Thursday, November 05, 2009

Isu 1Mufti bagi 1Malaysia ?

Cadangan Shahidan adalah satu cadangan yang baik. Bekas MB Perlis itu pada hari ini mencadang hanya satu mufti di Malaysia. Sebenarnya saranan, cadangan, pandangan ini sudah lama disuarakan oleh PAS. Kerajaan UMNO BN menyepikan sahaja pandangan tersebut, kerana ia tiada berkeperluan atas hal sedemikian.

Isu ini berbangkit semula setelah dibangkitkan oleh mantan MB Perlis. Yang mahukan mufti di Malaysia ini hanya seorang sahaja, berbanding sekarang ada terdapat 14 orang mufti yang membawa 14 pandangan dalam sesuatu hal dalam masyarakat jika berlaku sesuatu isu. Persoalan ini susah dan sukar bagi mencari jalan penyelesian sesuatu isu itu.

Namun kini cuma Shahidan sahaja yang membangkitkannya kerana Dr Asri adalah bekas mufti Perlis yang diserbu dan ditangkap oleh JAIS kerana berceramah di Selangor dengan tidak ada tauliah bertulis daripada JAIS Negeri Selangor. Tangkapan JAIS telah memberi imej yang memalukan kepada bekas mufti ini dan di isu kan sebagai satu isu besar dalam negara kita, sehingga menengelamkan isu laporan audit terhadap pelbagai agensi kerajaan di Malaysia.


Inilah wajah sebenar kerajaan UMNO BN. Yang masih lagi dipercayai oleh majoriti rakyat berbangsa Melayu yang memenangkan UMNO disemua DUN seluruh Malaysia. Agama bagi mereka digunakan ikut situasi atau keadaan semasa sahaja. Inilah UMNO ? Walaupun suara itu disarankan oleh Shahidan Kassim tetapi ia memberi gambaran sebenar wajah UMNO. Inilah bentuk dan cara gaya fikir. Pimpinan UMNO akan mula bersuara sesudah mereka sudah 'pencen' daripada kuasa. Visinya mudah samada mahu mencari atau mencuri populariti bagi sesuatu tujuan yang lain dengan mengharapkan habuan yang lain juga. Atau mempunyai agenda-agenda memulihkan imej dan mahu memberi signal kepada umum bahawa tokoh yang sudah ditenggelamkan itu masih berkaki dan berkuku lagi.


----------------


Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan hanya satu jawatan mufti diwujudkan di negara ini bagi mengelakkan pertikaian dan perselisihan pendapat sesama mereka.

Katanya, pada masa ini setiap negeri mempunyai mufti dan perbezaan pandangan di kalangan mufti-mufti akan menimbulkan keresahan rakyat kerana isu agama adalah sensitif.

"Perkara ini perlu dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk dibincangkan pada mesyuarat akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) berhubung kenyataan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zain AlGhari mengenai bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Zamihan baru-baru ini mendedahkan, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Dr Mohd Asri melibatkan Bahasa Arab dan Sastera dan pendedahan itu disifatkan Shahidan sesuatu perkara yang mengaibkan.

Shahidan juga berharap peraturan baru diwujudkan berhubung pelantikan mufti termasuk memastikan mereka mempunyai pendidikan bertaraf doktor falsafah (PhD) dan hafal al Quran selain mahir dalam hal ehwal syariah.

Sementara itu, Shahidan berkata laporan kepada JAIPs dibuat bagi membersihkan nama baik kerajaan negeri Perlis yang telah melantik Dr Mohd Asri sebagai Mufti Perlis sebelum ini.

Pengarah JAIPs Malek Hussin yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) berkata laporan Shahidan itu akan dikaji dan dipanjangkan ke peringkat MAIPs termasuk menyembah maklum kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs.

Turut mengiringi Shahidan membuat laporan itu ialah bekas Pengarah JAIPs, Md Sadik Ismail.

Semalam, Shahidan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang membuat laporan di Balai Polis Kangar berhubung kenyataan Zamihan selain memorandum oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang diPertuan Agong berhubung isu Dr Mohd Asri. BERNAMA

No comments: