Sunday, April 29, 2012

BERSIH 3.0 : Pandangan Sisi Oleh Media Pro Bn

Kini di mana-mana sahaja orang bercakap soal Himpunan BERSIH 3.0. Media pro Umno dan media milik penuh kerajaan sedang mengeksplotasi berita-berita sensasi dengan mengambil pandangan sisi yang cuba mencacatkan himpunan aman ini.


Tujuan satu adalah untuk memberi gambaran buruk terhadap himpunan aman ini, kedua bagi meraih simpati rakyat teramai yang 'buta' maklumat dan senang diperbodoh-bodohkan minda karat mereka itu.


Gambaran pembangkang sebagai pengacau, pengganggu keamanan, penghuru hara, penyekat punca rezeki peniaga dan sebagainya mahu dipasak dan diasak dalam minda rakyat.


Yang mana natijah akhir Umno Bn kekal berkuasa jika boleh buat selama-lamanya, iaitu selagi mana ada bulan dan matahari itulah niat dan tujuan mereka sebenar.


Pemimpin yang ada dalam kesempatan yang ada tidak lagi dapat pusing ke belakang. Dengan kemungkaran dan onar yang mereka lakukan secara terhormat akan kekal. Jika bolah mereka mahu onar mereka berkubur dengan dikuburnya mereka sekali. Maka jadilah kisah-kisah mereka sebagai mereka adalah antara orang yang derhaka kepada ALlah dan pengkhianat kepada rakyat negara ini.


Justeru orang yang cintakan keadilan dan kebenaran perlu bangkit melalui apa sahaja medium dan ruang, kebenaran mesti ditegakkan , keadilan mesti diperjuangkan. 


Peserta Bersih 3.0 ganas

SELEPAS kereta peronda polis melanggar pembahagi jalan, peserta Bersih 3.0 bertindak ganas dengan merosak dan menterbalikkan sebuah kereta polis ketika perhimpunan Bersih 3.0 berdekatan kompleks Sogo, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 April - Seperti mana dijangka, perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan keganasan.

Ia berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.

Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi juga bertindak liar apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis yang terbabas.
Mereka juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup melakukan apa sahaja keganasan termasuk mencederakan petugas media sehingga parah.

Bersih 3.0: Nyahkan regim Najib

Inilah sebahagian aktiviti Bersih 3.0 seluruh negara , tekanan semakin kuat kepada regim Najib. Tindakan babi buta polis mengakibat seorang aktivis meninggal dunia adalah satu lagi siri-siri kekejaman polis bawah regim ini.

Semua rakyat kena bertanggungjawab mengulingkan regim ini daripada bumi Malaysia


Gambar BERSIH 3.0 diseluruh dunia

Berikut merupakan gambar sambutan BERSIH 3.0 diseluruh negara dan diseluruh dunia.
BERSIH 3.0 di Esplanade, Pulau Pinang.


BERSIH 3.0 di DBJB, Johor Bahru.


BERSIH 3.0 di Ipoh.


BERSIH 3.0 di Kota Kinabalu.


BERSIH 3.0 di Adelaide.


BERSIH 3.0 di Auckland.


BERSIH 3.0 di Melbourne.


BERSIH 3.0 di Dublin.


BERSIH 3.0 di Singapore.


BERSIH 3.0 di Taiwan.


BERSIH 3.0 di Dubai.


BERSIH 3.0 di Sunderland & Newcastle.


BERSIH 3.0 di Aceh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... 

Saturday, April 28, 2012

TV1 fitnah pendemo BERSIH 3.0

Salam reformasi, TV1 berjaya membuat fitnah awal terhadap rakyat perihatin BERSIH 3.0 dengan meletakkan tajuk ' Polis Diserang'

Walhal pihak berkuasa khasnya pihak polis bertindak melulu dengan membuat provokasi terhadap pada demo dengan meletakkan keselamatan rakyat konon sebagai ibu kepada menghalalkan tindakan mereka.

Kemudian PM dengan angkuh menawarkan kepada para demo tempat air dan makanan konon bagi tujuan keselesaan para pendemo, dan jangan mengkucar-kacirkan negara.

Hebatnya para pendemo dalam masa satu hari sahaja negara boleh menjadi huru hara. Inilh lebihnya para pendemo


Thursday, April 26, 2012

TPM: mulai belajar politik

Pemimpin Umno dan menteri Umno mula belajar sesuatu. Apa etinya terbuka, apa ertinya pilihan rakyat dan apa ertinya hak serta apa ertinya jika ada ruang dan kuasa seseorang nafi dan halang haknya.

Pengalaman apa yang TPM rasai, sudah lama pemimpin pembangkang rasai. Itulah ertinya bagai mana perit rasanya program yang dia mahu hadiri dihalangi oleh orang yang berkuasa dan mempunyai kuasa.

Kita sangat bersetuju, TPM mahu bersikap terbuka ...peristiwa yang telah berlaku ke atas TPM kita harap akan menjadi pelajaran berguna baginya

Dan satu lagi pelajaran TPM belajar pula menjadi pembangkang lah. belajar kerana pusingan naik Bn mulai merendah ke arah pusingan menurun dan jatuh




BERITA

Kerajaan Negeri P.Pinang Harus Bersikap Lebih Terbuka - Muhyiddin
BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh pakatan pembangkang perlu bersikap lebih terbuka khususnya kepada pemimpin yang mempunyai jawatan dalam kerajaan pusat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata kerajaan negeri juga tidak seharusnya melakukan sesuatu yang menghalang penganjuran majlis sehingga menimbulkan kesulitan kepada rakyat.
"Saya ada peranan dan tanggungjawab hendak berjumpa dengan rakyat untuk menyampaikan cerita dan dasar-dasar kerajaan, bukan untuk kepentingan diri sendiri atau politik semata-mata tetapi untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian 'My Carnival NGO 1Malaysia' di Politeknik Seberang Perai di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden khemah untuk program kenduri rakyat 1Malaysia di Persiaran Mahsuri Bayan Baru di sebelah pulau dihalang pembinaanya oleh exco kerajaan negeri sebanyak dua kali.
"Untuk tujuan itu (menghalang penganjuran majlis) adalah sesuatu yang tidak berapa manis, dia (kerajaan negeri) halang, walaupun begitu majlis dapat diteruskan dan saya telahpun dapat sampaikan perkara yang perlu kepada rakyat," katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pemimpin Barisan Nasional (BN)adalah pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan untuk keharmonian rakyat.
"Kalau saya tak turun nanti ada kata saya sombong atau kita lupa mereka atau tidak bawa pembangunan kepada mereka tapi bila saya turun mereka halang, pada saya rakyat perlu nilai apakah langkah yang mereka lakukan itu boleh membantu rakyat atau menyulitkan rakyat," katanya.
Semalam, pihak penganjur majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia yang pada asalnya dijadualkan diadakan di Taman Iping, Batu Maung terpaksa berpindah ke Persiaran Mahsuri di Bayan Baru apabila Anggota Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Abul Kassim tidak membenarkan majlis itu diadakan di kawasannya.
Beliau juga cuba menghalang penganjur mendirikan khemah di kawasan Bayan Baru itu atas alasan tidak mendapat permit dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Selain itu, Muhyiddin berkata kerajaan juga sedang berusaha untuk menambah kemudahan kepada rakyat khususnya bagi pemandu teksi.
Terdapat hampir 80,000 pemandu di seluruh negara yang tiada jaminan dari segi keselamatan seperti caruman dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO)dengan pendapatan yang rendah.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat pengumuman berhubung perkara itu dalam tempoh terdekat.
"Saya tidak pasti apa bentuk kemudahan yang akan diberikan. Kita tunggu Perdana Menteri umum berita baik itu tidak berapa lama lagi.
Ditanya berhubung dakwaan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa terdapat beberapa pemimpin di Sabah akan melompat parti, Muhyiddin berkata: "Kalau benar, buktikan."
Katanya kedudukan BN di kawasan Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN)di Sabah adalah kukuh dan sokongan rakyat semakin meningkat. - BERNAMA

Wednesday, April 25, 2012

Maklumat Carta Pengundi Tsunami Semua Negeri

Inilah maklumat yang wajar dikongsi sama oleh semua orang yang mahukan keadilan dan mereka yang mahu menampakkan rasa adil. 

Semalam dan pagi tadi pengerusi SPR mengeluarkan 'kertas putih' menjawab tuduhan pihak-pihak tertentu yang SPR menyeleweng daripada tugas dan tanggungjawabnya.

Macam biasa , SPR dengan lidah bercabang melalui pengerusinya, menjawab tohmahan berkenaan melalui buku ini.

Sememanglah wakil rakyat wakili parlimen bn tentulah menyokong penuh usaha gigih SPR untuk memenangkan mereka dengan mudah, MP - MP kerajaan x payah sangat bekerja keras dan dalam masa sama Najib bakal dikekalkan sebagai PM


Carta negeri paling banyak pengundi baru !


  • Soalan: Kenapa ramai sangat pengundi baru yang berdaftar di negara kita secara tiba-tiba?
  • Jawapan SPR: Kerana kami terlalu agresif menggalakkan rakyat mendaftar.
  • Alasan logik: Pilihan raya umum ke-13 semakin hampir membuatkan orang ramai terjun mendaftar.
  • Berikut carta senarai negeri terhebat dengan penambahan pengundi baru sejak 2008 hingga 2011:
    1. Selangor - 165,222
    2. Johor - 124,240
    3. Perak - 96,710
    4. Sabah - 86,927
    5. Kedah - 84,704
    6. Kelantan - 69,344
    7. Penang - 64,029
    8. Sarawak - 63,305
    9. KL - 61,040
    10. Pahang - 59,639
    11. Terengganu - 45,190
    12. Negeri Sembilan - 42,009
    13. Melaka - 31,827
    14. Perlis - 9,881
    15. Labuan - 2,863
    16. Putrajaya - 1,920
  • Pecahan penambahan pengundi baru mengikut bangsa:
    • Tahun 2008
      • Melayu 53%
      • Cina 29.4%
      • India 8.1%
    • Tahun 2009
      • Melayu 67.3%
      • Cina 19.8%
      • Sarawak Bumiputra 4.8%
    • Tahun 2010
      • Melayu 56.4%
      • Cina 27%
      • India 6.6%
    • Tahun 2011
      • Melayu 60.6%
      • Cina 22%
      • India 6.7%
  • Walaupun begitu masih ada lagi 3.7 juta warganegara Malaysia yang belum berdaftar. Anda bagaimana? sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi?

Tuesday, April 24, 2012

Apa yang rakyat mahu tunggui dan nanti lagi

Adakah belum cukup buktinya lagi , adakah rakyat masih kabur, kurang yakin, was-was dan tidak percaya dengan apa yang telah didedahkan serta sedang berlaku dalam negara ini? Membabitkan soal salah urus, salah tadbir, kebobrokan, penyelewengan, pecah amanah, korupsi, ketirisan, KKN, salah guna kuasa, dana awam oleh puak dan kumpulan yang diberi amanah memerintah negara ini.

Sampai bilakah kesetiaan, keyakinan dan kepercayaan yang rakyat perlu 'taburhulurkan' dan bakti kepada golongan ini dan terus menerus memberikan kepercayaan lagi kepada kerajaan yang ada, bagi meneruskan pentadbiran mereka. 


Adakah bukti serta pembuktian yang sudah sedang kini didedahkan kini belum mencukupi untuk menyakini rakyat.

Sesungguhnya seperti adakah benar dakwaan penganalisa politik terhadap  Melayu sukar diubah dan berubah. Adakah kepercayaan bulat mereka dan keyakinan sungguh mereka pegangi  hanya Umno sahaja yang mampu memerintah negara ini.


Masih ada rakyat Melayu yang marah dengan himpunan mahasiswa 'Occupy' di Dataran Merdeka sebagai perbuatan sia-sia membazir masa, dan mereka disuruh membaca buku dan belajar sahaja.


Kini kaum Cina dikatakan serta ditohmah mahu berkuasa dan memegang kuasa di malaysia.
Mereka kini sudah kuasai ekonomi hanya kuasa sahaja yang belum mereka dapat. inilah bentuk momokan yang masuk dalam banyak kepala Melayu-Melayu di negara kita.


Cukup lambat proses pendewasaan dan kematangan politik, akhbar arus perdana melayu lebih banyak menakut-nakutkan rakyat, mempersepsikan negara kita bakal huru hara jika pembangkang kuasai.


Walhal Kelantan sahaja sudah membuktikan 20 tahun lebih tiada kekacauan. inilah mentaliti layu yang cuba meresapi pemikiran melayu negara kita.


tranformasi yang cuba dibuat hanya mengekalkan undi melayu, pemikiran melayu dan sebagai sebagai orang yang dangkal.



Monday, April 23, 2012

SPR dsn RUU: Inilah kerja-kerja kotor terakhir untuk dihalalkan -


Pindaan RUU Kesalahan Pilihan Raya untungkan BN?

Aslani M,22 Apr 2012
KOTA BHARU: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 dianggap pengamal undang-undang lebih menguntungkan Barisan Nasional (BN).


Antara lain Peraturan 19(7), Peraturan-Peraturan Penjalanan Pilihan Raya yang mana sebelum ini memperuntukkan hanya “saudara” pengundi yang uzur boleh mengungi bagi pihaknya telah dipinda kepada seseorang yang “dipercayai”.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Luham), Pemuda PAS Kelantan, Mohd Abd Rashid Yah berkata, peraturan baru itu membuka ruang luas dimanipulasi kerana sesiapa sahaja boleh mengundi bagi pihak orang yang tidak berupaya.

Manakala Seksyen 26 (1)(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya pula menetapkan jarak 50 meter semasa hari pengundian telah dipinda kepada jarak 100 meter boleh membuka ruang berlakunya kecurangan dalam proses pilihan raya.

“Apatah lagi sekarang ketelusan SPR dalam mengendalikan proses pilihan raya diragui serta dipertikai rakyat. Menjadi pertanyaan rakyat mengenai asas-asas atau alasan pindaan itu dibuat,” katanya pada satu kenyataan di sini, hari ini.

Baru-baru ini kerajaan melalui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Vui Keong mengemukakan bacaan Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 untuk kali pertama.

Mohd Abd Rashid berkata, Seksyen 26A(2) Akta yang sama sebelum ini membenarkan calon bertanding melantik tidak lebih empat pemerhati barung yang diselenggara SPR, namun dipinda dengan menghapuskan peruntukan tersebut.

Katanya ia bermaksud tiada lagi pemerhati barung yang dilantik calon bertanding.

“Jadi siapakah yang akan memastikan bagi pihak calon urusan di barung SPR tersebut adalah telus dan mengikut lunas undang-undang.

“Pindaan tersebut jelas menunjukkan ketidakadilan SPR dalam mengendalikan perjalanan pilihan raya,” katanya.

Seksyen 24B(3) Akta yang sama juga sebelum ini membenarkan sebarang ceramah atau mesyuarat diadakan di mana-mana tempat awam, namun dipinta dan hanya membenarkan calon berbuat demikian di pejabat parti sahaja.

Kata beliau apakah rasional seksyen itu dipinda kerana pejabat parti yang bertanding kebiasaannya hanya terdapat sebuah sahaja di kawasan parlimen.

Katanya, pindaan baru tersebut menyebabkan calon Pakatan Rakyat sukar untuk berkempen bagi menyampaikan maklumat kepada penyokong dan orang ramai.

“Sebaliknya ia memberikan kelebihan kepada BN kerana mempunyai pelbagai saluran kempen termasuk tv, radio dan akhbar. Jelas sekali berlaku ketidakseimbangan serta ketidakadilan,” tambahnya.

Manakala Seksyen 11(1)(c) akta serupa sebelum ini mewajibkan setiap bahan bercetak parti dicatatkan nama, alamat pencetak dan penerbitnya, namun telah dipinda yang mana ia bukan lagi sesuatu mandatori.

Seksyen 14 (1A) Akta Kesalahan Pilihan Raya sebelum ini menetapkan agen tempat mengundi atau agen mengira undi hendaklah bertugas sekurang-kurangnya dua jam tidak boleh diganti orang lain sebelum tamatnya tempoh tersebut.

Namun seksyen tersebut dipinda dan memberikan kuasa sepenuhnya kepada SPR menentukan tempoh masa minimum seseorang agen tempat mengundi atau agen mengira undi bertugas.

Saturday, April 21, 2012

Tabung PTPTN: Haram Tidak Membayar

Hari dan minggu paling menarik, PTPTN jadi isu negara. Kita ingatkan hanya MP Pembangkang dan mahasiswa sahaja yang tertarik dan ditarik ke atas isu ini, tetapi Tok Peti seMalaysia. yang berbunyi hanya Tok Peti Pahang.


Maka berfatwalah ia dan keluarlah fatwanya iaitu pembayar yang meminjam akan dari tabung nya itu haramlah jadinya.


Tidak adalah benda yang haram melainkan bayaran Tabung PTPTN tidak dibayar oleh peminjam. Maka tidaklah dibantah oleh sesiapa bilamana mufti mengumumkan bahawa hutang yang tidak dibayar adalah haram. Semua orang menyetujuinya dan bakal bersetuju dengannya.


Seluruh ahli kerajaan yang ada tentulah berseronok dengan katanya Tok Peti negeri Antah berantah ini haram jadinya tidak bayar PTPTN, tetapi duitnya tentulah halal


tapi kome nak lah juga bertanya, kalau anak pinjam duit 'ayah'nya wajiblah juga gaak kena bayar balik. Maka jika jika tak dibayar haramlah jadi anaknya itu, tetapi ia anak halal daripada kedua ibubapa, jangan salah saham atau salah faham


Jika gitu macam mana dengan orang yang pinjam buat niaga MAS dan lembu. saudagar  MAS ditutup kira jumlahnya RM576 juta, bahasa niaga dan audit di hapus kira, maka bertanyalah jantan dengaan siapa dia berkira ye... dan banyak lah mana depa tu kirakan


kak jat tentu senyum, ye ..hok tabung pinjamnya ramai sangat negara bakal muflis puluhan ribu orang, tapi kak jat dan suaminya cuma berdua aje..negara bakal dikaya rayakan ....


tapi tok imam romlan yang report duit tabungnya hilang kat hakim , kena penjara ...kata dia nak ngadu ada orang buat kerja haram dalam masjid yang dia jadi imamnya..




Kome -- jangan jadi rakyat haram sudahlah







Haram Tidak Bayar PTPTN - Mufti
BENTONG: Hukumnya haram jika tidak membayar pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman.
Beliau berkata mengikut Islam, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya.
"Haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Falak Syarie di Janda Baik dekat sini, Jumaat.
Katanya peminjam wajib membayar balik pinjaman sepertimana terkandung dalam kontrak perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani dan dipersetujui kedua-dua belah pihak. BERNAMA

Wednesday, April 18, 2012

bantah PTPTN dikatakan biadap

Akhbar Utusan ikut menghebahkan Himpunan mahasiswa di Dataran Merdeka ahad lalu dengan melabelkan anak-anak muda ini  sebagai biadap. Biadapnya mereka kerana gara-garan meletakkan kalungan bunga malai ke atas gambar PM dan batu nesan bersama-sama gambar Menteri Pengajian Tinggi. Kerana marah dan mahukan PTPTN dihapuskan dengan memberi taraf biasiswa.

Begitulah terhasutnya serta teruja Utusan kerana dek benci sangat dengan pernyataan hak oleh anak-anak muda bilamana suara mereka tidak diendah dan mahu didengari oleh pemimpin negara.

Ketua Pemuda Umno terus menyalahkan perbuatan mahasiswa dengan mengaitkan terus tindakan itu kerana dek terpengaruh dengan hasutan pembangkang.

Kita juga hairan, walhal bebudak ini hidup dan dibesarkan bawah 1sistem pendidikan yang dibuat oleh pemerintah sedia ada sejak 50 tahun dahulu iaiu kerajaan Umno, PLKN , BTN, Jasa, Jab Penerangan semuanya saluran memperkasakan jiwa bagi mengagungkan Umno dan kerajaan. Maka ikut mana dan bila masanya pula pembangkang ada ruang peluang bagi mengasuhkan mahupun menghasut para pelajar ini.

Jika pembangkang berjaya menghasut dan mengasuh mahasiswa dengan minda sebegitu , maka nampaklah sangat sistem yang diatur susun oleh kerajaan amatlah lemah. Pembangkang boleh dengan sekali dua sahaja pertemuan mahupun perjumpa sudah mampu mengubah minda para pelajar. Tabik spring lah kita kepada kumpulan pembangkang. Iaitu anda orang yang terhebat.


Maka hasutan pembangkang bak bagai tsunami lagaknya dan bahayanya.


Sikap biadab peserta demonstrasi

Oleh MD. AZRIN ROSLY

PROTES pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia di sekitar Jalan Tun Abdul Razak dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 15 April – Tindakan peserta demonstrasi membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan meletakkan kalungan bunga pada gambar pemimpin negara dan objek berbentuk batu nisan dianggap biadab dan tidak matang.
Sehubungan itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan berkenaan adalah hasil pengaruh pembangkang.

Katanya, walaupun beliau turut memperjuangkan kebebasan kepada mahasiswa, namun setiap usaha itu haruslah beradab dan ada batasannya.

“Janganlah membuat sesuatu perkara yang biadab dan tidak matang yang mana, ia melanggar adab serta budaya masyarakat kita.

“Adakah ini hasil daripada usaha pihak pembangkang yang mengatakan kononnya mereka melahirkan pemimpin pelapis yang berwibawa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan peserta demonstrasi anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tersebut yang berarak membawa gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan kalungan bunga di Dataran Merdeka semalam.
Demonstrasi itu tidak mendapat sambutan apabila kurang 200 mahasiswa terlibat.
Tambah Khairy, pengaruh yang ditunjukkan oleh pembangkang bukannya agar generasi muda membuat sesuatu dengan rasional, beradab dan berhujah dengan baik tetapi sebaliknya.

“Kita tidak menghalang mereka berdemonstrasi, tidak ada masalah. Cuma mereka perlulah membuat sesuatu dengan berhemah, bukannya mengikut sesuka hati yang dipengaruhi oleh kepentingan politik pembangkang.
“Saya yakin, mahasiswa kita majoritinya tidak terpengaruh dengan pembangkang dan hanya kumpulan ini yang menjejaskan imej mahasiswa,” ujarnya.

Khairy berkata, rakyat perlu menilai dan melihat apa yang telah berlaku serta memastikan generasi muda yang dihasilkan nanti tidak berperangai sebegitu.

Kata Orang ini sebab PTPTN mahu diteruskan


Inilah sebab musabab kenapa kerajaan membelanjkan sejumlah RM43 billion wang PTPTN, yang mahu menyara rakyat (pelajar) menyambung pelajar mereka.

Di bawah adalah antara para pengusaha IPTS yang dibentuk bawah dasar liberalisasi pendidikan di malaysia.

kita mahu dengan ulasan bersahaja dan hebat Prof Dr ibrahim Benjunid tentang isu ini. Kini sudah diiklankan melalui kaca tv kenapa dan mengapa PTPTN diujudkan. setakat ini banyak mana yang telah dibelanjakan dan sejumlah mana kutipan bayaran balik. iklannya kata pembayar dah buat bayaran sejumlah 49 % kutipannya baru RM2 billion.

Susah juga nak faham iklan PTPTN di kaca tv ?




KLIK IMEJ
KLIK IMEJ


Monday, April 16, 2012


Ni Dia Tujuh Wajah Pengkhianat Negara, Bangsa & Agama


Baru-baru ini negara digemparkan dengan pendedahan berani Ahli Parlimen Pokok Sena YB Haji Mahfuz Omar mengenai task force yang diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak dalam misi mereka memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Disini aku senaraikan nama-nama wanted yang turut sama dalam GERAKAN KHAS untuk menjahanamkan negara ni :

1. DATUK OSMAN RAZAK -Ketua, Penasihat Khas Perdana Menteri(Gambar dalam proses)
2. DATUK MOHAMED THAJUDEEN ABD WAHAB - Setiausaha MKN (gambar bawah)
3. DATUK WAN AHMAD WAN OMAR - Timbalan Pengerusi SPR (gambar bawah)
4. DATUK JARIAH - Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (gambar bawah) 
5. NIK NORASHIKIN NIK MANSUR - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara 
6. RASHID BASIRON - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara
7. SHAHRUL ANWAR AHMAD ZAHIDI - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara


Sebenarnya mereka ini lah pengkhianat negara, agama dan bangsa. Sebagai salah seorang penduduk negara bertuah ini rasa terhina dan tercabar menyelebungi jiwa dengan perbuatan dan tindak tanduk yang telah dilakukan oleh mereka-mereka ini. Sekiranya pendedahan YB Pokok Sena ini salah, mereka ini patut tampil ke hadapan bagi menafikan pendedahan tersebut dan tindakan sewajarnya patut di ambil bagi membersih nama yang tercalar, tetapi sekiranya tiada sebarang penafian dan tindakan dibuat, seruan dan cadangan agar mereka-mereka ini diajar dengan secukupnya.

Mereka-mereka inilah kakitangan kerajaan yang tidak amanah dan tidak bermaruah, menjual dan menggadai maruah hanya dengan sedikit habuan dunia. 

Antara Kotor dan Sucinya SPR

Sememanglah daftar pemilih tidaklah kotor, semua orang tahu. ini kerana daftar pemilih adalah sekadar senarai nama-nama para pengundi. ia pula dicetak atas helaian kertas yang putih lagi bersih dan dikelolakan pula oleh mereka yang berkulit putih dan senarai ini tidaklah menjadi kotor langsung.

Namun daftar pemilih ini dapat diklasifikasikan daftar pemilih kotor, gara-gara kerana orang yang bekerja dan membuatnya jadikan dengan kerja-kerja kotor. Klasifikasi kotor kerana pengundi pos dilambakkan sebagai contoh dalam parlimen Pekan. Jumlah pengundi pos mengalahkan pengundi awam dalam parlimen Bera.

Daftar pemilih jadi kotor kerana kerja-kerja SPR bawah belahbahagi klausa yang digunakan dan dimanfaatkan. Dun yang mempunyai pengundi campuran pengundi melayu cina india jaranglah diusik, tetapi lokaliti pengundi Melayu akan ditop up masuk ke Dun yang Bn kalah tipis, contoh banyak dun di banyak negeri.

Alasan SPR pengurusan pejabat tanah daerah kawasan pentadbiran daerah tanah dalam parlimen tertentu, tetapi belahbahagi pilihanraya ikut Dunr dan parlimen tertentu, tak caya tanya orang Batu 8, bt 9 Kuantan dan kawasan kem bt 10 kuantan jadi masuk kawasan parlimen Pekan. Pentadbiran pejabat tanah, urusan pos dan bil adalah bawah Kuantan. mengundi bawah pekan. kotor ke suci kerja ni...

Daftar pemilih itu tidaklah salah ia menjadi kotor, tetapi manusia yang mengatur dan merencanakan daftar pemilih itulah yang bertanggungjawab menjadi ia sebagai ' kotor'.








Daftar Pemilih Tidak Kotor - SPR
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan agar semua pihak supaya tidak memperbesarkan kenyataaan kononnya daftar pemilih negara ini kotor.
Sebaliknya Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff menegaskan bahawa daftar pemilih sedia ada adalah bersih tanpa wujudnya pertindihan senarai pemilih, pemilih meninggal dunia atau warga asing yang didaftar sebagai pemilih.
Menurut beliau, SPR telah menghantar 12.6 juta senarai pemilih kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk disemak mengenai status terkini agar tidak berlakunya keraguan.
"Semua 12.6 juta pemilih itu telah disemak dan kita dapati semua itu tidak berlaku. Cuma yang berlaku ialah 42,051 pemilih tidak dapat disahkan oleh JPN sama ada pengundi-pengundi ini hidup atau mati, warga negara ataupun tidak kerana bila JPN hubungi mereka, tidak ada jawapan.
"Yang diklasifikasikan sebagai pemilih ragu hanya lebih kurang 42,000 iaitu lebih kurang 0.3 peratus. Adakah itu boleh ditafsirkan sebagai daftar pemilih di Malaysia kotor? Hanya kerana 0.3 peratus yang ragu," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang di bangunan Parlimen di sini, Isnin.
Bagaimanapun menurut Abdul Aziz, jumlah pemilih yang diragui tersebut sudah berkurangan apabila pihaknya mendapati seramai 481 orang dalam kelompok berkenaan masih hidup manakala 301 orang lagi sudah meninggal dunia.
"Sehingga 25 Januari hanya ada 41,750 rekod masih lagi ragu dan kalau undang-undang benarkan kita akan lihat bagaimana nak bersihkan," katanya.
Sementara itu SPR turut menafikan dakwaan kononnya suruhanjaya itu bertanggungjawab memindahkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.
Sebaliknya jelas beliau, perubahan tempat mengundi membabitkan 19,342 pengundi tersebut dibuat berdasarkan pembetulan lokaliti pemilih berkenaan.
"Contoh paling mudah ialah kes Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Semasa didaftarkan pada 1985 alamat yang digunakan oleh beliau ialah 16/2 Petaling Jaya.
"Apabila disemak kita dapati kedudukan alamat rumah beliau bukan di negeri Selangor serta bukan berada dalam tempat mengundi Petaling Jaya Selatan sebaliknya dalam kawasan Universiti iaitu Parlimen Lembah Pantai.
"Jadi kita betulkan daftar pemilih Tan Sri Abdul Khalid yang dulunya mengundi dalam negeri Selangor, kita betulkan kesilapan itu, balik semula ke Wilayah Persekutuan," katanya.