Sunday, May 23, 2010

Judi: Kerajaan terdesak ke UMNO terdesak

Entah apa sebabnya kerajaan Malaysia meluluskan lesen judi sempena Musim Bolasepak Piala Dunia Jun ini. Najib Tun Razak PM ke 6 yang juga merangkap Menteri Kewangan 1 telah meluluskannya. Lesen perjudian adalah di bawah Kementerian Kewangan. Bila PM meluluskan lesen kebenaran dan tindakan tersebut tidaklah payah dimaklumkan ke barisan kabinetnya.
Kita tertanya-tanya sebab musabab kenapa dan mengapa lesen perjudian ini diluluskan dengan jumlah yang banyak iaitu sejumlah 12 lesen. Mestilah kepada 12 orang atau tokeh juga syarikat. Bilamana jadi begitu , lesen ini akan diniagakan. Perniagaan judi adalah perniagaan mudah untung, kerana ada unsur penindasan dan penipuan, tetapi ramai orang berminat sebab 'nasib' berjudi itu terkadang untung berguni-guni. Tetapi sejarah orang berjudi semua papa kedana dan tidak ada yang kaya. Malah yang kaya adalah cuma TOKEH nya iaitu orang yang menguruskan judi. Orang ini belum tentu suka dan mahu berjudi, dia sekadar berniaga menguruskan perjudian sahaja, malah dia sendiri tahu akan penyakit dan jadinya jika ia berjudi.
Selain itu, kenapa kerajaan terdesak sangat mahu luluskan lesen judi, Pertama kerana darinya dapat duit dan bidang ini mendatangkan duit. Dapatnya tentu besar kerana pendapatan judi sentiasa besar, kenapa besar syaitan sentiasa bisikan kepada manusia yang lemah dan mereka yang berjudi adalah kumpulan dan jenis manusia lemah tergoda dengannya.
Katanya kerajaan UMNO BN ada serampang bermata-mata. Walaupun pendedahan seorang penulis luar negara tentang kebusukan PM dan UMNOnya beliau dedahkan wang saku milik UMNO cecah berpuluh-puluh juta , dan mungkin pergi ke ribuan juta malah mungkin capai billion juta. Sifirnya politik wang - gunakan wang semasa pemilihan, semasa pilihanraya tentunya adalah daripada wang UMNO atau kerajaan.
Sebabnya pengendali utama UMNO adalah kepala mencipta duit. Duit baginya bukanlah masalah dan malahan duit sudah tiada guna baginya lagi. Beliau buat ini kerana kuasa , kuasanya datang dari UMNO. Itulah yang mahu beliau kekalkan.
Sebaliknya yang kita hairan, Melayu islam dan Islam Melayu boleh berdiam diri dan mendiamkan diri. Kesalahan seorang tetapi malapetaka dan petakanya kepada seluruh umat manusia. Ini kerana matalamat hidup kita manusia Islam mahukan kesejahteraan di dunia dan diakhirat. Kuliah masjid, surau, media massa, media elektronik seru dan beritahu bahayanya, tetapi kita sendiri sedang mencari dan menempuh bahayanya .

No comments: