Thursday, May 19, 2011

Agenda Utusan : Labelkan dua puak dalam kepimpinan PAS

Antara kebanggaan penganalisis politik adalah ramalan yang diunjurkan itu tepat. Maka subjek menganalisis parti politik PAS juga tidak terkecuali. Analisis kepimpinan sesebuah parti dengan arah hala tuju sering dijadikan material kepada analisa mereka.

Kini , kepimpinan dan pimpinan PAS dilabelkan terbahagi kepada 2 aliran , pertama aliran yang menyokong idea-idea pendiriaan ketua pembangkang Anwar Ibrahim yg dikira sebagai teramat dominan pengarauhnya dalam PAS. Kenapa dan mengapa faktor Anwar menjadi hujahan analisis mereka, ini kerana cakap-cakap sokongan jelas kepada idea pemikiran seolah-olah mereka pro Anwar.

Wal hal dalam PAS sendiri ada kepimpinan yang menjadi wala, cuma faktor indidvidu tertentu yang menyokong Anwar maka ia dicaj sebagai Anwarisme dalam PAS. tujuannya satu untuk melemahkan PAS dan kepimpinan PAS. Selain itu, bagi menghilangkan keyakinan rakyat dengan mengesahkan bahawa PAS dan kepimpinan PAS tiada yang berwibawa, semua menumpang ketiak Anwar sahaja.

Dan kemudian mereka lebalkan kumpulan ulama. Siapakah kita rasa amat kabur, wal hal Presiden Timbalan Presiden adalah kumpulan ulama, siapakah pula kumpulan Edorgan yang menguasai PAS. Inilah kekeliruan yang cuba di momokkan supaya banyak pihak daripada dalam terutamanya mengiakan dengan label lan mereka ini,

Jika ini terjadi, mereka sudah berjaya mempuak-puakkan dan mengkumpulankan kepimpinan PAS yang ada kini. Ini sudah dikiran amat bejaya.

Pertembungan kumpulan pro Anwar, ulama dalam pemilihan Pas

KUALA LUMPUR 18 Mei - Percaturan pemilihan barisan kepimpinan baru Pas yang dijadual pada bulan depan akan menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan dominan di dalam parti itu, pro-Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan prokepimpinan ulama.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, pembentukan dua kumpulan sememangnya wujud di dalam Pas kerana ada beberapa pemimpin parti itu kini dilihat begitu liberal serta sealiran dengan pemikiran Anwar walaupun Ketua Pembangkang itu jelas berfahaman pluralisme.

Beliau berkata, tidak dinafikan kepimpinan ulama masih wujud di dalam Pas apabila jawatan Presiden parti dipegang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi persoalannya bagaimana pula dengan pengisian jawatan nombor dua parti dan ke bawah.

"Saya percaya ada percaturan dalam pemilihan Pas kali ini. Sudah pasti Anwar dan PKR mahukan mereka yang benar-benar sealiran dengannya memegang jawatan nombor dua dan ke bawah secara majoriti. Kumpulan ini digelar sebagai puak Erdogan.

"Tujuannya ialah memastikan Pas sentiasa bersama dengan PKR walau apa pun berlaku. Mengenai kedudukan Abdul Hadi itu tidak menjadi masalah kerana apa yang penting Anwar boleh meletakkan seberapa ramai pemimpin sealiran dengannya di dalam kepimpinan parti itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Nakhaie berkata demikian ketika mengulas kemenangan Abdul Hadi menerajui parti itu sekurang-kurangnya sehingga 2013 iaitu penggal kelima buatnya apabila tidak dicabar pemimpin lain pada pemilihan bulan depan.

Bagaimanapun saingan untuk jawatan Timbalan Presiden pula dijangka menarik pada muktamar ke-57 parti itu bermula 3 hingga 5 Jun ini apabila enam individu disahkan layak bertanding daripada lapan yang dicalonkan.

Nakhaie berkata, Anwar perlu menyusun barisan kepimpinan Pas yang pro kepadanya supaya Penasihat PKR itu sentiasa mendapat sokongan Pas walaupun berhadapan dengan pelbagai kontroversi sama ada berkaitan dengan pluralisme atau isu moral.

"Teorinya mudah sahaja. Jika Pas dikuasai oleh sebahagian besar puak Erdogan, apa jua keputusan akan berpihak kepada kumpulan tersebut.

"Katakanlah berlaku satu kontroversi kepada Anwar. Sudah tentu puak Erdogan sebulat suara akan membuat keputusan membelanya. Dalam hal ini Abdul Hadi sudah pasti tidak boleh berbuat apa-apa kerana keputusan dibuat secara majoriti,'' katanya lagi.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin ketika mengulas isu sama berkata, berdasarkan maklumat dalaman daripada rakan-rakan dalam Pas, akan berlaku pertembungan hebat antara kumpulan Erdogan dan kepimpinan ulama pada pemilihan Pas kali ini.

"Cuma saya mendapat maklumat sokongan di peringkat bawah lebih menjurus kepada prokepimpinan ulama. Mungkin mereka mula menyisihkan diri daripada badi Anwar yang membuatkan sokongan rakyat kepada Pas semakin merosot.

"Walau apa pun, pasti akan berlaku pertembungan dua kumpulan ini pada pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat. Puak Erdogan dikatakan sedang merancang untuk menguasai Pas dalam jangka panjang,'' katanya.

No comments: