Friday, May 20, 2011

Semakin banyak ulasan.. wajah Umno jelaslah hodoh

Mengapa dan kenapakah Umno susah hati sangat ? PAS dikatakan rugi dalam menjalankan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Kerugian PAS diukur melalui jumlah kerusi yang PAS perolehi dan kekuasaan PAS dalam Pakatan yang tidak nampak dominan.

Alasannya kerana Hadi-Nasa lemah dan tidak tegas, mengikut telunjuk PKR sahaja. Situasi ini mendapat kritikan hebat (ambil ulasan Dr Aziz Bari).

Muktamar ke 57 nanti bakal menentukan segala-galanya. Itulah kerja Umno bersikap dengki dan adu domba dengan cubaan menghakis dan menimbul keraguan banyak pihak.

Jika ahli dan pihak-pihak yang tidak matang dalam politik tentu akan termakan dengan ulasan ini. Keraguan itulah yang cuba dihakiskan.

Dalam situasi Umno semakin lemah, Umno yang sudah hilang kepercayaan rakyat. Umno yang kuat menindas dan bertindak kejam terhadap rakyat (bakal naikkan minyak RON95). itulah wajah-wajah hodoh Umno.


Muktamar ke-57 beri isyarat jelas kepada kepemimpinan parti agar fokus perjuangan

BAHANG pemilihan barisan kepemimpinan baru PAS semakin terasa, tetapi tumpuan utama kepada jawatan Timbalan Presiden bagi menyaksikan siapa yang bakal digandingkan dengan Datuk Seri Hadi Awang, yang mengekalkan jawatan sebagai Presiden.

Apa yang pasti penyandang jawatan, Nasharudin Mat Isa, menghadapi masa sukar untuk mengekalkan kedudukan - bukan saja kerana popularitinya tidak begitu menyerlah sepanjang penggal ini, bahkan senarai calon yang lain - Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Salahuddin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu - bukan calang-calang orang.

Muktamar kali ke-57 yang kembali diadakan di Taman Melewar, Gombak dilihat sebagai satu isyarat penting untuk parti ini kembali menilai hala tuju dan matlamat perjuangan, terutama selepas kerjasama eratnya dengan DAP dikritik hebat.

Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 mencarta sejarah besar di kalangan parti pembangkang, apabila gandingan PAS-DAP-PKR menafikan Barisan Nasional (BN) majoriti dua pertiga di Parlimen.

Namun, tempoh tiga tahun selepas itu menyaksikan kerjasama itu membawa lebih banyak kerugian daripada keuntungan kepada PAS, yang memiliki jentera dan keahlian yang jauh lebih besar daripada kedua-dua parti yang lain.

Barisan kepemimpinan PAS dilihat lebih banyak bercakap daripada melaksanakan tugas, lebih banyak menunggu daripada bersikap pro aktif, lebih banyak bertolak ansur daripada bertegas dengan DAP dan PKR, lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat daripada membuat keputusan segera.

Gandingan Hadi-Nasharudin juga dilihat gagal terutama selepas timbul isu kerajaan perpaduan, walaupun hakikat sebenar ia tidak lebih membabitkan rundingan untuk bermuafakat antara dua parti Melayu utama negara ini.

Mereka juga tidak nampak tegas dalam memberi penjelasan kepada ahli berhubung isu membabitkan kedua-dua parti lain, terutama hubungan dengan DAP yang nyata bercanggah pendirian dan matlamat PAS.

Krisis dalaman PKR turut memberi kesan kepada barisan kepemimpinan PAS, apabila majoriti mengambil sikap mendiamkan diri terutama membabitkan kes moral Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan krisis lompat parti yang berlaku di dalam parti itu.

Dalam membuat kenyataan membabitkan pendirian parti, PAS lebih banyak bergantung kepada Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang lebih sering membuat kenyataan yang memerangkap parti ini ke dalam kemelut perdebatan yang lebih menggusarkan rakyat beragama Islam.

Isyarat awal yang diberi ahli akar umbi dalam memilih Timbalan Presiden juga turut mencetus satu lagi persoalan.

Pencalonan paling banyak diterima penceramah handalannya, Mohamad Sabu, membuatkan ramai terfikir apakah kriteria pemimpin yang bakal dipilih bagi mengetuai PAS untuk menghadapi PRU 13 nanti.

Nama besar seperti Husam, tidak lagi berani terlalu yakin dengan kemampuannya memimpin walaupun terus menjadi anak emas Nik Aziz, kerana pengalaman perit pemilihan lalu sudah pasti tidak dapat dilupakan.

Salahuddin, yang sama seperti Husam diletak dalam kumpulan Erdogan, juga tidak mampu untuk mendabik dada, walaupun memiliki perawakan pemimpin berwibawa dan disegani.

Azizan, yang juga Menteri Besar Kedah, dan Tuan Ibrahim adalah pemimpin yang mungkin diberi pertimbangan serius kerana kedua-duanya semakin popular di kalangan akar umbi PAS.

Pengalaman pemilihan lalu, membuat perwakilan turut mencalonkan keenam-enam pemimpin ini untuk jawatan Naib Presiden yang bertanding bersama lapan pemimpin yang lain, bagi merebut tiga kerusi yang kini disandang Salahuddin, Tuan Ibrahim dan Datuk Mahfuz Omar.

Lapan nama lain turut membabitkan Mahfuz; Idris Haji Ahmad (ketua penerangan); Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat); Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan); Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari PAS Pusat); Mujahid Haji Yusof Rawa (AJK PAS Pusat); Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Penerangan Dewan Ulama); dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat).

Sementara itu, Dewan Ulama pula kekal diketuai Datuk Harun Taib, manakala Ketua Dewan Pemuda, Nasrudin Hassan, akan menghadapi saingan termasuk timbalannya sendiri, Azman Shapawi Abdul Rani, Suhaizan Kaiyat (ketua penerangan) dan Fidaus Jaafar (Exco Pemuda).

Nuridah Mohd Salleh, masih dicalon untuk jawatan Ketua Dewan Muslimat, tapi akan turut menghadapi cabaran dari timbalannya, Siti Zailah Yusof dan dua AJK yang lain, Dr Siti Mariah dan Dr Asiah Ali.

Senarai calon bagi jawatan penting nyata tidak menyerlahkan sebarang muka baru, walau siapa yang dipilih tetap akan menyambung corak kepimpinan sedia ada.

Mesyuarat di Taman Melewar adalah usaha mengingatkan perwakilan kepada landasan perjuangan PAS untuk menegakkan sebuah negara Islam.

Persoalan yang harus dikemukakan kepada kepemimpinan PAS nanti – apakah matlamat itu boleh diterima pakai selagi ia terus bersekongkol dengan DAP?

No comments: