Wednesday, April 18, 2012

bantah PTPTN dikatakan biadap

Akhbar Utusan ikut menghebahkan Himpunan mahasiswa di Dataran Merdeka ahad lalu dengan melabelkan anak-anak muda ini  sebagai biadap. Biadapnya mereka kerana gara-garan meletakkan kalungan bunga malai ke atas gambar PM dan batu nesan bersama-sama gambar Menteri Pengajian Tinggi. Kerana marah dan mahukan PTPTN dihapuskan dengan memberi taraf biasiswa.

Begitulah terhasutnya serta teruja Utusan kerana dek benci sangat dengan pernyataan hak oleh anak-anak muda bilamana suara mereka tidak diendah dan mahu didengari oleh pemimpin negara.

Ketua Pemuda Umno terus menyalahkan perbuatan mahasiswa dengan mengaitkan terus tindakan itu kerana dek terpengaruh dengan hasutan pembangkang.

Kita juga hairan, walhal bebudak ini hidup dan dibesarkan bawah 1sistem pendidikan yang dibuat oleh pemerintah sedia ada sejak 50 tahun dahulu iaiu kerajaan Umno, PLKN , BTN, Jasa, Jab Penerangan semuanya saluran memperkasakan jiwa bagi mengagungkan Umno dan kerajaan. Maka ikut mana dan bila masanya pula pembangkang ada ruang peluang bagi mengasuhkan mahupun menghasut para pelajar ini.

Jika pembangkang berjaya menghasut dan mengasuh mahasiswa dengan minda sebegitu , maka nampaklah sangat sistem yang diatur susun oleh kerajaan amatlah lemah. Pembangkang boleh dengan sekali dua sahaja pertemuan mahupun perjumpa sudah mampu mengubah minda para pelajar. Tabik spring lah kita kepada kumpulan pembangkang. Iaitu anda orang yang terhebat.


Maka hasutan pembangkang bak bagai tsunami lagaknya dan bahayanya.


Sikap biadab peserta demonstrasi

Oleh MD. AZRIN ROSLY

PROTES pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia di sekitar Jalan Tun Abdul Razak dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 15 April – Tindakan peserta demonstrasi membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan meletakkan kalungan bunga pada gambar pemimpin negara dan objek berbentuk batu nisan dianggap biadab dan tidak matang.
Sehubungan itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan berkenaan adalah hasil pengaruh pembangkang.

Katanya, walaupun beliau turut memperjuangkan kebebasan kepada mahasiswa, namun setiap usaha itu haruslah beradab dan ada batasannya.

“Janganlah membuat sesuatu perkara yang biadab dan tidak matang yang mana, ia melanggar adab serta budaya masyarakat kita.

“Adakah ini hasil daripada usaha pihak pembangkang yang mengatakan kononnya mereka melahirkan pemimpin pelapis yang berwibawa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan peserta demonstrasi anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tersebut yang berarak membawa gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan kalungan bunga di Dataran Merdeka semalam.
Demonstrasi itu tidak mendapat sambutan apabila kurang 200 mahasiswa terlibat.
Tambah Khairy, pengaruh yang ditunjukkan oleh pembangkang bukannya agar generasi muda membuat sesuatu dengan rasional, beradab dan berhujah dengan baik tetapi sebaliknya.

“Kita tidak menghalang mereka berdemonstrasi, tidak ada masalah. Cuma mereka perlulah membuat sesuatu dengan berhemah, bukannya mengikut sesuka hati yang dipengaruhi oleh kepentingan politik pembangkang.
“Saya yakin, mahasiswa kita majoritinya tidak terpengaruh dengan pembangkang dan hanya kumpulan ini yang menjejaskan imej mahasiswa,” ujarnya.

Khairy berkata, rakyat perlu menilai dan melihat apa yang telah berlaku serta memastikan generasi muda yang dihasilkan nanti tidak berperangai sebegitu.

No comments: