Thursday, April 26, 2012

TPM: mulai belajar politik

Pemimpin Umno dan menteri Umno mula belajar sesuatu. Apa etinya terbuka, apa ertinya pilihan rakyat dan apa ertinya hak serta apa ertinya jika ada ruang dan kuasa seseorang nafi dan halang haknya.

Pengalaman apa yang TPM rasai, sudah lama pemimpin pembangkang rasai. Itulah ertinya bagai mana perit rasanya program yang dia mahu hadiri dihalangi oleh orang yang berkuasa dan mempunyai kuasa.

Kita sangat bersetuju, TPM mahu bersikap terbuka ...peristiwa yang telah berlaku ke atas TPM kita harap akan menjadi pelajaran berguna baginya

Dan satu lagi pelajaran TPM belajar pula menjadi pembangkang lah. belajar kerana pusingan naik Bn mulai merendah ke arah pusingan menurun dan jatuh




BERITA

Kerajaan Negeri P.Pinang Harus Bersikap Lebih Terbuka - Muhyiddin
BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh pakatan pembangkang perlu bersikap lebih terbuka khususnya kepada pemimpin yang mempunyai jawatan dalam kerajaan pusat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata kerajaan negeri juga tidak seharusnya melakukan sesuatu yang menghalang penganjuran majlis sehingga menimbulkan kesulitan kepada rakyat.
"Saya ada peranan dan tanggungjawab hendak berjumpa dengan rakyat untuk menyampaikan cerita dan dasar-dasar kerajaan, bukan untuk kepentingan diri sendiri atau politik semata-mata tetapi untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian 'My Carnival NGO 1Malaysia' di Politeknik Seberang Perai di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden khemah untuk program kenduri rakyat 1Malaysia di Persiaran Mahsuri Bayan Baru di sebelah pulau dihalang pembinaanya oleh exco kerajaan negeri sebanyak dua kali.
"Untuk tujuan itu (menghalang penganjuran majlis) adalah sesuatu yang tidak berapa manis, dia (kerajaan negeri) halang, walaupun begitu majlis dapat diteruskan dan saya telahpun dapat sampaikan perkara yang perlu kepada rakyat," katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pemimpin Barisan Nasional (BN)adalah pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan untuk keharmonian rakyat.
"Kalau saya tak turun nanti ada kata saya sombong atau kita lupa mereka atau tidak bawa pembangunan kepada mereka tapi bila saya turun mereka halang, pada saya rakyat perlu nilai apakah langkah yang mereka lakukan itu boleh membantu rakyat atau menyulitkan rakyat," katanya.
Semalam, pihak penganjur majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia yang pada asalnya dijadualkan diadakan di Taman Iping, Batu Maung terpaksa berpindah ke Persiaran Mahsuri di Bayan Baru apabila Anggota Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Abul Kassim tidak membenarkan majlis itu diadakan di kawasannya.
Beliau juga cuba menghalang penganjur mendirikan khemah di kawasan Bayan Baru itu atas alasan tidak mendapat permit dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Selain itu, Muhyiddin berkata kerajaan juga sedang berusaha untuk menambah kemudahan kepada rakyat khususnya bagi pemandu teksi.
Terdapat hampir 80,000 pemandu di seluruh negara yang tiada jaminan dari segi keselamatan seperti caruman dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO)dengan pendapatan yang rendah.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat pengumuman berhubung perkara itu dalam tempoh terdekat.
"Saya tidak pasti apa bentuk kemudahan yang akan diberikan. Kita tunggu Perdana Menteri umum berita baik itu tidak berapa lama lagi.
Ditanya berhubung dakwaan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa terdapat beberapa pemimpin di Sabah akan melompat parti, Muhyiddin berkata: "Kalau benar, buktikan."
Katanya kedudukan BN di kawasan Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN)di Sabah adalah kukuh dan sokongan rakyat semakin meningkat. - BERNAMA

No comments: