Friday, June 20, 2008

Taboo dengan DEB oleh kerajaan BN

Jika dalam program realiti astro iaitu Akademik Fantasia (AF) selalu ada kejutan. Ia diagendakan bagi menarik minat ramai penonton. Maka dalam politik Malaysia era pimpinan Pak Lah sebagai PM seringkali melakukan kejuatan. Siri kejutan Pak Lah bukan tindakan beliau untuk memperbaiki kehidupan rakyat marhain, . Tetapi kejutan-kejutan terhadap rakyat yang membuatkan mereka terbeban kehidupan mereka.

Bermula sebelum pilihanraya ke 12 rakyat dikejutkan dengan kenaikan bahan bakar atau emas hitam iaitu minyak sebanyak 40 sen seliter. Maka selepas pilihanraya belum pun kesengsaraan sebelumnya dipulihkan , Pak Lah buat lagi kejutan dengan menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen perliter.

Mengamuklah rakyat, bermulalah pesta menaikkan barang keperluan harian oleh pembekal dan pemborong seperti landaan tsunami. Bagi kerajaan pilihan rakyat ini alasannya kerana kerajaan sudah tidak mampu menanggung tampungan subsidi ke atas minyak. Katanya puluhan billion setiap tahun. Adalah baik dakwa kerajaan supaya subsidi itu disalurkan melalui projek-projek yang memberi manfaat terus kepada rakyat bawahan spt membuat jaringan jalanraya dan sisitem pengangutan awam baik, saluran bekalan elektrik, paip air , bangunan-bangunan dan projek mahu dibawa sampai ke hadapan tangga setiap rumah di Malaysia.

Taboo perkataan subsidi seolah-olah mahu dibuang dariapada rakyat Malaysia oleh kerajaan PakLah. Mereka tidak mahu saka ini berakar umbi dalam diri khusunya bagi masyrakat Melayu. Syabas dan tahniah kita alu-alukan perubahan ini adalah cukup baik dan wajar kita sokong. Nilai zaman subsidi menjadi hantu yang cukup menakutkan semua pimpinan kerajaan khasnya pimpinan Melayu.

Musykil kita kerana subsidi daripada rakyat ditarik, tetapi subsidi kepada syarikat koporat dihulurkan, badan perniagaan melayu tetap terbela, jika berlaku kerugian. Banyak mana dana kerajaan membill out syraikat koporat, bank dan sebagainya , atas nama kek ekonomi bagi memenuhi kouta DEB dan pencapaian yang mesti dipertahankan.

No comments: