Thursday, August 06, 2009

1Malaysia : Ipoh bandar Kasut ?

Memalukan, idea yang bankrap, menjatuhkan nilai dan martabat manusia. Inilah bibit kejatuhannya meniru gaya Khir Toyo. MB Perak yang diharamkan jawatannya, Zambry Kadir mahu Bandar Ipoh diisytiharkan sebagai Bandar Kasut. Entah lah di Malaysia atau dunia.
Sememanglah benda itu tidak pernah dibuat orang, yang peliknya satu hari nanti bila sahaj menteri UMNO tengok lalang boleh jadi duit atau ada nilai ekonomi. Maka depa pun akan isytiharkan Bandar Lalang.
Sepatutnya kasut yang dibaling oleh seorang wartawan Iraq ke atas Bush bekas Presiden AS itulah yang dijadikan logo bandaraya Ipoh. Barulah ada kelas di kalangan kasut-kasut. Maka kasut yang hampir kena Bush itulah yang dijadikan trademark. Lambat memikiornya Yob oi...
Cuma kita nak tunggu di Malaysia ni mana kawasan yang akan di isytiharkan Bandar H1N1. Sebab babi ni mempunyai nilai komersil yang cukup tinggi daripada kasut. Bandingkan kasut dengan babi. Babi jauh lebih komersial dan boleh diimport eksport.
Abah - mahu tunggu saja

Perak bangunkan 'Bandar Kasut Ipoh'

Zambry melihat kasut yang dihasilkan pengusaha tempatan sambil diperhatikan isterinya, Datin Seri Saripah Zulkipli (kanan) di Ipoh, Perak semalam.
IPOH - Kerajaan Negeri Perak mahu mengukuhkan lagi industri pembuatan kasut tempatan yang sudah bertapak di sekitar Lembah Kinta sejak lebih 100 tahun lalu dengan mewujudkan 'Bandar Kasut Ipoh' di kawasan Bukit Merah dan Menglembu di sini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, bagi merealisasikan cadangan itu, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Pertubuhan Industri Kasut Perak di samping menaik taraf kawasan pembuatan kasut berkenaan.
"Kami juga bercadang untuk mewujudkan pusat pameran dan jualan kasut buatan negeri Perak yang mana lokasi pusat tersebut akan ditentukan tidak lama lagi,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pertandingan Reka Kasut Malaysia (MFDC) 2010 anjuran Pertubuhan Industri Kasut Perak di sini semalam.

2 comments:

Unknown said...

Idea ini kalau tak salah saya sudah lama nak diperkenalkan ..masa itu atas Pakatan ataupun BN. Ia tidak berjaya selepas survey kerana semakin banyak kilang kasut telah tutup. Ia lebih menguntungkan & lebih murah , mahupun lebih berkualiti jika diimport dari China.
Zombi itu tidak sedar yang kasut dijual oleh perniaga Perak , kesemuanya diimport dari China.
Industri sektor itu boleh dikatakan "risky industry" oleh kebanyakan Bank.

Tengoklah..ia akan gagal & hanya sekadar cakap saja.
macam dulu, bila projek membuat "seluar dalam" dengan sisik ikan memang the dumb-s project oleh kerajaan BN, 2 tahun lepas.

yes said...

Saya lihat kasut second hand pun banyak di Ipoh. KL juga ada jual kasut second hand. mungkin kasut kasut yang hilang di masjid tu ada di jual di sini