Sunday, January 12, 2014

Najib: Kerajaan UBN enggan bertanggungjawab dengan kenaikan harga barang ?

Kerajaan UBN Najib Razak makin tidak bertanggungjawab. Cuba melepaskan tanggungjawab dan enggan mengakui kelemahan antara kedegilan dan realiti. Berbelanja boros dan rakus mengaut kekayaan negara dengan semahu-mahunya.

Kekayaan dan dana negara dihabiskan berlegar-legar kalangan mereka. terlalu banyak kepincangan. Tiada istilah berbelanja berhemah dan apatah lagi jimat cermat.

Najib meletakkan alasan kenaikan barangan dan kos hidup bukan tanggungjawab kerajaan. Itu adalah sebab keadaan atau desakan keadaan lah yang membawa rakyat dalam masalah semasa ini.

Langsung rasa tidak bersalah, dan masih bongkak dan degil bahawa kenaikan harga barang bukan bersebab dengan sebab kerajaan.

Dalam keperitan hidup ini juga, projek Langat 2 mahu diteruskan juga yang kosnya berjumlah RM16 billion. 
 





Kenaikan Harga: Usah Salahkan Kerajaan Semata-Mata - PM
KEMAMAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata adalah tidak adil menyalahkan kerajaan semata-mata apabila berlaku kenaikan harga barangan.
Ini kerana, kata Perdana Menteri, kerajaan telah dan sedang melakukan pelbagai inisiatif dalam usaha mentransformasikan ekonomi negara bagi memastikan rakyat sentiasa menikmati kehidupan lebih baik.
"Kerajaan sentiasa bersama rakyat, janganlah dipersalahkan kerajaan kalau harga barang naik, dan kerajaan Barisan Nasional pula dimomokkan sebagai "Barang Naik'," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir dan meraikan sukarelawan peringkat nasional di sini, Ahad.
Beliau menjelaskan harga barangan meningkat kerana pelbagai sebab dan faktor termasuk keadaan semasa, ekonomi dunia, faktor cuaca serta fenomena cuaca ekstrem yang menyebabkan barangan mengalami kekurangan bekalan.
"Bukan semua harga naik sebab kerajaan. Harga ikan naik sebab ikan kurang, harga sayuran naik disebabkan bekalan kurang. Masa harga (barangan) turun, tak puji kerajaan tetapi masa naik, kerajaan dikeji," katanya.
Najib berkata kerajaan sedar bahawa kos sara hidup semakin meningkat dan kerajaan telah mengambil pelbagai langkah dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat.
"Kerajaan lakukan transformasi untuk ekonomi negara, dah hasilnya nanti akan dipulangkan semula kepada rakyat," katanya.
Pada majlis itu, kerajaan menerusi kerjasama parti politik, badan bukan kerajaan dan agensi berkaitan menyalurkan sumbangan berupa produk barangan seperti televisyen, peti sejuk, bantal dan tilam serta dapur kepada mangsa banjir di Terengganu.
Buat julung kalinya, sebanyak 19,205 keluarga di Terengganu menerima bantuan merangkumi produk bernilai RM5,000 selain bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri. BERNAMA

No comments: