Tuesday, January 28, 2014

Rakyat Tidak Gembira Aapa Yang Berlaku di Selangor ?

Politik negara makin tidak menyeronokkan ? Walaupun PRU14 makin jauh, tetapi tindakan beberapa pelaku utama pentas politik tidak menyenangkan rakyat. Betul, tadbir urus politik bukan lah semacam tadbir urus jabatan atau pejabat, organisasi yang mudah.Hal ini tidak dinafikan.

Rakyat, mulai meletakkan harapan dan kredit tertinggi kepada Pakatan Rakyat (PR). setidak-tidak mereka sudah ada alternatif untuk dipilih bagi menjalankan urustadbir negara secara telus, berintegriti dan yang paling penting memberi harapan baru kepada rakyat.


Pengguna Twitter kecam Anwar bertanding DUN Kajang

OLEH SYAHIRAH RASHID
JANUARY 28, 2014
(Duduk dari kiri) Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 28 Januari, 2014.(Duduk dari kiri) Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 28 Januari, 2014.Pengguna laman sosial Twitter mengecam keputusan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dikosongkan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Lee Chin Cheh, semalam.
Spekulasi mengatakan pencalonan Anwar di kerusi DUN Kajang adalah untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor akibat persengketaan Abdul Khalid dan Pengerusi PKR Selangor Mohamed Azmin Ali yang menyukarkan pentadbiran negeri dikuasai Pakatan Rakyat (PR) untuk penggal kedua itu .
Bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim, berkata Anwar yang pernah menjadi timbalan perdana menteri itu akan turun pangkat sekiranya dilantik menjadi menteri besar Selangor.

"Ini turun pangkat. Tidak sepatutnya," tulis Zaid di akaun Twitter @zaidibrahim.
Sebaliknya beliau berkata, Anwar harus menyertai Umno dan Barisan Nasional (BN) serta bekerjasama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam menangani serangan ekstremis.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula menganggap isu Anwar bertanding DUN Kajang sebagai kelakar.
"Kelakar betul. Sementara itu, mengapa tidak lantik sahaja diri sendiri sebagai Sultan Melaka?" kata Khairy Jamaluddin dalam akaun Twitter @khairykj.
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata dalam akaun Twitter @tankengliang, PKR adalah semuanya tentang Anwar.
"Pada 2008, isterinya meletak jawatan untuk membenarkannya bertanding bagi kerusi Permatang Pauh. Tahun ini, seorang lagi ahli PKR meletakkan jawatan untuk membenarkan beliau bertanding bagi kerusi Kajang. Adakah PKR hanya tentang Anwar?" kata Tan.
Sementara itu, seorang pengguna Twitter, @WaniIbrahim berkata:"Sesetengah orang harus tahu bila untuk berhenti, termasuklah Anwar Ibrahim."
Manakala @mutaibuthman berkata:”Anwar melanggar janji untuk berhenti sekiranya PR kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).”
@mozas_my29 pula bertanya:”Bolehkah seorang bekas penjenayah menjadi MB? Apa akan jadi sekiranya Sultan Selangor tidak setuju? Pernahkan anda fikir tentang itu?"
Bagaimanapun, Abdul Khalid pada sidang media pagi tadi berkata, pencalonan Anwar tidak ada kena mengena dengan status beliau sebagai menteri besar.
Semalam, beliau berkata, pemecatannya sebagai menteri besar harus dipersetujui Sultan Selangor serta ketiga-tiga parti dalam PR.
Anwar sebelum PRU13 pernah mengeluarkan kenyataan akan berhanti sekiranya PR gagal mengalahkan BN.
Katanya, beliau mahu kembali kepada profesion mengajar.
Hari ini, Abdul Khalid mengumumkan Anwar akan bertanding DUN Kajang yang dikosongkan Lee. - 28 Januari, 2014.

Monday, January 27, 2014

Adun PKR Letak Jawatan Amat mengejutkan

Mengejutkan tetiba Adun Kajang meletakkan alasan. Dalam hal ini rakyat terkejut dan terkesan dengan tindakan sebegini. Berita perletakkan jawatan sebegini memberi pelbagai persepsi negatif.

Pihak kita (PR) merasakan ia tidak wajar. Imej PR atas apa alasan  dan logik tidak dapat menerima keputusan ini. Walaupun guna alasan demi itu dan ini.

Rakyat sudah muak dengan perlakuan kita.... rugi tindakan merugikan. Mana konsep sabar yang disarankan dalam hidup dan kehidupan Islam kita


Adun PKR Kajang Letak Jawatan
Lee Chin Cheh
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut berkuatkuasa serta-merta pada Isnin.
Perkara itu diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh dalam satu sidang media tergempar di Dewan Annexe di sini petang Isnin.
"Pada hari ini, 27 Januari 2014 saya telah menerima perletakan jawatan daripada Adun Kajang. Lee Chin Cheh berjumpa dengan saya dan menyerahkan surat pelepasan keahliannya hari ini.
"Selaras dengan undang-undang tubuh perkara 68 bahawa seseorang Adun boleh melepaskan keahliannya melalui surat dibawah tandatangannya yang ditujukan kepada speaker.
"Maka dengan ini saya isytiharkan kerusi N25 Kajang telah dikosongkan," katanya.
Justeru itu, beliau berkata selaras dengan Fasal 5 perkara 70 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan tersebut.
Menurut Hannah, beliau akan memaklumkan mengenai kekosongan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pagi Selasa.
"Hari ini dah tak sempat nak beritahu. Saya akan maklumkan kepada SPR pagi esok (Selasa) bagi memberi laluan Pilihan Raya Kecil diadakan," katanya.
Ketika diasak media apakah punca peletakan jawatan Lee, Hannah berkata beliau (Lee) tidak menyatakan sebarang alasan di dalam surat tersebut.
"Anda patut tanya beliau sendiri mengenai alasan peletakan jawatan itu. Tugas saya sebagai Speaker hanyalah dimaklumkan mengenai perkara itu dan saya telah menerima surat daripadanya," kata Hannah yang juga Adun Subang Jaya.
Ketika ditanya sama ada peletakan jawatan itu ada kena mengena dengan kemelut dalaman membabitkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Adun Gombak, Mohamed Azmin Ali, Hannah menjawab,"tiada komen."
"Saya tak nak komen mengenai perkara itu. Malah saya turut terkejut dengan peletakan jawatan Lee," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada peletakan jawatan tersebut dilakukan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang, Hannah berkata, beliau enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu kerana ia hanyalah khabar angin.
"Saya tak nak komen mengenai calon kerana berita tentang Anwar hanyalah khabar angin. Apa yang boleh saya katakan, hari ini kerusi N25 (Kajang) telah dikosongkan dan kerusi itu milik PKR ," katanya.
  • Print this story

Sunday, January 26, 2014

Nantikan Pendidikan Memasuki era Pengkoporatan, Kastam Bakal Menyusul

Mengapakah Pendidikan tidak dikoporatkan. Berita kali ini Kastam bakal dikoporatkan. Maknanya mana-mana yang ada pulangan kepada 'pihak-pihak' tertentu kerajaan bersiap-siap mahu kaji untuk diswastakan.

Kini, selepas api, air, padang ragut dan bakal menyusul adalah tanah yang memasuki fasa koporat tersendiri. Semuanya kerajaan gadaikan, di mana tanggungjawab dan dimana konsep pandangan Islam mahu disangkutkan dengan pemerintah yang mendakwa Malaysia adalah sebagai sebuah negara Islam contoh dan model kepada dunia Islam moden masa kini .






Kerajaan Kaji Pengkorporatan Kastam - PM
JOHOR BARU: Kerajaan akan membuat kajian terperinci mengenai kesesuaian pengkorporatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, kajian yang akan dibuat pada tahun ini dijangka mengambil masa tiga hingga empat bulan.
"Kajian menyeluruh akan dibuat selama tiga hingga empat bulan untuk melihat sama ada pengkorporatan itu dapat dilaksanakan atau tidak," katanya.
Kajian itu, katanya, akan turut meliputi pelbagai perkara termasuk isu kelayakan dan perjawatan anggota dan pegawai di dalam KDRM.
Najib berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-32 di Dewan Sultan Iskandar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, Ahad.
Perdana Menteri turut berkata, kerajaan menetapkan sasaran kutipan cukai sebanyak RM36 bilion oleh KDRM tahun ini.
Jumlah itu, kata beliau, adalah peningkatan sembilan peratus berbanding RM33.12 bilion yang dikutip KDRM tahun lalu.
"Jika jumlah itu dapat dicapai, kita boleh mempertimbangkan insentif khas kepada Kastam," katanya.
Mengenai persediaan KDRM bagi menghadapi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Najib berharap ia dapat dilakukan dengan teliti agar tidak menghadapi sebarang masalah.
Katanya, dalam pelaksanaan sesuatu sistem baharu sudah menjadi kebiasaan akan berlaku masalah dan oleh itu KDRM sebagai agensi hadapan dalam pelaksanaan GST, langkah perlu yang proaktif harus diambil bagi mengelakkannya.
Najib turut mengumumkan kejayaan KDRM menumpaskan penyeludupan dadah melibatkan 1,586.17kg berjumlah RM118 juta tahun lalu dan rampasan barangan seludup bernilai RM646.52mil dengan nilai cukai RM407.4juta. BERNAMA

Daim Salahkan Najib Naik Gaji Kakitangan Awam : Punca Kos Hidup Meningkat

Daim Zainuddin mantan menteri kewangan zaman Dr M mula bercakap. Dan beliau kini sama lantang dan sama mendapat tempat dalam media. Dan sama juga mengkritik secara terbuka kepimpinan Najib.

Antara punca peningkatan kos hidup naik mengikut Daim adalah kerana kerajaan menaikkan gaji dan elaun kakitangan kerajaan dan pemborosan. Dan tambahan lain Najib sewenang-wenang menaikan tol dan tidak mahu mengkaji konsesi . Di samping beliau terlalu mengikut penasihatnya yang katanya dasar-dasar kerajaan kini merugikan rakyat teramai khasnya orang Melayu.

Kakitangan awam negara ini hanya 1.4 juta daripada 29 juta orang penduduk negara ini. Atau 5 % sahaja daripada jumlah penduduk negara Malaysia. Sementara kos perbelanjaan yang perlu dikeluarkan kerajaan adalah hampir RM2 billion setahun (paling tinggi). Dan hasil negara diunjurkan mencecah RM250 billion setahun pada 2014 (Bajet 2014). Dan sumber daripada Petronas yang diambil adalah RM70 billion setahun.
Adalah malang bagi kakitangan awam yang dikambing hitamkan dan menjadi sasaran kritikan pandangan mantan menteri kewangan.Ertinya roh DEB (1970-1990) kemudian diteruskan dengan DPN (1991-2000) gagal disempurnakan , kerana kerajaan gagal untuk memberi keadilan serta kesejahteraan kepada para pekerja yang melaksanakan dasarnya sendiri. Apatah lagi kepada rakyat teramai.

kritikan Daim boleh dikuti dalam Harakah cetak Bil 1915- 27-30 Januari 2014/25-28 Rabiulawal 1435H
 


Saturday, January 25, 2014

Wow !!!!! Harta Taib Mengancam ?

Boleh lah beliau tolong bayarkan hutang negara. Mengikut khutbah Jumaat minggu lepas khatib mengmbas kembali pengurusan harta negara oleh Nabi Yusof yang urustadbir negara Mesir 7 tahun mencatu dan 7 tahun bermewah.

Entah sindirian iu ditujukan kepada siapalah, yang dengar hanya orang kampung sahaja. Orang kampung Najib entahlah...




Harta Taib Mahmud lebih RM60 bilion, bila nak siasat?

taib-mahmudKUCHING 24 JAN: Angkatan Muda KEADILAN Sarawak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat harta kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya yang berjumlah lebih RM60 bilion.
Timbalan Ketua AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh berkata, ratusan laporan polis dan SPRM dibuat, namun tiada satu pun siasatan dan tindakan diambil.
“Jika benar kedua-dau jabatan itu badan bebas rasuah dan berintegriti, maka mereka harus bertindak segera,” kata Zulhaidah dalam kenyataan.
Sebelum ini, seorang akauntan bertauliah Andrew Heng, 39, mendedahkan anak lelaki Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib mempunyai kepentingan dalam 85 syarikat asing, termasuk Sakthi International yang berpangkalan di California.
Perkara itu diketahui ketika pendengaran tuntutan harta sepencarian isteri Bekir, Shahnaz A Majid dalam tuntutan perkahwinan RM100 juta, ekoran penceraian mereka.
zulhaidah_subohKata Zulhaidah (gambar) kekayaan keluarga Taib tidak mungkin diperolehi tanpa manipulasi hasil bumi selama 30 tahun oleh kedudukan Ketua Menteri yang paling lama berkuasa di Malaysia itu.
“Mana mungkin Taib hanya akan makan gaji sebagai Ketua Menteri boleh memiliki kekayaan yang di luar jangkauan.
“Pendedahan demi pendedahan dibuat Sarawak Report berkenaan Taib Mahmud dan keluarga tetapi tidak pernah menunjukkan sebarang maklum balas.
“Taib Mahmud akan memastikan bahawa tidak seorang pun anak-anak beliau ketinggalan daripada menjadi jutawan hasil daripada kerakusan mengaut hasil negeri.
“Sebaliknya kian agresif menelanjangkan terus hasil bumi Sarawak dan tanah adat rakyat negeri ini untuk mengisi kantung dan perut keluarga di kala rakyat sedang merintih sengsara,” kata Zulhaidah.

Sunday, January 19, 2014

Sampai Bila ! Sampai Bila ! Sampai Bila ! : UBN jatuh PR ambil alih

PR khususnya perlu amalkan politik kematangan. Ikuti sisi pandang yang diutarakan Aspan Alias blogger alaf baru. Kalangan rakyat sedang memerhatikan dengan penuh minat, perjalanan politik kumpulan alternatif parti yang mendakwa mereka sebagai pilihan bagi UBN.

Rakyat mahukan perubahan dalam landskap hidup dan kehidupan mereka. Adalah wajar kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai alternatif kepada UBN mempamirkan tahap yang membanggakan dalam kerja buat dan perilaku mereka dalam mendepani rakyat, isu dan apa sahaja kegiatan yang berkaitan. 

Mahukan perubahan?....biar masa menentukannya

Di negara ini semuanya sudah menjadi isu politik. Dari salah guna kedudukan dan rasuah oleh pimpinan negara, isu menjalar sampai ke kangkung di parit-parit dan longkang-longkang di negara ini. Isu kangkung menyebabkan pemuda UMNO di Pulau Pinang menjadi berang kerana seorang ADUN DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung Najib. DAP pula satu hal, sudah tahu UMNO bersikap kebudak-budakkan, ADUN DAP pun sama juga kebudak-budakkan nya.

Semua pihak mudah melatah dan semua pihak suka bergaduh dan berperang mulut setiap hari di setiap tempat di negara ini. Agama menjadi isu politik kerana dengan menggunakan isu agama itu boleh melekatkan pandangan manusia yang melihatnya. Semua di antara mereka baik dari pihak kerajaan mahu pun pembangkang, semuanya menunjuk garang tetapi sampai mana garang mereka itu belum diketahui oleh sesiapa pun.

Hanya isu ini dijadikan landasan bagi setengah orang yang keciciran sokongan mahu mendapatkan semula perhatian akan menggunakan apa sahaja isu sampaikan isu kangkung pun boleh membawa berdemonstrasi. Di Pulau Pinang mereka yang bernama pemimpin pun berlagak seperti aktivis, seperti Rizal Merican dan Musa Sheikh Fadzir. DAP pula dalam keadaan ‘honeymoon’ kerana mereka buat kali kedua penggal mendapat menguasai kerajaan Pulau Mutiara itu.

Mereka sudah beranggapan yang mereka sudah sampai ke tahap ‘invincible’ dan mereka merasakan yang mereka tidak boleh diganggu-gugat lagi oleh sesiapa sekarang ini. Mereka sudah merasakan sedikit kuasa politik dan mereka sudah merasakan mereka adalah lebih tinggi dari undang-undang walaupun mereka selalu mengkritik BN selalu melanggar undang-undang.

DAP sudah menjadi seperti Dr Mahathir dahulu, yang membenci apa sahaja yang menghalang kemahuannya. Parti itu mahukan semua perkara yang meibatkan salah laku mereka itu didiamkan sahaja dan RoS perlu mengikut telunjuk dan kemahuan mereka sahaja. Bagaimana RoS hendak mengiktiraf barisan CEC nya sedangkan penyiasatan terhadap aduan ahli-ahli yang ramai itu belum ada kesudahannya. Banyak ‘complain’ rasmi yang dibuat oleh ramai ahli dari banyak cawangan belum selesai penyiasatan yang dilakukan oleh RoS itu.

PKR sedang menghadapi krisis yag bukan kecil akhir-akhir ini. Timbalan Presidennya, Azmin Ali sedang berperang dengan Menteri Besar Selangor yang dikatakan memecat Azmin dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Akhirnya tuduh menuduh di antara satu dengan lain berlaku dan tidak ada siapa yang mengaku melakukan pemecatannya. Ironi nya Azmin sudah pun terpecat dan tidak ada siapa yang mengaku memecat beliau sehingga Ketua Pembangkang Anwar mengumumkan yang Azmin masih ahli lembaga pengarah PKNS sehingga ke hari ini.

Inilah contoh-contoh parti dan pemimpin yang menawarkan diri menjadi ‘alternative’ kepada BN. Siapa yang berfikir dalam-dalam akan merasa hairan bagaimanalah mereka ini berkelakuan jika diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk menggantikan UMNO dan BN yang kini sedang dalam ketenatan itu? Mereka ini juga tidak kurang menakutkan ramai jika mereka berkuasa.

Belum pun berkuasa di Putrajaya sudah kita lihat sikap dan tahap kejujuran mereka untuk menjaga rakyat dan negara. Baik DAP dan PKR mereka sedang berperang sesama sendiri kerana mereka sudah merasa sedikit sebanyak kuasa di peringkat negeri buat seketika ini. Kedua-dua parti itu menampakkan dengan jelas mahu menguasai parti masing-masing oleh kroni dan keluarga masing-msing.

Itu sebabnya ramai yang menulis email kepada saya yang menzahirkan tidak ada perubahan jika perubahan itu tidak berlaku dalam UMNO. Elok semua pihak menumpukan perubahan dalam UMNO dari melakukan perubahan dari luar, kerana yang di luar itu pun sebaik mana keadaan mereka.

Setelah UMNO berubah dengan drastik barulah budaya mengubah untuk kebaikan parti masing-masing boleh berlaku. Sementara menunggu perubahan itu rakyat jugalah yang menanggung segala perit maungnya.
 
Sampai bila rakyat harus menunggu, biarlah masa menentukannya.

Saturday, January 18, 2014

Himpunan Kangkung SeMalaysia: PM Kangkung

Apalah pulak kata Utusan tentang Himpunan Orang2 Melayu membela PM Malaysia yang dihina kerana makan kangkung. Dulu semasa Sambutan Tahun Baru 2014, ramai anak-anak muda Melayu berhimpun bagi menyatakan perasaan mereka tentang kenaikan semua harga barang. 

Namun kali ini, para pencinta PM 1Malaysia berhimpun marahkan Melayu yang 'menjamu' Najib dengan sayur kangkung. Satu-satunya sayuran di pasaran yang harganya turun. maka nanti ramailah pula cef-cef akan memulakan menu kangkung ke tahap pengeluaran dan penggunaan secara domestik.

Berkemungkinan akan ada menu sup kankgkung, sos kangkang , sabun kangkung untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Maka terangkatlah rakyat yang mempunyai lambakan kangkung sekitar rumah mereka dengan situasi ini.

Thursday, January 16, 2014

Anwar: Kenaikan inflasi hasil polisi kerajaan yang rugikan rakyat


Anwar: Kenaikan inflasi hasil polisi kerajaan yang rugikan rakyat

dsaiRakyat Malaysia terus dibebankan oleh kenaikan kos barangan dan sara hidup akibat pengurangan subsidi oleh pihak kerajaan.
Pendekatan yang diambil pihak kerajaan bagi meringankan bebanan kewangannya tidak menjurus kepada pengurangan keborosan perbelanjaan mereka ataupun merawat ketirisan perbelanjaan yang jelasnya semakin membarah setiap tahun.
Sebaliknya, kerajaan lebih gemar menggunapakai langkah-langkah yang menekan rakyat melalui kenaikan harga barang keperluan asas serta penambahan cukai kepada rakyat terbanyak (seperti GST).
Kenaikan kos barangan dan sara hidup boleh dinilai secara kuantitatif melalui kadar inflasi yang diukur melalui Indeks Harga Pengguna, CPI (Consumer Price Index).
Jadual 1Data rasmi Bank Negara menyatakan bahawa kadar inflasi negara berada pada tahap 1.2% pada bulan Disember 2012, seterusnya meningkat hampir setiap bulan sepanjang tahun 2013 kepada 1.3% pada Januari, 1.5% pada Februari, 1.6% pada Mac, 1.7% pada April, 1.8% pada Mei dan Jun dan 2.0% pada Julai 2013.
Menurut Monetary Policy Statement oleh Bank Negara, bertarikh 7 November 2013, CPI rasmi terkini di Malaysia telah melonjak kepada 2.6% pada bulan September 2013 berbanding 1.9% pada bulan Ogos 2013, rentetan daripada pengurangan subsidi petrol sebanyak 20 sen/liter dan kenaikan harga barang makanan.
Berdasarkan anggaran terkini oleh Trading Economics, kadar inflasi untuk bulan Oktober 2013 terus meningkat kepada 2.8% dan November 2013 pada 2.9%. Ini menunjukkan bahawa kadar inflasi di Malaysia telah melonjak sebanyak 2.4 kali hanya dalam masa setahun (1.2% Disember 2012 kepada 2.9% November 2013)!
Jadual2Rakyat harus sedar bahawa bebanan ini dijangka akan terus bertambah apabila kerajaan melasanakan program pengurangan subsidi serta GST pada masa hadapan.
Kenaikan kadar inflasi yang berterusan bakal merugikan negara, terutama sekali apabila kadar inflasi naik lebih tinggi daripada kadar pertambahan pendapatan rakyat. Kerugian ini bakal menjadi kenyataan apabila rakyat terpaksa merubah gaya hidup kepada alternatif yang lebih murah secara berkekalan. Ini akan mengakibatkan penguncupan pendapatan kepada para peniaga yang akhirnya mengakibatkan penguncupan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara.
Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

Sunday, January 12, 2014

Najib: Kerajaan UBN enggan bertanggungjawab dengan kenaikan harga barang ?

Kerajaan UBN Najib Razak makin tidak bertanggungjawab. Cuba melepaskan tanggungjawab dan enggan mengakui kelemahan antara kedegilan dan realiti. Berbelanja boros dan rakus mengaut kekayaan negara dengan semahu-mahunya.

Kekayaan dan dana negara dihabiskan berlegar-legar kalangan mereka. terlalu banyak kepincangan. Tiada istilah berbelanja berhemah dan apatah lagi jimat cermat.

Najib meletakkan alasan kenaikan barangan dan kos hidup bukan tanggungjawab kerajaan. Itu adalah sebab keadaan atau desakan keadaan lah yang membawa rakyat dalam masalah semasa ini.

Langsung rasa tidak bersalah, dan masih bongkak dan degil bahawa kenaikan harga barang bukan bersebab dengan sebab kerajaan.

Dalam keperitan hidup ini juga, projek Langat 2 mahu diteruskan juga yang kosnya berjumlah RM16 billion. 
 





Kenaikan Harga: Usah Salahkan Kerajaan Semata-Mata - PM
KEMAMAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata adalah tidak adil menyalahkan kerajaan semata-mata apabila berlaku kenaikan harga barangan.
Ini kerana, kata Perdana Menteri, kerajaan telah dan sedang melakukan pelbagai inisiatif dalam usaha mentransformasikan ekonomi negara bagi memastikan rakyat sentiasa menikmati kehidupan lebih baik.
"Kerajaan sentiasa bersama rakyat, janganlah dipersalahkan kerajaan kalau harga barang naik, dan kerajaan Barisan Nasional pula dimomokkan sebagai "Barang Naik'," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir dan meraikan sukarelawan peringkat nasional di sini, Ahad.
Beliau menjelaskan harga barangan meningkat kerana pelbagai sebab dan faktor termasuk keadaan semasa, ekonomi dunia, faktor cuaca serta fenomena cuaca ekstrem yang menyebabkan barangan mengalami kekurangan bekalan.
"Bukan semua harga naik sebab kerajaan. Harga ikan naik sebab ikan kurang, harga sayuran naik disebabkan bekalan kurang. Masa harga (barangan) turun, tak puji kerajaan tetapi masa naik, kerajaan dikeji," katanya.
Najib berkata kerajaan sedar bahawa kos sara hidup semakin meningkat dan kerajaan telah mengambil pelbagai langkah dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat.
"Kerajaan lakukan transformasi untuk ekonomi negara, dah hasilnya nanti akan dipulangkan semula kepada rakyat," katanya.
Pada majlis itu, kerajaan menerusi kerjasama parti politik, badan bukan kerajaan dan agensi berkaitan menyalurkan sumbangan berupa produk barangan seperti televisyen, peti sejuk, bantal dan tilam serta dapur kepada mangsa banjir di Terengganu.
Buat julung kalinya, sebanyak 19,205 keluarga di Terengganu menerima bantuan merangkumi produk bernilai RM5,000 selain bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri. BERNAMA

Rakyat Bergelut Dengan Kehidupan Mereka, Angkara Siapa ?

Benarlah sebagai yang dirancang PRU14 adalah PRU ibu bagi menyelamatkan Malaysia. Jika PR gagal mendapat mandat rakyat pada PRU ke 14 . Ini adalah sebagai penanda aras kepada kehidupan rakyat anak cucu generasi Malaysia yang terus suram.

Memberi mandat kepada UBN pada PRU14 adalah bermakna kita berada dalam kebankrapan. Muflis segala-gala termasuklah moral dan akhlak generasi yang akan datang.

Kini, kegusaran, kesakitan dan keperitan hidu mulai dirasai dengan lonjakan tsunami kenaikan harga barangan dalam semua segmen dan disiplin kehidupan.

Keluhan demi keluahan, rungutan demi rungutan, rasa tidak puashati demi rasa tidakpuashati. tergambar di wajah-wajah semua rakyat. Yang bergaji besar mungkin tidak terasa kerana mereka masih dikelilingi dengan kemewahan, tetapi bagi mereka yang ramai anggota keluarga masyarakat marhein mula mengeluh.

Setiap hari bahan yang luahlakn dibualkan tentang masalah hidup mereka. Maka kita merasakan kerajaan yang ada sekarang sudah berpuashati dengan apa yang mereka sudah buatkan.





KUALA LUMPUR: Johor adalah kunci untuk Pakatan Rakyat “membuka gerbang Putrajaya” khususnya bagi Semenanjung Malaysia dan pelaksanaan strategi untuk menawan Putrajaya perlu terlebih dahulu dijayakan di Johor, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang. 
Sehubungan itu beliau menyifatkan usaha menawan Johor bagi menawan Putrajaya dalam PRU14 adalah cabaran terbesar yang perlu ditanggapi Pakatan Rakyat dan menjadi isu penting dibincangkan dalam Konvensyen Negeri DAP di Batu Pahat, hari ini..
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Pakatan Rakyat telah meleburkan status Johor sebagai “negeri selamat” untuk BN dengan memenangi 5 kerusi parlimen dan 18 kerusi negeri.
Beliau menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian yang wajar dibanggakan jika diambil kira jumlah sumber yang dikeluarkan oleh BN untuk memenangi pilihan raya di negeri itu.
“Namun pencapaian itu tidak mencukupi. Untuk mencapai matlamat menawan Putrajaya dalam PRU14, Pakatan perlu menetapkan sasaran untuk memenangi separuh daripada kerusi parlimen di Johor.
“Untuk mencapai sasaran ini, kita perlu terlebih dahulu mempertahankan kawasan marginal kita (Bakri dan Batu Pahat) dan kawasan yang baru dimenangi (Kluang, Kulai dan Gelang Patah).
“Setelah itu, kita mesti melakukan gerak menyerang untuk menawan kawasan marginal BN, iatu Segamat, Sekijang, Labis, Ledang, Muar, Tebrau, Pasir Gudang dan Pulai,” ujarnya.
Menurut Kit Siang (gambar), jika Pakatan Rakyat berjaya memenangi semua kawasan marginal BN sebelum ini, ia  mampu mengumpul 13 daripada 26 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU13.
Bagi mencapai matlamat itu, beliau menggariskan enam daripada 12 strategi yang pernah diutarakan sebelum ini iaitu:
  1. Komitmen penuh dan segera daripada ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat DAP, PKR, dan PAS di peringkat kebangsaan, negeri, atau tempatan, untuk meningkatkan sokongan orang awam sepanjang tempoh empat tahun mendatang bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan di Putrajaya pada PRU14.
  2. Memastikan persempadanan semula yang adil.
  3. Memberi penekanan terhadap kempen di luar bandar.
  4. Meningkatkan kerjasama Pakatan di semua peringkat.
  5. Memberi penekanan terhadap kepimpinan antara-generasi.
  6. Mematahkan pembohongan dan propaganda BN.
Merujuk kepada persempadanan semula kawasan pilihan raya yang adil, beliau memberi contoh kawasan parlimen terkecil di Johor iaitu Labis yang hanya mempunyai 37,714 pengundi berbanding 106,726 di Gelang Patah.
“Tidak cukup jika pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Tan Sri Abdul Aziz hanya berjanji untuk tidak mewujudkan kerusi yang mempunyai lebih daripada 100,000 pengundi dalam proses persempadanan semula akan datang.
“SPR boleh memenuhi janjinya dengan melakukan persempadanan semula dan mengurangkan jumlah pengundi bagi kerusi seperti Gelang Patah, Pulai, dan Pasir Gudang yang mempunyai lebih daripada 100,000 pengundi kepada 80,000 hingga 90,000 pengundi, tetapi pada masa yang sama tidak adil dan tidak demokratik jika ia membentuk kerusi baru yang mempunyai kurang daripada 40,000 pengundi,” ujarnya.
Dalam persempadanan semula 2013, SPR jelas beliau telah membentuk kerusi Pengerang daripada parlimen Kota Tinggi, menghasilkan dua kerusi parlimen yang masing-masing mempunyai 32,484 dan 30,420 pengundi, sedangkan kerusi seperti Johor Bahru kekal dengan lebih 90,000 pengundi.
“Untuk memastikan persempadanan semula yang adil, SPR tidak boleh hanya menambah kerusi baru di kawasan yang mempunyai jumlah pengundi yang tinggi, khususnya kawasan selatan Johor yang sedang mengalami pembangunan dan peningkatan penduduk yang pesat. Ia mesti juga memberikan komitmen untuk mengurangkan kesenjangan antara kawasan bandar dan luar bandar,” tegas Kit Siang.
Beliau menyarankan SPR agar memastikan kerusi parlimen terkecil di Johor tidak mempunyai kurang daripada separuh jumlah pengundi berbanding kerusi terbesar di Johor.
Penggunaan nisbah maksimum 2:1 antara kawasan bandar dan luar bandar, ujarnya akan memberi sumbangan besar ke arah mencapai matlamat melaksanakan persempadanan semula yang saksama.