Friday, May 28, 2010
Pertahankan apa dan apa terancam ?
Thursday, May 27, 2010
Bangga dengan terbesar !!!
Malaysia memang sukalah benda-benda macam ni. Dulu satu masa kita berbangga dapat membuat Jalur Gemilang terbesar. Kemudian kita gila nak buat menara tertinggi dunia. Seterusnya buat ketupat besarlah dan macam-macam lagi besar. Jadi kerjaan rakyat dan negara kita nak besar-besar sahaja.
Hatta nak buat pusat judi pun terbesar. Malaysia juga dikatakan sebagai pusat hub dadah terbesar dunia dan macam-macam lagi.
Kemiskinan tegar nampaknya agaknya kecil. Malaysia juga suka bagi negara dan wilayah terbesar kepada orang.
SINGAPURA: Harta semua 40 individu terkaya negara kini bernilai AS$51 bilion (RM168 bilion), meningkat daripada AS$36 bilion (RM118b) tahun lepas, dan lebih tinggi daripada rekod sebelum ini iaitu sebanyak AS$46b (RM151b) yang dicatatkan pada 2008.
Menurut Forbes Asia dalam Senarai Terkaya Malaysia 2010 yang diterbitkan hari ini, kekayaan bersama mereka telah meningkat 42 peratus, didorong oleh pertumbuhan ekonomi negara.
Peningkatan keseluruhan kekayaan juga sejajar dengan kenaikan 32 peratus di Indeks Kompposit Kuala Lumpur dan kenaikan 11 peratus Ringgit Malaysia berbanding dolar AS sepanjang 12 bulan ini, kata Forbes.
Tempat pertama senarai masih lagi Robert Kuok Hock Nien yang memegang kedudukan itu semenjak 2006 apabila Forbes Asia mula menyenaraikan 40 individu terkaya Malaysia.
Forbes berkata kekayaan Kuok meningkat kepada AS$12b (RM39b), peningkatan AS$3b (RM10b) sepanjang tahun lepas.
Ananda Krishnan pula kekal pada tempat kedua dengan AS$8.1b (RM27b), peningkatan AS$1.1b (RM3.6b) daripada tahun lepas.
Syarikatnya, Maxis Communications, pembekal perkhidmatan telefon mudah alih terbesar negara, disenarai awam tahun lepas dan mengumpul AS$3.4b (RM11b) dalam IPO terbesar negara.
Masih di tempat ketiga adalah Tan Sri Lee Shin Cheng dengan AS$4.6b (RM15b), lebih tinggi daripada AS$3.2b (RM10b) tahun lepas.
Jutawan berusia 71 tahun itu mengetuai IOI Group, salah satu penggendali utama penapisan minyak sawit. Syarikat itu dilaporkan melabur AS$300 juta (RM987j) untuk mengembang.
Forbes berkata bukan hanya tiga jutawan itu menyaksikan peningkatan pada kekayaan mereka, bahkan 27 orang lain dalam senarai itu juga mencatatkan pertumbuhan pada nilai bersih mereka, terutamanya jutawan teknologi Goh Peng Ooi, disenaraikan pada No. 16, yang mengalami peningkatan peratusan terbesar.
Kekayaannya meningkat kepada AS$425j (RM1,398j) daripada AS$112j (RM368j) sebelum ini, satu peningkatan sebanyak 280 peratus.
Forbes berkata tahun ini, nilai bersih minimum sebanyak US$110j (RM362j) diperlukan untuk layak memasuki senarai itu berbanding AS$90 (RM296j) tahun lepas.
Ia berkata bilangan jutawan juga telah meningkat dengan kini seramai 10 jutawan mempunyai nilai bersih sepuluh angka berbanding sembilan, tahun lepas.
Individu baharu yang memasuki senarai ini termasuk Datuk Shahril dan Shahriman Shamsuddin yang berkongsi tempat ke-23 dengan nilai bersih AS$270j (RM888j).
Kedua-dua mereka mempunyai kepentingan sama banyak dalam Sapura Group, yang diasaskan oleh ayah mereka.
Satu lagi wajah baharu ialah kontraktor Datuk A K Nathan, 54, yang disenaraikan pada tempat ke-24 dan bernilai AS$250 juta.
Syarikatnya, Eversendai, terlibat dalam banyak pembinaan di Timur Tengah termasuk Burj Khalifa di Dubai.
Forbes berkata tiga individu kembali tersenarai selepas terkeluar sebelum ini, iaitu Datuk Seri Nazir Razak, seorang ketua perkhidmatan kewangan di CIMB.
Beliau disenaraikan pada tempat ke-32 dengan nilai bersih US$145 juta.
Senarai 10 individu terkaya di Malaysia ialah: 1) Robert Kuok Hock Nien; AS$12 bilion 2) T. Ananda Krishnan; AS$$8.1 bilion 3) Tan Sri Lee Shin Cheng; AS$4.6 bilion 4) Puan Sri Lee Kim Hua; AS$3.9 bilion 5) Tan Sri Quek Leng Chan; AS$3.85 billion 6) Tan Sri Teh Hong Piow; AS$3.8 bilion 7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay; AS$2.5 bilion 8) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary; AS$1.7 bilion 9) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun; AS$1.6 bilion 10) Tan Sri Tiong Hiew King; AS$1.2 bilion
Senarai penuh individu terkaya Malaysia boleh didapati dalam terbitan Jun 2010 Forbes Asia yang telah mula dijual sekarang. - BERNAMA
Kerajaan dulu memikirkan hal rakyat, sebelum rakyat memikirkan masalah kerajaan ?
Tetapi bila sudah terlalu lama dinyanyikan dan dilagukan serta didendangkan kepada rakyat. Orang semakin menyampah dan meluat.Nyanyinya mudah soal subsidi. Jika kerajaan tidak beri subsidi duit kita ada banyak ini. macamlah juga kalau aku tidak makan aku dapat simpan banyak ini.
Adalah elok sifir dan wiridnya jika aku tidak hisap rokok aku boleh simpan sebanyak ini. Adalah tidak elok jika aku luluskan lesen judi aku boleh dapatkan wang sebanyak ini.
Juga adalah elok jika hutan rimba bukit bukau disimpan untuk anak cucu. Dan adalah tidak elok jika setiap tahun aku boleh dapatkan kutipan tol dan cukai pendapatan sebanyak ini, jika orang yang menggunakan sejumlah ini pada suatu-suatu masa.
Begitulah juga dengan keluhan, macamlah dia hebat sangat mencaturkan itu ini. Jika perancangannya hebat, buktikan dengan belanja subsidi berkenaan ia berjaya membuat sesuatu jumpaan dan dapatan bagi menyelesaikan subsidi berkenaan. inilah yang rakyat mahu tunggu dan dengarkan. Dengan pmotongan subsidi ini ganjaran kemudahan dan pakej kebaikan yang tersedia. maka sekadar menyatakan jimatnya begini jika tidak berbelanja begitu. Bukanlah penyelesai masalah rakyat. dan menjadi tanggungjawab kerajaan adalah memikirkan hal rakyat. dan bukanlah menjadi tanggungjawab rakyat pula memikirkan bagi pihak kerajaan kepadanya.
Bukannya jika atau kalau tiada subsidi kita dapat jimat jumlah begitu begini. Jika macam itu, kita pun boleh berangan-angan begini. Kalau aku dulu di Bangi 30 tahun, kalau aku belilah tanah kat Putrajaya kawasan sawit hari tu huh aku untung berapa la ni. Bangunan apa aku boleh buat ?
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
KUALA LUMPUR: Cadangan untuk mengurangkan subdidi kerajaan akan dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Beliau berkata, sekiranya langkah untuk mengurangkan subsidi tidak dilaksanakan dalam tempoh tersebut Malaysia akan muflis menjelang tahun 2020 kerana negara menanggung defisit sebanyak RM1,158 bilion.
UMNO penghasut
Dakwaan dan kenyataan anak Samy itu mendapat reaksi balas pimpinan Umno tertinggi dengan segera. Sebalik Umno menafikan krisis dalam MIC bukan berpunca daripadanya. Dan sesi cabar mencabar antara pimpinan Umno dan MIC bermula oleh beberapa pimpinan Umno secara terbuka. Sebalikyan anak Samy Vellu juga bangun dan bingkas menyatakan bahwa pertelagahan ayahnya dengan bekas ketua Pemuda MIC itu adalah kerana UMNO juga. beliau mempunyai bukti dan asas kukuh atasnya.
Reaksi balas kelmarin, TPM melabelkan anak Samy Vellu sebagai biadap. Sebaliknya hari ini V Periaal anak Samy Vellu enggan memohon maaf atas tuduhan nya itu. Justeru dakwanya itu beliau mempunyai asas dan bukti kukuh bagi menyokong kenyataan nya itu.
Wednesday, May 26, 2010
Hati-hati bisikan racun 'kerajaan tiada wang' !!!
Kini kebanyakan kakitangan kerajaan nampak yang bersimpati dengan 'nasib' menimpa kerajaan kerana pilihanraya kecil demi pilihanraya kecil. Kos dan perbelanjaan amat tinggi. Hasil daripada situasi ini strategik Umno Bn adalah meraih simpati rakyat kini. Dan rata-rata rakyat bercakap soal kerajaan tiada wang. Maka kini persoalan subsidi mula media perbahasakan. Dan kelmarin bermula gerakan dapatan sms berhubung soal subsidi kerajaan ke atas minyak. Rakyat seolah-olah secara halus ditanam bahawa rakyatlah yang harus dipersalahkan kerana bebanan yang kerajaan tanggungkan. Bukan masalah lain.
Oleh itu, pembangkang jangan tidur dan selesa serta bangga dengan kerajaan yang tiada wang. media juga melaporkan dan paparkan di media elektronik setiap masa hutang kerajaan ratusan billion dengan bandingan simpanan billion kerajaan. Ini menjadi perbahasan umum dan rakyat mulai memberi perhatian.
Jelaslah, dua gerakkan secara halus terancang APCO umno ini akan membuahkan hasil iaitu rakyat simpati. Sementelahan pula Umno dilihat hebat kerana menjadi abang dan ayah menanggung bebanan kelemahan masalah parti komponen lain atas bahunya. Semua Umno tanggung. Selepas krisis MCA berlarutan selama 2 bulan , kini masalah MIC pula berbangkit dan umno dipersalahkan. Maka jelaslah Umno kini dilihat hebat di mata rakyat. Soal benar atau ada campurtangan umno dalam percaturan MIC bukanlah persoalan. Yang penting rakyat lihat Umno adalah tunggak dan penyelesai serta penanngung bebanan karenah masalah orang lain dihempap ke atasnya.
Inilah peranan penasihat APCO Umno. Apa-apa pun Umno dilihat hebat.. Umno hebat ?
Tuesday, May 25, 2010
Pelaburan dan Gadaian yang memalukan ?
Persepakatan ini tercapai hasil pertemuan pimpinan kedua buah negara kelmarin. Episod seterusnya adalah pemberian percuma atau gratis air ke Malaysia oleh Singapura melalui Loji Air autonomi milik Singapura di Pulai seperti yang dipaparkan oleh siaran berita TV3 semalam.
Selain itu diberitakan bahawa projek JV antara syarikat dua negara sebanyak 50% pemilikan saham juga memalukan di Wilayah Iskandar. Ini menunjukkan Malaysia makin terdesak demi membangunkan Wilayah iskandar mengikut ujuran pelan pembangunan kerana 'kebanyakan pelabur' enggan masuk atau takut masuk ke Malaysia.
Sifirnya mudah pelabur ada tempat atau lokasi yang lebih kompetatif dan risau dengan sisem pemerintahan ala Umno dan kestabilan politik dan terlalu banyak campurtangan kuasa politik dalam membuat sesuatu keputusan.
SINGAPURA: Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di sini ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.
Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ)kereta apinya di WTCP.
Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di sini.
Pada sidang akhbar bersama di sini, kedua-dua pemimpin itu berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini.
Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.
Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.
Tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.
Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di sini.
Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia.
Pemindahan tanah kepada M-S Pte Ltd akan berkuat kuasa apabila KTMB mengosongkan Stesen Kereta Api Tanjong Pagar.
Kedua-dua pemimpin itu juga bersetuju supaya satu sistem transit laju antara Tanjung Puteri di Johor Baharu dan Singapura dimajukan secara bersama.
Sistem ini akan digabung dengan perkhidmatan pengangkutan awam di Johor Baharu dan Singapura, dan untuk kemudahan orang ramai, sistem transit ini akan mempunyai kemudahan CIQ bersama di Singapura, di satu kawasan yang akan dikenal pasti kemudian.
Sistem ini dijadual beroperasi menjelang 2018, dan selepas itu, Malaysia mungkin ingin memindahkan stesen KTMB dari Woodlands ke Johor.
Najib dan Lee bersetuju dengan penubuhan satu pasukan pelaksana bersama yang akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, bagi membincangkan butiran pelaksanaannya.
Pasukan pelaksana bersama ini akan menyiapkan tugasannya menjelang akhir tahun ini, kata kenyataan itu.
Hasil daripada tugas pasukan pelaksana bersama ini akan dimasukkan dalam satu perjanjian yang akan ditandatangani oleh kedua-dua negara selepas ianya dipersetujui oleh kerajaan masing-masing.
Najib dan Lee juga bersetuju bahawa bangunan terminal penumpang stesen kereta api Tanjong Pagar dipulihara kerana ia mempunyai nilai sejarah dan akan menjadi daya tarikan kepada projek pembangunan yang dicadangkan di tapak itu.
Bangunan stesen kereta api Bukit Timah di Blackmore Drive mungkin turut dipulihara, kata kenyataan itu. -BERNAMA
Umno: anak Samy kata ia adalah punca masalah
Jahatnya Umno kali ini, kata dan keluar daripada mulut anak Samy Vellu sendiri. Katanya apa yang berlaku kepada MIC adalah kerana salahnya Umno sendiri. Ini kerana campurtangan keterlaluan Umno dalam semua urusan dalam parti komponen Barisan Nasional (BN).
Kemarahan anak Samy Vellu bukannya kepalang kerana gerakan anti Samy Vellu (GAS) yang dikepalai oleh Muligan bekas Ketua Pemuda MIC mendapat pembelaan terbuka daripada kepimpinan Umno.
Sokongan terbuka oleh Setiausaha Barisan Nasional, menyebabkan kemarahan kelompok kaki bodek Samy Vellu. Kerana mereka legasi mempertahankan kedudukan dan status Samy Vellu.
Anak Samy tuduh UMNO punca masalah
KUALA LUMPUR 24 Mei - S. Vell Paari yang merupakan anak Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menuduh UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.
Sambil merujuk kepada desas-desus mengenai kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) mendapat restu daripada pemimpin tertinggi UMNO, Vell Paari yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menyelar UMNO kerana memulakan satu tindakan yang berbahaya.
''Adalah sesuatu yang berbahaya jika 'orang luar' terlibat (dalam urusan parti komponen). Lupakan dahulu bahawa bapa saya adalah Presiden MIC dan lihat isu ini dari perspektif demokrasi. Beliau dipilih oleh ketua-ketua bahagian.
''Jadi, apabila ada pemimpin yang tidak setuju dengan kuasa yang diberikan itu, adakah mereka menggunakan 'pembunuh politik' untuk menjatuhkan beliau?
''Apabila anda tidak gembira (dengan keadaan itu) anda gunakan orang dalam parti untuk melakukan perkara itu. Ia melemahkan asas demokrasi dan semangat BN serta keputusan ahli-ahli parti berhubung pemimpin yang mereka pilih,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today di sini hari ini.
Pada minggu lepas, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan menubuhkan GAS yang akan dilancarkan pada 30 Mei ini selepas dipecat daripada parti berikutan desakannya supaya Samy Vellu segera berundur.
Pelancaran GAS dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang yang mempunyai hasrat sama mendesak Presiden MIC itu segera meletak jawatan.
Vell Paari turut mempersoalkan adakah benar tindakan masyarakat Cina dan India tidak memilih BN dalam pilihan raya umum lalu disebabkan kepimpinan MIC dan MCA.
''Ia tiada kena-mengena dengan soal kepimpinan dua parti ini (MIC dan MCA). Ketidaksamarataan yang berlaku hari ini merupakan penyebab kepada perkara itu,'' katanya.
Dengan menggunakan metafora BN sebagai sebuah bas, Vell Paari berkata, parti-parti komponen hanya penumpang dalam bas yang dipandu oleh UMNO itu.
''Parti-parti komponen hanya penumpang. Bas itu dipandu oleh UMNO,'' katanya yang membayangkan tindak-tanduk dan polisi UMNO menjadi punca masalah berkenaan.
Beliau turut mendakwa antara sebab utama BN kehilangan undi kaum India pada pilihan raya umum lepas adalah berikutan tindakan meruntuh kuil, isu menarik kembali lesen pengedar besi buruk dan penahanan pemimpin Hindraf.
Menurutnya, semua perkara itu bukan dilakukan oleh bapanya, namun Presiden MIC tersebut dipersalahkan atas kehilangan sokongan kaum India untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.
Beliau menyeru semua ahli MIC dan masyarakat India supaya 'membuka mata' mereka terhadap perkara berkenaan kerana jika dibiarkan pada masa hadapan pemimpin parti-parti komponen akan menjadi 'kad menu' UMNO yang akan menentukan siapa yang patut menjadi presiden, timbalan presiden dan sebagainya.
Dalam pada itu beliau memberitahu, Timbalan Presiden, G. Palanivel akan mengambil alih jawatan presiden daripada Samy Vellu apabila bapanya meletak jawatan nanti.
Monday, May 24, 2010
Najib ke temasik: Isu air Johor, gadailah tu atau bagi free
Ulasan lanjut kita tunggu dan lihat nanti
Media mohon simpati dan hormati sikit dengan keluarga Adun Kerdau
Jelaslah jahatnya Umno dan media, kerana mereka amat sukakan pilihanraya kecil diadakan. hujahnya mudah kerana ada sesuatu benda yang bakal mereka perolehi melalui cara ini. Seperti mana yang kita tahun bilamana berlaku sesuatu pilihnaraya kecil banyaklah dana dan durian runtuh yang akan diperolehi kumpulan ini. Sebaliknya rakyat yang rugi, duit negara dibelalanjakan dengan begitu wewenang. Di beritakan bila satu-satu PRK diadakan tidak kurang belanja dan kosnya mencecah RM100 juta. Bayangkan
Bagi kita (pembangkang) PRK tidak dapat memberikan apa makna sangat. Jika menang pun Dato Adnan Yakkob tetap sebagai MB Pahang.
Kita amat bersimpati dengan keluarga Dato Zaharuddin kerana nampak sangat Umno dan orang-orang Umno 'mendoakan' secara tidak langsung agar Zaharaudin cepat meninggal.
Jika tidak kenapa media setiap hari memberi sorotan istimewa dengan berita sakitnya Adun berkenaan. Apa istimewanya ?
HALAQAH: Minta Menteri tonton sama ?
Siaran semalam, bertajuk DUNIA SELESEMA yang dipenaliskan oleh seorang Dr Daniel. Topik perbahasan dan isi bahasannya cukup menarik walaupun siaran ini bermula dari jam 10 hingga 11 malam.
Ruang bicara antara penulis dapat kutip adalah bagaimana hujah Dr Daneil kerosakan dan selesema dunia kerana tangan-tangan manusia. Kerosakan yang dilakukan menambahkan lagi kepada kerosakkan yang lain. Kes pembuangan bayi, AIDS, dadah. Dan yang terkini JUDI semuanya bawa kerosakkan kepada manusia belaka. Larangan Allah dilanggari.
Amati lah : Tulisan ada niat atau tanpa niat
melihat telatah dan gelagat dalam mensensasikan apa yang berlaku, etika penyiaran yang bebas cuba dilampaui dengan cerita dan berita yang memberikan kesan negatif dan memalukan.
Media seharusnya memberi penonjolan ke arah pembinaan bangsa, negara dan agama. Slogan keramat negara kita tidak dihayati langsung. Walaupun penulis mahu paparkan berita tersebut dengan apa niat dan tujuan sekalipun ia tetap memperlekehkan Islam. Agama penulis berkenaan secara tidak langsung.
Selain memberi gambaran bangsa isi artikel penulis sebagai bangsa hipokrit. Alahai apa lebihnya penulis berkenaan ?
Dari purdah ke bikini
Rima berjaya meraih gelaran itu dan serata dunia bergema dengan kata-kata Arab woman crowned Miss USA, impaknya mungkin berbeza.
SETELAH lama terperosok di dalam kepompong, sebahagian wanita Arab kini semakin menebarkan warna sang reramanya.
Lari daripada stereotaip yang sering digambarkan pada diri mereka seperti berjubah, berkelubung dan 'lebih gemar bersembunyi', mereka kini semakin berani menghapuskan wajah klise itu.
Kejayaan bersejarah wanita Arab berketurunan Lebanon, Rima Fakih yang dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Amerika Syarikat (AS) minggu ini bagai cuba menyampaikan mesej bahawa wanita Arab kini semakin bebas, berfikiran terbuka dan seksi.
Memang benar penglibatan wanita Arab dalam pertandingan ratu cantik bukanlah perkara baru. Imej sensual penyanyi wanita Arab juga sudah lazim dilihat di kaca televisyen.
Golongan munafik ada setiap masa dan zaman
Dalam sistem demokrasi negara, suara majoriti adalah kelebihan bagi membolehkan sesiapa yang menawarkan diri daripada kelompoknya akan menerajui kuasa berkenaan. Dengan hidup dan percayakan serta harapkan kelompoknya sahaja bagi mencapai cita-cita adalah terlalu lambat.
Malah orang yang ada rakyat juga berbeda citarasa dan keprcayaan. Maka kelmarin adalah satu lagi usaha ke depan Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang berjaya merasmikan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS di ibunegara. DHPP ini dianggotai oleh orang bukan Islam terutama dari kaum Cina, India, dan bumiputera Sabah Sarawak.
Namun usaha mengumpul orang bukan Islam bagi menyokong perjuangan islam bukannya mudah. Sejak era 70an lagi pelbagai usaha dibuat, marah, takut, bimbang, curiga, tidak setuju bukan sahaja datang daripada orang luar parti PAS, tetapi juga datang daripada dalam PAS. Kini semua sudah berubah, masa menentukan segala-gala, pemikiran dan pendekatan pemimpin dan kepimpinan bagi mengejar kesejahteraan ummah wajar dibela dan dipercepatkan. Usaha tersembut kini menampakkan kejayaan. Kini semua pemimpin dan kepimpinan dalam PAS telah menerima. Sementelahan mereka yang diajak berada dalam PAS menunjukkan kemajuan dari segi faham "keIslamannya mereka itu' jauh terkedepan daripada ahli-ahli PAS sendiri.
Oleh itu, inilah yang dicurigai oleh musuh PAS. Maka usaha memecahkan dan membina persepsi buruk mula ditanam. hasutan secara halus ini mahu menjarakkan gabungan Pakatan Rakyat terutama DAP dengan PAS yang semakin intim ini mahu dijarakkan.
Hari ini sahaja, ulasan awal kebimbangan DAP terhadap PAS itu cuba disemarakkan. Tujuan untuk melahirkan persepsi Melayu yang membaca artikel ini 'agar' masuk dalam kepala dan mulai 'mempercayai'nya. Dengan ini sekaligus cuba memikat ahli-ahli PAS sendiri bahawa kepercayaan dan kerjasama dengan DAP itu tidak diperlulakn lagi.
Jika geraksaraf ini mahu menimbulkan kecurigaan kepada cina DAP. Maka tulisannya itu tidaklah dalam akhbar berbahasa Melayu, tentulah ditulis dalam akhbar berbahasa Cina.
Jelaslah, jarum , hasutan jahat secara halus ini mahu melemahkan Islam yang semakin diterima oleh bukan Islam melalui PAS amat ditakuti dan dibimbangi. Inlah agenda puak atau kumpulan munafik dalam negara kita.
Oleh HAIRULAZIM MAHMUD
HARI ini secara rasminya PAS melancarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dengan jumlah keahlian permulaan seramai 20,000 anggota di seluruh negara. Pelancarannya merupakan lembaran sejarah baru bagi parti Islam itu yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Banyak yang perlu dilakukan PAS untuk menjadikan DHPP itu satu kenyataan dan perjalanannya amat panjang. Sayap baru itu kini dipengerusikan oleh Hu Pang Chaw dan timbalannya, N. Balasubramaniam yang sebelum ini menerajui Kelab Penyokong Pas bagi kaum India.
Pang Chaw sebelum ini adalah Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kebangsaan - yang bergerak secara bebas atas nama kumpulan penyokong.
DHPP akan bergerak sama seperti sayap sedia ada iaitu Dewan Pemuda, Dewan Ulama dan Dewan Muslimat. Sayap baru itu bakal memiliki anggota jawatankuasanya di peringkat pusat di samping akan digerakkan ke peringkat negeri selain menjadi wakil dewan dalam majlis-majlis rasmi parti.
Sejak beberapa siri pilihan raya umum lalu, komuniti bukan Islam atau bukan Melayu dilihat sebagai penentu kepada kemenangan mana-mana parti politik sama ada Barisan Nasional (BN) atau pakatan pembangkang yang dianggotai PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor dan Sibu baru-baru ini jelas menunjukkan kuasa pengundi bukan Islam atau bukan Melayu yang menjadi penentu kepada calon BN atau pembangkang.
Jika di Hulu Selangor, kaum India selain Cina menjadi 'sasaran' parti yang bertanding sementara di Sibu kaum Cina jelas menjadi penentu. Ini gara-gara perpecahan di kalangan pengundi Melayu/Islam kerana ada yang menyokong PAS atau Umno serta sedikit-sedikit calon Bebas, itupun jika calon itu seorang Melayu/Islam.
Berdasarkan pengamatan penganalisis politik, kaum Cina tidak bergantung hidup dengan parti (mungkin ini faktor mereka tidak terus menyokong MCA 100 peratus), amat berbeza dengan gaya politik orang Melayu. Tsunami politik kaum itu menjadi fokus kesemua parti ketika ini dan pastinya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Pengundi Cina akan berpihak kepada mana-mana parti yang menjaga kepentingan mereka secara total tanpa mempedulikan siapa di belakang parti itu, yang penting mereka dijaga sebaik mungkin dan periuk nasi tidak diganggu.
Di Hulu Selangor pengundi Cina yang mendominasi kawasan bandar atau pekan memihak kepada calon PKR iaitu Datuk Zaid Ibrahim tapi tewas di tangan P. Kamalanathan, demikianlah juga hal yang serupa di Sibu apabila calon BN, Robert Lau Hui Yew tewas kepada Wong Ho Leng dari DAP dengan majoriti 398 undi. Atas kesedaran dan faktor-faktor penting inilah PAS perlu mengorak langkah dengan 'menaik taraf' kelab penyokong mereka yang dianggotai bukan Islam terus sebagai sayap mereka walaupun belum diputuskan hak anggota dewan baru itu mengundi pada muktamar tahunan parti itu.
Memetik kata-kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad: "Untuk mengundi pada pemilihan parti belum lagi."
Katanya, apa yang menjadi kelebihan ialah ahli-ahli sayap itu kini boleh menghadiri muktamar parti sebagai perwakilan.
Kini tugas ahli DHPP lebih terarah dan fokus iaitu memecahkan tembok yang memisahkan PAS dengan masyarakat bukan Islam. Jika dulu pandangan skeptikal terhadap parti itu sangat tinggi.
Tetapi dengan adanya DHPP, sayap baru itu boleh memainkan peranan mereka menarik bukan Islam bersama-sama parti.
Namun mengatasi semua itu hakikatnya ialah - PAS tidak akan berharap lagi dengan PKR atau DAP yang turut memiliki penyokong pelbagai kaum. Mungkin PAS merasakan tidak ada upaya mengawal penyokong-penyokong bukan Islam kedua-dua sekutunya itu kerana dasar parti yang berbeza-beza kerana itu langkah paling berkesan menubuhkan sayap bukan Islam sendiri.
Nampaknya Pang Chaw dan Balasubramaniam tidak perlu bimbang lagi kerana pelawaan PAS ke atas masyarakat bukan Islam menyertai parti itu memang serius. Tidak lama lagi mereka mungkin berpeluang menjadi sebahagian daripada penggubal dasar dan perlembagaan parti.
Ini diperkuatkan lagi dengan jaminan Abdul Hadi bahawa parti itu memang bercadang membenarkan anggota parti daripada kalangan bukan Islam turut terlibat membuat keputusan dalam parti dengan mengundi pada muktamarnya.
Tetapi beberapa kajian dan penelitian perlu dilakukan terlebih dahulu khususnya berkaitan perlembagaan parti sebelum keputusan dibuat.
"Kita perlu kepada banyak pindaan perlembagaan berhubung hal ini dan akan disusuli kemudian," katanya selepas melancarkan DHPP.
Perkara itu juga katanya memerlukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Selepas ini PAS mungkin tidak akan bergantung lagi pada DAP atau PKR untuk menggerakkan jentera pilihan rayanya di kawasan majoriti bukan Islam.
Pucuk pimpinan DAP atau PKR perlu menghayati kata-kata Abdul Hadi ini yang menggambarkan rancangan jangka panjang parti itu untuk menjadi parti pelbagai kaum:
"Jika semua kaum dan etnik di negara digabungkan dengan baik, ianya akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara.
"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS."
Sunday, May 23, 2010
Umno perbodohkan orang pada semua masa ?
Jangan diremehkan semua perkara dan benda
Judi: Kerajaan terdesak ke UMNO terdesak
Saturday, May 22, 2010
Inilah politik sentiasa diperhatikan
Friday, May 21, 2010
Islam: Cara serangan bahaya abad ini ?
Emosi kita mudah diperangkapkan
Situasi ini berlaku ke atas bekas kumpulan al Arqam yang diharamkan di Malaysia. Menurut Sheikh Lokman, persembahan pentomen bertajuk 'Kalahkan nafsu Abuya pulang' bukan bermaksud Ashaari akan hidup balik, sebaliknya "kembali ke negara asal dari mana dia datang" telah dibuat di pusat tarbiyyah al arqam Country Home Rawang digemparkan.
Ramailah orang yang marah dan memberi pelbagai reaksi terhadap kumpulan ini. Malah bertambahlah kesesatan kumpulan ini daripada sebelumnya. Kerana logik akal dan fahaman agama Islam mana ada manusia yang akan kembali menjadi manusia seperti sediakala.
Akhbar atau media sendiri ada agenda-agenda tertentu. Pimpinan dan pemimpin kita yang sedang rancak memimpin negara yang cemas dan sudah lemas sekarang. Serangan kumpulan pembangkang sahaja dengan medium yang terhad, gagal ditangkis dengan mudah berbanding zaman pemerintahan tahun-tahun selemumnya.
Pendekata cabaran memerintah negara kini semakin sakit, dan tidak semudah seperti dahulu. Makna dan moral ceritanya UMNO dan BN semakin lemah.
Thursday, May 20, 2010
Bung dan poligami di Malaysia ?
Wednesday, May 19, 2010
UMNO kenapa gelabah ?
Maka macam itulah saling tidak tumpah seperti kelaku UMNO. Bila sahaja rakan terdekat atau yang paling dekat mengkritik atas dirinya maka cepatlah melentingnya. Orang yang tidak boleh diperbetulkan ini adalah orang yang degil serta keras hati. Maka orang yang degil dan kerashati janganlah kita berkawan dengannya. Itu adalah cara yang paling baik.
KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda UMNO Sabah hari ini menegur Parti Liberal Demokratik (LDP) kerana membuat kenyataan yang dilihat lebih ghairah mengkritik Barisan Nasional (BN), serta boleh menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat.
Ketuanya, Azman Haji Ruslan, berkata sebagai anggota BN, LDP sepatutnya memberi contoh yang baik mengenai usaha mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan bukan disebaliknya.
"Pemuda UMNO Sabah memandang berat perkara ini kerana kita tidak mahu wujud satu persepsi seolah-olah rakyat Malaysia di Sabah tidak pandai menghargai jasa serta usaha-usaha yang dilakukan kerajaan BN untuk membangunkan negeri itu, " katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Azman berkata pemuda Umno tidak berniat mahu menghalang LDP daripada mengeluarkan pandangan, tetapi sebagai rakan dan anggota BN, parti itu seharusnya bersikap jujur dan adil.
"Jangan anggap rakyat Malaysia di Sabah tidak bijak menilai sumbangan kerajaan Pusat kepada rakyat dan negeri ini, terutama dari segi pembangunan sosio-ekonomi," katanya mengulas kenyataan Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Shu Pin semalam yang menggesa pemimpin BN pusat agar tidak melayan Sabah dan Sarawak sebagai 'simpanan tetapnya dan mendakwa BN Sabah sedang menghadapi krisis kepimpinan.
Ungkapan 'simpanan tetap' merujuk kepada sokongan padu penduduk Sabah dan Sarawak terhadap kerajaan BN yang berterusan, khususnya sumbangan signifikan kedua-dua negeri itu dalam mengekalkan penguasaan kerusi BN di Parlimen.
Menurutnya, kenyataan timbalan presiden LDP itu juga seolah-olah mahu memperkecilkan kewarasan penduduk Sabah untuk menyokong dan mempertahankan kerajaan BN, yang telah banyak memberi sumbangan kepada rakyat dan negeri Sabah," katanya.
Azman, yang juga ketua pemuda UMNO bahagian Keningau, berkata kerajaan B Nnegeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, sangat prihatin dengan masalah dan keperluan rakyat Sabah dan berjaya mengemudi BN Sabah meraih kemenangan cemerlang pada pilihan raya umum yang lepas selain meletakkan kedudukan pembangunan di negeri ini di tahap yang lebih tinggi. - BERNAMA
Monday, May 17, 2010
Bila UBN dan UMNO APCO mahu taubat dan insaf
Sunday, May 16, 2010
Betulkah Parti UMNO yang bermaruah ?
Saturday, May 15, 2010
Pemikiran pelik dan songsang UMNO
Dan memang kerja UMNO dan kerja-kerja UMNO adalah suka menyibuk serta menyesatkan pemikiran orang kerana mereka sendiri sudah sesat. Dulu sibuk mereka dan ulama mereka menyerang KM P Pinang kerana mengahalang perarakan Maulid Rasul. dan hari ini ini pula kalimah Allah yang mahu dijaga sangat.
malah hukum-hukum lain mereka tidak sibuk sangat. Judi di Genting Highlands, arak di P Jaya adalah satu dua contoh yang merupakan maksiat besar dan kumpulan dosa besar. Tutp urat bagi perempuan Islam yang baligh bagaimana ? Kenapa benda dan perkara asasn dan feudmental ini tidak dikecohkan, patutlah mereka insafi hal ini dulu.
Kerana mereka selalu berhujah nak buat sesuatu kena bagi rakyat dan orang faham dulu. Inilah pelik dan songsang pemikiran UMNO
KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.
Menteri Besar Kelantan itu berkata walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.
"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Haron)... tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan Haron supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya.
Terdahulu, Nik Abdul Aziz melepaskan peserta jelajah kereta mewah menerusi Program JPM Super Drive Challenge KB 2010 di perkarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, di sini hari ini. -BERNAMA
Monday, May 10, 2010
Rasis: Tunggu dan lihat
Justeru, Nizar meminta rakyat tunggu dan lihat serta segera membuat laporan Polis jika apa yang dinyatakan oleh beliau menjadi kenyataan.
Ini adalah jalan pilihan PERKASA dan Dr M bagi memainkan sentimen Melayu bagi membangkitkan kemarahan rakyat dan mempertahankan hak-hak rakyat Melayu.
Bagi kita sendiri , sebenarnya hal ini kurang jelas kenapa dan mengapa Himpunan rasis mahu diadakan oleh UMNO. Himpunan menghimpun kan melayu adalah manifestasi orang yang kecewa. Walhal Melayu masih lagi memegang kuasa dan jadi apa perlu mahu membuat Himpunan sedemikian rupa.
Apa-apa pun tunggu dan lihat.
Saturday, May 08, 2010
IKLAN PELAWAK UMNO APCO
Sesiapa yang mahu terlibat perlu bertanya hal ini kepada EZAM KOTAK. Kini bergelar seorang senator yang bakal mendapat 'habuan' dan 'hadiah' saguhati kerana hal kotaknya itu.
Pencinta dan pencari kebenaran hanya bersama dengan kumpulan yang sama-sama mahu memperjuangkannya. Pilihlah salah satu komponen Pakatan Rakyat. Selain itu adalah mengarut belaka.
Hujahnya, kenapa dan mengapa 6 KOTAK Fail EZAM tidak disiasat. Jika dia seorang yang betul benar maka selepas menjadi Senator maka lagi mudahlah kotak itu diserahkan. Kedua sepatutnya SPRM minta lah 6 kotak itu daripada EZAM. Ketiga Menteri Bakar Jambatan Rais Yatim ada juga berbelas-belas kes rasuah berprofail tinggi , maka SPRM mintalah
Rakyat jangan jadi BODOH dengan iklan dan kempen SPRM. Ini adalah agenda UMNO APCO dalam mengabui mata rakyat. Bila lagi rakyat mahu memerdekakan pemikiran dan diri mereka daripada kelicikan UMNO APCO.
Dunia UMNO APCO adalah dunia lakonan. Bak kata YB Dato Husam Musa. Ambo tak sir berbicara dan berurusan lagi dengan orang UMNO dan UMNO APCO diakhirat. Masa tu ambo beri pitih, tong gas, tong minyak ambo tok sir.. Royalti dan kes minyak tuntutan Kelantan ambo nak selesai atas muka bumi ni, lepah mati ambo tak sir...
SPRM adalah Unit UMNO APCO
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bercadang untuk memberikan imbuhan kepada pegawai-pegawai kerajaan yang mengambil tindakan ke atas orang yang cuba memberi rasuah kepada mereka.
"Perbincangan telah dibuat dengan Jabatan Peguam Negara dan kerajaan mengenai apakah bentuk imbuhan tersebut," katanya pada sidang media selepas menutup kursus Pencegahan Rasuah dan Pengurusan Risiko Dalam Organisasi Awam di sini semalam.
Abu Kassim berkata, imbuhan itu nanti dapat memberi kesedaran dan mendidik pegawai-pegawai kerajaan tentang usaha kerajaan dan SPRM dalam memerangi rasuah.
Katanya, ini kerana agensi-agensi penguatkuasaan merupakan agensi kerajaan yang paling banyak terdedah dengan rasuah bukan sahaja di negara ini malah di luar negara.
"Jika kita lihat di negara ini kini, agensi-agensi penguatkuasaan jugalah yang paling banyak melapor dan mengambil tindakan ke atas pemberi-pemberi rasuah," katanya.
Masa dan izin Allah PRK di Pahang pula ?
Maklumat yang diberi oleh para sahabat jika izin Allah kemungkinan atau kerbarangkalian pilihanraya kecil akan berlaku itu adalah hampir dekat dan nyata.