamak 35 Perasuah Yang Besar Bila Lagi ?

35 tuduhan rasuah


GAMBAR ATAS (dari kiri) Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri; Bekas Adun Teratai, Yap Soo Sun; dan Bekas Pegawai Tugas Khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri manakala gambar bawah (dari kiri) Pembantu Tadbir Abd Rahman, Rosli Busro, Pembantu Yap, Mohd Firdaus Abu Zarin dan Pegawai Khas Exco Selangor, Ronnie Liu, Wong Chuan How.

Buat tuntutan palsu, salah guna kuasa, tipu, pecah amanah

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Yap Soo Sun serta dua pembantu mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap 30 tuduhan membuat tuntutan palsu antara Januari dan Februari tahun lalu.

Turut didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan, pegawai peribadi Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu, Wong Chuan How dan bekas pegawai tugas khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri. Masing-masing menghadapi tiga dan dua tuduhan salah guna kuasa dan memalsukan dokumen.


Abd Rahman, 44, yang juga Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam menghadapi lapan tuduhan mengemukakan butiran palsu untuk tuntutan berjumlah RM80,000 ketika menjadi Adun Sungai Air Tawar.

Bagi tuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa mengemukakan butiran palsu dalam tiga surat Adun membabitkan peruntukan RM10,000 setiap satu, bagi membeli hadiah, cenderamata dan mengadakan jamuan program motivasi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta meraikan pelajar cemerlang peringkat DUN Sungai Air Tawar.

Beliau juga didakwa mengemukakan butiran palsu dalam dua surat Adun membabitkan peruntukan RM10,000 setiap satu, bagi Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga serta Forum Perdana Peringkat Mukim DUN Sungai Air Tawar.

MOHD FIRDAUS (kanan) bersama Rosli (tengah) dan Yap (belakang) dibawa keluar Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam.

Bagi tuduhan keenam hingga kelapan, dia didakwa mengemukakan butiran palsu dalam tiga surat Adun membabitkan RM10,000 setiap satu untuk Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi; membeli hadiah, cenderamata dan mengadakan jamuan Program Motivasi UPSR serta membeli hadiah, cenderamata dan mengadakan jamuan Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga Guru Kemas Peringkat DUN Sungai Air Tawar.

Semua lapan program itu bagaimanapun tidak pernah diadakan.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam.

Hakim Syafeera Mohd Said memerintahkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan bermula 25 April sehingga 7 Mei 2010.

Pendakwaan dilakukan Ketua Bahagian Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa.

Di mahkamah berasingan, pembantu tadbir Abdul Rahman, Rosli Busro, 41, didakwa bagi lapan tuduhan bersubahat dengan Abdul Rahman untuk membuat tuntutan palsu itu.

Hakim Mat Ghani Abdullah memerintahkannya dijamin RM9,000 dengan seorang penjamin.

Di mahkamah sama, Yap, 43, menghadapi tujuh tuduhan mengemukakan permohonan peruntukan Adun mengandungi butiran palsu membabitkan RM70,000 untuk program mesra rakyat, sambutan Thaipusam dan Tahun Baru Cina.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Hulu Langat pada 19 Januari dan 4 Februari 2008. Semua program itu bagaimanapun tidak pernah diadakan.

Mat Ghani menetapkan 3 hingga 7 Mei tahun depan untuk perbicaraan kes bersama-sama dengan pembantunya, Mohd Firdaus Abu Zarin, 41.

Terdahulu, Mohd Firdaus didakwa di mahkamah berasingan dengan tujuh pertuduhan bersubahat dengan Yap melakukan kesalahan itu.

Bekas Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri, 43, mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, terhadap dua tuduhan memalsukan dokumen dan menipu membabitkan peruntukan bernilai RM50,000, tahun lalu.

Bagi tuduhan pertama, dia sebagai Pengarah Program Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat didakwa menipu Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Datuk Karim Munisar, 59, dengan memperdayakannya bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) memohon sumbangan bagi program itu sehingga mangsa menyerahkan RM50,000 kepadanya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan itu di Gardenia Coffee House, Hotel Quality di sini, antara 1 dan 3 petang, 4 Jun 2008.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa menggunakan dokumen palsu 'Resolusi Pembukaan Akaun Parti Keadilan Rakyat Selangor' sebagai tulen di Maybank Bandar Sunway.

Dia dijamin RM10,000 dan perbicaraan kesnya ditetapkan 19 hingga 23 April depan.

Di mahkamah sama, Wong, 50, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan dan satu tuduhan pilihan memberikan butiran palsu borang peruntukan Exco, pecah amanah RM5,000 serta menyalahgunakan harta.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa memalsukan borang peruntukan Exco dengan melampirkan invois RM2,500 bagi membekalkan 2,500 bendera dan diserahkan kepada Pembantu Tadbir Kewangan Pejabat Daerah Sepang, K Mohana bagi memperdayakannya.

Tuduhan kedua, Wong didakwa melakukan pecah amanah sekeping cek RM5,000 iaitu wang untuk menganjurkan Perjumpaan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) DUN Sungai Pelek manakala pertuduhan pilihan menyalahgunakan cek itu.

Syafeera memerintahkan tertuduh dijamin RM10,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 29 Mac hingga 2 April dan 12 April hingga 16 April 2010 bagi perbicaraan.

Wong juga didakwa di hadapan Mat Ghani melakukan pecah amanah terhadap sekeping cek CIMB Salak Tinggi bernombor 580438 bertarikh 30 Julai 2008, bernilai RM2,500.

Cek itu adalah wang peruntukan untuk program gotong-royong dan ramah mesra di Kampung Baru Langat, Sungai Pelek.

Cubaan rujuk PM ke jawatankuasa pilihan gagal

KUALA LUMPUR: Cubaan Ahli Parlimen pembangkang, Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor), untuk merujuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Jawatankuasa Pilihan Parlimen kerana didakwa membuat kenyataan menyeleweng Dewan Rakyat gagal setelah Speaker membuat keputusan yang tidak memihak kepadanya.

Dr Dzulkefly yang sebelum itu tidak berpuas hati dengan jawapan Najib berhubung isu pembayaran royalti minyak kepada Kelantan mendakwa Perdana Menteri memberi fakta salah berhubung syarat pemberian royalti kepada negeri-negeri berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974.

"Di dalam Akta Kemajuan Petroleum tidak ada syarat yang menyatakan untuk membolehkan negeri-negeri mendapat lima peratus royalti minyak, petroleum itu mesti diperolehi dalam lingkungan tiga meter nautika dari pesisir pantai.

"Malah berdasarkan Laporan Kewangan Petronas, duit yang diberikan kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu dipanggil royalti dan bukannya wang ehsan," kata Dr Dzulkefly yang membangkitkan perkara itu sebaik sesi soal jawab lisan berakhir.

Bagaimanapun, cubaannya dipatahkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang menjelaskan bahawa terdapat tiga syarat yang perlu dipenuhi sebelum seseorang Ahli Parlimen boleh dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan.

"Dalam sesi soal jawab apa pun, jawapan yang diberi oleh sesiapa sahaja termasuk Perdana Menteri boleh dikatakan menyeleweng kalau memenuhi tiga syarat iaitu fakta memang tak betul, yang menjawab tahu fakta itu tidak betul dan meneruskan hujah dan ketiga ada niat hendak menyelewengkan.

"Jawapan tadi daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi saya tidak melanggar mana-mana peraturan mesyuarat," katanya yang terus disanggah Ahli Parlimen pembangkang termasuk Dr Dzulkefly, Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) dan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat).

Justeru, Pandikar Amin berkata sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan keputusan beliau, mereka seharusnya mengikut peraturan Dewan dengan mengemukakan usul terlebih dahulu sebelum membangkitkan perkara itu dalam persidangan.

Pandikar Amin kemudian menegaskan bahawa keputusannya adalah muktamad sebelum memberi laluan kepada Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) untuk memulakan perbahasannya mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan 2010. - Bernama

Tuesday, November 03, 2009

Jambatan Gantung Kuala Dipang, Kampar

in.
FOTO eksklusif kegirangan murid-murid sekolah sebelum jambatan gantung yang mereka lalui runtuh di tapak perkhemahan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Kampar baru-baru ini.

Kerajaan BN: Terlalu berkira dengan rakyat ?

Kerajaan mahu meletakkan rasa bersalahnya kepada para peminjam PTPTN. Dikatakan menjelang 2020 kerajaan rakyat BN yang perihatin yang mengutamakan rakayat akan menanggung defisit sejumlah RM20 billion. Gara-gara pemiutang yang gagal mengembalikan pinjaman sesudah 'leka' menikamatinya. Sejarah sebenarnya skim pinjaman tabung pendidikan tinggi negara mula dilaksanakan pada tahun 1998. Melalu tabung ini para penuntut atau pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi 'ditawarkan' bagi menampung perbelanjaan yuran dan semua yang berkaitan. Peringkat awal tabung ini hanya ditawarkan kepada penutut IPTA sahaja yang sudah menerima tawaran. Kemudian diperkembangkan kepada IPTS yang terpilih. Dan kini semua penuntut samada di IPTA dan IPTS berhak menerima 'biasiswa' ini.

Kini kerajaan berkira-kira dan membuat unjuran bahawa 'angkara' kedegilan peminjam PTPTN kerajaan bakalan defisit sebanyak RM48 billion. Angka yang dipaparkan ini bukanlah satu angka yang 'kecil' dan ia amat mengerunkan.

Dalam hal ini media 'menakutkan' rakyat atas kedegilan para peminjam yang engkar hasil kesenangan yang diperolehi itu. Rakyat pabila membaca tentu akan marah kepada mereka itu ,yang mana boleh dilabelkan sebagai 'pengkhianat' dengan amanah yang diberikan kepada mereka, sepatutnya para peminjam melunaskan hutang tersebut dengan kadar segera.

Justeru itu, kita amat bersimpati atas kesengsaraan PTPTN menanggung bebanan yang berat dan besar itu. Sementelahan pula kita mengetahui angka tersebut dibentang dalam parlimen.

Tetapi tahukan tuan-tuan, berapakah nilai dan jumlah penyelewengan dana-dana kerajaan. Sebagai contoh yang terdekat PKFZ. Selain itu, berapakah pula 'kos penyelenggaran' Litar Sepang setahun. Dan lain-lain lagi yang 'lemas' mahu dipaparkan di sini.

Malah dalam hal ini, kerajaan terlalu berkira. Cukai atas kenderaan nasional sebuah yang mahu berada dijalanraya, kerajaan ambil separuh. Dan banyaklah lagi cukai demi cukai yang terkena dan dikenakan.

Sepatutnya jika begitu, dalam Islam orang yang menuntut ilmu ini hendaklah dibantu. malah mereka ini selayaknya mendapat zakat dan termasuk dalam asnaf yang dimaterikan oleh agama kita.

Itulah jadinya bila kerajaan yang terlalu bersifat material, falsafah yang dibentuk mereka melalui Falsafah Pendidikan Negara gagal difahami dan dipraktikkan. Jati diri, modal insan semuanya perkara yang bersifat retorik. Maka akhirnya manusia Malaysia akan menjadi robot dan nanti akan berkira pula akhirnya setiap saat dan detik langkah mereka akan dikira wang. Waktu itu kebajikan sudah tiada. Inilah bentuk-bentuk manusia yang kering dan gersang dengan nilai-nilai. Dan diwaktu ini kerajaan UMNO BN lah yang sebenarnya juga memberi nilai kepada rakyat Malaysia.




PTPTN jangka tanggung defisit RM48 bilion menjelang 2020

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dijangka menghadapi defisit RM48 bilion menjelang tahun 2020, jika peminjam yang ada sekarang tidak membayar balik pinjaman mereka.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung berkata jumlah yang sepatutnya dibayar balik kepada PTPTN pada masa kini ialah RM3.26 bilion, melibatkan hampir 780 ribu pinjaman yang telah diluluskan.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM346 juta telah diberikan penangguhan bayaran balik, manakala sejumlah RM1.54 bilion belum dibayar balik," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tengku Razaleigh Hamzah (BNGua Musang) yang mahu kerajaan menyatakan jumlah sebenar hutang PTPTN yang tertunggak dan rancangan kerajaan untuk membantu siswazah yang tidak menerima pinjaman bagi meneruskan pengajian di pusat-pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKRLembah Pantai), Hou mengakui bahawa PTPTN mempunyai masalah kewangan kerana perlu menampung banyak pinjaman.

"PTPTN akan terus bekerja kuat dan melakukan pelbagai cara yang perlu untuk mendapatkan wang yang cukup bagi menampung pinjaman pelajar. Sebab itu kita selalu ingatkan peminjam supaya segera menyelesaikan pinjaman mereka," katanya.

Nurul Izzah bertanyakan perkembangan perjanjian PTPTN dengan sebuah syarikat swasta untuk membiayai bantuan kewangan sejumlah RM1.5 bilion kepada badan tersebut.

Hou berkata, PTPTN juga tidak bercadang untuk hapus kira hutang sejumlah RM3.26 bilion tersebut, kerana badan itu juga perlu mengambil kira peluang meneruskan pelajaran bagi penuntut akan datang.

"PTPTN bukan satu badan untuk beri biasiswa, banyak biasiswa yang telah ditaja oleh pelbagai agensi kerajaan di samping kerajaan juga galakan pihak swasta dan GLC untuk beri biasiswa kepada pelajar," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas).

Ibrahim bertanyakan sama ada PTPTN bercadang untuk hapus kira hutang sejumlah RM3.26 bilion itu bagi kebaikan rakyat.

Sebaliknya beliau menyifatkan PTPTN sebenarnya lebih bertolak ansur di mana peminjam diberi tempoh mencukupi selama enam bulan sebelum diberi surat arahan bayar balik, manakala bagi penuntut yang dapat kelas satu, pinjaman akan ditukar kepada biasiswa.- BERNAMA

PAS: Rasa curiga dan bimbang wajar diurus dengan baik

Kemelut dalaman PAS diperpanjangkan, ahli-ahli dibawa dengan pelbagai cerita demi cerita, kisah demi kisah sehingga menenggelamkan isu pokok dan perkara benar. Perjuangan PAS tetap utuh cuma proses kematangan kalangan ahli pimpinan dan kepimpinan sahaja.

Terbaru adalah Himpunan Ulama PAS di Kedah, memberi reaksi bermacam-macam. Sehinggakan keluar para pendokong PAS mahu menolak kepimpinan ulama dan menaikkan golongan profesional dalam menerajui kepimpinan masa depan.

Samada perkara itu benar atau tidak adalah tidak penting, yang penting idea hujahan sudah dilontar kepada umum, seolah-olah memberi gambaran betapa jahatnya golongan profesional dalam PAS kerana mahu mengambil alih kepimpinan. Buktinya diberikan bilamana golongan ini dalam pemilihan lepas teruja benar menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden parti. namun kedua-duanya kalah dan ulama dinaikkan dan diangkat.

Kemungkinan-kemungkinan persepsi, rasa curiga serta bimbang itulah yang wajar diuruskan oleh kepimpinan parti dengan memberi nilai tambah kepadanya.

Monday, November 02, 2009

Nilai bahasa Melayu menjunam zaman Najib ?

Dalam semua orang sibuk mahu mengembalikan dan memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Penulis tertarik bilamana media menyiarkan ucapan pimpinan Gerakan berucap kepada perwakilan mereka dalam B Melayu. Slut dan ucap tahniah penulis kepada Presiden Gerakan Koh Tsu Koon dan juga Ketua Wanita Gerakan juga Tan Lioe Heo turut berbuat demikian.

Apa yang pelik dan hairan tiba giliran Najib selaku Pengerusi BN yang juga merupakan Presiden UMNO. Yang di dalamnya adalah berbangsa Melayu dn menagendakan perjuangan Melayu dan bangsa Melayu sebagai teras perjuangan mereka, berucap dimajlis tersebut 3/4 ucapannya menggunakan Bahasa Inggeris dan diselangseli ddalam Bahasa Melayu yang antara lain menghancurkan maksud dan mesej yang mahu disampaikan.

Inilah gambaran seorang pejuang 1Malaysia, yang mahu membentuk 1 aliran sekolah sahaja, tetapi gagal memberi contoh suri teladan yang baik kepada rakyat dan juga pimpinan yang dipimpin melalui kepimpinannya.

Sikap acuh tidak acuh dan sambil lewa meremehkan Bahasa Melayu sebagai bahasa oleh pimpinan no 1 negara amatlah dikesali. Biarlah 50 tahun lagi UMNO memimpin negara tahap bahasa akan kekal ditakut yang lama. Ini kerana rata-rata kepimpinan UMNO yang naik sekadar retorik dan mengikut masa dan musim sahaja perjuangan mereka. Agenda besar yang mahu dibawa amat lemah dengan nilai kesungguhan yang diletakkan begitu amat mengecewakan.

Malah dengan sikap dan teladan yang ditunjukkan oleh Najib semalam, jangan beliau marah nanti sektor swasta kekal mengamalkan pengurusan dan apa jua urusan dalam BI atau bahasa-bahasa lain. Seolah-olah sektor swasta negara kita, hari ini macamlah kita baru merdeka sahaja, di mana semua urusan sektor ini dalam BI.

Malah berjuanglah MTUC bagi membela pekerja gaji minima makan puluhan tahun, tetapi kerajaan usah bercakap tetapi mensampahkan sahaja usaha begitu.

Mufti Perlis ditangkap JAIS ?

Adalah 'sesuatu' yang mengemparkan bila bekas atau mantan mufti Perlis ditangkap oleh penguatkuasa agama, gara-gara gagal memiliki tauliah bagi menyampaikan ceramah 'agama' di Selangor.

Kita mungkin tidak pelik, jika Melaka mengharamkan 'ceramah' TGNA berceramah di negeri Melaka. Yang kita pelik adalah bekas mufti Perlis ditangkap.Sementelah pula negeri Selangor bawah kuasa Pakatan Rakyat. dan exco agama adalah orang PAS.

Apa pun tindakan ini bermotifkan apa walahualam. Tetapi inilah sebahagian asam garam politik dan cara berpolitik dalam negara kita. Maka kita orang yang berpolitik kena faham dari sudut politik lah juga.

Bagi kita, mantan mufti Perlis wajar menghormati 'konsep pentauliahan' dan permohonan memerlukan tauliah sebagai prasayarat pencermah, kerana ini adalah sebahagian daripada syarat yang ditetapkan oleh para mufti dalam menyelaraskan semua aktiviti dan kawalan ceramah dalam negera dan persekutuan Malaysia.

Minta beliau hormatilah. Inilah layanan yang wajar dirasai oleh Dato Mufti Perlis bila kita sudah tiada kuasa dan berkuasa. Inilah namanya hukum karma.

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin ditahan oleh anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi. Beliau kemudiannya dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang - foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI

JAIS bebaskan bekas Mufti Perlis

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi kerana dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.

Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pukul 9 pagi esok untuk merakamkan keterangan.

Sementara itu dalam sidang media selepas dibebaskan, Dr Asri bagaimanapun menolak sebab penahanannya ialah atas dakwaan beliau merupakan pengikut Wahabi.

"Dia (anggota JAIS) tak sebut pun perkara itu (Wahabi) kepada saya, dia kata saya mengajar tanpa tauliah, dia tak kata isu itu.

"Isu yang dia kata ialah kerana saya tidak ada tauliah... itu sahaja," katanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan lelaki yang berada di dalam banglo berkenaan cuba menghalang penguat kuasa JAIS untuk menahan Mohd Asri.

Pihak polis yang memantau operasi berkenaan hanya menjadi perantara kerana tidak mempunyai waran tangkap.

Turut sama berada dalam banglo berkenaan yang juga sedang mengikuti ceramah oleh Mohd Asri ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Mohd Asri menganggap penangkapannya itu telah dirancang sejak awal.

"Saya menganggap ini adalah usaha tangkapan terpilih kerana mereka memang target saya, ini (tangkapan) yang bertujuan kerana saya percaya ditempat lain juga pasti ada perhimpunan atau majlis-majlis yang sama seperti ini.

"Tapi oleh kerana mereka tahu di sini saya berhimpun, lalu mereka membuat operasi di sini," katanya.

Dalam pada itu beliau turut kesal dengan tindakan anggota JAIS sewaktu menguruskan operasi berkenaan.

"Tindakan JAIS tak serasi, bukan saya nak suruh mereka hormat saya, tapi sekurang-kurangnya mereka juga tahu saya bekas Mufti kerana negeri Perlis," katanya.

Diminta mengulas mengenai tauliah yang dikeluarkan oleh JAIS kepada guru agama yang ingin mengajar di Selangor, Mohd Asri berkata: "Saya ingin beritahu, JAIS ni, ketika saya menjadi mufti Perlis, mereka mengatakan semua mufti boleh mengajar di Selangor melainkan Mufti Perlis.

"Bayangkan kalau mereka tanya saya mengapa tak pohon tauliah... ketika saya ada jawatan mufti pun mereka mengecualikan saya daripada memiliki ruang bercakap dalam negeri Selangor."

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi Bernama berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu.

Najib tetap pertahan Koh Tsu Kon

Najib menjadi juara, beliau bangkit bangun mempertahankan tindakannya melantik Presiden Gerakan Koh So Kun dan Presiden MCA Ong Tea Keat dalam kabinetnya sebagai 'hak'nya. Amaran bernada keras itu diucapkan dalam ucaputama sempena Persidangan Parti Gerakan semalam diibu negara.

Ini adalah susulan 'teguran' ahli Parlimen Sri Gading Mohamad Aziz yang menyarankan agar kedua parti presiden berkenaan berundur dan meletakkan jawatan dalam kabinet, gara-gara gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Saranan Mohamad Aziz itu ada benar dan ada salahnya. Benarnya kerana beliau mahu semua pihak bertanggungjawab dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang key maker dalam kerajaan memacu kestabilan dan masa depan negara dengan diterajui oleh UMNO bersama rakan komponen. Kuat rakan komponen dalam kerajaan maka bertambah kuat dan mantaplah kerajaan yang sedia ada. Dan inilah nada yang mahu disampaikan oleh beliau. Selain itu, keberanian beliau pertama kali dalam sejarah seorang MP UMNO menegur rakan kabinet secara rasmi dalam Dewan yang antara lain boleh membawa pelabagi maksud yang tersurat dan tersirat. Apa pun kedua orang yang ditegur beliau 'tidak melenting' dan nampak macam sudah bersedia dan tahu.

Selain itu, juga Mohammad Aziz yang mewakili UMNO 'terlalu' berbangga dengan beralasan UMNO masih kuat dan utuh diterima rakyat. Pada PRU 12 yang baru lalu rakan-rakan komponen BN termasuk MCA , Gerakan , MIC, PPP, IPF lah antara yang menyebabkan kemerunduman prestasi BN.

MP Sri Gading ini lupa dalam UMNO sendiri termasuk menteri-menteri UMNO yang gagal juga melaksanakan KPI. Kegagalan itu bukan hanya terletak kepada Koh Tsu Kon sahaja. Inilah perkara yang gagal dimengertikan oleh Mohammad Nazri. Kita pun sedia maklum Mohammad Nazri 'jarang' mengkritik UMNO secara terbuka. Kerana memang beliau berhajat 'maju' setapak lagi dalam persada politik negara, dan mahukan Najib pandang sedikit kepadanya, dengan kehadirannya yang banyak memberi impak kepada UMNO BN dalam parlimen. Inilah signal Mohammad Nazri yang 'gagal' Najib mengertikan. Situasinya sama macam apa yang dilakukan oleh Noh Omar sedikit masa dulu dalam Dewan Rakyat.