Thursday, July 03, 2008

Dicelah-celah kehidupan (DCCK)

Rakyat sudah letih. Negara kini dilanda isu sensasi kembali iaitu Anwar liwat lagi. Kali ini Saiful Bahari yang mendakwa dirinya pembantu khas Anwar mendakwa beliau telah diliwat pada 26 Julai 2008 lalu dan membuat laporan polis pada 28 julai 2008.

Justeru tenggelamlah 'sementara' isu kesedihan dan keperitan kehidupan rakyat bilamana harga minyak dan harga barangan melambung dan melonjak gila baru-baru ini.Kini semua akhbar, semua laman bog memberi fokus secara detail dan terperinci isu liwat anwar.

Pak Lah tersenyum lega, Sharir tersenyum kambing, Syad Hamid tersenyum bangga lah. Maka jadilah berita liwat Anwar hal besar mengalahkan kes Chua Soi Lek lagaknya. Halal nya Chua kerana membuat hubungan intim dengan wanita simpanan itu kerana ia kes rela dan suka sama suka. Cuma jadi tak halal bila perbuatan nya itu diDVD kan.

Apa pun rakyat kini bergelutlah , ditambah dengan tarif elektrik baru dimulakan dan kita nantikan bilnya pada bulan hadapan. Minyak naik lagi jadi US Dollar 143 setong hari semalam, walaupun Iraq nak buka 6 telaga lagi, tetapi rakyatnya berbaris dapatkan bahan bakar tersebut kerana dek kepanasan negara mencecah 42C katanya berita.


Inilah dicelah-celah kehidupan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.



No comments: