Friday, August 07, 2009

Tangani secara berhemah isu arak Selangor ?

Kemelut kerjasama pembangkang dalam Pakatan rakyat (PR) perlu dileraikan dengan konsep dan semangat antara tuntutan dan keperluan. Isu rampasan arak oleh penguatkuasa PBT MBSA yang diarahkan arak itu dikembalikan oleh pimpinan DAP amat tidak bertepatan dengan semangat kerjasama Pakatan.


DAP melihat arak adalah sebagai satu keperluan kepada peniaga dan habitat keuntungan yang utama bagi DAP. Rata-rata disokong dan memerlukan kumpulan sokongan para peniaga atau kalangan peniaga untuk memanjangkan jangkahayatnya. Kerana antara misi dan matlamat DAP adalah terlalu banyak memperjuangkan tuntutan da keperluan golongan peniaga. Berbanding PAS perjuangan meliputi tuntutan dan keperluan keagamaan. Asas-asas agama mesti dipasak dalam masyarakat pelbagai kaum dan budaya bangsa ini. Inilah yang belum lagi dikenali dan difahami. Justeru ia bukanlah satu tugas yang mudah.

Pimpinan Pakatan khas daripada DAP perlu faham segala peraturan yang sedia ada mestilah dipatuhi sepatuh-patuhnya, selagi mana larangan tersebut bersifat baik kepada semua pihak. Jika alasan perniagaan itulah satu-satunya pulangan yang menguntungkan, maka banyak lagi alternatif dan pilihannya.


Syabas, PAS Selangor mengambil sikap berani lantang mendesak agar rakannya wakil exco DAP Roniee Liu ditukarkan ke jawatan lain. Sebaliknya MB Selangor daripada PKR tetap mempertahankan. Ini memberi gambaran bentuk kerjasama sedikit tergugat.


Ruang MB mempertahankan wakil DAP kekal dalam jawatan yang disandang itu mengundang serangan daripada media yang mendapat 'senjata' baru yang serangannya kali ini cukup bisa. rakyat terbanyak jelas termakan dan memang tidak dapat dinafikan bagi pejuang cinta sejati islam. bab arak isu arak bukan masalah kecil tetapi amat bermasalah. maka inilah tujuan dan matlamat mereka berjuang bagi menjauhkan masyakarak dalam negara ini dengan arak, judi antar perkara-perkara terbesar dosanya dan amat tercela dalam agam. Oleh itu jika kita sudah dapat kuasa tetapi gagal dan macam tidak menggunkan kuasa itu. maka sia-sialah skongan perjuangan mereka kepada parti yang mahu menlaksanakan tuntutan agam mereka. Inilah persoalan. maka persoalan inilah yang gagal diberi faham kepada rakan-rakan kita hatta yang beragama Islam sendiri dalam PKR pun apatah lagi Cina dalam DAP. Bayangkan...

Thursday, August 06, 2009

1Malaysia : Ipoh bandar Kasut ?

Memalukan, idea yang bankrap, menjatuhkan nilai dan martabat manusia. Inilah bibit kejatuhannya meniru gaya Khir Toyo. MB Perak yang diharamkan jawatannya, Zambry Kadir mahu Bandar Ipoh diisytiharkan sebagai Bandar Kasut. Entah lah di Malaysia atau dunia.
Sememanglah benda itu tidak pernah dibuat orang, yang peliknya satu hari nanti bila sahaj menteri UMNO tengok lalang boleh jadi duit atau ada nilai ekonomi. Maka depa pun akan isytiharkan Bandar Lalang.
Sepatutnya kasut yang dibaling oleh seorang wartawan Iraq ke atas Bush bekas Presiden AS itulah yang dijadikan logo bandaraya Ipoh. Barulah ada kelas di kalangan kasut-kasut. Maka kasut yang hampir kena Bush itulah yang dijadikan trademark. Lambat memikiornya Yob oi...
Cuma kita nak tunggu di Malaysia ni mana kawasan yang akan di isytiharkan Bandar H1N1. Sebab babi ni mempunyai nilai komersil yang cukup tinggi daripada kasut. Bandingkan kasut dengan babi. Babi jauh lebih komersial dan boleh diimport eksport.
Abah - mahu tunggu saja

Perak bangunkan 'Bandar Kasut Ipoh'

Zambry melihat kasut yang dihasilkan pengusaha tempatan sambil diperhatikan isterinya, Datin Seri Saripah Zulkipli (kanan) di Ipoh, Perak semalam.
IPOH - Kerajaan Negeri Perak mahu mengukuhkan lagi industri pembuatan kasut tempatan yang sudah bertapak di sekitar Lembah Kinta sejak lebih 100 tahun lalu dengan mewujudkan 'Bandar Kasut Ipoh' di kawasan Bukit Merah dan Menglembu di sini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, bagi merealisasikan cadangan itu, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Pertubuhan Industri Kasut Perak di samping menaik taraf kawasan pembuatan kasut berkenaan.
"Kami juga bercadang untuk mewujudkan pusat pameran dan jualan kasut buatan negeri Perak yang mana lokasi pusat tersebut akan ditentukan tidak lama lagi,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pertandingan Reka Kasut Malaysia (MFDC) 2010 anjuran Pertubuhan Industri Kasut Perak di sini semalam.

Caj tambahan RM12 sukan Astro melampau - NGO

Apa lagi yang dapat diharapkan daripada kerajaan pilihan kita. Sememanglah dalam perlembagaan negara ada kebebsan hak bersuara. Tetapi kata penentu dan kawalan adalah kerajaan. Rakyat serta semua syarikat koporat terletak dan termaktu bawah kerajaan juga. Jika kerajaan pun macam kita(rakyat) juga tidak dapat buat apa-apa. Justeru apalah guna kita lantik dan pilih dia sebagai kerajaan.
Terkini perbuatan Astro satu-satunya stesen televisyen berbayar yang tunggal di negara kita. Bulan ini mengenakan caj kepada pelanggan stesen ini kerana melanggan sukan katanya. Akibat kos pengurusan bayaran DUNIA tinggi maka kami caj atas KEPALA rakyat Malaysia.
Nah apa tindakan kita. Kita BOIKOT langgan ASTRO. Bukannya mati tidak dapat siaran bola EPL, Golf, Formula 1. Macam mana....kempenkan ?

KUALA LUMPUR - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melahirkan rasa kurang senang terhadap tindakan Astro mengenakan bayaran tambahan RM12 sebulan untuk pakej sukan Astro melalui bil bulan ini.
Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, kerajaan perlu meneliti semula syarat dan terma yang telah diberikan kepada Astro supaya syarikat televisyen berbayar itu tidak mengaut keuntungan tanpa memikirkan bebanan kepada pelanggan.
"Astro sepatutnya menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka kerana rancangan sukan adalah satu daripada cara untuk menggalakkan masyarakat menjalani gaya hidup sihat," katanya. - Bernama

Wednesday, August 05, 2009

Kenyataan Penuh Dr Hassan Ali “KONTROVERSI ISU ARAK DI NEGERI SELANGOR”



PENDAHULUAN

MEMINUM arak ataupun minuman berakohol yang memabukkan merupakan salah satu dosa besar dalam agama Islam. Ia haram diminum samada dalam kuantiti yang banyak ataupun sedikit, samada sipeminum tadi mabuk ataupun tidak akibatnya.Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. “(al Maidah: 90).Nabi Muhammad s.a.w pernah melaknat mereka yang terbabit dengan arak ini iaitu sebanyak 10 golongan melalui sabdanya:

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:(1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.”(Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

Oleh itu kerajaan bertanggungjawab memastikan yang rakyat jelata khasnya yang beragama Islam tidak terlibat dalam aktiviti yang membabitkan arak ini tambahan pula di Negeri Selangor, umat Islam di negeri ini adalah tertakluk dan terikat pada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang berkuatkuasa sejak 22 November 1996 yang telah mengkategorikan meminum dan menjual arak sebagai suatu kesalahan jenayah syariah.

Melalui Enakmen ini di bawah kategori kesalahan minuman yang memabukkan dinyatakan di bawah Seksyen 18 (1) dan (2) iaitu:
(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

INISIATIF MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI ARAK DI SELANGOR
Diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) contohnya di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berdasarkan sentimen dan tuntutan masyarakat, usaha telah dilakukan untuk memperkenalkan peraturan bagi mengawal penjualan arak ini iaitu di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam. Inisiatif ini turut diambil oleh ahli-ahli majlis di PBT-PBT yang lain di Selangor.

Walaubagaimanapun harus diberi perhatian bahawa segala usaha di atas TIDAK sama-sekali melibat atau membabitkan hak masyarakat bukan Islam di Negeri Selangor. PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak ini diharamkan dijual atau diminum dikalangan masyarakat bukan Islam.

Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya disisi Islam dan bukan untuk menganggu-gugat hak masyarakat yang bukan Islam.

Oleh itu PAS Selangor kesal apabila inisiatif dari tindakan untuk mengawal pengurusan penjualan dan peminuman arak ini dikalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak yang tertentu. Campurtangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai 2009 lalu dengan mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pegawai MBSA yang melaksanakan tugas ternyata telah mengingkari saluran-saluran pentadbiran yang sepatutnya.Malah PAS Selangor mendapat laporan bahawa campurtangan itu (dan beberapa tindakan serupa sebelum ini) telah menganggu dan menjejaskan moral ahli-ahli majlis PBT dan para pegawai serta kakitangan kerajaan amnya.

TUNTUTAN-TUNTUTAN DAN TINDAKAN PAS SELANGOR

PERTAMA: Dengan perkembangan ini PAS Selangor mendesak agar kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim agar serius dan menyegerakan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, untuk digunapakai seluruh negeri Selangor, supaya kontroversi seumpama ini tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam di sini.

KEDUA: PAS Selangor turut menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

KETIGA: PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada seluruh kekuatan parti di negeri ini untuk mengambil langkah-langkah yang wajar dan bersesuaian dengan kedudukan dan jawatan masing-masing agar usaha untuk membebaskan umat Islam dari arak ini dilakukan secara serius dan berterusan, menurut adab, peraturan dan undang-undang yang sedia ada, demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat dan umat Islam di negeri ini.

KEEMPAT: PAS Selangor akan segera mengemukakan deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak dikalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat PBT-PBT.

KESIMPULANKesimpulannya, PAS Selangor mengesan bahawa keseluruhan rentetan kes-kes ini sesungguhnya berpunca dari kegagalan dan kelemahan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor yang telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini lebih 50 tahun lalu.

Pimpinan Umno Selangor semasa berkuasa dahulu terbukti tidak sama-sekali serius dan jujur dalam menyelesaikan masalah orang-orang Islam termasuklah berhubung penjualan dan peminuman arak ini. Oleh itu PAS kini melalui mandat yang diberikan rakyat kepadanya, bertanggungjawab untuk memperjuangkan isu ini demi kepentingan masyarakat Islam dan seluruh rakyat amnya.

YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI
PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR4 OGOS 2009

Sikap Khalid dan PAS bagaimana ?

Cakap salah dan tidak cakap lagi salah. Itulah masalah PAS Selangor dalam kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Seandai Khalid menerima tuntutan PAS maka Khalid akan dilihat alah dalam mengurus dan tewas di tangan PAS. Begitu juga DAP akan semakin marah pula atas tindakan Khalid itu.
Namun adat dalam perjuangan ada yang menang ada tewas. Itulah lumrah adat dalam kehidupan di dunia. PAS mestilah dilihat kuat feudamental terutama melibatkan arak. Rampasan PBT khususnya MBSA araknya dikembalikan, inilah masalahnya. Bagi PAS soal ini tiada kompromi, sepatutnya Roniee Lieu patut hormat akan pendirian dan sikap PAS.

Tuesday, August 04, 2009

ISA: Media belum puashati

Media bawah kebenaran atau atas kebenaran. Nampak mereka belum berpuashati lagi dengan membuat provokasi terhadap rakyat dan cuba memusing minda rakyat bahawa Himpunan Membantah ISA adalah sesuatu perlakuan salah, Dan kesalahannya mahu diperbesarkan dan media amat seronok jika para penganjur demontrasi jalanan itu dihukum. Maknanya barulah media berpuashati kerana kerja mereka sekarang belum cukup kuat bagi menarik kerajaan menghukum 'keras' penganjur demo tersebut.
Hari ini media mendakwa seorang anak pemandu lori dari Butterworth berusia 15 tahun menyertai demo. Beliau mendakwa anaknya dibawa oleh kumpulan parti pembangkang tanpa restu dan dimaklumkan kepadanya.
CATATAN#Demo ambil tahu sangat emak ayahnya, (pasal rempit jalan malam, lepak malam macam mana).
Inilah satu bentuk mainan media memutar-mutarkan cerita. Memberi gambaran imej palsu buruk dan jahat penganjur yang memperalatkan remaja ke arah kegaitan songsang dan terlarang. Berbanding kegiatan program-program realiti, Black Metal, Punk, Dadah, Hiburan melampau yang dikira mengikut norma dan aliran semasa.
Media akan terus mempromosi isu DEMO ini sehinggakan tertangkap dan tercapai hajatnya bagi menangkap penganjur demo.

Arak di Selangor: PAS mahukan ketegasan KN


Isu arak: PAS Selangor desak Ronnie Liu ditukar


Mahu jawatan itu disandang sendiri oleh MB Selangor atau orang lain



TEGAS...Pesuruhjaya PAS Selangor ketika menemui wartawan di pejabatnya di Shah Alam hari ini. PAS mendesak Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal kerajaan tempatan, Ronnie Liu digantikan dengan orang lain ekoran isu ahli politik campur tangan dalam isu rampasan arak oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.



SHAH ALAM: PAS Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri menukar Exco Kerajaan Tempatan sekarang ekoran campur tangan ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu.
Jawatan Exco kanan itu kini disandang oleh Ronnie Liu dari DAP.



Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu Menteri Besar Selangor sendiri memegang jawatan itu ataupun diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.



Pendirian itu diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebentar tadi.



"PAS Selangor menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula atau ditukar berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.
"PAS rasakan bahawa pemegang yang sekarang ini ada sedikit masalah, insiden terdahulu timbul sedikit permasalahan," katanya.



Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor berkata, beliau belum memaklumkan pendirian PAS itu kepada Menteri Besar dan Ronnie Liu sendiri.



"Perkara ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri esok... Exco PAS akan bawa isu ini," katanya.



Dalam pada itu menurut Hasan, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri supaya serius membanteras penjualan arak di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam.



Katanya, kerajaan negeri perlu segera mengeluarkan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk diguna pakai di seluruh negeri supaya kontroversi berkaitan isu arak tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam.



Bagaimanapun menurut beliau, langkah sedemikian tidak membabitkan hak masyarakat bukan Islam di negeri ini.



"PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak diharamkan dijual atau diminum di kalangan masyarakat bukan Islam.




"Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya di sisi Islam dan bukan untuk mengganggu-gugat hak masyarakat bukan Islam.



Oleh itu jelasnya, PAS Selangor kesal apabila inisiatif untuk mengawal pengurusan penjualan dan aktiviti minum arak di kalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak tertentu.
Minggu lalu, Ronnie Liu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya memulangkan bir yang dirampas di sebuah kedai serbaneka dekat sini.



Kata beliau, ia perlu dipulangkan semula kerana salah faham. Perkara itu juga telah dikecam oleh Umno Selangor.



Rampasan oleh Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA itu dibuat selepas menerima aduan daripada penduduk setempat sejak beberapa bulan lalu yang tidak berpuas hati kerana mendakwa premis berkenaan menjual minuman keras kepada umat Islam.




Bagi memastikan enakmen berhubung arak tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin, PAS Selangor juga akan mengeluarkan satu deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak di kalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat pihak berkuasa tempatan (PBT).



"Deraf berkenaan bukan satu undang-undang baru, sebaliknya hanya sebagai peraturan yang boleh digunakan oleh kesemua 12 PBT yang ada di Selangor.



"Sekarang ini hanya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang boleh ambil tindakan, jadi sekarang ini kita nak bagi kuasa itu kepada penguatkuasa PBT juga," katanya.


ISA: Krisis keyakinan ?

Ramai orang kini bercakap soal ISA. Ini menunjukkan demo ISA 1 Ogos amat berjaya. Dalam ramai itu ada kumpulan bermati-matian mahu kerajaan mempertahankan ISA atas alasan hujahan mereka tersendiri. Manakala kedua adalah kumpulan penentang pemansuhan ISA.


ISA masih diperbahaskan, menarik serta mendapat perhatian ramai. Dalam kedua-dua puak pro dan kontra ISA itu. Soal hak keistimewaan Melayu, hak agama, hak raja-raja Melayu wajar dipertahankan,iiada ISA maka tanah orang - orang Melayu akan digadai dan tergadai, Melayu akan jatuh merempat jika ISA tidak dipertahankan, antara alasan dijadikan hujah mempertahankan ISA. Manakala hujah kumpulan kontra ISA zalim, tidak berperikemanusiaan dan masih ada banyak cara lain yang diterima Islam. Dan tidak relevan lagi sesudah 52 tahun merdeka.


Maknanya orang Islam sendiri pening untuk mendaulatkan undang-undang Islam sebagai cara hidup mereka diuruskan. Pemimpin dan rakyat teramai masih yakin ISA dapat melakukan keadilan yang tersendiri.


Menariknya, majoriti orang Melayu Islam lah yang menentangnya dan Melayu Islam teramai jugalah yang mahu ia dipertahankan. Alasannya berdasarkan satu dua hujahan di atas.


Krisis keyakinan Melayu terhadap Islam dan yakin terhadap Islam sehingga menimbulkan was-waskan., wajar dibuang dan dijauhkan. Inilah nilaian, dapatan ini akan menjadikan permulaan dan kerja kuat yang wajar dibuat dan dilaksankan oleh golongan daie.

Monday, August 03, 2009

TPM yang kalah ?

Kita tidak sangka jugalah tetiba TPM mengaku bahawa UMNO berada disebelah orang kalah. Inilah pengakuan jujur atas sedar atau bawah sedar. Gara-gara beliau marahkan DSAI kerana katanya semasa DSAI sebagai TPM dan Timbalan Presiden UMNO macam dia . Anwar tidak pernah mencerca dan mengatan UMNO itu zalim.

Tambah marah Mahyuddin lagi orang ramai amat percaya dan yakin kini UMNO adalah sebuah parti yang zalim. Beliau menambah kini semua orang tidak hargai lagi jasa-jasa UMNO sejak 52 tahun dahulu.

Inilah hebatnya tsunami Anwar yang berjaya mengitar dan spin mida rakyat sehinggakan rakyat dibaham oleh Anwar. Kita mahu bertanya , tidakkah kerajaan mempunyai ramai pakar itu dan ini, banyak pusat kajian strategik itu dan ini, masakan pemikiran Anwar yang seorang gagal ditangani dan TPM bukti surendder awal. Inilah buktinya perjuangan mereka semakin lemah dan menunggu masa sahaja untuk diambil alih.
Kita nanti dan tunggulah reaksi orang no 1 UMNO. Apakah dia akan buat 1 UMNo atau 1BN atau 1 Isteri atau apa lagi kempen Najib. Kita tahu idea 1 Malaysia ini adalahmungkin idea Rosmah saja kot. Sebab dia mahukan najib jangan gilakan atau tergila-gilakan bini orang lagi adan dengan 1 Rosmah aje.







Anwar pengkhianat



BATU PAHAT 2 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu.Timbalan Perdana Menteri turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin lidah bercabang kerana sanggup memutarbelitkan fakta mengenai usaha UMNO untuk memartabatkan orang Melayu.

“Dulu dia pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO seperti saya sekarang, tetapi dia sekarang menggunakan cara yang memperdayakan untuk memusnahkan perjuangan kita,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini semalam.

Muhyiddin berkata, Anwar selaku Ketua Pembangkang kini menyebarkan dakyah untuk mencipta persepsi negatif terhadap usaha UMNO dalam mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan institusi raja.

“Dia kata kepada semua orang bahawa UMNO zalim, tetapi beritahu saya sekarang dalam cara apa yang kita zalim? Kenapa dia tidak beritahu ini semasa dia jadi pemimpin kita?” soalnya. Beliau mendedahkan taktik pembangkang mengulangi pembohongan hingga rakyat mempercayai penipuan itu.

“Hingga sampai ke tahap ini, orang menganggap apa yang dilakukan oleh UMNO adalah salah dan apa sahaja yang dilakukan kita tidak baik untuk rakyat.“Maka semua kebaikan yang pernah kita lakukan membangunkan negara sejak 50 tahun lalu tidak lagi dihargai,” katanya.

Muhyiddin mengakui UMNO bukanlah parti yang tidak pernah melakukan kesilapan namun ia telah melakukan yang terbaik untuk menghapuskan rasuah, keangkuhan dan pengurusan yang tidak cekap. “Tiada masalah untuk mengkritik kerana kita bukan maksum tetapi saya tidak boleh terima kalau pembangkang menghina dan tidak menghormati orang Melayu,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru ahli dan pemimpin UMNO mengubah persepsi negatif pembangkang terhadap parti dengan terus mendekati rakyat terutama di peringkat akar umbi.Menurutnya, pendekatan itu jika dilakukan secara berterusan akan menyedarkan rakyat terhadap perjuangan ikhlas UMNO dalam membela nasib mereka terutama bangsa Melayu.“Kita hanya mempunyai dua tahun untuk mengubah persepsi dan imej buruk itu,” katanya.Menurutnya, UMNO juga bukan parti yang semata-mata mahukan undi rakyat pada setiap pilihan raya, tetapi untuk membela dan membangunkan mereka.

“Tetapi disebabkan dakyah serta pelbagai tuduhan pembangkang terhadap UMNO menyebabkan timbul persepsi buruk rakyat terhadap parti sejak kebelakangan ini,” katanya.
Ekoran itu, beliau berkata, tindakan segera perlu dilaksanakan mulai sekarang bagi mengembalikan semula keyakinan tersebut agar UMNO dapat terus berjuang untuk membela mereka.

Dun Permatang Pasir: PKR wajar bersikap terbuka ?un

DUN Permatang Pasir sudah kosong kerusinya. ADUN yang memenangi kerusi tersebut adalah Hamdan Abdul Rahman mewakili PAS. Justeru secara logik dan lazim antara Pakatan Rakyat kerusi itu adalah milik PAS. Oleh itu sebarang tuntutan dan penyelesian tuntutan hendaklah diselesaikan melalui saluran persepakatan Pakatan. Bukannya menuntut kerusi dan mempertanahkan kerusi melalui media atau akhbar.

Terkini PAS menjawab bahawa kerusi Pematang Pasir adalah haknya. Setidak-tidak PKR kenalah hormati dan janganlah bersikap tamak dan bernafsu besar. Jika mahu mencapai cita-cita politik untuk memberi impak besar terhadap kepimpinan negeri diterajui oleh DAP di Pulau Pinang hendaklah dibuat percaturan dan perancangan tersusun daripada awal dan biarlah jangkapanjang dan janganlah tergesa-gesa dan nampak terburu-buru serta tidak sabar.


Kita sebagai ahli Pakatan kena saling kukuh memperkukuhkan dan lengkap melengkapi antara satu sama lain. Biarlah kita nampak berpadu jelas kuat tanpa tergugat dengan gugatan musuh dan lawan. Dalam kaedah bersahabat kita wajar ada had cerminan diri. Biasalah dalam proses ini ada hak tawar menawar sememangnya ia adalah adat khas dalam berpolitik. Apa pun kedua pihak wajar faham lebih-lebih lagi PKR yang semakin diuji dan merasakan mereka semakin kuat. Janganlah atas sifat diri kita merasa kuat kita mahu menidak atas kepentingan dan persetujuan bersama. Bersahabat dan berkawan biarlah ramai, kasih biralah yang satu itu sahaja.


Apa masalah orang No 1 dan No 2 ?

Kenapa dan mengapa Najib tiba-tiba memperakui bahawa gandingannya dengan Mahuyiddin adalah gandiangan yang serasi. Jika disoroti sejarah politik terdahulu hubungan PM dan TPM aiaitu orang No 1dan No 2 sering ada masaalah dan tiada persefahaman. Ini adalah lumrah. Bagaiamana mahu menyatukan dua fikiran berbeda dalam satu masa. Sikap tolak ansur pihak pertama dan sikap menerima satu pihak lagi dituntut.


Jika keduanya gagal menguruskan hal ini, maka hubugan kedua akan mengundang masalah. Justeru masalah mereka kedua juga akan menjejaskan kesannya kepada rakyat teramai jua. Inilah kesan dan impaknya.


Kenyataan tiba-tiba Najib di Pagoh macam satu pengisytiharan atau Delkrasi najib-Muhyiddin saja lagakknya. Cuma dalam pengisytiharan tersebuut TPM tiada bersama beliau. maka dengan tidak ada hadirnya satu pihak lagi, maka pengisytiharan itu itu adalah pegisytiharan politik bagi menutup sesuatu desas desus kencang yang bertiup atau ditiup.


Sememang orang No 2 tentulah tidak sabar, beliau juga mempunyai cita-cita politik. Sementelahan orang No 1 sering dan nampak sokmo bermasalah. Walaupun orang No 1 itu hebat, kehebatannya adalah legasi bapanya sahaja. Sebalik orang No 2 lah yang merencana dan mengerakkan kerusi orang No 1 dapat secara mudah hasil kerja keras orang No 2 lah. Justeru orang No 1 terhutagng budi, maka diisytiharkan dia serasi dengan orang No 2. Maka mahu tutup kes lah dan mahu ucap t/kasih atas kenang budilah tu. Dalam politik apa-apa pun boleh berlaku, tambah-tambah parti yang bernama UMNO.

Sunday, August 02, 2009

Para peniaga di TAR mana harga diri kamu ?

ISA memberi nilai baru kepada parti pembangkang, semangat setiakawan dan kebersamaan menunut hak lebih bermakna, ISA adalah undang-undang zalim, bukan ditujukan kepada para peniaga ISA ditujukan kepada mereka yang berkcenderungan menguggat kuasa kerajaan.


Kerajaan tidak pelik dan hairan peniaga berniagalah 31 hari sebulan siang dan malam, kerana impaknya kerajaan yang dapat hasil dan pulangan dan kuasa mereka termasuk Dato Bandar semakin membengkak bontotnya kerana mendapat pujian daripada para peniaga. Biarpun harga minyak bakalan naik September ini, tambang bas teksi juga naik dan akhir sekali barang pengguna lain akan naik memanglah menjadi kebanggaan serta cita-cita peniaga. bagi mereka persetan dengan nasib orang yang ditahan ISA, persetan dengan perasaan, makan minum anak-anak ISA yang ditahan yang penting peniaga dapat mengaut untung. Peniaga yang tiada roh keislamannya sikit pun tidak bersimpati sebaliknya lebih mementingkan kepentingan perniagaan mereka dan diri mereka sendiri. Inilah sikap sebenar rakyat, inilah asuhan 52 tahun UMNO BN, inilah rupa wajah bangsa ku. Yang kaya wang ringgitnya, miskin budi bahasa , justeru rajin usaha cari rezeki tetapi kedekut dan bakhil perasaan kasih sayang, simpati, serta insaf atas kesediahan dan kesempitan kehidupan orang lain.


Apa yang mahu dibanggakan, umat negara kita kaya, rajin tetapi emah budinya. Buatlah slogan berbudi bahasa budaya kita, amalan tolong menolong tuntutan kita, kebajikan tanggungjawab bersama, semua adalah slogan kosong.


Malah pembudayaan agama sebagai amalan sempadan kehidupan langsung tidak dihayati. bagi para peniaga ini Islam mereka sekadar sembahyang, puasa, haji, khawin, cerai dan seumpama yang diwarisi.

ISA: Rakyat dan pemimpin dungu sahaja marah

Paling dungu adalah menteri dan mereka yang sealiran dengan pemimpin zalim. Kita mahu bertanya bayangkan Himpunan 1 juta manusia saban tahun diadakan oleh penganut agama Hinduu bagi merayakan perayaan Thaipusam, Perayaan di kawasan tengah bandar perarakan dari belakng bas Stand Kelang menuju ke Batu Caves. Nah bila tiada campurtangan keamanan dan keselesaan orang ramai tiada siapa yang rugi.

Kenapa peniaga perlu marah, kenapa pemimpin mahu persoalkan, hak rakyat bersuara kerana kedegilan dan kerajaan enggan mendengar suara rakyat. Apakah demokrasi tahi kucing yang mahu diagungkan.