Thursday, July 03, 2008

Wibawa Pak Lah tercalar .....

Selepas Pak Lah umumkan kenaikkan harga minyak. Beliau dengan bangga mengumumkan pelan itu pelan ini serta langkah itu dan langkah ini. Semuanya untuk kebaikan rakyat dan demi rakyat. Pendekatan dan langkah-langkah hebat menyebabkan pengurusan tertinggi negara teruja dan Nampak ‘hebat’ dari segi gaya pengurusan dimata rakyat.

Pertama rakyat dapat rebet RM625 sekali untuk tahun ini kepada semua pemilik kenderaan persendirian bawah 2000CC serta motosikal 200CC sebanyak RM150. Dan langkah lain antaranya adalah bayar gaji sektor awam dua kali sebulan.

Tapi hari ini pengumuman Pak Lah jadi bubur ………kerana

PUTRAJAYA: Pembayaran gaji kakitangan awam akan diteruskan seperti biasa dan bukan dua kali sebulan mulai bulan depan seperti yang diumumkan sebelum ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, perkara itu diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mohd Sidek berkata, keputusan kerajaan untuk membayar gaji dua kali sebulan bagi memudahkan penjawat awam dalam menguruskan perbelanjaan mereka, tidak akan diteruskan.

"Penjawat awam sendiri sebagaimana yang disuarakan Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam) memikirkan tidak perlu dibayar dua kali sebulan maka kita tak akan teruskan," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu selepas melancarkan Laporan Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional 2007 di sini hari ini.

Mengenai tuntutan terbaru Cuepacs supaya Elaun Sara Hidup (COLA) kakitangan awam dinaik dan diselaraskan daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi seluruh negara, Mohd Sidek berkata, kerajaan akan meneliti perkara itu.

Beliau berkata, perkara itu memerlukan kajian yang teliti kerana melibatkan perbelanjaan yang besar, lebihlebih lagi ketika negara memerlukan penambahan peruntukan sebanyak RM30 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) seperti yang dibentangkan oleh Abdullah dalam kajian separuh penggal RMK-9 Khamis lalu.

"Kerajaan kena fikir keseluruhannya, sama ada kita punya kemampuan dan implikasinya tapi apapun kita akan rundingkan," katanya. BERNAMA






Dicelah-celah kehidupan (DCCK)

Rakyat sudah letih. Negara kini dilanda isu sensasi kembali iaitu Anwar liwat lagi. Kali ini Saiful Bahari yang mendakwa dirinya pembantu khas Anwar mendakwa beliau telah diliwat pada 26 Julai 2008 lalu dan membuat laporan polis pada 28 julai 2008.

Justeru tenggelamlah 'sementara' isu kesedihan dan keperitan kehidupan rakyat bilamana harga minyak dan harga barangan melambung dan melonjak gila baru-baru ini.Kini semua akhbar, semua laman bog memberi fokus secara detail dan terperinci isu liwat anwar.

Pak Lah tersenyum lega, Sharir tersenyum kambing, Syad Hamid tersenyum bangga lah. Maka jadilah berita liwat Anwar hal besar mengalahkan kes Chua Soi Lek lagaknya. Halal nya Chua kerana membuat hubungan intim dengan wanita simpanan itu kerana ia kes rela dan suka sama suka. Cuma jadi tak halal bila perbuatan nya itu diDVD kan.

Apa pun rakyat kini bergelutlah , ditambah dengan tarif elektrik baru dimulakan dan kita nantikan bilnya pada bulan hadapan. Minyak naik lagi jadi US Dollar 143 setong hari semalam, walaupun Iraq nak buka 6 telaga lagi, tetapi rakyatnya berbaris dapatkan bahan bakar tersebut kerana dek kepanasan negara mencecah 42C katanya berita.


Inilah dicelah-celah kehidupan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.



Monday, June 30, 2008

Konspirasi jahat menyusahkan rakyat demi kuasa

Adalah sesuatu yang tidak bijak UMNO BN untuk mencipta isu liwat ke atas Anwar sekali lagi. Tujuan sebenar apabila rakyat bangkit dan marah. Maka mudah lah kerajaan mahu magerankan negara atau isytihar darurat.

Kerajaan mempunyai banyak pelan tindakan bagi 'mengacu' dan 'mempetrolkan' kemarahan rakyat yang sedia marah kesan kenaikan minyak diikuti naik semua barang dan perkhidmatan di seluruh negara.

Bila negara huru - hara senanglah kerajaan kekalkan kekuasaan mereka. Itu adalah perancangan awal manusia sahaja. UMNO BN kena ingat doa orang dizalimi dan teraniya tiada hijab dengan Allah.

Justeru, jelas kepada kita semua demi kekuasaan , kerajaan sanggup lihat rakyat dalam kesengsaraaan dan kepayahan. sikap penguasa yang tidak gentlement serta tidak bleh menerima hakikat qada dan qadar Allah.

mungkin 6 Julai akan dijadikan agenda menangkap pemimpin-pemimpin Pakatan yang dijangkakan akan turun bagi memprotes kenaikan harga minyak. Ops lalang sekali lagi akan berulang.

Kesimpulannya, selama mana kita mengekalkan kuasa kepada UMNO dan BN selama-lama itulah kita sentiasa terseksa , tertekan an ter..ter.. yang lain.
Untuk keselamatan, Anwar ditempatkan di Kedutaan Turki - Azmin
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sun | Jun 29, 08 | 5:40:41 pm MYT

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim dilaporkan ditempatkan di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur atas alasan keselamatan.

ImageNaib Presiden Azmin Ali mengesahkan bahawa Anwar berbuat demikian demi keselamatan dirinya.

"Beliau telah dihantar ke sana sejak jam 6.00 pagi tadi. Tidak siapa pun yang boleh menziarahi beliau kecuali isteri dan anak-anaknya," kata Azmin.

Katanya, tidak dapat dipastikan sampai bila Anwar akan berlindung di kedutaan tersebut.

Kini para penyokong KeADILan sedang mula berkumpul di kedutaan tersebut bagi menyatakan solidariti terhadap Anwar. _

Penfitnah hukumnya apa ?

Gambar Saiful dengan tiga menteri, pegawai Najib cetus persoalan konspirasi
Harakahdaily
Mon | Jun 30, 08 | 6:38:26 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Empat keping gambar yang diedarkan kepada media mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan dan adalah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar.

Image Mengejutkan, gambar-gambar yang tidak bertarikh itu menggambarkan 'perhubungan mesra' Saiful dengan Menteri Pelancongan, Dato' Seri Azalina Othman Said, Menteri Pertanian, Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad dan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Tiga gambar yang membabitkan menteri-menteri tidak dinyatakan lokasi, namun gambar Saiful dengan Pegawai Khas Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak jelas menunjukkan ianya dirakam di Pejabat TPM, yang dikatakan di bangunan Parlimen.

Image Jika Saiful mula bertugas sebagai Pembantu Peribadi Anwar bermula selepas Pilihan Raya Umum Mac lepas, kemungkinan gambarnya bersama Khairil baru sahaja dirakam iaitu pada sidang parlimen sebulan yang lalu.

Daripada gambar-gambar yang diedarkan, mencetuskan persoalan apakah wujud satu lagi teori konspirasi membabitkan pihak tertinggi dalam negara, yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej politik Anwar Ibrahim.

Ianya juga jelas menunjukkan seolah-olahnya ianya suatu bentuk 'retaliation' pihak tertentu untuk menghalang kemaraan Anwar yang semakin hampir membentuk Kerajaan Pusat melalui Pakatan Rakyat.

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Dalam kenyataannya awal pagi semalam, Anwar menegaskan:

Image "Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata.

Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan.

Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99.

Image Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya.

Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.

Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian. (Anwar Ibrahim, 29 Jun, Shah Alam).

Sementara itu Anwar dilaporkan sedang berlindung di Ke

Drp Blog lain ?

Jimat Duit, Tidur Lena...

Kaedah Mudah Untuk Bertutur Bahasa Arab Serta Memahami Bacaan Solat & Doa Khusus

Siapa Saiful Bukhari?
Dilulus terbit pada Monday, June 30 @ 08:57:54 MYT oleh greenboc

Artikel Oleh Truckster

"a
Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.

Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.

Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.

Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN).Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.

Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?

Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.

Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Saya masih kekal dengan andaian bahawa Saiful Bukhari ini merupakan agen orang kenamaan yang bimbang kisah Malaysia-Mongolia-nya dibuka media. Kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.

Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.

Pautan lain:

Penafian DSAI
Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat
PKR: Nyawa Anwar dalam bahaya

Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.


http://ainisazreen.wordpress.com

Ingat ,... usah bermain emosi dengan rakyat ?

kONSPIRASI...KONSPIRASI LAGI. Negara dikejutkan lagi dengan penangan tsunami politik ciptaan UMNO BN dengan meletakkan DSAI sebagai peliwat nombor 1 negara.

Berita Perdana jam 8 malam semua stesen TV negara, memberi fokus utama kecuali RTM sahaja meletakkan berita itu terkemudian daripada saluran lain.

Walapun terkejut rakyat dengan perlakuan tidak berakhlak Anwar, tetapi rata-rata rakyat yang penulis temui di kawasan kejiranan penulis 'tersenyum' malah pekedai berbangsa Cina yang penulis temui terus marah-marah dengan membela Anwar.

Apa pun episod penipuan taraf tertinggi negara ini akan kita dapat saksikan, melalui Harakahdaily yang kita layari ianya sudah menjawab segala-galanya.

Isu ini sudah mencabar rakyat , dan rakyat ingat tidak akan berdiam diri.

Monday, June 23, 2008

Rakan Kongsi Sesama Pakatan harus cakna !!!

Konsert Ella dan Mas Idayu, dibantah oleh Dewan Pemuda PAS negeri Selangor (DPPNS). bantahan tersebut disampaikan kepada MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Negeri Selangor adalah salah sebuah daripada 5 buah negeri yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat selepas PRU ke 12.

Bantahan itu adalah soal prinsip perjuangan, sepatutnya teguran awal hendaklah dibuat oleh barisan exco yang mewakili PAS dalam kerajaan Selangor. Mungkin ini adalah bidang kuasa PBT Selangor, kita boleh maaf kan mereka.

MB Selangor bersikap mahu mengkaji, kajian ini tentulah mengorbankan prinsip rakan konsinya iaitu PAS. Maka sudah tentulah impaknya dirasai dan terasa oleh PAS , perjuangan PAS yang berprinsip sudah berjaya dikendurkan dengan telatah konsert ini.

Justeru, kita memberi ingatan jika sikap kerajaan Pakatan Rakyat tidak cakna dengan prinsip rakan kongsi, maka rundingan atau pakatan dengan UMNo seperti yang diuar-uar PAS UMNO jadi realiti, maka jangan lah rakan kita ini berkecil hati.

Friday, June 20, 2008

Elaun MB Negeri Sembilan, Rakyat Di suruh Berjimat Cermat ?

Do you know how much the Menteri Besar earns monthly?

I called a press conference in Seremban this afternoon to call on the Negeri Sembilan state government to cut down on allowances for the Menteri Besar and EXCO members as a sign of sharing the burden with the people after the huge increase in fuel prices. The PM and Cabinet Ministers had cut 10% of the their entertainment allowances and cap their yearly holiday to ASEAN destinations. This of course not sufficient given the lavish spending by those in power all this while. However, i want to focus on NS state government in this statement.

I call on the MB to cut at least 50% of his and other EXCO's entertainment allowance and freeze all overseas paid holidays immediately. Do you know how much the MB of Negeri Sembilan earns every month and other perks given to him? Let me just give you a breakdown of his perks:

MB's allowance : RM14,175.15
ADUN's allowance: RM 4112.80
Entertainment : RM5,500
Chairman of EXCO: RM4,400

Fixed allowance every month : RM28,187.95

Other perks:

Appointment allowance : RM10,000 (one-off)
Official residence
Furniture allowance : RM5,000 (yearly)
Household staff : real expenses or RM3000 monthly
Free water and electricity
Free telephine services in official residence
2 official car
Driver's expenses all paid for

On top of that, the MB can enjoy a yearly paid holiday:

2 first class air ticket (no limitation to which destination)
(a first class ticket using MAS for KL-LONDON-KL cost RM30,400)
Economy class ticket for 1 officer and 3 children
Living allowance while overseas RM500 daily
Meal allowance RM300 daily or real expenses
Hotel (no limit, according to receipt)
Winter clothing RM3000 (once every 3 years)

For an EXCO, the monthly fixed allowance are around RM15,222. The exco member also enjoy a free holiday once in a term. The maximum is equal to 2 first class ticket for KL-LONDON-KL or RM30,000 cash.

Do you agree that the MB and the EXCO member should at least slash some the allowances by half to demonstrate "leadership by example"? If even the Ministers have to limit their holidays in ASEAN, why can't the MB? Isn't the slogan "Cuti-cuti Malaysia" sounds familiar to you?
.

23 comments:

Taboo dengan DEB oleh kerajaan BN

Jika dalam program realiti astro iaitu Akademik Fantasia (AF) selalu ada kejutan. Ia diagendakan bagi menarik minat ramai penonton. Maka dalam politik Malaysia era pimpinan Pak Lah sebagai PM seringkali melakukan kejuatan. Siri kejutan Pak Lah bukan tindakan beliau untuk memperbaiki kehidupan rakyat marhain, . Tetapi kejutan-kejutan terhadap rakyat yang membuatkan mereka terbeban kehidupan mereka.

Bermula sebelum pilihanraya ke 12 rakyat dikejutkan dengan kenaikan bahan bakar atau emas hitam iaitu minyak sebanyak 40 sen seliter. Maka selepas pilihanraya belum pun kesengsaraan sebelumnya dipulihkan , Pak Lah buat lagi kejutan dengan menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen perliter.

Mengamuklah rakyat, bermulalah pesta menaikkan barang keperluan harian oleh pembekal dan pemborong seperti landaan tsunami. Bagi kerajaan pilihan rakyat ini alasannya kerana kerajaan sudah tidak mampu menanggung tampungan subsidi ke atas minyak. Katanya puluhan billion setiap tahun. Adalah baik dakwa kerajaan supaya subsidi itu disalurkan melalui projek-projek yang memberi manfaat terus kepada rakyat bawahan spt membuat jaringan jalanraya dan sisitem pengangutan awam baik, saluran bekalan elektrik, paip air , bangunan-bangunan dan projek mahu dibawa sampai ke hadapan tangga setiap rumah di Malaysia.

Taboo perkataan subsidi seolah-olah mahu dibuang dariapada rakyat Malaysia oleh kerajaan PakLah. Mereka tidak mahu saka ini berakar umbi dalam diri khusunya bagi masyrakat Melayu. Syabas dan tahniah kita alu-alukan perubahan ini adalah cukup baik dan wajar kita sokong. Nilai zaman subsidi menjadi hantu yang cukup menakutkan semua pimpinan kerajaan khasnya pimpinan Melayu.

Musykil kita kerana subsidi daripada rakyat ditarik, tetapi subsidi kepada syarikat koporat dihulurkan, badan perniagaan melayu tetap terbela, jika berlaku kerugian. Banyak mana dana kerajaan membill out syraikat koporat, bank dan sebagainya , atas nama kek ekonomi bagi memenuhi kouta DEB dan pencapaian yang mesti dipertahankan.

Thursday, June 19, 2008

Episod terakhir sandiwara terakhir BN ?

Nazri Aziz menteri di Jabatan Perdana Menteri, baru peduli dan baru ambil tahu tentang SAPP dan Yong Teck Lee. Dia anggap maka dirinya sahaja yang serba tahu. Dengan meperlekehkan apa yang cuba atau mencabar apa yang mahu dibuat oleh SAPP pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.


Ini adalah gambaran kekalutan, senak perut, serta tak sedap duduk MP-MP Barisan Nasional tentang masa depan diri mereka dan kerajaan yang mereka dokong pada masa ini. Situasi tenat ini, cuba memujuk hati-hati mereka atau setidak-tidak dapat mententeram sedikit diri mereka buat ketika atau saat ini.

Runtuh kekuasaan mana-mana kerajaan dan parti akan mengundang beribu persoalan. Hilang kuasa dan tiada kuasa yang sudah biasa dipegang puluhan tahun akan bisa mensasaukan individu yang berkuasa. Tambahan bilamana kuasa yang diamanahkan itu tidak dilaksanakan dengan sejujur-jujur bagi pemerintahan berteraskan struktur yang tidak kukuh.


Sebenarnya , bagi rakyat sebahagian di malaysia sudahpun hilang 'keyakinan' itu. Hasilnya atau bukti bila 5 buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Cuma yang tinggal kini adalah sisa-sia akhir nyawa kerajaan yang ada sahaja. Episod sedih akan terjelma samada cepat ataupun lambat. Maka sama-samalah kita nantikan dan saksikan .


Kenyataan orang tidak tahu prosedur Parlimen - Nazri

KUALA LUMPUR 18 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, usaha Parti Maju Sabah (SAPP) untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mungkin boleh berlaku Isnin ini.

Beliau berkata, sehingga lewat petang ini tidak ada notis berhubung usul berkenaan dikemukakan kepada pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk dibentangkan pada persidangan yang akan bermula Isnin ini.

Menurutnya, untuk membawa usul tergempar mengikut Peraturan Mesyuarat 18 (1) sekalipun, Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya sehari lebih awal.

''Sebab itu saya pelik bila Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee kata nak kemukakan usul tidak percaya kepada kepimpinan Perdana Menteri.

''Ini saya anggap kenyataan yang dibuat oleh orang yang tidak tahu prosedur Parlimen. Mana boleh nak kemukakan usul main berdiri macam itu sahaja,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Teck Lee pada sidang akhbarnya di Kota Kinabalu petang ini mengisytiharkan parti itu hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Abdullah dan wakil rakyat SAPP bersedia menyokong sebarang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

SAPP mempunyai dua wakil di Dewan Rakyat iaitu Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr. Chua Soon Bui dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun yang menang atas tiket BN pada pilihan raya 8 Mac lalu.

Sebelum ini SAPP dikatakan merupakan salah satu parti komponen BN yang akan melompat menyertai pembangkang tetapi pemimpinnya sering kali menafikan dakwaan tersebut.

Persidangan Parlimen Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen Kedua Belas akan berlangsung Isnin ini sehingga 15 Julai depan.

Sementara itu, menurut Nazri, sebarang usul tergempar yang dikemukakan mengikut Peraturan Mesyuarat 18 (1) memerlukan syarat-syarat tertentu sebelum boleh diluluskan.

Syarat itu antaranya menuntut sesuatu perkara yang hendak dijadikan usul tergempar perlu melibatkan kepentingan orang ramai yang perlu disegerakan.

''Itu pun bergantung kepada pertimbangan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Bukan boleh sesuka hati bangun, ini Parlimen.

''Saya dah periksa dengan pejabat Yang Dipertua, tidak ada pun mana-mana ahli Parlimen yang kemukakan notis untuk membawa usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

''Cuma yang ada usul mengikut peruntukan 18 (1) berhubung kenaikan harga barang. Ia dikemukakan oleh tiga orang ahli Parlimen,'' jelasnya.

Nazri cenderung untuk percaya bahawa kenyataan SAPP itu sebenarnya lahir daripada rasa tidak puas Teck Lee yang mungkin didorong kepentingan peribadi.

Beliau berkata, Teck Lee telah menggunakan parti yang dipimpinnya bagi kepentingan peribadi dan bukan kerana kurang senang dengan layanan Pusat kepada Sabah seperti yang didakwa.

''Saya percaya ia tidak ada kaitan dengan rakyat, tapi mungkin lebih kepada tidak dapat jawatan dan sebagainya.

''Sebab itu pada saya hal ini tidak ada apa-apa sangat, ia bukan kehendak ahli Parlimennya pun. Jadi nak ambil tindakan atau tidak itu terserah kepada Dewan Tertinggi BN,'' ujarnya.

Kenakan rakyat pilihan terbaik ?

Digugat dan tergugat itulah situasi terkini kerajaan BN pimpinan Pak Lah Badawi. Terbaru adalah tindakan SAPP (parti Maju Sabah) yang diberitakan akan membuat usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Rakyat 28 Jun ini. Tindakan ini kerana Presiden SAPP Dato Yong Teck Lee tidak berpuashati dengan rentetan beberapa bantahan dan cadangan kepada kerajaan Pusat dipandang sepi dan mereka mendakwa tiada usaha atau tindakan konkrit diambil oleh Pak Lah dalam menangani isu terutama pendatang asing tanpa izin yang semakin meruncing di Sabah. Selain isu kemiskinan tegar rakyat Sabah.


Cuma reaksi awal, MT BN telah mengadakan mesyuarat tergempar hasil kejutan SAPP semalam. Reaksi terawal daripada bebarapa pimpinan UMNo minta supaya SAPP disingkirkan daripada kerabat BN.

Bagi kerajaan Pakatan Rakyat ini adalah satu 'bonus' yang mengujakan rakyat. Rakyat kini makin terseksa dengan 'himpitan' hidup akibat kenaikan harga minyak atau bahan bakar yang menggila.

Tambahan dengan sikap kerajaan menyalahkan situasi pasaran minyak global kenaikan harga bahan bakar utama dunia inilah yang disabitkan punca sebenar minyak naik. Usaha kerajaan sudah habis dan ikhitiar pilihan sudah tiada lagi subsidi senjata utama kebanggaan kerajaan juga sudah digunakan.Pilihan terbaik 'kenakan' rakyat.

Landaan "Bayu" melemahkan BN Pusat

SAPP 'memberontak': BN putus tindakan petang ini

(Mutakhir) PETALING JAYA: Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) mengadakan mesyuarat tergempar petang ini khusus untuk membincangkan tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) semalam yang mengisytiharkan parti itu hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri dan mahu menyokong usul tidak percaya ke atas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat berlangsung pukul 2.30 petang di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.

Menurut Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Abdullah yang juga Pengerusi BN.


Mesyuarat itu dijadual menentukan nasib SAPP yang petang semalam mengumumkan pendirian tidak percaya ke atas kepimpinan Abdullah dan mahu menyokong usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ini kali pertama dalam sejarah 50 tahun negara sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) - dulu Perikatan - secara terbuka mendakwa ia sudah hilang kepercayaan ke atas Perdana Menteri dan mahu menggerakkan usul undi tidak percaya ataupun sekurang-kurangnya mahu menyokong usul sedemikian.

Dalam pada itu, persoalan yang masih menanti jawapan ialah siapa yang akan membawa usul sedemikian? SAPP ataupun mana-mana anggota Pakatan Rakyat?

Justeru, SAPP yang ditubuhkan 14 tahun lalu, sebagaimana dijangkakan dari awal - memberontak dengan membuat keputusan 'penting' petang semalam - mengisytiharkan yang ia telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah.

Kini, BN terdiri daripada 14 buah parti politik.

Pendirian sehingga semalam, SAPP mahu menyokong undi tidak percaya terhadap Abdullah di Dewan Rakyat apabila ia mula bersidang 23 Jun ini selepas berehat lebih tiga minggu.

Segala-galanya dikatakan bermula dengan pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu dan pertemuan antara Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Yell dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Macau baru-baru ini.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mahu agar SAPP disingkirkan daripada BN.

Sambil menyifatkan tindakan SAPP sebagai tidak "berdisiplin, tidak demokratik dan tidak bertanggungjawab", beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, SAPP juga memperlihatkan ia tidak sabar dalam tuntutannya untuk mendapatkan jawatan Kabinet.

Pakatan Rakyat pula menyatakan pendirian bahawa pihaknya akan menyokong usul bagi undi tidak percaya terhadap Abdullah, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Ini berita baik kepada saya tetapi kami dalam Pakatan Rakyat memang menyambut baik penyertaan oleh anggotaanggota baru dalam gabungan itu, tetapi kita perlu bekerja sama ke arah mewujudkan Malaysia yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat," kata beliau di Shah Alam.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui sukar untuk melihat usul sedemikian dibawa Isnin ini dan berjaya, tetapi beliau menyifatkan ia sebagai "tsunami politik kedua tanah air."

Justeru, sejauh mana tsunami ini akan membawa kesan kedua ke atas landskap politik negara ataupun ia bakal menelan SAPP sendiri?

Yang menarik, pendirian SAPP itu dikemukakan sehari selepas Abdullah,. yang berada di Kota Kinabalu Selasa lalu, menegaskan, beliau tidak dimaklumkan ada parti komponen Barisan Nasional (BN) akan keluar untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Sambil menyifatkan tindakan SAPP sebagai tidak "berdisiplin, tidak demokratik dan tidak bertanggungjawab", beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, SAPP juga memperlihatkan ia tidak sabar dalam tuntutannya untuk mendapatkan jawatan Kabinet.

Pakatan Rakyat pula menyatakan pendirian bahawa pihaknya akan menyokong usul bagi undi tidak percaya terhadap Abdullah, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Ini berita baik kepada saya tetapi kami dalam Pakatan Rakyat memang menyambut baik penyertaan oleh anggotaanggota baru dalam gabungan itu, tetapi kita perlu bekerja sama ke arah mewujudkan Malaysia yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat," kata beliau di Shah Alam petang tadi.

Menjelaskan alasan SAPP memberontak, Yong memberitahu sidang akhbar di Kota Kinabalu semalam, dua Ahli Parlimen parti itu iaitu wakil rakyat Sepanggar dan Tawau akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

"Sama ada usul itu akan dibentangkan oleh Ahl iParlimen kami atau anggota Parlimen lain, akan diputuskan mengikut keadaan," kata beliau pada sidang akhbar di Kota Kinabalu.

Tegas Yong, keputusan parti itu adalah untuk memberikan mesej kepada Kerajaan Pusat bahawa SAPP tidak lagi bertolak ansur dengan sikap tidak sensitif mereka terhadap isu di Sabah yang disifatkannya "adalah nyata dan serius."

"BN tiada lagi di Sabah... pada zahirnya ia wujud tetapi pengisiannya tiada.

"Bagaimanapun, kedudukan kami dalam BN akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi SAPP pada Jumaat ini," katanya.

Yong, bekas Ketua Menteri Sabah berkata, Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun, yang kini berada di luar negara bagi tugasan rasmi, telah menyatakan pendiriannya dalam kenyataan media yang ditandatangani.

Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr. Chua Soon Bui juga membuat pendirian yang sama dalam kenyataan yang ditandatangani.

Eric dijadual pulang ke Malaysia bagi menghadiri sidang Dewan Rakyat pada 23 Jun.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Eric berkata: "Dalam ketetapan untuk mengukuhkan pelaksanaan dan kestabilan politik, rakyat Malaysia khasnya di Sabah tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri."

"Memandangkan berlakunya percanggahan tarikh yang telah diputuskannya dalam pembubaran Parlimen dan kenaikan minyak yang secara mengejut dan mendadak serta ketetapan terhadap isu-isu mengenai Sabah yang tidak diberi keputusan dengan jelas, maka dengan ini, saya mengisytiharkan tidak mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri," kata Eric.

Chua pula berkata: "Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan hari ini yang dipimpin oleh Abdullah."

"Tengku Razaleigh Hamzah dan pemimpin Umno yang lain telah juga mendesak pemimpin mereka berundur.

"SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab berkesan, dia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain untuk mengambil alih," katanya.

Ditanya sama parti itu menjangka akan disingkirkan daripada BN, Yong berkata: "Kami telah membuat pendirian dan kami akan menanggung akibatnya."

Yong berkata, beliau tidak mempunyai masalah peribadi terhadap Perdana Menteri, malah pertemuan terakhir dengan Abdullah pada 13 Mei lepas di Kuala Lumpur berlangsung dengan mesra.

"Pada masa itulah saya menyatakan dengan agak jelas supaya saya tidak disalah faham. Saya menyatakannnya tiga kali bahawa walaupun tidak akan berlaku (anggota BN) melompat parti seperti yang dispekulasikan, Perdana Menteri tidak seharusnya mengetepikan kemungkinan perkara ini tidak akan terjadi pada masa depan kerana isuisu yang berlaku adalah nyata, anggota Parlimen ini serius," katanya.

Yong berkata, usul undi tidak percaya itu akan diteruskan meskipun jika parti itu masih dalam BN.

Mengenai kemungkinan SAPP menyertai Pakatan Rakyat, beliau berkata isu itu tidak timbul.

Kini di Dewan Rakyat BN mempunyai 140 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 82 kerusi.

Umno mempunyai 79 kerusi, MCA (15), MIC (tiga), Gerakan (dua), PBB (14), SUPP (enam), SPDP (empat), PRS (enam), Upko (tiga), PBS (tiga), PBRS (satu) dan LDP (satu).

Pada Isnin lalu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, tidak ada sebarang petunjuk sehingga ini yang sebuah parti komponen BN negeri akan meninggalkan gabungan itu dan beliau menyifatkannya hanya spekulasi.

Malah pada hari yang sama, Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan turut menafikan yang partinya akan meninggalkan BN.

Beliau berkata parti itu tidak ada membincangkan perkara itu dan memberi jaminan SAPP akan kekal sebagai parti komponen BN.

Pada Sabtu lalu, bekas Naib Presiden Umno dan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan bahawa akan ada sebuah parti komponen BN akan keluar menjelang hujung bulan ini.

Desas-desus melompat parti yang ditimbulkan semula oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak seminggu lalu.

Anwar telah berulang kali menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan menjelang 16 September. Ia mempunyai 82 kerusi di Parlimen dan memerlukan 30 wakil rakyat yang sanggup melompat parti.

Desas-desus bahawa ada Ahli Parlimen BN akan menyertai kendengaran sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, dengan kebanyakannya membabitkan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.